Pertubuhan Kebajikan Baitul Hasan Kuala Lumpur merayu sumbangan wakaf, sedekah, infak atau tajaan bagi kemudahan asas Pusat Pengajian Islam @ Maahad Tahfiz Baitul Hasan Kelantan.
Pengasas Baitul Hasan, Ustaz Dino Rizal Suratman berkata, maahad tahfiz itu kini hampir siap dibina dan dijangka dibuka pada tahun 2021.
Beliau berkata, pihaknya ingin membuka peluang kepada semua muslimin dan muslimat yang bermurah hati untuk melengkapkan bangunan ini dengan pelbagai kemudahan asas untuk pengajaran dan pembelajaran anak yatim, asnaf serta jemaah nanti.
“Katanya, orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh terus menyalurkan sumbangan anda ke akaun Bank Islam 14171 01 000 7586 (Pertubuhan Kebajikan Baitul Hasan Kuala Lumpur ) atau hubungi talian 017-3535 085 (Ustaz Dino) atau 017-3505 681 (Pejabat Baitul Hasan).
“Terima kasih atas sumbangan anda ..moga ia menjadi amal soleh buat kita diakhirat nanti. Kebajikan Asnaf Keutamaan Kami,” katanya.
Beliau berkata, Baitul Hasan ini ditubuhkan pada 3 September 2013 dan aktif membantu golongan asnaf dan memerlukan dengan menganjurkan beberapa program berbentuk pendidikan, sumbangan kewangan dan barangan.
“NGO ini bukan saja menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan di dalam negara, malah juga di luar negara menerusi wakil yang dilantik.
“Kita bawa misi dan matlamat untuk membantu golongan asnaf, ibu tunggal, anak yatim dan orang kurang upaya (OKU) merangkumi aspek pendidikan, kemahiran, kesihatan, barang keperluan harian, motivasi dan kaunseling,” katanya.
Pihak industri menyeru pemegang polisi/sijil dan penama untuk mengemas kini rekod bagi mempercepat proses pembayaran faedah kematian.
Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) and Persatuan Takaful Malaysia (MTA) bersama-sama dengan ahli-ahli syarikat Persatuan menggesa pemegang polisi / sijil untuk mengemaskini maklumat penama mereka untuk mempercepat pembayaran faedah kematian pada masa akan datang.
Dalam beberapa minggu akan datang, LIAM dan MTA akan melaksanakan program khidmat masyarakat yang bertujuan untuk mempercepat pembayaran tuntutan kematian kepada yang layak dan memastikan lebih banyak rakyat Malaysia bakal menikmati faedah perlindungan insurans dan takaful.
Program khidmat masyarakat ini yang akan bermula hari ini merangkumi komunikasi melalui surat yang dialamatkan kepada pemegang polisi / sijil atau penama bagi meminta mereka untuk menghubungi syarikat insurans atau pengendali takaful masing-masing untuk maklumat lebih lanjut.
Ketua Pegawai Eksekutif LIAM, Mark O’Dell berkata, butiran maklumat waris terdekat pemegang polisi / sijil adalah penting untuk membolehkan syarikat menghubungi mereka dan membayar faedah kematian dengan cara yang lebih efisien.
Terdapat banyak kes di mana penama yang tidak menyedari bahawa didapati ada polisi hayat atau sijil takaful yang berkuat kuasa bagi ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Dalam kes tersebut, syarikat insurans atau pengendali takaful tidak dapat mengenal pasti tuntutan yang berpotensi.
Beliau mengulas lanjut, “Syarikat insurans atau pengendali takaful akan menghubungi pemegang polisi / sijil untuk mengemas kini maklumat peribadi mereka.
“Surat dari syarikat insurans atau pengendali takaful akan dihantar ke alamat terakhir yang terdapat di dalam rekod, termasuk polisi / sijil yang telah luput. Kami menggesa pemegang polisi / sijil atau penama untuk memberi maklumbalas dengan menghubungi syarikat insurans atau pengendali takaful bagi mengemas kini maklumat yang diperlukan”.
Azli Munani, Ketua Pegawai Eksekutif / Setiausaha Eksekutif MTA berkata, “Kegagalan membuat penamaan yang diperlukan mungkin akan menyekat tujuan perlindungan insurans / takaful.
Ini kerana tanpa penamaan, ia akan mengambil masa yang lama untuk mendapatkan dokumen rasmi dari mahkamah bagi mendapatkan hak untuk membuat tuntutan. Tambahan pula, penama mungkin tidak memahami cara membuat tuntutan dengan betul”.
Beliau berkata, “Kedua-dua Persatuan dan ahli mereka akan bergerak secara aktif mempromosikan kepentingan penamaan kepada masyarakat bagi memastikan pemegang polisi / sijil ambil tahu mengenai komunikasi ini dan mengambil tindakan sepatutnya bagi mengemaskini maklumat penama untuk polisi insuran dan sijil takaful mereka. ”
Oleh kerana inisiatif ini akan menjadi usaha berterusan pihak industri, pemegang polisi / sijil amatlah digalakkan untuk sentiasa mengemaskini butiran penama mereka supaya syarikat insurans atau pengendali takaful boleh berhubung sekiranya mereka menyedari terdapat sebarang potensi tuntutan.
