Utama Blog Halaman 729

Asian Food Network, Saluran Milik Discovery Asia Pacific Lancar Laman Web Bahasa Malaysia & Indonesia

Laman web yang baru dilancarkan ini menawarkan pengalaman digital tempatan untuk
penggemar makanan Asia tegar di seluruh komuniti Malaysia dan Indonesia.

Demi meraikan pengalaman kulinari dan budaya unik Asia dengan cara sejati, saluran makanan dalam talian dan TV terkemuka di rantau ini – Asian Food Network (AFN) – melancarkan dua laman web dalam Bahasa Malaysia dan Indonesia.

Menyajikan kandungan untuk gabungan populasi lebih daripada 230 juta, laman web ini akan memberikan kandungan yang difokuskan pada perihal tempatan dalam bahasa ibunda untuk komuniti pencinta makanan yang semakin berkembang.

Pusat terkumpulnya resipi makanan, tip, trend dan cerita inspirasi Asia – saluran makanan semua dalam satu ini semakin pantas menjadi laman penglibatan, komuniti dan perkhidmatan untuk semua pencinta makanan Asia.

Sejak asianfoodnetwork.com dilancarkan pada bulan November tahun lepas, bilangan pencinta makanan semakin berkembang – dengan 30% pengguna datang dari komuniti Malaysia dan Indonesia di rantau ini.

Seiring dengan peredaran masa, permintaan yang diperhatikan membuka peluang kepada jenama AFN untuk mempelbagaikan dan mengembangkan kandungan dalam saluran.

Penyampaian meluas dengan pendekatan digital didahulukan. Dengan menawarkan
kandungan dalam bahasa ibunda, AFN membuatkan ia lebih mudah diakses untuk peminat
mendapatkan inspirasi dan mencipta semula hidangan masakan rumah Asia kegemaran
mereka.

Dua laman web dalam Bahasa Malaysia dan Indonesia membolehkan AFN menjadi
bersungguh-sungguh dengan apa yang mereka lakukan – berhubung dengan 4 juga komuniti penggemar makanan Asia yang bertambah saban hari.

 

Didorong oleh penggunaan dan permintaan sepadan dari dua kawasan, kandungan yang
difokuskan pada perihal tempatan meletakkan AFN sebagai destinasi pertama untuk petua,
inspirasi dan perbualan tentang makanan.

Dalam landskap digital di mana pengguna inginkan pengalaman jenama yang menepati selera budaya dan keadaan mereka, kandungan tempatan memberikan pengalaman pengguna yang lebih dekat di hati.

Melalui kandungan editorial unik, program TV pelbagai dan penglibatan dalam talian, AFN fokus untuk berkomunikasi dan berhubung secara lebih mendalam dengan komuniti pencinta makanan Asia.

Ramai pencinta makanan mula meneroka dan mencari resipi makanan Malaysia dan Indonesia klasik kegemaran mereka seperti Ayam Penyet, Cekodok Pisang dan Mee Wantan Malaysia di platform ini, mengambil berat tentang peningkatan kepentingan kandungan tempatan.

Laman web yang wujud dalam Bahasa Malaysia dan Indonesia membuatkan peminat lebih mudah untuk menyertai komuniti, dengan mengambil faktor pengkhususan budaya dan menampilkan duta dari rantau Asia Tenggara.

Peminat boleh daftarkan akaun secara mudah, menanda kandungan kegemaran dan berinteraksi dengan pencinta makanan lain melalui ruang komen.

Komited untuk mengembangkan komuniti makanan Asia, langkah inklusif telah diambil oleh AFN dengan memberikan akses kepada dua laman web dalam bahasa ibunda.

AFN menjadi penyambung perbezaan bahasa dan budaya di seluruh rantau, membongkar semangat untuk makanan Asia pada skala global.

Untuk maklumat lanjut berkenaan AFN dan tawarannya, sila layari laman web berikut:
https://asianfoodnetwork.com/

Discover A Whole New World Of Detail With Galaxy A51 And Galaxy A71’s Macro Camera ③ Plants And Flowers

A51 Macro Lens Plant

It is thanks to plants that we are able to breathe fresh air, enjoy colorful landscapes and benefit from golden harvests.

In order to raise awareness of the importance they have to our global ecosystem, the United Nations has designated the year 2020 as the International Year of Plant Health.

The various colours of these mosses come together to create a miniature forest of colour

Samsung Newsroom harnessed the power of the Galaxy A51’s 5MP Macro camera in order to get closer to the natural beauty of plants and flowers and learn more about these living, breathing flora.

Seasonal Hues

The remarkable colour changes plants go through as the seasons change will never fail to be a thing of beauty, and upon closer look, it is clear that in some cases, a single colour seen from a distance is in fact a harmony of complementary shades brought about by the wonder of nature.

Gathered together, Hydrangea petals almost resemble butterfly wings; the coloration of each plant’s petal will vary by soil composition and other factors so that each Hydrangea plant is unique
Up close, these Feather Cockscombs almost seem to bloom like multicolored flames
While cacti are often associated with the arid desert, this Moon Cactus is immediately striking thanks to its vibrant coloration

Top Tips: How to Become an Expert Plant Photographer

1 Avoid direct sunlight!

While sunlight is what plants thrive on, overly bright or sunny conditions can actually hinder you from taking good photographs. The best conditions for plant-focused photographers are slightly cloudy circumstances, such as just after rainfall when lingering moisture can provide an extra glow to your shots, too

Natural Detailing

Some plants and flowers require a closer look to be fully appreciated. Many feature subtle yet fascinating detailing granted by the layered texturing of leaves, thorns and other features.

