Utama Blog Halaman 731

Evolusi 19 Tahun Airasia Kepada Asean Super App

Selepas 19 tahun menerbangkan para tetamu, syarikat penerbangan tambang rendah yang bermula dengan hanya dua buah pesawat telah menjadi pemain industri terkemuka di rantau ini dan kini menjadi lebih daripada sebuah syarikat penerbangan.

Daripada Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia selama 11 tahun berturut-turut, airasia telah melengkapkan transformasi digitalnya kepada Asean super app, sebuah aplikasi perjalanan dan gaya hidup digital yang bukan sahaja menawarkan pelbagai perkhidmatan, malah tiket syarikat penerbangan lain.

Datuk Kamarudin Meranun, Pengerusi Eksekutif kumpulan airasia

Datuk Kamarudin Meranun, Pengerusi Eksekutif kumpulan airasia berkata: “Permulaan kami sebagai sebuah syarikat penerbangan tambang rendah meragukan ramai pihak, tambahan pula pasaran pada masa itu dikuasai oleh syarikat penerbangan legasi yang menjadikan perjalanan kami lebih mencabar.

Hampir dua dekad telah berlalu dan kami bukan sahaja membuktikan bahawa mereka salah; malah kami kini menghubungkan lebih dari 160 destinasi di seluruh Asia Pasifik dan merapatkan jurang di Asean.

“Dengan operasi syarikat penerbangan di empat buah negara Asean dengan ekonomi terbesar dan merancang untuk menambah operasi pada masa hadapan, tiada syarikat penerbangan lain yang boleh mengungguli Asean daripada kami.

“Di tempat kelahiran kami di Malaysia, kami telah memainkan peranan penting dalam mempromosikan integrasi antara Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak dengan menyediakan hubungan tiada tandingannya kepada rakyat tempatan, dan menjadi syarikat penerbangan pertama menghubungkan negara ini ke destinasi-destinasi yang kurang mendapat permintaan seperti Macau dan Bandung.

“Airasia juga adalah syarikat penerbangan pertama yang mempunyai juruterbang wanita di negara ini, seterusnya meraikan sumbangan dan pencapaian golongan wanita dalam penerbangan.

“Apa yang penting, kami telah membina asas yang kuat bagi masa depan syarikat penerbangan dan perniagaan digital kami bukan sahaja untuk bertahan, malah lebih kukuh daripada sebelumnya.

“Usaha kami untuk mengubah perniagaan berikutan keadaan yang mencabar ini adalah bukti dedikasi dan kerja keras Allstars serta maklum balas daripada lebih 600 juta tetamu yang telah terbang bersama kami.

“Kami akan terus berusaha untuk mengambil semula Allstars yang terpaksa meninggalkan kami berikutan keadaan tidak mengizinkan.”

Tan Sri Tony Fernandes, CEO of airasia Group

Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan airasia berkata: “Keraguan segelintir pihak terhadap kami sebagai sebuah syarikat penerbangan tambang rendah pada 19 tahun lalu, masih ada apabila kami mengumumkan transformasi digital pada hari ini.

“Namun, apa yang membezakan kami adalah nilai, pelanggan dan teknologi yang dimiliki, serta usaha berterusan kami untuk menjadikannya realiti. Perjalanan kami masih jauh dan kami mempunyai kepakaran dan idea yang hebat untuk membantu perjalanan kami. Jadi, kami yakin akan kembali lebih kuat dan kukuh selepas Covid-19.

“Walaupun terdapat pelbagai cabaran – seperti Covid-19 – ini bukan pengakhiran tetapi permulaan baharu. airasia akan terus menjadi lebih kuat dan kami akan terus berkembang menjadi yang terbaik di dunia; inilah masanya untuk memulakan, menghidupkan dan membina semula perjalanan kami.

“Pada ulang tahun ke-19 kami hari ini, airasia.com berbangga menjadi super app yang menawarkan tawaran perjalanan dan gaya hidup terkemuka di Asean untuk 17 juta pengguna aktif bulanan yang kian bertambah, memberikan kemudahan kepada pelanggan untuk mendapatkan perkhidmatan berkaitan dengan perjalanan dan gaya hidup harian seperti makanan dan hasil segar dalam satu platform.

