Bagi menaik taraf perlindungan Takaful, FWD Takaful Berhad (FWD Takaful) telah memperkenalkan FWD Hajj Rider, sebuah pelan rider unik untuk peserta-peserta yang ingin menunaikan ibadah Haji atau Umrah tanpa rasa bimbang.

Salim Majid Zain, Ketua Pegawai Eksekutif FWD Takaful berkata, “Kami amat berbesar hati kerana dapat memberikan penyelesaian yang komprehensif kepada rakyat Malaysia yang beragama Islam bagi memastikan mereka bersiap sedia daripada segi kewangan bukan sahaja ketika memulakan perjalanan untuk menunaikan ibadah Haji atau Umrah malah apabila mereka berdepan dengan situasi yang tidak diduga semasa melakukan ibadah tersebut.”

FWD Hajj Rider menyediakan manfaat kematian serta Hilang Upaya Penuh dan Kekal (HUPK) sehingga 400% jumlah dilindungi rider. Pelan ini juga menyediakan manfaat ihsan pasangan dengan minimum 50% jumlah dilindungi atau RM100,000 disebabkan kematian pasangan ketika menunaikan ibadah Haji atau Umrah.

Ia juga menawarkan manfaat pilihan tambahan iaitu bayaran tunai berkala dan elaun tunai kepada para pelanggan bagi tujuan simpanan untuk melakukan ibadah. Dengan manfaat pilihan tambahan, pelanggan boleh menikmati:
· Bayaran tunai berkala sebanyak 3% daripada jumlah dilindungi rider setiap dua tahun,
· Elaun tunai RM2,000 dan sehingga RM10,000 setiap satu sijil rider sebelum mereka memulakan perjalanan ke Mekah.

Wan Mohd Fadhlan Wan Azmi,Ketua Pegawai Agensi FWD Takaful berkata, “Kami mengubah pandangan orang ramai tentang Takaful dengan menyediakan nilai yang lebih baik kepada pelanggan kami melalui pelan-pelan takaful kami.

Pelancaran pelan ini adalah tepat pada masa pengumuman Arab Saudi baru-baru ini bahawa mereka akan membuka pintu kepada jemaah Haji dari negara-negara lain secara beransur-ansur selepas penutupan Mekah disebabkan pandemik koronavirus.
 
Pelan ini juga memberikan 100% jumlah dilindungi untuk kematian ataupun Hilang Upaya Penuh dan Kekal (HUPK) untuk semua sebab. Lebih lagi, FWD Hajj Rider menawarkan tambahan 100% jumlah dilindungi kepada pelanggan jika kematian berpunca daripada virus Middle East Respiratory Syndrome (MERS).

FWD Hajj Rider boleh disertai oleh individu yang berumur antara satu bulan dan 65 tahun, dan turut menyediakan pelbagai perlindungan dan tempoh sumbangan yang bersesuaian dengan keperluan pelanggan.