Utama Blog Halaman 730

Operasi Cawangan Lexus Malaysia Kini Dipindahkan Kepada Pengedar

UMW Toyota Motor (UMWT) mengumumkan bahawa cawangan jenama mewah syarikat itu, Lexus Mutiara Damansara telah dipindahkan kepada pengedarnya bagi tujuan mempertingkatkan lagi kecekapan operasi, bermula 1 Ogos 2020.

Ini susulan kepada pengumuman syarikat pada awal Oktober 2017, yang menyatakan semua operasi cawangannya akan dipindahkan kepada pengedar dan pihak lain.

Pengedar dari Hiewa Auto Gallery (Lexus) Sdn Bhd akan mengambil alih cawangan Lexus Mutiara Damansara, sekali gus memberi ruang kepada UMWT untuk menumpukan perhatian dan usaha penuh terhadap aktiviti-aktiviti utama yang lebih penting seperti pembangunan produk, pemasaran dan sokongan rangkaian pengedar.

Sementara itu, pengedar pula akan memberi perhatian khusus kepada usaha untuk memenuhi kepuasan dan jangkaan pengguna ke tahap yang lebih baik.

“Adalah penting untuk Lexus Malaysia terus mencapai standard kepuasan pelanggan yang tinggi,” kata Presiden syarikat, Ravindran K.

“Saya sangat teruja untuk bekerja dengan lebih rapat bersama pengedar-pengedar dalam mencapai matlamat bersama untuk Lexus Malaysia, iaitu membangunkan konsep ‘Best In Town’ yang memberi fokus kepada layanan khusus secara peribadi kepada pelanggan.

“Walaupun langkah ini menjadi perubahan penting bagi kami, pelanggan tidak perlu risau kerana kualiti servis tidak akan dikompromi, sebaliknya akan menjadi lebih baik di masa hadapan,” katanya.

Pengumuman ini menjanjikan fasa penting dan menarik terhadap sokongan kepada pelanggan oleh Lexus Malaysia. Ia juga membolehkan pertumbuhan semangat keusahawanan yang baik dengan membuka lebih banyak peluang untuk manfaat ekonomi setempat.

Pelanggan yang memerlukan maklumat lanjut berkaitan rangkaian jualan dan servis jenama Lexus di Malaysia boleh layari laman web lexus.com.my atau hubungi talian bebas tol Lexus di 1800-22-53987 atau +603-20535730.

Pakej Menarik Servis Kenderaan Toyota

Kenderaan Toyota direka untuk tahan lama dan memberikan pengalaman pemilikan yang sangat memuaskan, bermula seawal kenderaan baru diserahkan kepada pelangan.

Bagaimanapun, untuk memastikan kenderaan memberi prestasi terbaiknya secara berterusan, penyelenggaraan yang kerap diperlukan. Alatan pasti akan haus dan perlu diganti ketika dihantar untuk servis berkala bagi memastikan kenderaan sentiasa dalam keadaan terbaik.

Untuk menjadikan penyelenggaraan lebih mudah, UMW Toyota Motor (UMWT) kini memperkenalkan Toyota Service Savers (TSS), sebuah pakej penyelenggaraan yang boleh dipilih ketika kenderaan baru dibeli. Untuk memudahkan pelanggan, pakej berkenaan juga boleh dimasukkan ke dalam pelan Toyota EZ Beli.

Dengan memilih pakej TSS, kos yang terlibat telah dikira dan termasuk sekali dari awal, dan ini bermaksud pelanggan hanya perlu menghantar kenderaan untuk diservis mengikut jadual tanpa perlu membayar apa-apa ketika mengambil semula kenderaan. Ini juga akan memastikan kenderaan diservis tepat pada masanya.

Pakej TSS boleh digunakan di semua 85 pusat servis sah Toyota di Malaysia dalam tempoh lima tahun dari tarikh ia dibeli. Harga bagi pakej TSS bergantung kepada model, bermula dari RM3,220 bagi Vios (penjimatan RM469) hingga RM6,030 bagi Hilux (penjimatan RM922).

Pakej-pakej berkenaan merangkumi semua keperluan setiap model pada selang jadual servis yang sepatutnya (seperti yang dinyatakan dalam buku panduan pemilik) dan sudah termasuk sekali minyak pelincir dan alat ganti. Hanya alatan ganti tulen Toyota Genuine Parts atau yang disahkan oleh Toyota sahaja akan digunakan.

Sebagai manfaat tambahan, semua pelanggan TSS juga layak untuk menikmati potongan harga 10% bagi alat ganti terpilih dan potongan harga 20% bagi pakej imbangan dan jajaran tayar serta servis pendingin hawa di semua pusat servis sah Toyota.

Untuk maklumat lanjut berkaitan pakej Toyota Service Savers, pelanggan boleh menghubungi mana-mana bilik pameran atau pusat servis rasmi Toyota. Bagi mengetahui lokasi berdekatan anda, layari toyota.com.my atau hubungi talian bebas tol Toyota di 1-800-8-TOYOTA (869682).

Program Korban Lembu Dan Kambing Sempena Aidil Adha Tetap Diteruskan Di Kemboja

Meskipun wabak pandemik COVID-19 masih melanda seluruh dunia, usaha membantu rakyat miskin di Kemboja masih diteruskan oleh NGO Antarabangsa di Kampung Pak Phaou, Phnom Penh.