“Cabaran berikutan pandemik Covid-19 pada bulan-bulan yang lepas telah memberi peluang kepada kami untuk memacu transformasi digital kami.

Selain airasia.com untuk produk dan perkhidmatan yang berkaitan dengan perjalanan, kami juga mempunyai perkhidmatan e-dagang (airasia shop, airasia food and airasia fresh), Teleport (logistik), Santan (francais restoran makanan segera Asean), BigPay dan BIG Rewards (perkhidmatan teknologi kewangan), serta platform perkhidmatan mesra Muslim IKHLAS.”

Sempena ulang tahun ke-19 pada tahun ini, airasia hari ini melancarkan Muzium airasia, sebuah arkib dalam talian yang mengumpulkan gambar, dokumen, dan penerbitan yang berkaitan dengan sejarah Kumpulan syarikat tersebut sejak dari tahun 2001 hingga tahun 2020.

Muzium maya ini membawa pengunjung melalui peristiwa-peristiwa penting dalam perjalanan digital airasia yang bermula sejak awal tahun 2002, apabila ia menjadi syarikat penerbangan pertama di Asia yang memperkenalkan tempahan dalam talian secara langsung melalui laman web.

Dalam masa yang sama, airasia telah menaik taraf langkah-langkah keselamatan untuk norma baharu perjalanan udara dengan melancarkan pelbagai inovasi tanpa sentuhan seperti pengecaman wajah biometrik (FACES) dan penyerahan dokumen perjalanan dan kesihatan Scan2Fly dalam talian menjadikan penerbangan bukan sahaja selamat dan berpatutan tetapi juga lebih bersih dan lancar.

Pada bulan September, ia melancarkan Asia Digital Engineering sebuah anak syarikat untuk menyediakan perkhidmatan kejuruteraan untuk kumpulan syarikat penerbangan airasia serta syarikat penerbangan lain di rantau ini.

Cukai Eksais Perlu Merangkumi Cecair Vape Mengandungi Nikotin

Peraturan perlu diperkenalkan ke atas industri vape dengan segera termasuk mengawalselia standard cecair vape yang mengandungi nikotin

Dewan Perniagaan Vape Malaysia (DPVM) hari ini berkata, langkah percukaian eksais perlu merangkumi cecair vape yang mengandungi nikotin dan peraturan perlu diperkenalkan dengan segera ke atas industri vape termasuk mengawalselia standard produk cecair vape yang mengandungi nikotin.

Cukai eksais ke atas cecair rokok elektronik termasuk vape pada kadar RM0.40 setiap ml diumumkan oleh Kerajaan semasa perbentangan Bajet2021 dalam bulan November. Selain itu, cukai eksais pada kadar 10% ad valorem ke atas peranti vape turut diumumkan. 

Baru-baru ini pihak Jabatan Kastam DiRaja Malaysia mengumumkan bahawa percukaian tersebut hanya dikenakan ke atas cecair vape yang tidak mengandungi nikotin.

Presiden DPVM, Syed Azaudin Syed Ahmad berkata, “Langkah percukaian dan peraturan seharusnya holistik dan mengambil kira keadaan semasa dalam pasaran.

Di dalam pasaran tempatan, lebih daripada 97% cecair vape yang dijual mengandungi nikotin dan ini adalah sama dengan trend di negara lain. Namun begitu, percukaian dan peraturan masih tidak dibuat di Malaysia untuk merangkumi cecair vape yang mengandungi nikotin.” 

Syed Azaudin turut berpendapat sekiranya percukaian ini diteruskan hanya untuk cecair tanpa nikotin, percukaian tersebut tidak akan mendatangkan hasil kerana percukaian tersebut tidak mengambil kira keperluan industri dan pengguna.

Di Malaysia, Kementerian Kesihatan telah melaporkan terdapat 1.12 juta pengguna vape melalui Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019. 

Pada masa yang sama, DPVM menganggarkan terdapat 3,000 perniagaan berkaitan vape di mana majoritinya adalah usahawan Bumiputera dan angka pekerja dalam industri ini mencecah 25,000. Manakala, DPVM juga membuat anggaran di mana industri vape di Malaysia bernilai lebih daripada RM2 bilion setahun.

“Industri vape di Malaysia bukannya kecil dan telah wujudnya satu eko-sistem matang dan besar yang merangkumi pengeluar, pengimport, pekedai serta pengguna. Ini adalah satu fakta yang tidak boleh diabaikan.

