Utama Blog Halaman 725

Jualan Proton Pada 2020 Meningkat 8.8 Peratus Berbanding 2019

Sebanyak 109,716 unit dijual pada 2020 adalah penambahan 8.8% berbanding 2019

Setelah melalui tahun yang penuh cabaran, PROTON mengakhiri 2020 dengan peningkatan penjualan berbanding prestasi mercu tanda pada tahun 2019.

Walaupun pemasangan dan penjualan kenderaan terpaksa dihentikan selama lebih daripada dua bulan akibat PKP, syarikat menjual 109,716 kenderaan bagi keseluruhan 2020 setelah berjaya menjual 13,306 unit pada bulan Disember.

Proton X50

Jumlah penjualan 2020 adalah penambahan 8.8% berbanding 100,821 unit pada 2019, sekaligus membolehkan PROTON digelarkan sebagai satu-satunya syarikat otomotif yang berjaya mencatatkan penambahan di Malaysia.

Bahagian pasaran pula dianggarkan bertambah ke 21.1%, bersamaan dengan satu penambahan yang ketara sebanyak 4.4%.

Pemacu utama penumbuhan jualan adalah Proton Persona, Iriz, Exora dan Saga (PIES) manakala prestasi Proton X50 melebihi jangkaan walaupun pelancarannya terpaksa ditangguhkan.

Kesemua model PIES telah dikemas kini secara meluas pada 2019 dan pelaburan itu memberi hasil dengan setiap model mencatatkan penjualan lebih tinggi walaupun tahun ini dijejaskan oleh wabak koronavirus.

Apabila digabungkan dengan penambahan eksport sebanyak 49.8%, ini membolehkan PROTON mengatasi tren industri otomotif Malaysia yang dijangka menguncup sebanyak 13%.

Dari segi keputusan inidividu, setiap model Proton mengakhiri tahun berhapiran tangga teratas segmen masing-masing. Proton Saga kekal sebagai penjual utama 2020 manakala pelancaran Proton X50 serta penjualan laris Proton X70 bergabung untuk menjadikan Proton jenama SUV nombor satu di negara ini.

“Kami bersyukur kerana berjaya mencatatkan prestasi yang tinggi pada 2020. Jikalau saya menggambarkannya sebagai suatu cabaran, ia adalah pernyataan yang meremehkan tetapi kami tetap gigih.

“Prestasi kami disokong oleh banyak faktor termasuk kepercayaan dari pelanggan, sokongan oleh kerajaan, komitmen dari vendor, ketahanan pihak penjual dan ketekunan kakitangan kami, kata Dr Li Chunrong, Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.

Petronas Releases It’s 2021-2023 Industry Activity Outlook

The annual PETRONAS Activity Outlook (PAO) for 2021-2023 was released to share the Company’s insights into industry trends, demand outlook and the upcoming activities of PETRONAS’ Upstream, Gas & New Energy and Downstream businesses.

For 2021, PETRONAS anticipates the outlook for the industry to still remain challenging, impacted by the unprecedented demand destruction from the COVID-19 pandemic which had resulted in a profound impact both domestically and globally.

PETRONAS maintains a prudent view despite the collapse in oil prices and will continue to accelerate the transition towards a low-carbon economy, spurring policy intervention and global collaborations across industries. Although gas remains a crucial and cleaner source of fuel, diversification into renewable energy is imperative.

PETRONAS President & Group Chief Executive Officer, Tengku Muhammad Taufik said: “PETRONAS has taken measured steps that demonstrate our stronger commitment to Sustainability as we take cognizance of the acceleration of the global energy transition, heightened by stakeholder expectations and its vast opportunities.

Built on PETRONAS’ desire to drive a fundamental shift in the way energy is produced, we announced our aspiration to achieve Net Zero Carbon Emissions by 2050 as part of our holistic approach to Sustainability that balances Environment, Social and Governance (ESG) considerations across our value chain.”

PETRONAS Vice President of Group Procurement, Freida Amat said: “The current crisis presents us with the need to remain resilient and agile, taking decisive measures in weathering the market volatility and energy transition.”

Freida added it is imperative for industry players to adapt and embrace the new normal. Working with tighter margins require industry players to shift the norms, embrace digitalisation, technology advancement and creative partnership to unlock opportunities.

PETRONAS foresees a steady outlook for production support, drilling, fabrication and installation of wellhead platforms and subsea facilities as well as decommissioning activities. However, a modest outlook is expected for fabrication and installation of central processing platforms as well as project support vessels.