The Pachycereus might have gotten its nickname ‘Elephant Cactus’ because of its trunk-like shape, but its uniformly-arranged thorn patterns more closely resemble a hedgehog
The colour gradation of this Marigold’s petals have resulted in a stamen that almost looks like it is a separate flower at the center of the plant
This Spiralis plant, also known as the Spiral Japanese Cedar, requires a close-up look to be fully appreciated. Each part of the plant, from the stem to the tips of the stalks, is twisted
Anthurium plants boast heart-shaped red petals that have a unique leathery red texture and long inflorescences

Top Tips: How to Become an Expert Plant Photographer

2. Try a sheet of black paper!

Choosing a complementary colour as the background of your subject that gives the effect of counterlight will provide you with richer detailing in your photos. Mounting a piece of black paper or cloth to serve as the background can serve as an easy way to achieve this

Signs of Life

At the end of winter, the sprouting of green buds gives us the feeling of a new season as spring approaches – but sometimes these growths are too small to capture with the naked eye. Using the Macro camera, these miniscule signs of growth can be captured at their best with a clean background and a spray of water to add freshness.

Russelia, or firecracker plants, bloom with a coral colour, but by summer, this will have transformed to red – just like a firework in the night sky
Star Jasmine is a climbing shrub with many intertwining stems. In May and June, the usually green plant blossoms with newly-sprouted branches are capped with small white flowers.
Fairy Stars bloom with vivid petals; when they blossom, they unfurl with a mesmerizing windmill-like shape.
The Consolea Rubescens plant has the nickname of the ‘Hurray-ing Cactus’ thanks to its distinctive shape that appears to be cheering with joy. When the plant has gone without water for a while, it will sprout a new bud lower down its body to reach for water.
Baby’s Breath is a staple in traditional floral arrangements, but close-up, one can see that this individualistic flower has a unique charm all of its own.

Unique Patterning

Not only does light help plants grow, but it also helps illuminate their unique features. By exposing a plant’s leaf to a certain amount of light, the beauty of nature in all its intricate patterning becomes clear; with the Galaxy A51’s Macro camera, every fine line and natural irregularity becomes visible.

The wide leaves of the Ficus Umbellata plant feature both thin and thick leaf veins that come together to create a unique patterning reminiscent of a spiderweb.
Calathea Vittata plants have striking white veins on their leaves. The vivid patterning and subtle gloss almost appear to have been drawn on with a paintbrush.
The Calathea Insignis plant has distinctive dark brown spots around its main leaf vein on its front side. This dramatic contrast patterning almost resembles an insect up close.
Calathea Makoyana plants, or Peacock Plants, feature a subtle green gradation across their leaves; the lighter parts of the leaf resemble the shape of a feather arrow.

For more information on the Galaxy A51, please visit: https://bit.ly/2UzQlDr and
https://news.samsung.com/my/.
For more information on the Galaxy A71, please visit: https://bit.ly/38l7LJT and
https://news.samsung.com/my/.

AirAsia Tawar Diskaun 20% Untuk Destinasi Domestik

Selari dengan peningkatan perkhidmatan penerbangan domestiknya di Malaysia, AirAsia menawarkan diskaun 20%* untuk semua tempat duduk bagi semua penerbangan di dalam negara.

Tempahan tersedia di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia bermula sekarang sehingga 9 Ogos 2020, untuk tempoh perjalanan antara 17 Ogos dan 6 Disember 2020.

Para tetamu juga boleh menikmati lebih penjimatan melalui SNAP yang menawarkan diskaun tambahan sebanyak 25% untuk penerbangan dengan jaminan nilai terbaik untuk kombo penerbangan dan hotel.

Kombo ini termasuklah penerbangan pergi balik dan penginapan hotel selama 3 hari 2 malam. Terbang dan nikmati penginapan di Vivanta Resort Langkawi, The Prestige Hotel Penang dan banyak lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat berkata: “Perjalanan udara kekal menjadi kaedah penghubung yang penting pada masa ini.

“Jumlah pelancong domestik juga memberangsangkan, dengan lebih daripada 500,000 tempat duduk terjual sepanjang bulan Julai, yang mana tempoh perjalanan paling tinggi adalah pada cuti hujung minggu yang lalu sempena Hari Raya Aidiladha.

Kini kami menawarkan diskaun 20% untuk semua tempat duduk bagi semua penerbangan di Malaysia, supaya semua orang boleh terbang dengan harga berpatutan. Promosi ini juga tepat pada masanya untuk para pelajar universiti, ibu bapa dan pensyarah yang perlu melakukan perjalanan untuk semester yang akan datang.

“Kami akan terus bekerjasama dengan rakan industri dan pihak berkepentingan untuk menawarkan produk dan perkhidmatan pelancongan yang lebih menarik dan berpatutan untuk semua.”

“Kami turut menggalakkan semua tetamu untuk berwaspada dan mengikuti semua langkah keselamatan seperti memakai pelitup muka sepanjang masa, membersihkan diri dan mencuci tangan secara kerap serta tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya tiga jam sebelum waktu perlepasan yang dijadualkan,” katanya.

Jika terdapat sebarang perubahan pada rancangan perjalanan anda, AirAsia juga menawarkan perkhidmatan yang lebih fleksibel dan menawarkan para tetamu yang melakukan perjalanan sehingga 31 Disember 2020 kelebihan untuk mengubah tarikh penerbangan mereka dengan mudah pada bila-bila masa tanpa bayaran pertukaran penerbangan.