Sebagai alternatif, ahli keluarga juga boleh menghubungi ahli persatuan LIAM atau MTA secara terus untuk sebarang pertanyaan lanjut seperti berikut:
Sementara itu, LIAM dan MTA ingin menasihati agar orang ramai untuk terus berwaspada terhadap penipuan yang mungkin timbul dari inisiatif ini.
Jenis penipuan ini boleh dipromosikan dalam pelbagai bentuk melalui media sosial, e-mel atau panggilan telefon yang menyamar sebagai pegawai dari syarikat insurans atau pengendali takaful.
Oleh itu, orang ramai digalakkan menghubungi terus syarikat insurans atau pengendali takaful masing-masing bagi mendapatkan maklumat dan penjelasan lanjut.
Pihak Persatuan menegaskan bahawa, ahli persatuan LIAM dan MTA tidak akan pernah meminta pemegang polisi/sijil untuk mengemaskini maklumat atau butiran akaun melalui SMS, panggilan telefon, e-mel, media sosial atau aplikasi pemesejan.
Pemegang polisi / sijil dinasihatkan untuk mengabaikan mesej tersebut dan jangan sekali-kali mendedahkan maklumat kewangan, PIN atau TAC anda kepada sesiapa sahaja.
Ini adalah untuk melindungi pemegang polisi / sijil daripada menjadi mangsa memancing data (phishing), pencurian identiti atau perisian hasad (malicious malware). Sentiasa berhati-hati agar tidak menjadi mangsa penipuan.
Model utama Volkswagen ini menawarkan kombinasi terbaik di antara reka bentuk avant-garde dan pengendalian dinamik pada harga RM220,043
Selain model Tiguan All Space, VPCM hari ini turut melancarkan model yang sangat ditunggu-tunggu, Arteon R-Line serba baharu ke pasaran tempatan.
Disifatkan sebagai satu karya terbaik, Arteon melakukan debut global pada tahun 2017 dan kini dipasang tempatan di kilang Wvolkswagen di Pekan, Pahang.
Fastback lima pintu itu merupakan model utama Volkswagen yang menawarkan kombinasi terbaik di antara reka bentuk avant-garde dengan pengendalian dinamik.
Namanya menjadi refleksi terbaik terhadap penampilannya – ‘Art’ menerangkan tentang garis fastback yang harmoni dan emosional, sementara ‘eon’ pula menyerlahkannya
sebagai model premium Volkswagen.
Arteon direka untuk merangsang emosi dan meningkatkan rasa ingin memilikinya. Digabungkan dengan kemasan R-Line yang sporty, visual kereta ini memang sangat cantik jika dilihat dari mana-mana sudut sekali pun.
Varian Volkswagen R-Line mengambil inspirasi daripada rangkaian model berprestasi tinggi, Volkswagen R. Pakej R-Line yang dipasang pada jentera ini memberikannya gayaan lebih sporty, pada masa sama mengekalkan nilainya yang hebat.
Sebagai sebuah model R-Line, penampilan luaran Arteon yang menarik perhatian itu diserlahkan menerusi kemasan krom hadapan agresif, lencana R-Line, lampu utama LED, lampu belakang dengan indikator dinamik, spoiler belakang berwarna hitam, rim aloi Montevideo bersaiz 19 inci serta kemasan krom pada bahagian bawahnya.
Arteon R-Line mempunyai rekaan yang selari dengan fungsi. Ia bukan sekadar tampil menawan, malah menawarkan ruang but seluas 563 liter, terbaik dalam kelasnya yang boleh diakses melalui fungsi but Easy Open.
Dynamic Chassis Control (DCC) dengan Driving Mode Selection membolehkan pemandu menukar dan memilih 15 gaya pemanduan yang diingini, sambil terus terhubung dengan Digital Cockpit serta App-Connect Apple Car Play tanpa wayar.
Aspek keselesaan dipertingkatkan lagi dengan tempat duduk 14-talaan yang dibalut dengan kulit Nappa gayaan karbon bersama fungsi urutan.
Ciri-ciri penting yang lain termasuklah sistem audio premium Dynaudio, terdiri daripada 11 unit pembesar suara dan subwoofer 700-watt serta kamera 360°.
Rekaan Luaran
Reka bentuk Arteon R-Line diserlahkan melalui garis bumbung yang lebih rendah, tingkap tanpa bingkai, cerun bahagian belakang yang bersambung hingga ke lampu belakang, sekali gus membuatkannya kelihatan lebih aerodinamik dan bergaya.
Reka bentuk itu juga memberikannya penampilan yang lebih mewah dan menyerlahkan
rekaan sebuah fastback yang tersendiri. Elegan dan dinamik, Arteon turut menjanjikan ruang serta keselesaan luar biasa melalui rekaan seperti sebuah coupe itu.