Pengerusi NGO Antarabangsa, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican berkata, program korban lembu dan kambing sempena Hari Raya Aidiladha masih diteruskan walaupun tanpa kehadiran beliau pada tahun ini.

Beliau berkata, ini disebabkan oleh sekatan perjalanan antarabangsa disebabkan penularan wabak COVID-19 yang masih belum berakhir.

“Sebagai sebuah NGO Antarabangsa dan asas penubuhan juga disana, jadi sudah 20 tahun saya buat pelbagai aktiviti kebajikan seperti membina masjid, surau, sekolah agama, perigi, tanah perkuburan dan lain-lain aktiviti sepanjang tempoh berkenaan.

“Bantuan kepada fakir miskin ketika bulan Ramadan dan lembu korban bagi Hari Raya Aidil Adha ini sebahagian dari program saya disana selama 20 tahun,” katanya lagi.

Menurutnya, tahun ini sumbangan lembu sangat berkurangan tidak sampai 10 ekor dan dua ekor kambing sahaja.

Beliau berkata, ini mungkin disebabkan oleh faktor ekonomi global yang menerima kesan akibat wabak pandemik COVID-19 yang masih belum berakhir. Tahun ini amat ketara kerana tidak ramai yang ingin melakukan ibadah korban di Kemboja, Vietnam, Thailand dan lain lain negara Asean seperti tahun-tahun sebelum ini.

Bagaimanapun, NGO Antarabangsa tetap bersyukur atas keprihatinan rakyat Malaysia yang sudi menyumbang bagi ibadah korban di negara Kemboja

Dr Mustapha berkata, seramai 155 fakir miskin, ibu tunggal dan mualaf menerima agihan lembu korban pada tahun ini.

Acer Jemput Rakyat Malaysia Untuk “Feel The Vibe”

Acer Day disambut secara dalam talian pada tahun ini; mengekalkan beberapa promosi menarik, hadiah percuma, dan keseronokan bersempena acara tahunan ini.

Norma baharu bukan penghalang untuk Acer Malaysia meraikan sambutan Acer Day, satu acara tahunan yang dikenali dan diikuti oleh rakyat Malaysia. Acer Malaysia mengadakan acara tersebut secara dalam talian pada tahun ini, namun masih mengekalkan kepelbagaian permainan, promosi, cabutan bertuah, cabaran #FeeltheVibeWithAcer dan pelbagai aktiviti lain.

Bersempena dengan Acer Day yang bakal disambut, Acer Malaysia turut mengumumkan komputer riba permainan video popular yang diberi nafas baharu iaitu Predator Helios 700 dan Helios 300.

“Tahun 2020 menandakan edisi keempat Acer Day dan kami mengalu-alukan seluruh rakyat Malaysia untuk menyertai sambutan ini bersama-sama di dalam talian yang bertemakan “Feel the Vibe”.

Ketika diperingkat perancangan, langkah berjaga-jaga dititikberatkan dan kami memutuskan bahawa kita tidak akan melaksanakan jerayawara di beberapa negeri untuk keselamatan para pelanggan.

Kami percaya acara dalam talian juga tidak akan kurang seronok dan meriahnya untuk orang ramai. Selain daripada permainan dan hadiah, kami menganjurkan Super Brand Day selama 3 hari di Shopee dari 2 hingga 4 Ogos 2020.

Dianjurkan hanya untuk tempoh istimewa ini, terdapat promosi Massive Deal di mana potongan harga sehingga 83%, dan baucar Shopee sehingga RM200 ditawarkan,” menurut Johnson Seet, Pengarah Urusan Pelanggan, Pemasaran dan Produk, Acer Malaysia.

Acara Acer Day akan diadakan di Facebook Acer Malaysia pada 2 Ogos 2020 jam 3 petang. Untuk menambahkan lagi keriangan, Acer menyediakan persembahan daripada Linora, Pong Pong dan Cikidot, di samping acara tumpuan ramai iaitu sesi cabutan bertuah.

Tersedia untuk para pelanggan adalah hadiah-hadiah bernilai lebih RM22,000 termasuklah Predator Helios 300 (PH315-52-59CY) dan sebuah Predator Triton 700 (PT715-51-74MY).

Bagi menyerikan lagi acara Acer Day ini, sesi Acer Bid & Shop akan diadakan bertujuan mengumpul dana untuk Yayasan Dignity for Children Foundation.

Bermula dari 1 Ogos 2020 hingga 30 September 2020, para pelanggan yang membeli model-model Acer terpilih dari kedai dalam talian atau fizikal akan diberikan ganjaran penyertaan “Buy and Win Lucky Draw” dan hadiah tambahan yang berjumlah sehingga RM500,000.

Para pelanggan hanya perlu hantarkan resit ke laman web www.a-redemption.com untuk menebus hadiah, dan mendaftarkan untuk menyertai “Buy and Win Lucky Draw” yang mana hadiah yang tersedia berjumlah sehingga RM26,000.