Di AirAsia, kesihatan dan keselamatan para tetamu adalah keutamaan kami. Selain mematuhi nasihat dan peraturan dari kerajaan dan pihak berkuasa kesihatan, AirAsia juga telah menyediakan prosedur tanpa sentuhan dan perkenalkan siri langkah keselamatan baharu, termasuk kepada mereka yang berisiko tinggi bagi memastikan keselamatan semua para tetamu.

Sila layari pautan ini untuk mengetahui semua inisiatif yang telah diterapkan oleh AirAsia bagi memastikan penerbangan kekal selamat untuk semua.

Untuk berita, aktiviti dan promosi AirAsia terkini, ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).

*Tertakluk kepada terma dan syarat lain. Sila rujuk di sini https://air.asia/b9qKC.

NAZA TTDI Appoints New Chief Executive Officer

Daniel Lim

Naza TTDI Sdn bhd , the property arm of the Naza Group, is pleased to announce the appointment of Daniel Lim Hin Soon to the position of Chief Executive Officer effective 3 rd August 2020.

“Daniel Lim will be responsible for the overall strategic development and direction for the
property business and drive positive growth for one of Naza Group’s core businesses,” said
SM Faliq SM Nasimuddin, Deputy Executive Chairman and Group Managing Director of Naza
TTDI.

“Daniel’s appointment comes at a most opportune and exciting time for our property development business. We have bold ambitions to accelerate our growth strategy and Daniel’s prior experience in the industry will be a great asset to have in capitalising on the
ever-changing market conditions and establish our long-term vision for the business.” added SM Faliq.

Daniel Lim has over 28 years of hands-on experience in the property development industry
having being attached to several leading property developers over the years holding Senior
Executive positions.

Daniel’s last posting before joining Naza TTDI was with the Sunway Group serving as its
Senior Executive Director with Sunway Integrated Properties Sdn Bhd, a subsidiary of the
Sunway Group.

Daniel Lim holds a Bachelor of Engineering (Civil) with First Class Honors from the University of Singapore and a Master’s Degree in Business Administration from the same university.

Naza TTDI is one of the key industry players with several residential and business
developments in Kuala Lumpur and Selangor.

Some of its iconic projects are Taman Tun Dr Ismail township in Kuala Lumpur, Platinum Park in the heart of the Golden Triangle and Malaysia International Trade and Exhibition Centre, the largest exhibition centre in Malaysia to name a few.

Naza Automall Celebrates Merdeka With ‘Merdeka Beli & Menang’ Campaign

Naza Motor Trading, a subsidiary of the Naza Group and Malaysia’s largest vehicle importer, introduces the ‘Merdeka Beli & Menang’ campaign where customers will stand a chance to win electronic devices with purchase of a vehicle, in addition to great savings on SST for all models at Naza Automall, Petaling Jaya.

From now until 16 September 2020, each successful purchase of a vehicle from Naza Automall qualifies as an entry to win attractive prizes of electronics* totaling up to RM45,000 including Huawei smartphones, 55” Smart TVs and Apple iPads.

For added bonus, customers who purchase vehicles throughout the ‘Merdeka Beli & Menang’ campaign can indulge in the best deals in town with 50% savings on SST, fast loan approvals and free warranty on top-grade automobiles from luxury multi-purpose vehicles (MPVs) to sedans from brands such as Porsche, Mercedes-Benz, Lexus, Toyota, MINI and many more all under one roof throughout the campaign period.

Get your dream car today, visit Naza Automall, Petaling – the largest automotive showroom in Malaysia to check out the amazing deals they have to offer! Naza Automall is open Mondays to Fridays from 9.00am to 6.00pm, and on weekends and public holidays from 10.00am to 6.00pm.

For more information, visit the Naza Automall social media channels (Instagram:
@nazaautomall, Facebook: @nazaautomall.my).

myTukar Jalin Kerjasama Dengan Sisma Auto Untuk Pembelian Kereta Volvo Terpakai

myTukar memanfaatkan platform penjualan kereta terpakai mereka untuk mendapatkan harga tarbaik buat pelanggan runcit

myTukar, platform jualan kereta terpakai paling pantas berkembang di Malaysia hari ini mengumumkan kerjasama yang pertama seumpamanya dengan SISMA Auto Glenmarie SELEKT Center.

(From left) Gary Gladwin Pereira – Sales Manager of SISMA Auto Sdn. Bhd., and Jeffrey Ong – Head of Sales and Business Development of MyTukar Sdn. Bhd.

Program pra-pemilikan SELEKT yang baru dilancarkan itu membolehkan pelanggan untuk membeli model terpakai Volvo yang sudah diperiksa dengan lebih mudah. SISMA Auto merupakan pusat kereta terpakai Volvo Selekt yang telah diperiksa pertama di Malaysia. 

Menerusi kerjasama ini, pelanggan yang membeli sebuah kereta terpakai Volvo akan mendapat manfaat kerana boleh menukar kereta mereka di pusat berkenaan menggunakan teknologi sedia ada.

Platform myTukar yang boleh dipercayai memastikan pelanggan SISMA Auto mendapat harga terbaik melalui satu proses digital sepenuhnya yang membolehkan pelanggan tidak memerlukan pihak ketiga. 