Menggunakan sistem lampu utama LED sepenuhnya, lampu hadapan dilengkapi ciri Dynamic Cornering Lights. Sementara lampu belakang hadir dengan isyarat membelok berturutan.
Buat pertama kalinya, Arteon dilengkapi ciri All Weather Light, sejenis lampu khas yang
menawarkan pencahayaan lebih luas untuk meningkatkan kejelasan pandangan berdasarkan kepada kondisi cuaca.
Ruang Dalaman
Ruang dalaman Arteon R-Line menyerlah rasa sporty dan mewah. Penumpang hadapan pasti berpuas hati dengan keselesaan tempat duduk ErgoComfort bersama 14 talaan dan lencana R-Line.
Manakala pemandu pula boleh menikmati fungsi urutan. Bagi penggemar audio, Arteon dipasang dengan sistem bunyi Dynaudio yang menawarkan pengalaman audio premium bersama 11-unit pembesar suara, amplifier digital 16 saluran, satu unit subwoofer dan kemewahan bunyi 700W.
Ambien mewah itu ditambah dengan kemasan aluminium Silver Rise, pelapik bumbung hitam Titanium, jam analog dan lampu ambien tiga warna.
Enjin dan Prestasi
Arteon R-Line didatangkan dengan enjin turbo 2.0TSI dan kotak gear klac berkembar basah direct shift 7-kelajuan (DSG) yang telah ditambah baik. Ia mampu menghasilkan kuasa 190PS dan tork 320Nm untuk pengalaman pemanduan yang benar-benar dinamik.
Bagi mereka yang ingin mengubah suai kereta mereka, Arteon R-Line serba baharu hadir dengan Dynamic Chassis Control (DCC). DCC menawarkan 15 ubah suai dan lima mode pemanduan berbeza – Eco, Comfort, Normal, Sport dan Individual.
Ketersambungan
Dengan resolusi dan tahap kejelasan yang tinggi, Digital Cockpit bersaiz 11.7 inci membolehkan pemandu untuk mengakses data pemanduan menerusi enam pandangan skrin boleh ubah serta lebih 30 pilihan kombinasi.
Ini termasuklah navigasi 2D dan 3D, serta 100% paparan peta. Ketersambungan di hujung jari anda, sistem infohibur dengan skrin sentuh Discover Pro bersaiz 9.2 inci membolehkan pemandu menyambungkan telefon pintar dengan Apple Car Play tanpa wayar.
Manakala ciri Android Auto dan Mirrorlink boleh disambung mengguna port USB Type C. Sistem itu menawarkan kawalan suara, gestur dan pandangan skrinnya boleh diubah.
Ciri Keselamatan
Memandangkan keselamatan menjadi aspek penting pada semua model Volkswagen, Arteon R-Line didatangkan dengan ciri keselamatan premium bertaraf dunia.
Antaranya ialah Post Collision Braking System yang menghalang pelanggaran kali kedua; Intelligent Crash Response System (ICRS) pula mengambil langkah pencegahan apabila berlaku kemalangan dengan menyekat bekalan bahan api, membuka pintu dan mengaktifkan lampu amaran (hazard lights).
Manakala Electronic Different Lock (XDS) menambah baik aspek cengkaman dan
mengurangkan masalah understeer.
Ciri keselamatan standard yang lain ialah Electronic Stability Control (ESC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Brake Assist (BA), Hill-hold Control, Proactive Passenger Protection System dan Active Bonnet yang memberi perlindungan kepada pejalan kaki.
Arteon juga hadir dengan kamera Area View 360 yang menggabungkan empat buah kamera untuk menawarkan pandangan dari atas. Skrin itu juga boleh diubah kepada pandangan penuh atau terpisah.
Ciri Menarik Lain
Tapak roda Arteon R-Line yang panjang menawarkan ruang dalaman, kepala dan kaki yang cukup luas untuk semua lima orang penumpang.
Hac belakang dengan bukaan yang luas memudahkan akses ke ruang kargo seluas 563 liter, terbaik dalam kelasnya.
Bukan itu sahaja, bahagian belakang hadir dengan fungsi Easy Open yang menggunakan sensor untuk membuka pintu but secara elektronik apabila mengesan pergerakan kaki pemandu di bahagian bawah bampar.
Pertama kali untuk model Volkswagen di Malaysia, Arteon R-Line serba baharu didatangkan dengan ciri Easy Close yang akan menutup but selepas 20 saat, memberikan pemandu masa untuk mengeluarkan barang dari dalam but dengan mudah.
Arteon R-Line turut dilengkapi dengan Tyre Pressure Monitoring System yang memantau tekanan setiap tayar. Sementara ciri manoeuvre braking pula akan menekan brek secara automatik untuk mengelak pelanggaran apabila ia mengesan sesuatu objek pada kelajuan
sehingga 10km/j.