Antara hadiah yang boleh dimenangi adalah komputer riba permainan video Predator, Acer Swift 7, monitor dan alat dengar permainan video. Pemenang bertuah akan dipilih dalam siaran langsung di Acer Malaysia Facebook, yang akan turut disiarkan dari Facebook MasterRamen, ChuChu Gaming, Spartanker, dan Alicia Tan pada bulan Ogos dan September.

Antara aktiviti yang tersedia untuk semua peserta:

● ‘Battle of the Series’: Acer Day ‘Feel the Vibe’ bermula dengan ‘Battle of the Series’ pada 22 Julai 2020 yang membolehkan rakyat Malaysia mengundi pakej promosi kegemaran mereka di Acer Malaysia Facebook.

Promosi yang mendapat undian tertinggi akan disedia adakan secara ‘Limited-Time Offer’ di Kedai Shopee Rasmi Acer <https://shopee.com.my/acer_os_my> pada 3 Ogos 2020.

● ‘5 Days Check-in Gam’: Membolehkan peminat Acer menebus Hadiah Eksklusif Acer Day dengan hanya menyertai tugasan harian di www.a-redemption.com bermula 29 Julai 2020. Tiada pembelian diperlukan untuk penyertaan atau memenangi hadiah.

● Cabaran #FeeltheVibeWithAcer: Peserta hanya perlu memuat naik video pendek di Facebook atau Instagram yang memaparkan peserta menari mengikut irama lagu ‘Feel The Vibe’, meletakkan hashtag #FeeltheVibeWithAcer dan tagkan @AcerMalaysia di Facebook atau @my_acer di Instagram untuk berpeluang memenangi hadiah utama, ConceptD 3 Pro dan wang tunai bernilai RM1,000. Lagu boleh didapati di TikTok bermula 2 Ogos 2020.

Tiada pembelian diperlukan untuk menyertai cabaran ini yang berlangsung dari 2 Ogos hingga 30 Ogos 2020.

● ‘Massive Deal’: Potongan harga sehingga 83% (!!) pada 12 tengah malam 3 Ogos 2020 akan berlangsung di Shopee “Shocking Sale” untuk barangan terpilih seperti Predator Gaming Chair* (dari harga runcit RM1,999 ke hanya RM340!) dan papan kekunci Predator Aethon 300 (daripada RM399 turun kepada RM68).

Sebuah produk lagi adalah monitor EB192Q B yang hanya berharga RM44.03 semasa Massive Deal. Stok adalah terhad.

● Hadiah Hari Jadi Ogos: Istimewa kredit RM50 Touch ‘n Go eWallet kepada pelanggan yang dilahirkan pada bulan kemerdekaan yang membuat pembelian lebih RM1,800.

Predator-Helios-700

Predator Helios 700 – Calon Pengganti Komputer Meja Mudah Alih

Predator Helios 700 versi baharu yang diumumkan semasa sidang media global next@acer pada Jun 2020 kini dibuka untuk pra-tempah khas di Malaysia. Harga bermula dari RM12,999 bergantung pada spesifikasi.

Predator Helios 700 menampilkan papan kekunci ikonik sliding HyperDrift dan dilengkapi dengan overclockable Intel Core i9-10980HK Generasi ke-10 atau pemproses i7-10875H dan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 2080 SUPER atau RTX 2070 SUPER.

Bagi memastikan jentera permainan ekstrem ini berada pada prestasi terbaik, Acer menyediakan penyelesaian termal baharu bagi menpertingkatkan keupayaannya– yang dikenali sebagai Predator PowerGem.

Kebiasannya Predator PowerGem disediakan dalam model yang mempunyai pemprosesan Intel Core i9. PowerGem, adalah termal interface material (TIM) khas yang direka dengan kecekapan tinggi dalam pengaliran haba, menghasilkan konduksi haba menegak 3.83 kali lebih tinggi daripada tembaga.

PowerGem ditambah pada lima paip haba tembaga yang sedia ada, Acer CoolBoost Technology, ruang wap dan dua kipas 3D Gen AeroBlade TM keempat milik Acer yang disertakan bersama Predator Helios 700.

Secara keseluruhan, prestasi CPU akan dimanfaatkan daripada teknologi Acer
baharu ini. Dengan paparan 17.3 inci 144 Hz FHD IPS dengan teknologi NVIDIA G-SYNC®, Predator Helios 700 memboleh para pemain untuk memulakan komputer riba terus ke tahap prestasi yang lebih tinggi bagi mendapat pengalaman permainan video yang lancar.

Didatangkan dengan dua port Thunderbolt 3, Predator Helios 700 mampu dilengkapi dengan memori 2933 Hz bersaiz 64GB dan sehingga dua PCIe NVMe Solid State Drives cepat bagi memastikan kepantasan, ditambah lagi dengan Killer DoubleShotTM
Pro terbaharu akan memastikan aplikasi yang memerlukan kelajuan dapat keutamaan jalur lebar.

* Predator Gaming Chairs yang ditawarkan dalam Massive Deal adalah unit demo

Pencahayaan RGB mengikut kekunci dan papan kekunci anti-ghosting dalam Predator Helios 700 kini dinaik taraf dengan suis mekanikal MagTek untuk kekunci WASD dan satu set baharu kekunci perlumbaan yang menawarkan ketepatan yang lebih tinggi.