 Ketua Jualan dan Pembangunan Perniagaan myTukar Sdn. Bhd., Jeffrey Ong berkata, dalam era pasca Covid-19, pendigitalan dalam perniagaan dan memudahkan pengalaman pembelian pelanggan menjadi semakin penting.

Kolaborasi dengan SISMA Auto SELEKT akan menggabungkan fungsi pembelian sebuah kereta baharu atau terpakai Volvo dan menjual kereta sedia ada pelanggan. Ini untuk memberikan pelanggan satu pengalaman yang mudah, selamat, telus dan pantas.

Kami ingin membantu pelanggan SISMA Auto untuk mendapatkan kereta Volvo idaman mereka dengan lebih pantas, tanpa perlu bersusah-payah menjual kereta sedia ada pada harga jualan semula setinggi yang mungkin. 

“Visi myTukar adalah untuk merancakkan kembali industri automotif Malaysia menerusi platform teknologi. Kami percaya bahawa kerjasama dengan pengedar sah utama seperti SISMA Auto akan dapat menyumbang kepada pembangunan industri auto secara keseluruhannya.

Bukan itu sahaja, myTukar juga akan bekerjasama rapat dengan SISMA Auto dalam menjalankan kempen di bilik-bilik pameran dan siri jelajah,” katanya. 

Pengurus Jualan SISMA Auto Sdn Bhd, Gary Gladwin Pereira berkata, “Dengan program pra-pemilikan SELEKT yang pertama di Malaysia, kami komited dalam memastikan pengalaman semua pelanggan untuk memiliki sebuah kereta Volvo adalah lancar dan premium.

Ini termasuklah memudahkan urusan pelanggan untuk menjual kereta mereka menerusi kerjasama dengan myTukar, sebuah platform jualan yang telus dan boleh dipercayai. Kami tidak sabar untuk bekerjasama dengan myTukar dalam menawarkan pelanggan Volvo SELEKT pengalaman pembelian dan perkhidmatan yang berkualiti. 

Maklumat lanjut mengenai Program SISMA Auto SELEKT atau ingin melihat kereta Volvo idaman anda, sila kunjungi SISMA Auto Glenmarie SELEKT Center di 21, Jln Perintis U1/52, Temasya Industrial Park, Shah Alam atau hubungi talian 603-55698311. Bagi pelanggan di Kuala Lumpur, sila kunjungi SISMA Auto Bukit Bintang atau hubungi talian 603-21665155.

Mengenai Volvo SELEKT Program

Sebagai sebuah pusat kereta terpakai Volvo yang penuh dedikasi di Malaysia, SISMA Auto SELEKT Center akan memberikan yang terbaik kepada pelanggannya.

Kereta terpakai Volvo yang ada di SISMA Auto SELEKT dipilih dengan teliti dan dilulus berdasarkan kepada syarat serta presedur yang sangat ketat. Semua kereta terpakai Volvo di SISMA Auto SELEKT tidak melebihi usia lima tahun dengan perbatuan kurang 100,000km serta mematuhi syarat ketat daripada Volvo Car Malaysia.

Semua kereta Volvo di SISMA Auto SELEKT telah diperiksa rapi dan disediakan dengan 125 poin pemeriksaan, jarak perbatuan yang disahkan dan rekod servis lengkap.

Kereta ini mestilah menggunakan alat ganti tulen Volvo sahaja. Jika perlu, semua perisian kereta terpakai Volvo ini akan dinaik  taraf untuk menawarkan teknologi terkini pada sistem bantuan pemandu dan keselamatannya.

Sebagai tambahan, semua kereta terpakai Volvo yang telah disahkan ini hadir dengan jaminan dan servis selama 12 bulan serta bantuan tepi jalan 24 jam.   

Mengenai MyTukar

MyTukar yang dikuasakan oleh Carro merupakan platform perdagangan kereta terpakai paling cepat berkembang di Malaysia.

Misi Syarikat adalah untuk memudahkan proses penjualan kereta terpakai melalui digitalisasi. myTukar.com mahu menjadi sebuah platform Jual Beli dalam talian yang dipercayai, telus, berkesan dan cekap.

Pemilik kini boleh menjual kereta mereka hanya dalam tiga langkah mudah: Buat temu janji pemeriksaan; Penawaran langsung & penerimaan tawaran dan Terima pembayaran dalam masa 24 jam.

Dengan rangkaian pengedar seramai 1,900 orang di seluruh negara, myTukar.com menawarkan pengalaman yang pantas dan mudah. Sehingga kini, lapan pusat pemeriksaan myTukar yang dibuka 7 hari seminggu berjaya menguruskan transaksi lebih 19,000 kereta bernilai lebih RM700 juta.

Pada Julai lalu, myTukar telah bekerjasama dengan CapBay untuk melancarkan skim pembiayaan bernilai RM300 juta bagi menyokong 1,900 pengedar kenderaan terpakai di Malaysia.

Enjoy New Save The Date With Hilton

Plan and personalise your dream wedding with 20% off

Bringing dream weddings to life is now easily achievable with Hilton’s (Malaysia) ‘Save the Date’ Wedding Package. With a great emphasis on personalisation, the package provides couples with the flexibility to curate every detail of their big day.

The sale encompasses a 20% discount on its wedding package valid for bookings until 30 September 2020 and utilised by 31 December 2021 in all of the participating properties.

To ensure a perfect celebration for the newly-weds, the hotels offer versatile indoor and outdoor venues to suit different themes and set-ups. Planning is stress-free for couples as the on-property wedding specialists manage itineraries from beginning to end.