Warna
Lima warna ditawarkan: warna metalik ialah kelabu (Manganese Grey), kuning (Turmeric Yellow) dan perak (Pyrite Silver). Manakala warna mutiara ialah hitam (Deep Black) dan putih (Oryx White Pearl).
Harga
Arteon R-Line serba baharu ditawarkan pada harga RM225,490 dan hadir dengan penyelenggaraan percuma selama 3 tahun, di samping jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan selama 5 tahun.
Dengan pengecualian cukai yang ditawarkan sekarang, harga cadangan Arteon R-Line seba baharu sehingga 31 Disember 2020 ialah RM220,043.28.
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini, melancarkan buat pertama kalinya, Kenderaan Sukan Utiliti (SUV) tujuh tempat duduk, Tiguan Allspace.
SUV yang dipasang sepenuhnya di kilang pemasangan Volkswagen di Pekan, Pahang itu ditawarkan dalam dua varian iaitu Tiguan Allspace Highline 1.4TSI dan Tiguan Allspace R-Line 2.0TSI.
Bagi Tiguan Allspace Highline, ia dipadankan dengan enjin turbo pancitan terus 1.4 TSI dengan kotak gear klac basah direct shift enam-kelajuan (DSG). Ia mampu menjana kuasa 150 PS dan tork 250 Nm.
Bagi model Tiguan Allspace R-Line yang lebih sporty, pula dikuasakan oleh enjin turbo pancitan terus 2.0 TSI dan dipadankan dengan kotak gear klac basah direct shift tujuh-kelajuan (DSG).
Enjin itu mampu menjana kuasa mencecah 220 PS dan tork 350 Nm. Ini menjadikan Tiguan Allspace R-Line sebagai kenderaan paling berprestasi dalam segmennya.
Ia turut dilengkapi 4MOTION, sistem pacuan semua roda yang turut dipasang pada Golf R. Dengan 4MOTION, aspek cengkaman, pecutan dan keupayaan off-road jentera ini telah dipertingkatkan.
Sistem 4MOTION itu berfungsi selari dengan sistem-sistem keselamatan aktif yang lain di dalam kereta seperti sistem brek anti kunci (ABS), Program Kestabilan Elektronik (ESP) dan Hill Descent Control (HDC).
Tiguan Allspace R-Line juga hadir dengan ciri Dynamic Chassis Control (DCC) bersama Driving Mode Selection untuk pemanduan yang lebih mantap. Ia menawarkan sehingga 15 gaya pilihan dan empat mod pemanduan iaitu Comfort, Normal, Individual dan Off-Road.
Tiguan Allspace dengan tapak roda lebih panjang menjadikannya sebuah SUV yang benar-benar luas. Seterusnya dapat menawarkan versatiliti menerusi pelbagai konfigurasi tempat duduk.
Apabila tempat duduk baris ketiga dilipat sepenuhnya, ia mampu menawarkan ruang seluas 700 liter. Jika tempat duduk baris kedua dan ketiga dilipat, SUV berkenaan memberikan ruang yang sangat luas iaitu 1,775 liter, terbaik dalam kelasnya.
SUV tujuh tempat duduk itu menggabungkan prestasi dinamik, pengalaman off-road sebenar dan mengetengahkan DNA SUV Volkswagen yang baru, menjadikannya cukup versatil serta menarik perhatian.
Tiguan Allspace R-Line
Berpegang teguh kepada legasi R-Line, Tiguan Allspace R-Line ialah sebuah SUV berprestasi tinggi. Penampilan agresifnya di atas jalan biasa dan off-road diserlahkan dengan rim aloi Sebring bersaiz 19”. Ia juga menawarkan kuasa dan tork paling tinggi dalam kelasnya.
Keupayannya dipertingkatkan lagi dengan sistem pacuan semua roda 4Motion. Bahagian dalaman tidak kurang menariknya dengan ciri ketersambungan terbaik seperti Digital Cockpit dan sistem infohibur Discover Pro infotainment 9.2”.
Varian Volkswagen R-Line mengambil inspirasi daripada rangkaian model breprestasi tinggi Volkswagen R. Pakej gayaan sporty yang dipasang pada varian R-Line membuatkannya kelihatan lebih sporty, pada masa sama mengekalkan nilai yang hebat.
Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter berkata, pasaran SUV yang kian berkembang di Malaysia menawarkan peluang terbaik kepada Tiguan Allspace.
“Pasaran SUV di Malaysia telah berkembang sebanyak 65% dan kami percaya ia akan terus memacu pasaran automotif.
“Dengan penambahan dua varian Tiguan Allspace, Volkswagen akan dapat memenuhi keperluan pembeli yang berbeza apabila menawarkan mereka dengan pilihan jentera 7 tempat duduk bersama kualiti kejuruteraan Jerman serta prestasi yang tiada tandingan.”
Menjadi model terlaris Volkswagen di peringkat global, Tiguan mencatat rekod apabila mencapai jualan 6 juta unit pada tahun 2019. Ia juga menjadi model paling laris untuk kumpulan Volkswagen untuk tahun yang sama.