“Oleh itu, percukaian serta peraturan yang holistik termasuk standard produk dan kepenggunaan cecair vape yang mengandungi nikotin perlu dibuat dengan segera oleh Kerajaan,” kata Syed Azaudin.

Menurutnya, banyak negara maju telah memperkenalkan peraturan untuk industri vape termasuk mengawal standard produk dan kepenggunaan cecair vape yang mengandungi nikotin. 

“Negara-negara seperti UK, New Zealand dan Kanada mengiktiraf peranan vape terutamanya dalam membantu perokok berhenti merokok dan beralih kepada vape yang telah terbukti kurang mudarat berbanding merokok. Negara-negara ini turut mewujudkan peraturan supaya kawalan dibuat dan pengguna mendapatkan produk yang mengikut standard produk yang ditetapkan.”

“Industri vape memohon agar Kerajaan menilai semua faktor-faktor ini dan membuat suatu peraturan serta percukaian yang holistik ke atas industri vape,” katanya lagi. 

Penjawat Awam Adalah Nadi Negara – Pengerusi NGO Antarabangsa

Pengerusi Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Antarabangsa yang juga penerima Anugerah Tokoh utama Maulidur Rasul Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican berkata penjawat awam adalah Nadi Negara dan keperluan menjaga kebajikan penjawat awam dan keluarga mereka perlu diberikan menyeluruh kepada semua peringkat.

Beliau berkata, ketika ini, negara menghadapi wabak pandemik COVID-19 dan penjawat awam harus dipuji kerana terus memberi sumbangan besar kepada negara.

Mustapha (kanan) bersama dengan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali

“Dalam situasi sukar ini, mereka masih terus mencurahkan bakti meskipun terpaksa berhadapan dengan virus COVID-19 yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar ini.

“Peranan mereka dalam semua sektor ini harus dipuji walaupun mereka yang bekerja itu terhad. Ini kerana perkhidmatan awam adalah teras kepada tadbir urus negara,” katanya ketika mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali di pejabatnya di Putrajaya, Jumaat lalu.

Excise Duty Should Cover Vape E-Liquids With Nicotine

Gambar Hiasan

Regulations should be quickly introduced on the vape industry, including regulating standards for vape e-liquids with nicotine

The Malaysian Vape Chamber of Commerce or Dewan Perniagaan Vape Malaysia (DPVM) today said that the move to introduce excise duties should cover vape e-liquids with nicotine and that the vape industry must be quickly regulated, including regulating standards for vape e-liquids with nicotine. 

An excise duty on liquids for e-cigarettes, including vape, at a rate of RM0.40 per ml was announced by the Government during the Budget 2021 presentation in November. An ad valorem excise tax of 10% on vape devices was also introduced. 

Gambar Hiasan

The Royal Malaysian Customs Department announced recently that the tax shall be imposed only on non-nicotine vape liquids.

Syed Azaudin Syed Ahmad, DPVM said, “Any taxation and regulation imposed should be holistic and take into account the current market situation.

“In the local market, more than 97% of the vape e-liquids sold contain nicotine, with a similar trend seen in other countries. However, there is still no taxation and regulation  covering vape e-liquids with nicotine.” 

Syed Azaudin also feels that if the tax is implemented only for non-nicotine liquids, the move would be an exercise in futility as it does not take into account industry and consumer needs.

Currently there are 1.12 million vapers in Malaysia according to the National Health and Morbidity Survey 2019 conducted by the Ministry of Health. 

DPVM estimates that there are 3,000 vape related businesses, mainly operated by Bumiputera entrepreneurs employing up to 25,000 workers. DPVM also estimates that the vape industry is worth more than RM2 billion annually.

“The vape industry in Malaysia is not small and there is a mature and large ecosystem involving manufacturers, importers and consumers. This is a fact that cannot be ignored. In view of this, the Government should quickly introduce a comprehensive set of regulations, including consumerism and product standards for vape e-liquids with nicotine,” said Syed Azaudin. 

According to him, many developed countries have introduced regulations for the vape industry, including consumerism and product standards for vape e-liquids with nicotine. 