An international team of chefs curate menus and dining concepts to suit all palates.

‘Save the Date’ wedding package takes it a step further with unique experiences. This includes the ‘Couple’s Cocktail’, a specially curated drink featuring ingredients and elements that define the bride and groom. Couples can learn to make the drink themselves, have it served to guests at their celebration, and even enjoy it on their Hilton honeymoon.

To create memories that last, our wedding photographers are readily available to capture every magical moment leading up to the wedding.

The Hilton Weddings QR is the latest addition to wedding packages that helps couples to stay connected with guests near and far. A unique QR code is generated for every wedding celebration and allows features such as RSVP and registration, access to the wedding playlist, ‘Couple’s Cocktail’ recipe, photo albums and more.

On top of the 20% discount and package features, couples can enjoy inclusions such as three (3) complimentary rooms, 3X Hilton Honors Points, where the sum spent for their big day will be converted to Incentive Points that can be exchanged for the couple’s desired honeymoon at any one of Hilton properties worldwide.

Participating hotels: Hilton Malaysia hotels from Hilton Kuala Lumpur, Hilton Petaling Jaya, Hilton Kuching, Hilton Kota Kinabalu, DoubleTree by Hilton Kuala Lumpur, DoubleTree by Hilton Johor Bahru, DoubleTree by Hilton Melaka, DoubleTree Resort by Hilton Penang.

Samsung S20 Ultra – Mampukah Kamera Space Zoom 100X Rakam Imej Bulan?

Umum sudah mengetahui telefon pintar paling hebat Samsung ketika ini ialah S20 Ultra dan kini tiba pula giliran untuk Prebiu.com membuat ulasan selepas dua peranti dalam siri Galaxy S20 iaitu S20 dan S20+ sudah diuji sepenuhnya.

Perbezaan paling ketara pada S20 Ultra ialah teknologi pada kuad-kamera yang mampu melakukan zoom 100X. Adakah space zoom 100 kali ganda ini benar-benar berfungsi sepertimana yang diiklankan dalam video?

Gambar bulan penuh menggunakan zoom space 100X

Ujian pertama yang penulis lakukan ialah merakam gambar bulan penuh dan hasilnya, gambar berjaya dirakam tetapi tidak setajam atau jelas yang dikehendaki namun jika zoom pada tahap 30X gambar yang terhasil lebih menarik.

Pada pandangan peribadi penulis, mungkin keadaan sekeliling mempengaruhi hasil gambar yang dirakam kelihatan sedikit kabur namun jika tidak menggunakan sebarang zoom gambar yang dihasilkan memang mengujakan.

Jika kita sedia maklum, kemampuan merakam gambar pada jarak jauh memerlukan sebuah kamera DSLR yang memiliki sambungan lensa yang panjang atau bahasa mudah perlu guna telefoto.

Gambar bulan penuh menggunakan zoom 30X

Kini dengan teknologi kamera atau telefon pintar yang semakin canggih, perkara itu tidak mustahil boleh dilakukan dan tentu sekali tidak perlu membawa kamera DSLR yang besar dan berat.

Segala-galanya boleh dilakukan terus pada sebuah peranti yang lengkap dengan ciri kemampuan kamera yang canggih dan hebat.

Samsung S20 Ultra yang menemani penulis melancong ke Pulau Pangkor memberi peluang untuk menguji sepenuhnya teknologi dan kecanggihan peranti ini meliputi pelbagai aspek.

Lihat hasil dibawah gambar yang dirakam dari Jeti Marina Island dengan zoom 100X terus ke bangunan di bandar Pulau Pangkor yang terletak kira-kira 15 minit perjalanan menaiki feri.

Gambar bangunan di Pulau Pangkor yang dirakam menggunakan zoom space 100X
Gambar dari Jeti Marina Island menggunakan kamera ultra lebar

Penulis juga menguji rakaman video menggunakan zoom 20X dan gambar yang terhasil juga memuaskan meskipun objek berada pada kedudukan jauh ditengah laut dan berkelajuan tinggi.

Gambar paling menarik dihasilkan ialah gambar bot nelayan ditepi pantai pada waktu malam gelap berjaya kelihatan apabila mod malam diaktifkan.

Kuad-Kamera beresolusi tinggi 108 megapikselnya memang cukup membantu menghasilkan gambar-gambar yang cantik. Lihat hasil gambar dibawah ini.

Gambar tanpa menggunakan mod malam
Gambar lebih jelas menggunakan mod malam

Apabila S20 Ultra berada ditangan, banyak sangat gambar dan video yang mahu dirakam meskipun peranti ini agak berat ketika dipegang manakan tidak ia sebuah peranti seberat 220 gram.

Galaxy S20 Ultra ialah peranti dengan saiz skrin 6.9 inci terbesar pernah digunakan dalam sejarah Galaxy S setakat ini. Peranti itu memiliki 0.2-inci lebih besar berbanding S10 5G dan 0.1-inci lebih besar berbanding Note 10+.

Skrin ini menggunakan teknologi Dynamic AMOLED 2X, menyokong resolusi WQHD+. kadar segar semula 120Hz dan juga HDR10+.

Samsung terus memberikan skrin 120Hz pada ketiga-tiga model S20 tahun ini. Pengguna diberikan pilihan untuk menggunakan 60 atau 120 Hz yang boleh diubah menerusi tetapan peranti.

Dengan pilihan ini pengguna yang lebih mementingkan hayat bateri boleh memilih untuk menyahaktifkan skrin 120Hz yang akan memberikan pengalaman menatal yang lebih lancar.

