Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS), memperkenalkan varian brek cakera dari model moped terlaris mereka – Modenas Kriss 110.

Ini adalah tarikan baharu Kriss 110 yang ikonik, yang merupakan model motosikal MODENAS yang telah dilancarkan buat pertama kalinya pada tahun 1996.

Varian baharu ini dilengkapi dengan beberapa peningkatan pada model Kriss 110 yang dilancarkan pada bulan September 2019. Antara peningkatan baharu termasuk ciri-ciri keselamatan yang lebih baik serta gaya yang dikemas kini.

Kriss 110 Disc Brake ini dilengkapi dengan brek cakerapiston berkembar pada bahagian
hadapan dan brek drum pada bahagian belakang. Ia direka dengan penyerap hentak
berkembar, tayar tanpa tiub yang dilengkapi dengan sportrim, warna titanium grey pada
penutup enjin dan pelindung ekzos untuk memberikan gaya sporty pada motosikal ini.

Enjin

Dengan berat hanya 97kg, enjin 4-lejang, SOHC, silinder tunggal, karburator dan sejukan udara tetapi mempunyai daya maksimum 4.9kW dan tork 6.7 Nm.

Dual Port Caliper Disc Brake

Gaya Yang Dipertingkatkan

Pada bahagian hadapan, varian Kriss 110 Disc Brake didatangkan dengan lampu hadapan
jenis multi-reflector baharu untuk peningkatan pencahayaan ketika menunggang pada waktu malam.

Ia juga dilengkapi dengan reka bentuk grafik baharu yang menarik serta menonjolkan
keseluruhan gaya.

Varian baharu ini juga memperkenalkan warna merah sebagai pilihan warna baharu,
didatangkan bersama warna biru dan hitam asli yang ada sebelumnya.

6.6L Underseat Compartment

Selesa

Dengan jarak roda yang lebih pendek, peningkatan material dan ketebalan kusyen di tempat duduknya, varian baharu ini menawarkan ergonomik yang diselaraskan untuk keselesaan optimum dan kawalan kenderaan yang sangat diperlukan terutama untuk perjalanan harian.

Ekstra

Varian Kriss 110 Disc Brake juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan. Kini lengkap dengan meter minyak dan indikator gear digital, soket pengecas USB sambil mengekalkan ruang simpan bawah tempat duduk berkapasiti 6.6 liter.

USB Charging Socket

Tambahan lain yang tidak terdapat pada kebanyakkan motosikal lain yang berada di dalam kelasnya adalah ciri lampu kecemasan baharu yang sangat penting terutama semasa kecemasan, atau ketika berhenti di tepi jalan kerana hujan lebat.

Varian Kriss 110 Disc Brake berharga RM3,877 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan)
menawarkan gaya premium dan ciri-ciri yang biasanya tidak tersedia di kelasnya.

Ketua Pegawai Eksekutif, Roslan Roskan berharap “Ikon Malaysia” ini sekali lagi menjadi pilihan bagi setiap pengguna di Malaysia seperti pendahulunya.

Speedometer

“Ciri-ciri tambahan yang disertakan menjadikan varian Kriss 110 Disc Brake sebagai salah satu pilihan terbaik untuk pembeli motosikal pertama yang mencari jentera yang boleh dipercayai dan mudah dikendalikan.

“Ia dilengkapi dengan jaminan dua tahun atau 20,000km, atau yang mana terdahulu, diperakui EEV dan sepenuhnya mematuhi piawaian pelepasan Euro 3. Saya percaya bahawa dengan harga dan peningkatan keselamatan dan gaya baharu, kami mempunyai pemenang di tangan kami, ” katanya.

Roslan juga yakin bahawa peminat motosikal Malaysia akan menghargai nilai wang yang
ditawarkan oleh varian Kriss 110 Disc Brake dengan ciri-ciri tambahan yang disediakan.