In the report, PETRONAS also shares insights that will have a positive impact on the industry and among the highlights are:

• PETRONAS is pushing further for the increase in use of natural gas as a cleaner source of fuel in the energy transition while building capabilities in renewable energy which presents opportunities for Oil and Gas Services and Equipment (OGSE) industry players.
• Digital journey enhanced by collaboration with technology partners to mature digitally-enabled technologies for remote applications in PETRONAS’ onshore and offshore operations, strengthening the fundamentals and focusing on ensuring safe and secure operations to thrive in the new normal.
• PETRONAS is maturing technologies to support its sustainability aspirations of achieving net zero carbon emissions by 2050.

Baitul Hasan Anjur Program Kembali Ke Sekolah 2021 Di Kelantan

Pertubuhan Kebajikan Baitul Hasan Kuala Lumpur (Baitul Hasan) pada 31 Disember lalu,  mengadakan Program Kembali Ke Sekolah 2021 dan Makanan Asas Siri ke-3 (anak yatim & asnaf) di Sekolah Kebangsaan Bukit Jarum, Pasir Mas, Kelantan.

Menerusi program itu, Baitul Hasan telah berjaya mengagihkan 100 pek makanan asas dan 150 beg sekolah.

Pengasas Baitul Hasan, Ustaz Dino Rizal Suratman berkata, meskipun negara ketika ini dilanda wabak COVID-19, pihaknya meneruskan usaha mengadakan program ini dengan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Program ini bagi membantu meringankan beban golongan yang memerlukan dan jelas terpancar wajah kegembiraan serta kesyukuran penerima bantuan.

“Mereka mendoakan agar para penderma sentiasa dimurahkan rezeki dan dirahmati oleh Allah swt.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak khususnya kakitangan Baitul Hasan yang membantu mengagihkan bantuan ini kerana ‘Kebajikan Asnaf Keutamaan Kami’.

“Kami juga mengucapkan terima kasih kepada orang ramai, individu atau dermawan yang menghulurkan sumbangan melalui kami ..teruskan usaha kita membantu golongan asnaf dan mereka yang terkesan akibat wabak COVID-19 ini,” katanya lagi.

Jika anda ingin terus membantu salurkan sumbangan zakat/sedekah/infak/fidyah anda secara bank in atau pemindahan online ke akaun Bank Islam 14171 01 000 7586 (Pertubuhan Kebajikan Baitul Hasan Kuala Lumpur) atau hubungi talian 017-3535 085 (Ustaz Dino) atau 017-3505 681 (Pejabat Baitul Hasan).

Dakwaan Skandal Rasuah Palsu Mencemarkan Imej SPRM

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menerima satu maklumat yang ditularkan menerusi aplikasi WhatsApp bertajuk “Konspirasi Dan Skandal Rasuah di Malaysia” menggunakan nama penulis sebagai Muhammad Fauzan bin Jamil.

SPRM telah menghubungi penama tersebut menerusi nombor telefon 019-3499238 yang dipaparkan bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung penulisan yang disebarluas oleh pihak tertentu.

SPRM dalam kenyataannya berkata, hasil siasatan mendapati, penama tersebut menjelaskan menerusi WhatsApp bahawa beliau tidak mengetahui langsung berhubung penulisan yang tersebar itu menggunakan nama dan nombor kad pengenalannya.

Perkara tersebut adalah palsu serta fitnah dan emel yang digunakan juga adalah palsu. Susulan itu, beliau akan membuat laporan polis berkaitan perkara tersebut.

SPRM memandang serius bentuk tohmahan yang sengaja diadakan dengan niat untuk mencemar imej Suruhanjaya ini dan berharap pihak Polis Diraja Malaysia dapat menjalankan siasatan berhubung perkara ini.

Airasia Food Tawar Perkhidmatan Penghantaran Kepada Peniaga Dengan Komisen Terendah 10%

airasia food platform penghantaran makanan baharu yang dikendalikan oleh Teleport, syarikat logistik milik airasia Digital terus menawarkan kemudahan kepada para peniaga untuk menyertai platform tersebut tanpa sebarang kos tersembunyi.

airasia food yang dilancarkan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mei 2020 menawarkan penyelesaian yang mudah dan lancar dengan harga yang berpatutan bagi para peniaga kerana ia mengenakan harga tetap dan komisen terendah hanya 10%.

Para peniaga boleh mendaftar dengan harga tetap dan beralih kepada komisen 10% kemudian. airasia food menawarkan perkhidmatan pembayaran dan penghantaran, memberikan para peniaga kawalan sepenuhnya dalam menguruskan menu dan harga makanan mereka.

Tan Sri Tony Fernandes

Tambahan pula, airasia food menawarkan liputan penghantaran hingga 60 kilometer (km) berbanding platform perkhidmatan pesanan makanan lain yang hanya menawarkan liputan penghantaran sehingga 15 atau 20 km.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes berkata, “Melalui airasia food, kami ingin mendemokrasikan perkhidmatan penghantaran makanan, terutamanya bagi para peniaga, kerana platform-platform lain mengenakan kos dan komisen yang amat tinggi.

airasia food mengenakan harga tetap yang setara dengan kadar komisen 10%, menawarkan lebih keuntungan kepada mereka selain kebolehan menguruskan sepenuhnya menu dan harga makanan mereka, akses kepada data dan dapat berkomunikasi secara langsung dengan pelanggan mereka.