Pengimbas cap jari ultrasonik juga terbina bawah skrin dikekalkan. Ini membolehkan jari diimbas walaupun ia basah ataupun kotor. Hanya satu cap jari boleh diimbas dengan saiz kawasan permukaan pengimbas yang masih kecil.

Tidak perlu risau mengenai jumlah gambar atau video yang dirakam kerana peranti ini dipadankan dengan memori 12GB RAM LPDDR5 dan storan 128GB UFS 3.0.

Bagi yang berasakan storan yang diberikan masih tidak mencukupi, terdapat sokongan penambahan storan menggunakan kad mikro SD sehingga 1TB.

Ciri Kamera

Peranti ini menggunakan kuad-kamera utama menggabungkan sensor 108+12+48+3D TOF Megapixel. Sensor 108-Megapixel dipadankan dengan lensa f/1.8. Sensor 12-Megapixel f/2.4 dipadankan dengan lensa ultra sudut lebar 120 darjah.

Akhir sekali sensor 48-Megapixel f/3.5 dipadankan pula dengan mekanisme periskop yang memberikan kemampuan zum optikal hibrid sehingga 10X atau zum digital sehingga 100X.

Gambar dirakam menggunakan zoom 100X
Gambar dirakam menggunakan zoom 30X

Kamera hadapan pada S20 Ultra pula adalah 40-Megapixel f/2.2 yang diletakkan di dalam lubang kamera pada bucu atas sebelah kanan. Ini ialah saiz kamera swafoto terbesar pernah digunakan pada peranti Galaxy S dan hasilnya gambar swafoto memang cantik sekali.

Kesemua elemen antaramuka dapat dilihat dengan jelas dan mudah difahami. Terdapat pelbagai mod tambahan seperti Panorama, Pro, Night dan Live Focus. Pengguna juga  boleh menetapkan mod apakah yang ingin diletakkan pada pintasan pantas.

Antara ciri baharu yang diperkenalkan ialah pintasan mengambil gambar Single Take pula mengautomasikan proses menghasilkan klip pendek, video berulang (loop) dan GIF beranimasi.

Jika sudah namanya ultra, tentu sekali peranti ini dibekalkan dengan bateri berkuasa tinggi iaitu sebesar 5000 mAh yang juga 500 mAh lebih besar berbanding S10 5G.

Kombinasi pemprosesan berkuasa tinggi, sokongan 5G dan skrin 120Hz memerlukan bateri yang bersaiz gergasi ini digunakan. Sokongan pengecasan pantas 25W berwayar disertakan dengan setiap pembelian.

Maka pemilik tidak perlu risau bateri yang besar ini memerlukan masa yang lama untuk dicas semula. Dengan PowerShare pula, S20 Ultra boleh mengecas peranti lain seperti Galaxy Buds+ secara nirwayar atau jam tangan pintar.

Jangan pula risau jika peranti ini tiba-tiba terjatuh dalam air kerana tubuh peranti ini kalis air dengan piawaian IP68.

Siri Galaxy S20 membawakan beberapa pembaharuan dengan integrasi butang Bixby pada butang kuasa, sekali gus mengikut rekaan Note 10 dan Note10+ yang tidak mempunyai butang khusus Bixby.

Sokongan audio stereo diberikan menerusi pembesar suara pada bahagian bawah dan gagang telinga yang terletak di atas kamera swafoto. S20 Ultra juga memberikan pengalaman audio yang lebih baik menerusi sokongan Dolby Atmos.

Selain itu, rekaan kesemua butang diletakkan pada sebelah kanan peranti, dengan butang kawalan tahap bunyi dan juga butang kuasa di bawahnya.

Pada hemat kami kedudukan butang kuasa dan suara pada sisi kanan adalah lebih mesra pengguna berbanding sisi kiri pada Note 10. Cuma bagi mereka yang tangan ‘kidal’ mungkin ciri ini agak janggal sedikit namun perlu membiasakan diri.

Pada siri S20 ini juga, tiada lagi bicu audio 3.5mm dan pengguna akan diberikan fon telinga yang menggunakan sambungan USB-C. Dengan ini secara rasminya Samsung tidak lagi menyertakan bicu audio pada kesemua peranti mercu mereka setelah melakukannya pada Note 10 tahun lalu.

Adalah mustahil untuk tidak bercakap mengenai bonjol kamera S20 Ultra yang amat besar mungkin disebabkan sistem teknologi kamera yang digunakan. Ia dilihat hampir dua kali ganda lebih besar berbanding yang dapat dilihat pada S20 dan S20+.

Bagaimanapun, timbul sedikit masalah apabila memegang peranti ini apabila jari sering menghalang lensa kamera kerana kedudukannya yang lain berbanding peranti-peranti Samsung sebelum ini. Jika jari anda besar pastinya akan menyebabkan gambar jari anda terakam sekali, jadi harus berhati-hati ketika memegang peranti ini.

Masalah sama juga berlaku apabila mahu mengambil gambar dengan zoom 100X kerana imej pada paparan skrin kamera bergoyang-goyang sehingga sukar untuk merakam sudut yang tepat meskipun dibantu oleh paparan skrin kecil.

Mungkin penggunaan tripod boleh membantu menyelesaikan masalah ini berbanding jika peranti menggunakan tangan sepenuhnya.