Para pemain boleh memilih kekunci yang terbaik untuk mereka dengan menukarkan standard kekunci WASD kepada MagForce atau kekunci perlumbaan.

Dengan kelengkungan 1.5mm papan kekunci yang dibina untuk permainan perlumbaan, ia membolehkan pemain membuat pergerakan yang lebih halus dan terkawal dalam permainan.

Pemain boleh menyesuaikan titik pencahayaan dan titik pengaktifan melalui aplikasi Predator Sense atau dengan menekan kekunci P3.

Predator-Helios-300

Predator Helios 300 –Komputer Riba Terbukti Semasa Pertandingan Pada Harga Mampu Milik

Predator Helios 300 adalah model komputer riba yang popular dalam kalangan pemain yang mencari gameplay bebas-kabur kerana paparan 15.6 inci bingkai nipis FHD IPS yang menyokong kadar muat semula (refresh) dan tempoh respon 3ms.

Selain pemproses terkini Intel® CoreTM Generasi ke-10, komputer riba permainan video ini dimuatkan dengan 8GB RAM boleh dinaiktarafkan ke 32GB RAM dalam dwi-saluran (dual channel) dan 512GB PCIe NVMe SSD.

Ia menjangkakan keperluan masa depan para pemain dengan slot M.2 tambahan dan slot HDD dengan kit naiktaraf HDD tersedia dalam kotak.

Bagi memastikan penggunaan jalur lebar mengikut keutamaan, Killer DoubleShotTM Pro beserta Intel®Wireless Wi-Fi 6 dan Killer Ethernet E2600 meningkatkan kepantasan, kestabilan rangkaian dan prestasi bagi membolehkan pemain menggunakan setiap kelebihan dalam pertempuran yang paling hebat.

Predator Helios 300 membolehkan pemain menakluk dunia baharu dengan memanfaatkan potensi sebenar dengan menampilkan Teknologi Kipas 3D AeroBladeTM terbaharu untuk penyejukan yang berkesan sambil mengurangkan kadar bunyi secara keseluruhan.

Setelah terbukti menerusi pelbagai kejohanan eSukan di Malaysia, Predator Helios 300 yang diperbaharui ini hadir dengan pilihan pemproses Intel® CoreTM i7 Generasi ke-10 atau pemproses i5 digandingkan dengan grafik GeForce RTX 2060 untuk memenuhi keperluan para pemain.

Dari aspek rekaan, Predator Helios 300 mengubah pembesar suara ke atas dan port pengecaj di belakang peranti.

Harga runcit bermula dari RM4,599 dan ia akan mula dijual dengan kadar segera di semua stor dalam talian rasmi Acer dan semua pengedar sah di seluruh negara mulai 2 Ogos 2020.

Sunway Lancar Kempen ‘Ke Sana Ke Sini Ke Sunway Lagi’

Kempen pertama berjaya menjual 18,000 bilik penginapan malam dalam dua minggu, melonjak 80% daripada sasaran awal

Kempen pertama ‘Ke Sana Ke Sini Ke Sunway’ kelolaan Sunway kini kembali sebagai Ke Sana Ke Sini Ke Sunway LAGI! berikutan sambutan hangat orang ramai.

HC Chan, Sunway Malls and Theme Park CEO

Kempen pertama yang berlangsung dari 6 hingga 20 Julai lalu menyaksikan jualan melebihi 18,000 bilik penginapan malam di Sunway City Kuala Lumpur – melonjak 80% daripada sasaran awal.

“Hasil daripada kempen Ke Sana Ke Sini Ke Sunway pertama, Sunway menganggarkan lebih RM20 juta akan dibelanjakan ke keseluruhan hotel-hotel, taman tema dan pusat beli-belah Sunway,’’ kata Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Beli-Belah dan Taman Tema Sunway HC Chan.

“Akan ada kesan gandaan yang besar. Selain daripada sumbangan langsung lebih RM5 juta daripada tempahan bilik yang disaksikan di dalam pakej pertama, sejumlah besar yang tidak secara langsung bernilai RM15.5 juta akan menyusul daripada perbelanjaan sampingan di keseluruhan ketiga-tiga perniagaan tersebut,’’ katanya.

Dengan permintaan sebegitu tinggi, suasana riang berterusan di Sunway City Kuala Lumpur dengan para pelawat menikmati pakej Ke Sana Ke Sini Ke Sunway LAGI! dengan harga yang bermula dari RM499. Kempen baharu ini bermula 1 Ogos hingga 21 Ogos dengan tempoh perjalanan dari 1 Ogos hingga 31 Oktober.

Pakej baharu ini merangkumi penginapan tiga hari/dua malam di Sunway Pyramid Hotel atau Sunway Clio Hotel untuk dua dewasa dan dua kanak-kanak; tiket masuk ke Sunway Lagoon (dua dewasa dan dua kanak-kanak) dan baucar bernilai RM50 untuk digunakan di Sunway Pyramid Mall.