Kini, model serba baharu Tiguan keluar daripada saluran pengeluaran di seluruh dunia pada setiap 35 saat.
Tiguan Allspace Highline 1.4TSI Serba Baharu
Tiguan Allspace Highline serba baharu dilengkapi lampu utama dan lampu belakang LED penuh, rim Kingston 18” serta lampu kabus di hadapan dan belakang.
Melihat kepada ruang dalaman, banyak ciri astetik dan fungsi boleh didapati pada Tiguan Allspace Highline.
Ruang dalamannya hadir dengan upholsteri kulit ‘Vienna’, tempat duduk elektrik 12-talaan untuk pemandu dan sistem pendingin hawa bersama kawalan suhu 3 zon demi keselesaan semua penumpang.
Stereng multi fungsi yang dibalut kulit dengan paddle shifter dan kawalan jelajah membuatkan pemanduan Tiguan Allspace Highline cukup menyeronokkan.
Enjin dan Prestasi
Tiguan Allspace Highline menggabungkan enjin turbo pancitan terus 1.4TSI dengan kotak gear klac basah direct shift 6-kelajuan (DSG). Ia mampu menjana kuasa 150PS dan tork 250Nm. SUV ini juga menawarkan penggunaan bahan api sekitar 7.3l/100km.
Digital Cockpit bersaiz 11.7” dengan paparan colour thin-film transistor (TFT) beresolusi tinggi menawarkan pelbagai fungsi dan ciri dalam paparan grafik 2D dan 3D untuk navigasi serta media.
Skrin dengan enam pandangan boleh ubah menawarkan aspek personalisasi ke tahap
baru dengan lebih 30 pilihan kombinasi.
Ciri-ciri lain termasuklah pilihan ketersambungan yang banyak melalui unit utama dengan skrin sentuh Composition Media bersaiz 8”. Ia menyokong kamera belakang, selain sistem infohibur dan menu kenderaan yang lengkap.
Ciri-ciri Keselamatan
Tiguan Allspace Highline dilengkapi pelbagai ciri keselamatan utama seperti enam beg udara, Electronic Stability Control (ESC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Brake Assist (BA), brek Multi-collision, Intelligent Crash Response System (ICRS), Electronic Parking Brake (EPB) serta hill-hold control.
Tiguan Allspace R-Line 2.0TSI Serba Baharu
Tiguan Allspace R-Line hadir dengan ciri yang lebih banyak berbanding Tiguan Allspace Highline.
Rekabentuk luaran Tiguan Allspace R-Line menampilkan gayaan sporty menerusi bampar
hadapan dan belakang R-Line, garis pada panel sisi hadapan, ekzos berkembar serta spoiler belakang.
Penampilan keseluruhannya disempurnakan lagi dengan rim aloi Sebring bersaiz 19”.
Ruang dalaman
Selain daripada tempat duduk hadapan dengan talaan elektrik 12-cara yang dibalut kulit Vienna. Ruang kabin itu turut dipasang dengan lencana R-Line pada tempat duduk, stereng, pedal sports aluminium tahan karat, plat pelindung aluminium pada bahagian hadapan dan belakang, kemasan dekoratif ‘Dark Grid’ serta kemasan bumbung
berwarna hitam.
Enjin dan Prestasi
Tiguan Allspace R-Line ialah sebuah SUV yang menawarkan ruang, keselesaan dan prestasi. Sebuah SUV yang cukup mantap, ia dikuasakan oleh enjin turbo pancitan terus 2.0TSI dan dipadankan dengan kotak gear klac basah direct shift 7-kelajuan (DSG).
Enjin itu mampu menjana kuasa mencecah 220PS dan tork 350Nm. Ini menjadikan Tiguan Allspace R-Line sebagai kenderaan paling berprestasi dalam segmennya.
4MOTION
Tiguan Allspace R-Line serba baharu dilengkapi 4MOTION, sistem pacuan semua roda yang turut dipasang pada Golf R. Dengan 4MOTION, aspek cengkaman, pecutan dan keupayaan off-road jentera ini telah dipertingkatkan.
Ini kerana sistem pacuan semua roda tersebut mengagihkan kuasa kepada semua empat roda bila dan di mana ia diperlukan. 4MOTION berfungsi selari dengan sistem-sistem
keselamatan aktif yang lain di dalam kereta seperti Sistem Brek Anti- Kunci (ABS), Electronic Stability Programme (ESP) dan Hill Descent Control (HDC).
Ketersambungan
Selain Digital Cockpit yang cukup jelas, Tiguan Allspace R-Line juga dilengkapi sistem infohibur navigasi Discover Pro bersaiz 9.2” yang mudah dioperasi. Terima kasih kepada plug-in App Connect (Apple Carplay, Android Auto, Mirrorlink) yang lengkap dengan kawalan suara dan gestur untuk memberikan ketersambungan bebas tangan sepenuhnya kepada pemandu.