Penulis perlu beberapa kali mengubah zoom dari 100X kepada 30X untuk membetulkan semula kedudukan zoom dan perlu menahan nafas beberapa kali untuk mendapatkan kestabilan ketika mahu merakam gambar.

Bagaimanapun, apabila memilih fokus zoom 30X, gambar terhasil sudah cukup jelas dan tajam, namun sedikit kabur apabila tahap zoom ditingkatkan sehingga 100X. Mungkin ciri ini boleh diperbaiki oleh jurutera telefon Samsung pada masa depan.

Sistem operasi Android 10 dengan pelancar Samsung One UI 2.1 digunakan pada  S20 Ultra. Samsung hanya menambah beberapa fungsi baharu seperti QuickShare seakan AirDrop dan juga rutin Bixby yang dipertingkatkan. Menerusi rutin ini peranti akan memberikan saranan kandungan pada aplikasi seperti Netflix dan Spotify.

Kesimpulan

Selepas menguji kesemua peranti Samsung dalam siri S20, S20 Ultra 5G ini memiliki banyak kelebihan khususnya aplikasi kamera yang kemas dan mudah digunakan.

Konfigurasi kamera yang hebat dengan lensa sudut ultra lebar iaitu 12-Megapixel dan 48-Megapixel pada lensa telefoto manakala mekanisme periskop, S20 Ultra menyokong sistem zoom hibrid 10X dan zoom digital sehingga 100X mampu menghasilkan gambar yang cantik seakan pandangan mata sebenar.

Apa yang menarik perhatian penulis ialah kamera hadapan pada S20 Ultra adalah 40-Megapixel f/2.2, saiz kamera swafoto terbesar pernah digunakan pada peranti Galaxy S dan hasilnya gambar swafotonya memang cantik sekali.

Penghasilan semula warna daripada gambar yang dirakam jelas amat hidup malah ramai yang memberi pujian apabila gambar ini diletakkan di laman sosial facebook. Malah ketika gambar ini dicetakpun cukup cantik macam kamera DSLR atau kompak.

Namun, penulis juga perasan ketika picu kamera ditekan, sensor kamera S20 Ultra tidak mampu mengambil gambar dengan pantas atau sekelip mata.

Namun, fungsi antaramuka aplikasi kamera yang kemas cukup mudah digunakan kerana tersedia pintasan pantas untuk zoom terus ke 0.5X, 1.0X, 2.0X, 4.0X, 10X, 30X, 100X.

Bateri 5000 mAh yang digunakan adalah yang terbesar pernah digunakan dan mempunyai hayat penggunaan yang jauh lebih baik berbanding adik-adiknya.

Terlalu banyak mahu diperkatakan mengenai peranti S20 Ultra ini, namun jika anda seorang yang sanggup berbelanja pada harga RM4,999 untuk memiliki peranti ini, sedikit kekurangan pada peranti ini mungkin boleh diketepikan.

Nasihat penulis, jika membeli peranti mahal ini, jangan lupa beli juga kerangka atau ‘casing’ yang tahan lasak bagi melindungi peranti ini daripada berlaku kerosakan jika terjatuh tanpa disengajakan.

Secara umumnya, Samsung semakin ke hadapan dalam menghasilkan teknologi-teknologi terkini dan terbaik dunia ke alam galaksi bumi kita ini.

AirAsia Virtual Allstar Kini Di WhatsApp

AirAsia melancarkan saluran sokongan perkhidmatan pelanggan yang lebih mudah dengan AirAsia Virtual Allstar, AVA, yang kini boleh dihubungi melalui aplikasi sembang popular, WhatsApp.

Ketua Pegawai Bahagian Kebahagiaan Pelanggan Adam Geneave berkata, langkah ini adalah bertepatan dengan situasi terkini kerana mereka menerima jumlah permohonan yang tinggi berikutan COVID-19.

“Di AirAsia, para tetamu adalah keutamaan kami. Sebagai sebuah syarikat progresif dan digital, kami percaya AVA menawarkan standard perkhidmatan pelanggan yang tinggi melalui kecerdasan buatan.

“AVA telah menyelesaikan berjuta-juta kes pada setiap tahun menerusi pelbagai platform seperti Facebook, aplikasi mudah alih kami dan airasia.com, jadi ini adalah masa yang tepat untuk melancarkannya di aplikasi WhatsApp yang mempunyai lebih daripada dua bilion pengguna di seluruh dunia.

“Tahun ini amat mencabar untuk seluruh industri penerbangan dan ini masa yang penting untuk kami terus memberi sokongan kepada para tetamu dan menyediakan saluran komunikasi pilihan mereka untuk menghubungi kami.

“Seperti teknologi baharu yang lain, kami akan terus belajar dan menyesuaikan diri dalam melatih AVA untuk memberikan perkhidmatan terbaik dari masa ke masa.

“Pada masa ini, lebih 80 peratus kes yang berjaya diselesaikan oleh AVA, dan selebihnya akan dikendalikan oleh Ejen Sembang Langsung untuk bantuan secara terus.”

Hubungi AVA secara langsung di +60 11-3516 5078 melalui Whatsapp atau layari support.airasia.com sebagai alternatif. Saluran ini boleh didapati pada setiap masa dan tetamu hanya perlu menaip “Hi” untuk bantuan.

WhatsApp adalah aplikasi sembang yang dilancarkan pada tahun 2009 dan menawarkan pengguna sistem enkripsi hujung-ke-hujung dan fungsi yang mudah digunakan.