Pengunjung diingatkan bahawa Sunway Lagoon akan ditutup setiap hari Selasa mulai 1 Ogos. Pakej ini boleh diperoleh di www.sunway.city/kesanakesini

“Dari analisis kami, kejayaan kempen sebahagian besarnya dikaitkan dengan pembangunan bersepadu sinergistik Sunway City Kuala Lumpur yang membolehkan destinasi pelancongan all-in-one dengan protokol keselamatan yang sama digunakan untuk semua premis. Ini adalah jaminan keselamatan yang penting untuk ketenangan fikiran para pelawat,’’ katanya.

“Wawasan pengasas dan pengerusi Sunway, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah, untuk mewujudkan perbandaran yang lancar, terhubung, selamat dan lestari yang membolehkan Sunway City Kuala Lumpur terus menerajui kebangkitan sektor pelancongan di Malaysia yang sangat diperlukan,’’ katanya.

Kempen pertama Ke Sana Ke Sini Ke Sunway menjual 18,000 bilik dalam dua minggu.

Perubahan dalam corak pelancongan domestik – dengan tarikan dalam segmen keluarga menjadi pilihan utama dalam kalangan rakyat Malaysia semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) – mendorong kempen pelancongan domestik Sunway dengan jualan melepasi sasaran awal 10,000 bilik penginapan malam.

Keputusan itu adalah seiring dengan kaji selidik Tourism Malaysia yang diadakan baru-baru ini bahawa 50.9% responden percaya melancong di dalam negara adalah lebih selamat selepas PKPP.

Pakej pertama pelancongan domestik Ke Sana Ke Sini Ke Sunway adalah berharga RM499 – yang mendapat diskaun hampir 70% daripada harga biasa RM1,599.

Pakej ini terdiri daripada penginapan dua malam di Sunway Pyramid Hotel untuk dua orang dewasa dan dua orang kanak-kanak; tiket ke Sunway Lagoon untuk dua dewasa dan dua kanak-kanak, selain baucar `Aktiviti Seronok Keluarga’ daripada Sunway Pyramid Mall.

Pakej pelancongan domestik di Sunway City Kuala Lumpur adalah sebahagian daripada tawaran pelancongan Sunway untuk menghidupkan semula sektor pelancongan, memberikan ia ruang bernafas setelah tempoh lama tidak aktif disebabkan PKPP.

Tahun ini, sektor pelancongan tempatan dianggarkan rugi RM45 bilion berikutan sempadan dan pintu masuk ke negara ini ditutup.

MBO Movie Ticket Redemption With Samsung Rewards

After months of self-isolation with cinemas closed, now we are allowed to hit the cinemas and watch movies on the big screen while maintaining social distancing.

Samsung Rewards wants to make your back-to-cinema experience more rewarding with the MBO Tickets Redemption, which is happening now!

From now until 31st October, you can now redeem a MBO e-voucher with just 2000 Samsung Rewards points!

How to redeem:

  1. Ensure you have enough Samsung Rewards points.
  2. Accept the terms and conditions to proceed.
  3. Tap on the “Next” button.
  4. Tap on “Done” and proceed with “OK”.
  5. Check your redeemed e-voucher at “My Voucher” list.
  6. Exchange e-voucher at any MBO counters for movie ticket.

* One (1) redemption is applicable per user, while stocks last.

For applicable terms and conditions or redemption of e-Vouchers, please click here.

Here is a quick link directing you to download Samsung Pay app on your device and start spending with Samsung Pay to earn Samsung Rewards Points and redeem products/ services specially curated for you:

Google Play Store: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.samsung.android.spay&hl=en
Galaxy Store (for non-MST supported devices): http://apps.samsung.com/appquery/appDetail.as?appId=com.samsung.android.spay&cId=000004010398

Should you have any additional queries, feel free to contact us at [email protected] or call 1800 22 8899.

MSC Donates RM20,000 For New Mosque In Klian Intan, Perak

Madzlan Zam (left) presenting a donation cheque to Dato’ Meor Roslan (right), Orang Besar Jajahan Hulu Perak, a representative of the royal palace of Perak

Tin miner and metal producer, Malaysia Smelting Corporation Berhad (MSC) has contributed to the development of a new mosque, Masjid Klian Intan located in the district of Pengkalan Hulu, with a donation cheque worth RM20,000.

The cheque was presented by Madzlan Zam, Senior General Manager of MSC’s tin mining operations, to the Jawatankuasa Kariah Masjid Klian Intan during the Mosque Handover Ceremony held on 24th July 2020.

Madzlan Zam (left) presenting a donation cheque to Dato’ Meor Roslan (right), Orang Besar Jajahan Hulu Perak, a representative of the royal palace of Perak

The ceremony was attended by a representative of the royal palace of the Perak Sultanate, Orang Besar Jajahan Hulu Perak, Dato’ Meow Roslan Meor Ahmad Rashidi.

Madzlan Zam said, “As a responsible corporate citizen, MSC has always taken into consideration the interest of the community of where we operate.

“The people of Klian Intan have played a big role in the growth of MSC Group over the years. This is one of the ways for us to contribute and further enrich the livelihoods of the surrounding community.”

“Giving back to the larger society is an integral element of MSC’s identity. This initiative is part of MSC’s Corporate Social Responsibility (CSR) programme whereby we connect and foster stronger relationship with the community, while supporting the state government. We hope that our contribution will serve the people of Klian Intan well.”