“Countries such as UK, New Zealand and Canada acknowledge the role of vape in helping cigarette smokers quit smoking and switch to vaping, which has proven to be less harmful than smoking.

“These countries also have regulations that cover the industry and enable consumers to obtain products that adhere to standards that have been set.”

“The vape industry urges the Government to re-evaluate these factors and introduce a comprehensive regulation and taxation regime for the industry,” said Syed Azauddin. 

Tony Fernandes Bersedia Hantar Pesanan AirAsia Food Anda

Tony Delivery

Sempena musim perayaan ini, pesan makanan kegemaran anda melalui airasia food.

airasia food menawarkan pelbagai diskaun daripada 10% hingga 50% untuk peniaga terpilih bermula sekarang hingga 25 Disember 2020.

Sempena perayaan Krismas, tempah hidangan istimewa dari Soh.ya & Joshijosh seperti ayam belanda panggang, kambing panggang dan pelbagai jenis set makanan bertemakan hidangan Krismas; untuk hidangan Asia, cubalah hidangan Nyonya Pulau Pinang yang asli oleh Mamalee; untuk pencuci mulut pula, nikmati manisan berasaskan soya oleh Dáo.

Tony Delivery

Kekal sihat dengan minuman kombucha berperisa edisi terhad oleh WonderBrew Kombucha yang menawarkan set 6 botol, sesuai untuk seisi keluarga atau sebagai hadiah.

Untuk menjadikan musim perayaan ini lebih istimewa, Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan airasia Tan Sri Tony Fernandes bersama-sama skuad penghantaran makanan kami akan membuat kejutan kepada para pelanggan.

Para pelanggan hanya perlu taipkan “Ho Ho Ho” dalam ruangan arahan penghantaran pesanan airasia food mereka, dan berpeluang menerima kunjungan Tony di hadapan pintu rumah mereka.

Kempen ini hanya terbuka untuk penduduk di Lembah Klang sahaja. Layari airasia.com/food untuk membuat pesanan.

Ketua airasia food Sabrina Khaw berkata: “Setelah melihat gambar penghantaran makanan yang dimuat naik oleh Tony di laman Instagram, kami menerima banyak pertanyaan daripada pelanggan kami yang tidak sabar untuk bertemu beliau.

“Kami berbesar hati untuk mengesahkan bahawa Tony telah menyusun jadualnya dan akan melakukan kejutan penghantaran di Lembah Klang.

“Jangan lupa tinggalkan pesanan anda kepada Uncle Tony setiap kali anda memesan daripada airasia food dan anda mungkin menjadi pelanggan bertuah yang menerima pesanan anda daripada beliau!”

airasia food juga menawarkan promosi penghantaran percuma secara berkala dalam jarak penghantaran sejauh 20km. Untuk menikmati lebih penjimatan, bayaran juga boleh dibuat dengan BIG Poin. Untuk berita, aktiviti dan promosi terkini, ikuti airasia food di Facebook (facebook.com/airasiafood) dan Instagram (instagram.com/airasiafood).

Sebagai salah satu perniagaan di bawah airasia.com Asean super app, airasia food adalah menawarkan penyelesaian penghantaran makanan yang lancar dan berpatutan untuk pelanggan dan pemilik restoran. Para peniaga makanan dan minuman yang berminat untuk menyertai rangkaian airasia food boleh menghubungi [email protected].

New World Phu Quoc Resort, Vietnam Akan Dibuka Pada 2021

New World Phu Quoc Resort

Perkongsian di antara New World Hotels & Resorts dan Kumpulan Sun akan mendedahkan enklaf semua villa di satu daripada destinasi pantai terbaik di Vietnam

New World Hotels & Resorts telah dilantik oleh Kumpulan Sun untuk menguruskan New World Phu Quoc Resort (dahulunya dikenali sebagai Sun Premier Village Kem Beach Resort), di pulau Phu Quoc di selatan Vietnam, dengan kedatangan kumpulan pertama tetamu dijangkakan pada tahun 2021.

Perjanjian itu menandakan permulaan bukan sahaja hartanah ke-11 dan resort kedua untuk menyertai portfolio New World Hotels & Resorts merentasi Asia di destinasi bandar raya dan resort, tetapi yang ketiga di Vietnam termasuk New World Saigon Hotel dan New World Hoiana Hotel yang akan dibuka tidak lama lagi.