“Kami mengenakan harga tetap terendah dalam industri penghantaran makanan, dan kami berharap ini memberikan ‘kemerdekaan’ kepada restoran di luar sana. Kini, penghantaran makanan bukan sahaja pelengkap perniagaan, tetapi ia adalah salah satu saluran jualan utama bagi restoran dan perniagaan kecil.

“Salah seorang peniaga kami, Joshi Josh, telah meningkatkan jualan mereka sebanyak 500 kali ganda dalam masa 3 bulan.”

Antara ciri-ciri yang membezakan airasia food dengan platform penghantaran makanan lain adalah sokongan ekosistem airasia, yang terdiri daripada lebih 60 juta pengguna di mana mereka boleh mengumpul dan membayar dengan BIG Poin mereka, pendaftaran segera dalam talian tanpa kontrak atau borang, kemudahan berkomunikasi terus dengan pelanggan dan membina pangkalan data mereka, serta menjangkau lebih ramai pelanggan dengan liputan penghantaran hingga 60 kilometer.

Airasia food akan dilancarkan di Singapura pada akhir Januari 2021, dan turut akan berkembang ke bandar-bandar Asean yang lain. Para peniaga yang berminat untuk menyertai rangkaian airasia food boleh menghubungi [email protected].

Jimat Duit Dengan ‘Jom Nginap’ Guna Touch ‘N Go eWallet

Tourism Malaysia dengan kerjasama Persatuan Hotel Budget Malaysia (MyBHA) telah menganjurkan kempen “Jom Nginap” bermula semalam sehingga 31 Mac 2021 sebagai tanda sokongan bagi menggalakkan pelancongan domestik yang diumumkan oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia baru-baru ini.

Kempen “Jom Nginap” ini adalah antara inisiatif yang diumumkan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’ Sri Nancy Shukri pada 23 November 2020 yang lalu di bawah Pelan Pemulihan Pelancongan menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) bertujuan untuk merancakkan lagi pelancongan domestik Cuti-Cuti Malaysia di samping mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (MOH) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Dengan kerjasama Gkash, kempen ini diwujudkan khas menerusi aplikasi Touch ‘n Go eWallet, di mana para pengguna hanya perlu menempah bilik hotel minima RM50 menerusi aplikasi ini dan mendapat cashback sebanyak RM20 dalam tempoh masa tiga (3) hari bekerja.

Menerusi promosi baharu di aplikasi Touch ‘n Go eWallet ini, rakyat Malaysia juga dapat menikmati pelbagai tawaran pakej penginapan menarik yang dibawakan khas oleh ahli-ahli Persatuan Hotel Budget Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.tngdigital.com.my/mybhajomnginap.

Perodua Rekod Jualan 220,154 Unit Kenderaan Pada 2020

Perodua berjaya mendaftar 220,154 kenderaan pada 2020, mengatasi sasaran jualan 210,000 unit sebanyak 10,154 unit, didorong permintaan tinggi di sebalik pengecualian cukai jualan yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia kerana memilih Perodua dan kepada pihak kerajaan kerana melanjutkan tempoh pengecualian cukai jualan di bawah program PENJANA bagi mengekalkan momentum jualan industri automotif,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

President & CEO Dato’ Zainal Abidin Ahmad

Beliau berkata, Perodua berjaya mengeluarkan 220,968 kenderaan pada 2020 walaupun pengeluaran dihentikan antara Mac dan Mei 2020 akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sungguhpun demikian, pengecualian cukai jualan yang diperkenalkan pada Jun 2020 berjaya menarik minat pembeli kenderaan. Permintaan ini dapat melangsungkan pengeluar kenderaan serta ekosistem automotif tempatan.

“Perodua juga mencapai detik satu juta Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) pada November 2020 – tepat dua tahun selepas mencapai detik setengah juta – lalu mengukuhkan kedudukan kami sebagai pengeluar EEV terbesar di Malaysia daripada segi jumlah,” katanya.

Zainal berkata, pencapaian jualan yang lebih baik daripada dijangkakan, memberi kesan positif secara langsung kepada ekosistem automotif Malaysia dengan membantu para pembekal dan pengedar menghadapi cabaran pada 2020.

“Kami menjangkakan tahun yang lebih baik kerana terdapat petunjuk positif bahawa pandemik COVID-19 akan dapat diatasi dengan vaksin yang baru dikeluarkan. Kami
akan mengumumkan sasaran 2021 kami pada masa yang terdekat,” katanya.