MSC operates the country’s largest hard-rock open-pit tin mine in Klian Intan, Perak known as Rahman Hydraulic Tin Mine. In 2019, 83% of MSC’s tin mining operations’ workforce comprise of locals from Pengkalan Hulu and the nearby communities.

Myra Vista – Kediaman Ideal Untuk Kehidupan Moden

Myra lancar kediaman praktikal bagi pembeli rumah golongan belia Melayu

Konsep sesebuah kediaman sentiasa berubah berdasarkan zaman dan pilihan individu. Namun, perkara yang tidak berubah apabila membeli kediaman adalah kemampuannya untuk menyediakan nilai yang boleh menambah baik kehidupan pembeli dalam aspek kemampuan, ruang, keselesaan dan gaya hidup.

Apabila aspek-aspek ini digabungkan, ia mencipta nilai bagi kediaman yang ideal – ruang yang mana keluarga moden boleh membina hidup yang selesa.

Dengan misi untuk membina kediaman praktikal yang memberikan keselesaan dan jaminan kepada pembeli rumah, pemaju hartanah Myra melancarkan pembangunan kediaman terbaharunya, Myra Vista.

Ia adalah projek pembangunan kelima di bawah jenama Myra susulan pelancaran Myra Saujana di Putrajaya, Myra Meranti di Puchong, Myra Alam di Puncak Alam dan Myra Putra di Desa Pinggiran Putra.

Terletak di Bandar Baru Salak Tinggi, Myra Vista adalah perbandaran berkepadatan rendah dan pemilikan individu yang dibina di atas tanah rizab Melayu dengan anggaran nilai pembangunan kasar (GDV) keseluruhan sekitar RM48,143,000.

Ia merangkumi 89 unit rumah teres dua tingkat 20’ x 80’ dengan keluasan binaan antara 1726 – 1766 kaki persegi dan didatangkan dengan 4 bilik tidur serta 3 bilik mandi. Harga jualannya bermula daripada RM 439,000 dengan bayaran tempahan sebanyak RM500.

Myra Vista Bicycle Park

Dibina untuk memenuhi gaya hidup golongan belia Melayu, Myra Vista menerapkan semua nilai yang boleh mengubah rumah biasa menjadi sebuah sebuah kediaman yang memenuhi keperluan dan kehendak komuniti golongan berkenaan.

Selain itu, Bandar Baru Salak Tinggi terletak di tengah-tengah kawasan matang dan yang sedang berkembang seperti Kota Warisan, Nilai dan Jenderam Hilir.

Justeru, pembangunan kediaman ini menawarkan pilihan kediaman yang amat sesuai bagi mereka yang bekerja di bandar berhampiran dan dalam masa yang sama mahu mendapatkan rumah mampu milik untuk diri sendiri.

Direka untuk menghubungkan jurang yang ada dalam pasaran hartanah, Myra yakin bahawa kediaman yang ditawarkannya benar-benar menepati keperluan pembeli rumah.

Pengurus Besar Jualan dan Pemasaran, Wendy Lim berkata, “Kami sentiasa merancang produk kami berdasarkan demografi dan kali ini, Myra Vista disasarkan kepada pasaran Melayu moden.

“Kami mengambilkira bagaimana mereka menggunakannya, keperluan mereka dan mempertimbangkan kehendak yang akan dipadankan dengan keutamaan mereka.

“Bagi kami, kesesuaian menjadi keutamaan- kami sentiasa mencari jalan untuk
menyediakan produk terbaik bagi pasaran yang disasarkan.”

Selain daripada tawaran harga yang kompetitif, Myra Vista menerapkan rekaan yang sesuai dengan gaya hidup masyarakat Melayu yang mementingkan kawasan yang luas dan selesa untuk aktiviti riadah sekeluarga.

Kediaman berkenaan juga direka dengan privasi yang optimum dan ruang luas bagi
kesejahteraan penghuninya.

Sedar bahawa sasaran pembelinya adalah mereka yang selesa meluangkan masa berkualiti dengan keluarga dan rakan-rakan, Myra Vista menyediakan sebuah ruang keluarga dengan sambungan balkoni di lot sudut dan hujung.

Ini mengundang cahaya matahari semula jadi dan pengudaraan sejuk masuk ke tingkat atas rumah dan dalam masa yang sama memberikan privasi.

Myra percaya bahawa semua orang mempunyai pilihan gaya hidup tersendiri dan di sinilah Myra Vista cemerlang dalam menawarkan fleksibiliti kepada pembeli rumah. Sebagai contoh, laman belakang seluas 279 kaki persegi boleh digunakan oleh keluarga yang ingin menikmati aktiviti santai atau melayan tetamu di luar rumah.

Bagi golongan petani bandar, laman belakang itu boleh menjadi lokasi yang ideal untuk
mereka menanam sendiri sayur-sayuran mereka. Selain itu, ia memberikan pilihan terbuka kepada pembeli rumah yang ingin membesarkan lagi ruang rumah bagi memenuhi keperluan keluarga mereka yang sentiasa berubah.

Bagi memastikan pembeli rumah dan ahli komuniti dapat menunaikan ibadat tanpa kesulitan, pembangunan kediaman berkenaan terletak hanya tiga minit daripada surau berhampiran bagi memudahkan mereka menghadiri perjumpaan agama.