AVA adalah AirAsia Virtual Allstar, bot sembang yang dapat menjawab pertanyaan daripada pelanggan dengan serta-merta dalam sebelas bahasa – Inggeris, Bahasa Malaysia, Thai, Bahasa Indonesia, Vietnam, Korea, Tagalog, Hindi, Jepun, Cina (Ringkas dan Tradisional). Untuk panduan bercakap dengan AVA, sila klik di sini.

Proton Rancang Miliki 36 Pusat Pengurusan Kereta Terpakai Pada Tahun Ini

PROTON Certified Pre-Owned (PCPO)

Jabatan baharu akan membantu penjualan kereta baharu dan mengurus nilai jualan semula kereta-kereta Proton

Ketika industri automotif Malaysia mula untuk kembali pulih selepas terkesan akibat koronavirus, corak pembelian baharu mula terlihat di pasaran.

Satu perkembangan yang tidak dijangka adalah pertumbuhan jualan kereta terpakai, di mana menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA), telah meningkat 100% dalam tempoh enam bulan pertama tahun 2020.

Perniagaan kereta terpakai adalah komponen penting dalam rantaian nilai automotif dan merupakan satu perkara yang jarang diberi perhatian.

PROTON melihat ini sebagai sebahagian strategi penting dan mula memperkenalkan jabatan Pengurusan Kereta Terpakai (UCM) bagi melancarkan penjualan dan pengedaran kereta terpakai dalam usaha meningkatkan penjualan kereta baharu.

Menyokong penjualan kereta baharu Proton dan meningkatkan nilai jualan kereta terpakai Jabatan UCM PROTON ditubuhkan pada tahun 2019, dengan projek awal terdiri daripada lapan pusat jualan yang terletak di beberapa lokasi di pengedar.

Beberapa bulan awal digunakan untuk menetapkan prosedur operasi dan melatih pemeriksa kereta-kereta terpakai yang akan menguruskan transaksi di setiap pusat jualan.

Pada tahun 2020, matlamat syarikat adalah untuk mewujudkan operasi di 36 cawangan 3S/4S seluruh negara.

Brian Cheah, Head of Used Car Management, PROTON

“Dengan pertumbuhan jualan PROTON secara pantas dan dijangka terus meningkat dalam beberapa tahun akan datang, peranan pengurusan kereta terpakai menjadi lebih penting di mana akan membantu pelanggan yang ingin menukar ganti kereta terpakai mereka.

“Ketika ia mula menubuhkan jabatan UCM pada tahun 2019, sasaran yang ditetapkan adalah untuk menyokong penjualan kereta baharu dan meningkatkan nilai jualan semula
kereta Proton,” kata Brian Cheah, Ketua Pengurusan Kereta Terpakai, PROTON.

Sasaran yang ditetapkan untuk UCM adalah penggantian jualan, di mana pemilik sedia ada menukar beli sebuah Proton baharu, bagi menyumbang sekurang-kurangnya 10% dari jumlah jualan bagi pusat jualan yang mempunyai perkhidmatan UCM.

Syarikat juga telah memperkenalkan program untuk membantu mencapai sasaran seperti Proton Xchange, bagi menggalakkan pemilik sedia ada menggantikan kereta mereka dengan model Proton baharu.

Mengenai penjualan tukar beli, kereta yang dijual oleh UCM akan dipasarkan di bawah program PROTON Certified Pre-Owned (PCPO). Semua kenderaan PCPO akan menjalani pemeriksaan 201 titik yang komprehensif dan dijamin tidak pernah mengalami banjir atau kerosakan struktur akibat kemalangan teruk.

Ia dilengkapi jaminan lanjutan selama 1 tahun meliputi enjin dan transmisi serta layak mendapat servis percuma sebanyak sekali (minyak enjin dan penapis minyak sahaja), sehingga 6 bulan dari tarikh kereta tersebut didaftarkan.

“Pada masa akan datang, UCM akan menubuhkan satu portal kereta terpakai Proton sebagai platform jualan dalam talian untuk menarik pembeli kereta terpakai yang aktif menggunakan teknologi dalam talian.

Pelanggan berpotensi boleh melihat stok jualan dari dalam talian dan boleh melayari laman web untuk mendapatkan anggaran nilai untuk kereta mereka.

Meskipun masih baharu berada di pasaran, pusat jualan UCM PROTON telah memberi kesan positif.

“Kami memulakan program UCM ini pada bulan Oktober 2019 dan ia telah membantu Penasihat Jualan kami membuat perjanjian kepada pelanggan di mana kini kami berpeluang menawarkan nilai tukar beli yang kompetitif untuk kereta Proton terpakai,” kata Ryan Lai, Pengarah Urusan LHM One Stop Car Service Center, sebuah pusat jualan 4S PROTON di Nilai, Negeri Sembilan.

Judith Yam, Pengarah Urusan Atiara Johan, sebuah pusat jualan 4S PROTON di Puchong, Selangor, turut berkongsi pandangan beliau.

“Atiara Johan dipilih menjadi pusat UCM PROTON pertama pada bulan Jun 2019. Sejak diperkenalkan, program ini telah banyak meningkatkan jualan kami melalui penawaran insentif khas untuk pelanggan yang merupakan pemilik Proton sedia ada.

Sehingga kini, kami telah mencatat lebih daripada 130 jualan tukar beli dan pelanggan turut menyatakan kepuasan mereka yang dilihat sebagai nilai tambahan bagi perkhidmatan yang disediakan bagi memudahkan mereka membeli kereta Proton baharu,” katanya.

Post Menarik