New World Phu Quoc Resort

Resort semua vila itu terletak di hujung barat daya Phu Quoc, di hampir 60 hektar landskap tropika yang menghadap Pantai Kem yang terkenal – sebuah garis pesisir  yang dihiasi indah berbentuk bulan sabit sepanjang 3.5 km yang menghadap ke Teluk Thailand.

Seakan sebuah perkampungan pantai yang mewah, resort itu adalah sebuah pangkalan yang tepat untuk menerokai keajaiban semula jadi Phu Quoc – pulau terbesar di Vietnam, ia berhutan tebal, yang dibelah oleh banjaran gunung “Puncak 99” dan dikelilingi oleh beberapa pantai yang terbaik di dunia.

Lebih daripada separuh pulau itu adalah sebuah Rizab Biosfera UNESCO dan sebahagian besar daripada kawasan perairannya merupakan sebuah kawasan pemeliharaan laut.

Tetamu boleh memilih dari 375 vila dalam tujuh konfigurasi bermula dari ukuran saiz 124 meter persegi sehingga kepada Sun Beach Front Villa seluas 414 meter persegi. Setiap vila dengan atap berjerami itu mempunyai sebuah kolam renang peribadi.

Menggabungkan reka bentuk kontemporari dengan konsep seni bina Vietnam yang tak lapuk dek zaman, setiap vila terdiri daripada tiga kawasan yang berasingan, semuanya dipertingkatkan oleh angin laut segar dan cahaya matahari semula jadi.

Kayu, buluh, dan rotan digabungkan ke dalam hiasan dalaman Vietnam yang elegan dan penuh bergaya.

Seluruh kawasan persendirian di Pantai Kem di resort itu adalah seumpama daya penarik untuk sukan air, bersantai di pantai dan matahari terbenam yang indah, tetapi jalan-jalan berliku melalui taman-taman landskap di resort itu juga membawa tamu kepada pelbagai pilihan rekreasi tambahan, termasuk sebuah kolam renang luaran, pusat kecergasan dan studio, sebuah spa dengan 16 bilik rawatan dan kelab kanak-kanak untuk pelancong kecil.

Restoran dan bar memuaskan selera percutian dengan kafe sepanjang hari, restoran khusus, bar di tepi kolam renang dan restoran tepi pantai yang menawarkan suasana dan pemandangan tropika yang subur untuk menemani masakan-masakan dari pulau, wilayah dan antarabangsa.

“Kami sangat berterima kasih di atas kepercayaan yang diberikan oleh Kumpulan Sun kepada kami untuk menguruskan resort ini yang direka dengan indah di satu sudut dunia yang unik ini,” kata Sonia Cheng, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Kumpulan Hotel Rosewood.

“Kami tidak dapat memikirkan peluang yang lebih tepat untuk menzahirkan visi jenama kami mengenai perkhidmatan yang tulen dan tulus ikhlas daripada di tengah-tengah keindahan Phu Quoc dan kehangatan penduduknya.”

“Kerjasama ini di antara dua jenama yang sangat disegani di dalam perhotelan akan membawa bukan hanya satu pengalaman baharu yang superlatif bagi pelancong ke Vietnam, tetapi memperkukuhkan kedudukan Phu Quoc sebagai sebuah destinasi percutian bertaraf dunia,” kata Dang Minh Truong, pengerusi bagi Kumpulan Sun.

Dalam suasana, latar dan gaya, New World Phu Quoc Resort dengan mewah mencerminkan kesemua pesona bagi pulau Vietnam yang menghijau yang membuktikan satu daya tarikan yang semakin menarik bagi pengunjung dari seluruh pelusuk dunia.

Ia juga merupakan sebuah pintu masuk untuk menerokai budaya dan gaya hidup pulau Phu Quoc yang menawan. Dikenali sebagai “Pulau Mutiara” untuk karunia yang berkualiti daripada ladang mutiara mereka, kampung tradisional mereka, pasar mereka yang sibuk, pagoda Buddha dan ladang lada biji juga menanti untuk diterokai, dan superlatif mereka yang unik termasuk pengeluaran cham nuoc yang terbaik di Vietnam, sos ikan yang sentiasa terdapat di dalam masakan Vietnam, dan memang tidak dapat dipertikaikan makanan laut terbaik di negara itu

Airasia.com Lancar Jualan Super Sale Sempena Akhir Tahun

airasia.com, Asean super app melancarkan jualan Super Sale sempena akhir tahun 2020 dengan tawaran menakjubkan dan diskaun sehingga 70% untuk penerbangan, hotel, makanan, barangan bebas cukai dan banyak lagi.