Menurutnya, buat masa ini, Perodua akan terus memenuhi tempahan yang sedia ada dan berusaha ke arah jumlah jualan yang lebih tinggi pada 2021.

“Kami mengucapkan Selamat Tahun Baru 2021 kepada semua rakyat Malaysia. Perodua akan terus menambah baik semua aspek operasi kami bagi memenuhi serta mengatasi semua keperluan dan kehendak mobiliti anda, termasuk menambah baik kecekapan bahan api melalui teknologi canggih yang akan kekal mampu milik,” katanya lagi.

Melangkah Ke Ufuk Baharu – Samsung Galaxy A51

“Saya menyukai warna-warna terang Galaxy A51 ini. Setiap kali saya keluar untuk menangkap gambar, saya berasa begitu teruja!”

“Ada masanya anda hanya memerlukan percikan warna untuk menceriakan hari anda.”
Sesungguhnya tahun 2020 ini merupakan tahun yang sangat mencabar; tahun yang menguji kita, yang mengasingkan kita dan menggegarkan seluruh dunia.

“Tahun 2021 menuntut kesembuhan yang sangat kita dambakan. Justeru, marilah kita bersama-sama memperkukuh diri dengan tenaga dan fikiran yang jelas untuk mengatasi ketidakpastian pada masa hadapan.

“Ini merupakan peringatan kepada kita untuk mengabadikan perkara dan detik yang disukai, yang membangkitkan rasa ketenangan, kebahagiaan, kesyukuran dan positiviti di tengah-tengah keadaan dunia yang kelam kabut yang kita tempuhi pada masa ini.

Sesuatu yang dapat kita gunakan tatkala kita mengorak langkah memasuki tahun 2021. Setiap gambar mempunyai cerita tersendiri – semoga anda terinspirasi dengan gambar-gambar bertenaga yang dirakamkan oleh jurugambar Malaysia yang hebat menggunakan Galaxy A51 dan tunjukkan warna-warni kehidupan anda dengan tanda pagar #withGalaxy.

Kini, dengan storan dalaman yang telah dipertingkatkan pada Galaxy A51, daripada 128GB kepada 256GB, anda pastinya tidak lagi berdepan masalah untuk menyimpan foto-foto yang cantik itu!

Untuk maklumat lanjut mengenai Galaxy A51, sila layari:
https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a51-silver-256gb-sm-a515fmspxme/

Ambank Islamic Offers Special Financing Facility For Employees In Public Sector

AmBank Islamic has introduced a special financing facility – Personal Financing-i, which is catered for employees of the federal and state governments, selected agencies, government-linked companies (GLCs) and statutory bodies.

The Personal Financing-i is a Shariah-compliant financing facility offering financing amount of up to RM200,000. This financing facility requires no guarantor, collateral and even any lock-in period.

The product also features a 3-month payment holiday at the inception as an added benefit. Hence, the first payment will only commence on the fourth month after disbursement. Besides that, the Personal Financing-i comes with an optional Takaful coverage by AmMetlife Takaful Berhad.

“This financing facility along with its attractive offerings were developed specifically for customers who require financial flexibility to tide them over, especially during these trying times,” said Eqhwan Mokhzanee, Chief Executive Officer, AmBank Islamic.

“We are continuously looking at providing our customers with tailored solutions to meet their financing needs. The launch of Personal Financing-i widens our offerings to our valued civil servants who are working tirelessly to serve our nation,” added Aaron Loo, Managing Director, Retail Banking, AmBank.

With the launch of Personal Financing-i, AmBank Islamic aims to offer a financing facility which is adequately flexible for various purposes including education, emergency or other expenses.

For further information on the Personal Financing-i, kindly visit www.ambankislamic.com

Lembaga Hasil Dalam Negeri Tiada Akaun Tik Tok

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) ingin memaklumkan bahawa agensi ini tidak mempunyai akaun tik tok seperti yang tular dalam media sosial beberapa hari ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh bahagian komunikasi dan Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM berkata, buat masa ini, bagi memudahkan komunikasi dengan orang ramai, LHDNM hanya mempunyai akaun rasmi media sosial seperti berikut:

i. Portal Rasmi : www.hasil.gov.my
ii. Facebook : facebook.com/LHDNM
iii. Twitter : @LHDNMofficial
iv. Instagram : LHDNM
v. Youtube : LhdnTube

Sehubungan itu, bagi mengelakkan identiti LHDNM terus disalahgunakan, satu laporan polis telah dibuat dan akan disusuli pula dengan laporan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam waktu terdekat.

LHDNM turut ingin menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan bertanggungjawab dalam setiap penyiaran (posting) di media sosial.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan perkara ini boleh dimajukan kepada LHDNM melalui:
a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

Post Menarik