Ciri-ciri Pemanduan R
Tiguan Allspace R-Line hadir dengan ciri Dynamic Chassis Control (DCC) bersama Driving Mode Selection untuk pemanduan yang lebih personal. Ia menawarkan sehingga 15 gaya pilihan dan empat mode pemanduan – Comfort, Normal, Individual dan Off-Road.
Setiap penyerap hentak disambungkan ke satu sistem yang mampu mengira data daripada sensor bagi memberikan talaan optimum untuk dipadankan dengan keperluan serta kecenderungan pemandu. Keselamatan
Hill Descent Control (HDC) ialah satu ciri keselamatan tambahan yang menawarkan kawalan laluan off-road mengujakan apabila mode Off-Road diaktifkan. Ciri tersebut yang merupakan sebahagian daripada sistem 4MOTION akan menekan brek dan pendikit apabila diperlukan.
Ia bagi memastikan kenderaan bergerak pada kelajuan stabil dan terkawal ketika menuruni bukit.
Warna
Varian Tiguan Allspace Highline dan Tiguan Allspace R-Line didatangkan dalam warna biru (Blue Silk), putih (Pure White), hitam (Deep Black), kelabu (Platinum Grey) dan putih (Pyrite Silver).
Harga (sebelum pengecualian cukai)
Tiguan Allspace Highline : RM169,990
Tiguan Allspace R-Line : RM213,490
Dengan adanya pengecualian cukai, kedua-dua varian tersebut ditawarkan pada harga cadangan RM164,430.75 dan RM208,553.79 sehingga 31 Disember 2020.
Pemilik akan menikmati penyelenggaraan percuma selama 3 tahun, selain jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan selama 5 tahun.
Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) kini sudah menerima pra-tempahan untuk Passat R-Line baharu. Menjadi model yang lebih sporty daripada Passat Elegance, Passat R-Line dipasang tempatan dan dijangka ditawarkan pada harga di antara RM200,000 hingga RM210,000.
Mengambil inspirasi daripada model-model Volkswagen R, rangkaian R-Line direka untuk menawarkan cara kepada pemandu untuk mengekspresikan individualiti mereka serta lebih menonjol, pada masa yang sama memberikan nilai hebat.
Passat R-Line merupakan model R-Line kedua yang ditawarkan oleh VPCM selepas Golf R-Line. Passat R-Line tampil dengan kemasan yang sporty.
Rekaan bampar hadapan dan belakang R-Line baharu, lencana sisi R- Line, kemasan krom dan rim aloi Verona bersaiz 19”. Untuk ruang dalaman pula, kemasan R-Line dapat dilihat dengan jelas menerusi penggunaan kulit Nappa hitam gayaan karbon pada tempat duduk,
stereng dan pedal sports aluminium.
Passat R-Line dikuasakan oleh enjin turbo 2.0TSI baharu yang mampu menjana 190PS dan tork 320Nm. Ia kemudian dipadankan dengan kotak gear klac berkembar basah direct shift (DSG) 7-kelajuan yang baru dan telah ditambah baik.
Jadi, anda boleh mengharapkan pengalaman pemanduan yang lancar dan mengujakan.
Aspek keselamatan dipertingkatkan lagi melalui ciri Side Assist dengan jarak pengesanan 180 darjah sehingga 50 meter.
Ciri Rear Traffic Alert pula memberi amaran kepada pemandu apabila mengundur keluar dari ruang parkir jika terdapat kenderaan yang mendekati pada sudut 90 darjah.
Dari segi ketersambungan pemandu, Passat R-Line dilengkapi sistem infohibur Discover Pro Volkswagen bersama skrin sentuh bersaiz 9.2”.
Ciri-ciri kemudahan termasuklah kawalan suara, gestur, skrin yang boleh dibahagikan kepada tiga bahagian dan Wireless App-Connect dengan Apple Car Play.
Warna
Passat R-Line didatangkan dalam enam warna. Warna metalik terdiri daripada biru (Aquamarine Blue), coklat (Tamarind Brown), kelabu (Manganese Grey) dan perak (Reflex Silver). Dua warna mutiara iaitu hitam (Deep Black) dan putih (Oryx White) turut ditawarkan tanpa sebarang penambahan harga.
With customers taking advantage of the SST exemption to buy cars, UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) is collaborating with Bank Rakyat to offer attractive financing packages of up to 100% financing to all Malaysia citizens aged between 18 to 65 years old.
These financing packages follow Islamic financing principle and consist of two types of
financing options.
An-Naqlu 1, which offers 90% financing follows the Shariah concept of Al
Ijarah Thumma Al-Bai’ (AITAB) and An-Naqlu 2, which offers 100% financing follows the
Shariah concept of Tawarruq.
Customer can repay over a period of between 4 to 9 years under these schemes. Customers aged between 18 to 60 years old can now enjoy zero down payment to own a
Toyota or Lexus model (subject to terms and conditions) under AN NAQLU 2.