Jualan Super Sale ini berlangsung sekarang hingga 20 Disember 2020 di airasia.com super app dan laman web airasia.com. Antara tawaran-tawaran menarik untuk edisi ini adalah:

  • Penerbangan: Diskaun sehingga 70% untuk penerbangan domestik bagi semua penerbangan
  • Bagasi, Makanan dan Tempat Duduk: Diskaun 20% untuk bagasi, diskaun 20% untuk tempat duduk Hot Seat dan diskaun 10% untuk makanan dalam penerbangan

  • SNAP: Diskaun sehingga 20% untuk pakej penerbangan dan hotel

  • Hotel: Diskaun sehingga 60%

  • airasia Food: Diskaun sehingga 50% untuk peniaga terpilih di Lembah Klang

  • airasia Health: Diskaun sehingga 20% untuk ujian RT-PCR (COVID-19) dan pakej pemeriksaan kesihatan

  • Wifi: Diskaun 50% untuk pelan internet 50MB

Semasa tempoh jualan ini, airasia.com juga bekerjasama dengan VISA untuk menawarkan pemegang kad VISA diskaun tambahan RM10 dengan perbelanjaan minimum RM100 untuk Penerbangan (termasuk tetapi tidak terhad kepada tempat duduk, makan dan bagasi), SNAP, dan Hotel.

Ahli BIG pula boleh memilih untuk membayar menggunakan BIG Poin, manakala pengguna BigPay boleh membuat pembayaran segera dengan hanya satu klik dengan ciri ‘One-Click’ yang mudah dan selamat menggunakan kad BigPay.

Karen Chan, Ketua Pegawai Eksekutif airasia.com berkata: “Tahun 2020 telah banyak menduga kita dan kini kita telah melihat perkembangan positif terutama mengenai vaksin.

Di Malaysia, kami telah menyaksikan peningkatan tempahan penerbangan domestik sempena cuti akhir tahun ini setelah kerajaan membenarkan perjalanan antara negeri.

“Kami juga telah melancarkan banyak laluan domestik baharu, menambah kapasiti untuk destinasi percutian seperti Langkawi dan Pulau Pinang, serta memulakan kembali beberapa laluan penerbangan di Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina untuk memenuhi permintaan.

Ini adalah petanda yang baik bagi permintaan perjalanan udara dan airasia.com bersedia untuk memenuhi permintaan ini.

“Sempena musim percutian akhir tahun yang akan datang, jualan Super Sale ini menawarkan produk dan perkhidmatan perjalanan dan gaya hidup yang menarik kepada para pelanggan. Sama ada percutian dalam negara atau percutian pada tahun 2021, semuanya boleh ditempah di airasia.com, sebuah aplikasi perjalanan dan gaya hidup digital Asean yang serba lengkap.”

Untuk berita terkini, aktiviti dan promosi jualan Super Sale airasia.com, ikuti airasia di Twitter (twitter.com/airasia), Facebook (facebook.com/airasia) dan Instagram (instagram.com/airasia).

*BIG Poin tidak boleh ditebus untuk pembelian Insurans, Kesihatan dan penerbangan bukan AirAsia.

Semua diskaun tertakluk pada terma dan syarat.

Samsung Malaysia Announces Availability Of New Lifestyle Smart Monitor

Versatile and affordable ‘do-it-all’ screen offers flexibility for work, learning and entertainment at home

Samsung Malaysia Electronics today announced the availability of its all-new Smart Monitor, an innovative, do-it-all screen that brings together an unprecedented suite of features
for work, learning and entertainment in a single display.

Designed to meet the new needs of today’s consumers, who are now working, learning and consuming entertainment at home, Samsung Smart Monitor incorporates powerful mobile and PC connectivity, remote home office and learning features as well as Smart Hub, a comprehensive entertainment hub, similar to Samsung’s built-in Smart TV platform.