Bagi mereka yang menunaikan solat di rumah, mereka tidak perlu gusar kerana setiap unit di Myra Vista dilengkapkan dengan petunjuk arah kiblat sebagai panduan.

Dengan lokasi, keluasan dan harga yang menarik, Myra Vista turut memberi penekanan kepada kepentingan gaya hidup yang sihat termasuklah dengan menikmati alam semulajadi.

Bagi menggalakkan masa berkualiti diluangkan di luar rumah, banyak usaha dijalankan dalam mencipta landskap di sekitar pembangunan berkenaan yang turut merangkumi aspek kawasan komuniti yang boleh digunakan oleh semua golongan tanpa mengira usia.

Satu ciri utama kemudahan luaran Myra Vista adalah taman basikal bagi kanak-kanak yang bukan hanya berfungsi sebagai taman permainan tetapi juga sebagai lapangan pendidikan yang mengajar mereka mengenai papan tanda jalan, etika trafik dan penggunaan jalan yang betul.

Bagi golongan dewasa, laluan berjoging akan dibina mengelilingi kawasan taman permainan berkenaan dilengkapi dengan seksyen khas untuk orang dewasa menjalankan aktiviti senaman.

Myra juga tidak sesekali berkompromi akan aspek keselamatan yang mana ia diterjemahkan dengan keutamaan pembangunan kawasan berpengawal bagi keselamatan penduduknya.

Aksesibiliti juga adalah faktor utama yang perlu diberi perhatian dalam proses pembelian rumah pada masa ini. Terletak berhampiran lebuh raya utama seperti ELITE, PLUS, MEX, LEKAS dan SKVE, kawasan berkenaan menyaksikan pertumbuhan yang drastik dalam aspek penawaran aksesibiliti kepada penduduknya.

AXA Tawar Perlindungan Jalan Raya Dengan Hanya Tekan Satu Butang

Dengan pelancaran SmartDrive Safe – iaitu Insurans Motor Telematik pertama di Malaysia yang  dilengkapi dengan Microtag tanpa wayar dan sumber kuasa sendiri, AXA memudahkan pemandu untuk mendapatkan bantuan segera, hanya dengan satu sentuhan butang.

AXA Affin General Insurance Berhad (AXA) sekali lagi memacu inovasi dengan menawarkan perlindungan jalan raya yang segera hanya dengan satu sentuhan butang.

AXA hari ini (28 Julai 2020) telah mengumumkan pelancaran SmartDrive Safe, satu pelan insurans motor yang  berinovatif bertujuan untuk mempromosikan tabiat pemanduan selamat dan memberikan ketenangan fikiran semasa memerlukan.

Pelan ini dilengkapi dengan peranti Microtag tanpa wayar dan sumber kuasa sendiri yang boleh dipasang dengan mudah di mana-mana sahaja dalam kenderaan.

Ia secara automatik dihubungkan dengan aplikasi mudah alih SmartDrive Safe melalui Bluetooth untuk Pengenalpastian Pemandu Automatik.

Sekiranya berlaku kemalangan jalan raya, kerosakan kenderaan atau kecemasan, bantuan akan diberikan dengan segera. Pemandu hanya perlu menekan Microtag untuk mendapatkan bantuan segera daripada profesional yang dipercayai bagi meredakan kebimbangan mereka semasa menghadapi situasi yang sukar.

eCall –  Notis Kemalangan Automatik &  Respons Bantuan Kecemasan
Apabila kenderaan mengalami kemalangan yang teruk dan mencetuskan penggera, pemandu akan segera menerima panggilan untuk bantuan serta merta seperti penghantaran ambulans.

bCall
Sekiranya kereta rosak atau memerlukan servis kecemasan, pemandu hanya perlu menekan butang SOS pada Microtag untuk menerima bantuan segera dari Pusat Panggilan 24/7.

Penggera Pemanduan Selamat
Penggera bunyi bip yang mesra masa nyata berfungsi untuk memberitahu pemandu mengenai tabiat tidak selamat, mengelakkan gangguan telefon dan memandu melebihi had laju di samping memastikan keselamatan penumpang.

Pelancaran SmartDrive Safe menunjukkan kesungguhan AXA dalam melindungi kepentingan rakyat Malaysia dengan memberikan nilai tambahan dan pengalaman atas jalan raya yang selamat serta menyumbang kepada peningkatan keselamatan jalan raya di negara ini.

Menyedari hakikat bahawa keselamatan jalan raya merupakan isu yang mendapat perhatian serius di Malaysia, Jeremy Yeap, Ketua Pegawai Peruncitan AXA berucap semasa pelancaran maya SmartDrive Safe:

“Kami memahami kesulitan yang dihadapi oleh pelanggan kami terutamanya ketika berlaku kecemasan di jalan raya, kemalangan atau kerosakan kereta. Saat genting seperti itu menjadi titik tolak yang penting bagi kami untuk  menjamin  keselamatan dan ketenangan fikiran pelanggan dan kami ingin meyakinkan mereka bahawa mendapatkan bantuan segera adalah semudah satu sentuhan butang.”