There is also a special Graduate Scheme available with zero down payment to graduates aged 20 – 30 years old with minimum Diploma holders and are currently employed for at least 3 months.
For those with less than 3 months of employment, guarantor is required for approval process.
“We are always looking to work with our business partners to provide affordable ownership
solutions to our customers. Bank Rakyat offers special scheme to help different customer
groups to own a brand-new Toyota and Lexus vehicle.” said Ravindran K., President of UMW
Toyota Motor.
There is another financing scheme under AN NAQLU 1 (AITAB) exclusively for senior citizens. They should be below 65 years old at the end of the financing period and they will need to transfer their pension to a Bank Rakyat savings account.
‘BR Malaysia 2.0’ special promotional rate for these financing scheme offers is valid until 30
September 2020. For more information, customers can visit any authorised Toyota dealer or any Bank Rakyat Auto Financing Centre or branches.
Visit Toyota Malaysia website at www.toyota.com.my and Bank Rakyat website at www.bankrakyat.com.my today!
Some say that the kitchen is the heart of every household, as it acts as the very difference-maker between just a “place to stay” and a home.
It is where every layman’s day begins and the more familiar and comfortable you are in it, the more at home you’ll feel. Hence the saying, “Everything happens in the kitchen, which is where life begins.”
Zoom into its finer details, the refrigerator is arguably the kitchen’s most important piece of equipment.
Think about it: Where do we store the items that sustain our very lives? The refrigerator. What do we do when we are bored or restless at home? Most of us would probably look into the refrigerator with hopes of looking for something exciting.
Recognizing this crucial fact, Samsung has introduced many innovations in refrigerators, including the new Side by Side Family Hub – which not only enhances the kitchen, but our life as well.
It brings us a smarter way to plan grocery shopping, plan and prepare meals, share notes, sync family schedules, and even stream our favorite music or movies!
The Smartest Refrigerator Your Family Has Seen
The Samsung Family Hub refrigerator, carefully engineered to enhance homes and lives to their fullest potentials, features many innovations that were specially created to make life easier.
For one, it helps users prepare and plan meals by allowing them to see what’s in the fridge anytime, anywhere. Imagine walking through a mall and deciding to do some last-minute grocery shopping.
Need a checklist of what’s currently in your fridge so you don’t overstock an ingredient? Simply access the ‘View Inside’ feature available both on Family Hub and your Samsung phone through Family Hub app, and the fridge’s internal camera will show you what you currently have!
With this, creating shopping lists, food plans, or purchase reminders are easier than ever.
Apart from that, The Samsung Family Hub refrigerator is able to intelligently propose delicious recipes and even provide simple meal preparation instructions, based on what food you like and have in your fridge!
With its Recipes & Meal Planner feature, you can now shift more of your focus away from
planning meals, to more important things – like quality time with your family.
Speaking of its quality as the smartest refrigerator for your family; the Samsung Family Hub refrigerator, believe it or not, has several features that help you and your family stay constantly connected as well.
One way it does that is through its large Family Board display on its door. Enrich your family life by sharing news, videos, pictures, drawings, and even personalized notes or messages to stay connected with your family!
That aside, you’ll even be able to plan and remind your family of important upcoming events with the fridge’s Calendar app!
And with the Samsung Family Hub and its large touchscreen display as the heart of your home, rest assured that your family will be kept up-to-date on your messages and important updates all the time!
Connected Living With Samsung’s Family Hub, Bixby, & SmartThings
Envisioned to create connected living with innovations and personalised technology, Samsung has meticulously designed a home ecosystem, allowing all devices in a home to be connected to one another.
What does this mean? Essentially, you can see the contents of your Family Hub from your Galaxy smartphone no matter where you are. Or control the movie on your TV with your Family Hub. Or even get notified when your Samsung washing machine is done with the latest laundry batch!
The possibilities are endless with Samsung’s SmartThings ecosystem. And if that wasn’t impressive enough, Samsung’s state-of-the-art AI assistant Bixby is built into the Family Hub refrigerator as well.
In the middle of a meal prep without any music, but your phone is up in your bedroom? No worries, just tell your fridge “Hi Bixby, play my cooking playlist!” and you’ll have your music to serenade you while you continue cooking!
PETRONAS aims to leverage the fifth generation (5G) technology to elevate the national oil and gas industry through automation and digital transformation.
It is now in the midst of running a 5G Testbed Programme, as part of the Malaysian Government’s 5G deployment strategies.
Dato’ Saifuddin Abdullah, Minister of Communications and Multimedia (in blue batik), greeted by a PETRONAS 5G use case application at INSTEP. Looking on: Dr Nasir Darman, PETRONAS’ Chief Technology Officer; Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek, MCMC Chairman; Idris Ibrahim INSTEP CEO; and other officials.
The Programme, involving a cutting-edge demonstration facility set up at Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP) in Kuala Nerus, is being carried out with the support of the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC).