“With this new normal, the boundaries between the ways we work, study and how we play have become blurred, and the already-important role that technology has in our lives has only become more paramount.

“Our new Smart Monitor is a direct response to that demand. Consumers no longer have to choose between a screen for one or the other as this display brings it all together.” said Jimmy Tan, Head of Consumer Electronics of Samsung Malaysia Electronics.

The new Samsung Smart Monitor provides numerous connectivity options for both PCs and smartphones.

Users can connect their personal mobile devices with just a simple tap using Tap View, App Casting or Apple AirPlay. For a complete desktop experience using a mobile device, users can also connect to the monitor with Samsung DeX.

For home office and learning, the display operates Microsoft Office 365 applications without a PC connection thanks to embedded Wi-Fi, allowing users to view, edit and save documents in the cloud directly from the monitor.

Remote Access also allows users wirelessly and remotely access files from a PC or view content from a laptop whether it is situated elsewhere in the house or at the office. The USB Type-C port allows for data, display and power — up to 65W — with just a single connection, keeping the area around the monitor clean and beautiful.

Multiple USB ports and Bluetooth 4.2 allow for additional connection versatility while the display has built-in two channel speaker.

When work is done, the display also operates as a complete entertainment hub with the ability to stream content with Samsung’s Smart Hub. The monitor’s app store allows users to stream their favorite content including Netflix, HBO and YouTube 4 even without a connection to a PC or mobile device.

Content can easily be accessed with the supplied remote control, which includes streaming service hot keys. The display can also be controlled by voice thanks to Bixby integration.

The Smart Monitor also features technology designed to make viewing more comfortable. Adaptive Picture optimizes picture quality for any viewing environment by automatically adjusting brightness and color temperature in response to room conditions.

This ensures the most comfortable viewing experience in any environment, reducing eye strain even after extended use. The monitor also features a special eye-saver mode to reduce blue light.

The monitor is available in two models in Malaysia. The M7 supports Ultra-High Definition (UHD) resolution in 32-inch while the M5 supports Full HD (FHD) resolution in 32-inch and 27-inch options.

Samsung Malaysia is kicking off pre-order campaign from 12 th to 19 th December 2020 (or while stocks last). During this pre-order period, customers who purchase M7 or M5 will enjoy saving worth up to RM400! The pre-order details are as listed below:

Pre-order is available at Samsung Malaysia E-store, Samsung Official Stores at Lazada and Shopee. Pre-order your Smart Monitor M7 or M5 via the link: www.samsung.com/my/smartmonitor2020.

Not only that, customer who successfully purchased one (1) unit of the Smart Monitor during the pre-order period will stand a chance to win a Samsung Soundbar 6 HW-T450/XM worth Rm799!

Proton Sasar Pertumbuhan Eksport Pada Tahun Depan

Proton X50

Pelancaran di lima pasaran pada bulan Disember membina platform untuk pertumbuhan eksport

Pada 2020, PROTON telah berjaya mengatasi haluan industri tempatan dengan menumbuhkan kadar jualan. Pada masa yang sama, aktiviti eksport juga telah dikembangkan.

Setakat akhir bulan November, jumlah eksport telah bertambah sebanyak 10.6% berbanding tempoh yang sama pada tahun 2019 dan pencapaian ini telah dilakukan walaupun terdapat sekatan sedunia disebabkan pandemik coronavirus.

X70

Oleh itu, sementara berusaha memenuhi keperluan tempatan memandangkan bulan Disember adalah bulan yang terbaik untuk penjualan kereta, PROTON akan menerokai pasaran antarabangsanya melalui pelancaran produk.

Lima pelancaran bakal berlaku pada minggu-minggu akan datang. Salah satu menandakan kali pertama Proton X50 memasuki pasaran eksport manakala dua lagi menandakan permulaan aktiviti pemasangan tempatan dan jualan kenderaan Proton di pasaran baru.

“Mendahului pasaran tempatan masih salah satu sasaran kami tetapi pada masa yang sama, ia amatlah penting bagi jenama Proton membina namanya di pasaran antarabangsa kerana ia mewakili syarikat dan Malaysia.

Objektif ini dinyatakan dengan jelas dalam rancangan 10-tahun kami yang telah dibentuk pada permulaan kerjasama strategik dengan Geely,” kata Dato’ Sri Syed Faisal Albar, Pengerusi Proton Holdings Berhad.