Katanya, “Dalam memainkan peranan kami untuk menggalakkan tabiat pemanduan yang berhemah dan menyumbang kepada jalan raya yang lebih selamat di Malaysia, SmartDrive Safe akan memberi ganjaran kepada pemandu yang memandu dengan selamat, berdasarkan kelajuan, tabiat membrek, membelok dan sekerap mana mereka menggunakan telefon sewaktu memandu.

Mata ganjaran yang diperoleh untuk pemanduan selamat boleh digunakan untuk menebus e-baucar melalui aplikasi SmartDrive Safe. Kami berharap dengan sistem ganjaran ini, pemandu akan lebih bersemangat untuk mengubah atau memperbaiki tabiat pemanduan mereka.

SmartDrive Safe menawarkan perlindungan motor yang menyeluruh dengan Elaun Bantuan Banjir sehingga RM1,500, Perlindungan Penjagaan Kunci sehingga RM1,500, Khidmat Tunda Kecemasan 24/7 yang percuma sehingga 200km, Perluasan untuk Semua Pemandu dan banyak lagi.

Dengan aplikasi mudah alih SmartDrive Safe, pelanggan dapat mengemukakan tuntutan kemalangan dengan mudah untuk proses yang lebih pantas, mencari lokasi gandingan terakhir kenderaan mereka, melihat skor pemanduan mereka, mendapatkan tips pemanduan, menyemak dan menebus Mata Pemanduan Selamat dan banyak lagi – semuanya hanya di hujung jari mereka!

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.axa.com.my/safe atau pelancaran maya berikut:

Facebook: https://www.facebook.com/MYAXAAffin/videos/287758155830653/?v=287758155830653

YouTube: https://www.youtube.com/watch?v=g6waVOfnieM

GoCar Malaysia Revamps And Expands Subscription Offerings For More Options And Affordability

For more savings, customers who subscribe for one year or more will enjoy 50 percent off the first three months

GoCar, Malaysia’s leading on-demand car-sharing platform, today announced that it has enhanced and expanded its car subscription programme, which is now rebranded as GoCar Subs.

Launched in June 2019 – the first of its kind in the country – GoCar Subs aims to offer customers an affordable and flexible alternative to today’s car ownership challenges.

For a start, with the revamp, GoCar Subs now has an extended fleet of vehicle options from sedans, crossover SUVs, MPVs, and a pickup truck, which include local, Japanese and Continental makes such as Perodua, Proton, Nissan, Toyota, Honda, Volkswagen and Renault.

All vehicles in the line-up are independently inspected to ensure the vehicle is in good condition and meets the standards that customers are looking for

Subscription plan options now include durations of weekly, monthly, 12 months, 24 months or 36 months. The longer the contract period, the more affordable the costs.

All fees are inclusive of comprehensive insurance, road tax, regular servicing and maintenance and independently rated car inspection. As a subscription programme, GoCar Subs customers also need not worry about hefty down payments, loan interest rates, being locked-in to long-term loan tenures and vehicle depreciation costs.

Comparable to having up to another six months’ extension on the moratorium

GoCar Subs has also launched a free-consultation module, where customer can explore the option of selling their car to GoCar Subs and having up to six months[2] of Subscription fees paid for through their trade-in.

They can select from the list of cars available in GoCar Subs garage, or even choose to re-subscribe to their own car. The best part? Customers have the option of flexibility in cancelling their subscription at any time.

This frees customers from long term loan tenures, interest fees and the worry of vehicle depreciation.

According to the statistics provided by the Department of Statistics Malaysia, car loans are also the main cause of bankruptcy in Malaysia. With GoCar Subs, customers have the freedom and flexibility as they need not worry about the Subscription fee contributing to their CCRIS.

Additionally, GoCar Subs offers customers the freedom of access to an affordable vehicle without having to commit for long periods of time.

Those interested in a free consultation can just submit their details at the newly launched GoCar Subs website. A designated product consultant will be in contact within 24 hours to provide assistance.

Additionally, through the dedicated website for GoCar Subs (www.gocarsubs.com), customers can register for a new subscription  account, select their vehicle and subscription plan, complete the subscription process, track their subscription status online and manage their subscription payments.

All applications will be processed within 24 hours. Once approved, customers will receive their cars and start their subscription journey within 14 days.

For added convenience and with customer safety in mind, GoCar Subs is also offering door-to-door service for vehicle delivery as well as maintenance pick-up and return.

This service is available free for customers within the Klang Valley who subscribe for the 12-month and above plans. Customers can also rest assured that all vehicles will be sanitised before being handed over to them.

Another new feature under GoCar Subs are add-on options, the costs of which customers can choose to amortise across their subscription for additional comfort and convenience.

Current offerings available include Singapore access for RM8 monthly (extended insurance coverage included), tinting from RM28 monthly and full accident protection for RM99 monthly (no excess fees will be charged in the event of an accident).

GoCar Subs is open to all Malaysian citizens and residents (international driving licenses are accepted). To subscribe, applicants only need to submit a copy of their driving license, identity card or passport, three-month payslip, EPF statement and three-month bank statement.

For a limited-time, customers who subscribe to the 12-month, 24-month and 36-month plans and make payment by 31 August 2020 will be entitled to a 50 percent fee reduction for the first three months. Sign up now at www.gocarsubs.com

Post Menarik