Pengerusi NGO Antarabangsa dan Penasihat NGO-NGO Malaysia, Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican menyatakan semua rakyat negara ini mesti mencegah wabak berita palsu daripada awal kerana berita-berita akan menjejaskan keharmonian, perpaduan dan ekonomi negara.

Beliau berkata, semua pihak diminta bekerjasama membantu kerajaan bagi menghapus berita-berita yang tidak benar dan tindakan tegas dikenakan kepada penyebar berita ini.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Sri Mohammad Mentek.

Menurutnya, kerjasama NG0-NG0 bagi menyebar maklumat dikalangan masyarakat supaya mereka tahu bagaimana untuk mendapatkan berita yang sahih dari Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

NGO perlu menjalinkan kerjasama strategik dengan kementerian bagi mencegah wabak berita yang tidak benar ini daripada awal lagi yang menular dikalangan masyarakat kita kini.