“Tahun ini, rancangan eksport kami telah terjejas oleh pandemik COVID-19 kerana setiap Negara mempunyai cara tersendiri untuk membasmi masalah itu. Namun begitu, usaha pekerja kami serta sokongan dari pelbagai agensi kerajaan telah membantu kami kembali ke haluan yang betul.

2019 Saga

“Oleh itu, dalam jangka masa beberapa minggu ini, kami akan mengumumkan permulaan aktiviti pemasangan tempatan dan jualan di Kenya dan Pakistan serta jualan Proton X50 di Brunei,” katanya lagi.

Selain daripada Negara-negara yang telah diumumkan, Bangladesh dan Mesir juga akan mengadakan pelancaran Proton Saga secara dalam talian pada bulan ini. Ini akan diikuti oleh satu lagi pelancaran di Nepal sebelum tahun berakhir.

Sebanyak 405,267 unit kenderaan berjenama Proton telah dieksport ke seluruh dunia semenjak akitiviti itu bermula pada tahun 1989 dengan Proton Saga. Pada akhir bulan November 2020, jumlah kenderaan yang telah di eksport ke Negara lain telah melebihi jumlah dari tahun sebelumnya.

Two Decades In The Service Of Saving Lives: Volvo Cars Safety Centre Celebrates 20 Years

On average, it crashes at least one brand new Volvo a day. And it has been instrumental in preserving Volvo Cars’ position as a leader in automotive safety to this very day.

This year, the Volvo Cars Safety Centre crash lab celebrates its 20th anniversary. At the time of its opening by the Swedish king, in 2000, it was one of the most advanced crash labs in the world and in many ways it still is today.

To this very day it helps Volvo Cars engineers to push the envelope in safety and to learn from real-life traffic accidents, as the company aims for a future in which no one is killed or seriously injured in a new Volvo.

“Being committed to safety is not about passing a test or getting a safety rating,” said Thomas Broberg, one of Volvo Cars’ leading safety engineers and a two-decade company veteran.

“Our commitment to safety is about finding out how and why accidents and injuries occur and then developing the technology to help prevent them. We hope our pioneering work will inspire others to follow, our ambition to reduce road traffic casualties world wide.”

The Volvo Cars Safety Centre crash lab is a multifunctional facility that allows Volvo Cars safety engineers to recreate countless traffic situations and accidents, and perform tests that go beyond regulatory requirements.

The lab contains two test tracks of 108 and 154 metres long respectively. The shorter of the two is moveable and can be positioned at an angle between 0 and 90 degrees, allowing for crash test at different angles and speeds, or to simulate a crash between two moving cars.

Cars can be crashed at speeds up to 120 km/h. Outside, there is room for performing tests like roll-over crashes and run-off road scenarios, whereby cars are launched into a ditch at high speeds.

Here, Volvo Cars also offers rescue services opportunities to hone their life-saving skills, as it did earlier this year when it dropped new Volvos from a height of 30 metres to simulate the heavy damage found in extreme crash scenarios.

Inside the main hall, an enormous crash barrier is used for testing various frontal, rear and side impacts. Weighing an astonishing 850 tonnes, it can be moved around if needed with the help of air cushions.

Thomas Broberg, Senior Technical Advisor Safety Volvo Cars Safety Centre

Additionally, there are around two dozen other fixed and movable barriers that are used in crash testing, including a moose-like structure to simulate crashes involving these animals.

During crashes, the car, the crash test dummies and the barriers are fitted with sensors that allow Volvo Cars engineers to register the entire chain of events in detail. Dozens of ultra-high definition cameras also film the crash test from every angle imaginable.

Before a physical crash test, the car model in question has already gone through thousands of computer simulated crash tests. All the data generated by these test is then used by Volvo’s engineers to develop safer cars.

As the company moves towards an all-electric future, the Safety Centre has in recent years been equipped and prepared specifically to safely execute electric car crash tests as well.

“No matter what the scenario, we can recreate it here at the Volvo Cars Safety Centre and analyse it in detail,” said Thomas Broberg.

“For me it is very inspiring to realise that for every hour of testing and analysis we put in, we get closer and closer to our ambition that no one should be killed or seriously injured in a new Volvo.”

Post Menarik