Minister of Communications and Multimedia, Dato’ Saifuddin Abdullah visited the Programme site recently, accompanied by EXCO members from the Terengganu State Government and a Celcom representative.
Also present were MCMC Chairman Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek; PETRONAS Chief Technology Officer Dr Nasir Darman and INSTEP Chief Executive Officer Idris Ibrahim.
Dato’ Saifuddin told journalists that to date, there were 71 use cases (steps) for 5G technology being demonstrated under the 5G Demonstration Projects initiative, which are expected to contribute meaningfully towards the Government’s preparation to implement commercial 5G technology in the near future.
He said: “For individual usage, MCMC naturally wants to optimise 4G access for now, but for industries, there is definitely a need for 5G technology.”
Saifuddin pointed out that for the oil and gas industry, only PETRONAS is participating in the demonstration project so far. Nevertheless, MCMC believes that more companies would be interested in using 5G technology.
Dr Nasir Darman said: “The 5G technology is in line with PETRONAS’ aspiration towards automation and digital implementation, both within the Group as well as the oil and gas industry.
“PETRONAS aims to have fully remote operations in the near future. This fully remote operation will be conducted from an onshore control centre utilising 5G network, therefore significantly reducing hazard risks at offshore facilities while at the same time, supporting pace and sustainability,” he added.
Dr Nasir highlighted that PETRONAS’ initiative in leading 5G tests for the industry’s 5G use cases is aimed at benefiting the ecosystem as a whole. He also urged the industry to deploy their own 5G use cases early to ensure that the needs of industry players are equitably addressed in 5G spectrum planning and policymaking.
The anticipated 5G adoption is an enabler to propel PETRONAS’ digital transformation agenda, leading to improved operational efficiency, safety enforcement, asset optimisation and increased productivity.
Sebanyak 58% daripada responden mengatakan tidak akan menaiki pengangkutan awam buat masa ini dan 33% lagi akan mengelak jika diberi pilihan
Rakyat Malaysia masih ragu-ragu untuk menaiki pengangkutan awam ketika dunia masih berdepan dengan COVID-19 dan lebih gemar memandu kenderaan sendiri sebagai langkah keselamatan.
Hasil tinjauan oleh WapCar, sebuah hab kandungan automotif berlandaskan teknologi terkini mendapati sebilangan besar responden lebih cenderung untuk berbelanja dengan lebih berhemah dan berjimat cermat untuk pembelian sebuah kereta.
Hasil kajian turut menyokong trend jualan kereta serta permintaan kereta terpakai di
Malaysia yang menunjukkan peningkatan pada bulan Jun.
Baru-baru ini, Persatuan Automotif Malaysia (MAA) melaporkan jumlah jualan pada Jun 2020 telah meningkat 5% berbanding Jun 2019. Pada masa yang sama, Persekutuan Persatuan Syarikat Kereta dan Kredit Malaysia (FMCCAM) melaporkan terdapat pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 100% pada bulan Jun bagi jualan kereta terpakai.
MAA menjangkakan jumlah jualan pada Julai 2020 akan lebih baik, terutamanya bagi kereta dengan harga berpatutan serta jimat minyak. Pengecualian cukai jualan oleh kerajaan sehingga akhir tahun turut membantu meningkatkan lagi permintaan.
1. Orang ramai dalam situasi sukar
Hasil kajian menunjukkan seramai 57.9% daripada responden mengatakan bahawa mereka
tidak akan menaiki pengangkutan awam pada masa ini dan 32.7% tetap akan menggunakan pengangkutan awam walaupun mereka khuatir tentang keselamatan mereka atas risiko jangkitan COVID-19.
Daripada 318 responden yang menyertai kajian, 55.4% mengatakan mereka akan mempertimbangkan semula rancangan untuk membeli kereta baharu dalam tempoh enam
bulan akan datang.
Hal ini menunjukkan bahawa, walaupun rakyat Malaysia mementingkan keselamatan, mereka tetap memilih pengangkutan awam untuk lebih berhemah dalam perbelanjaan atau
tiada pilihan lain.
2. Lebih berhemah – model kereta berpatutan adalah pilihan terkini
Kajian oleh WapCar menyokong laporan dari MAA yang mengatakan trend jualan kereta
lebih cenderung kepada kereta yang berpatutan dan jimat minyak. Hampir 47% daripada
responden memilih untuk berbelanja kurang dari RM100,000 untuk pembelian kereta
seterusnya.
83% daripada responden bersetuju bahawa harga dan diskaun adalah faktor penting yang
akan mempengaruhi keputusan mereka dalam pembelian kereta sewaktu musim pandemik
ini.
Pengecualian cukai jualan oleh kerajaan dijangka akan membantu meningkatkan industri
automotif serta merupakan suatu usaha yang baik dan sesuai dengan keperluan rakyat
pada masa ini.
Spesifikasi dan prestasi kereta (74%) serta ketahanan dan penjimatan minyak kereta (63%) juga adalah faktor penting. Data dari WapCar menunjukkan dalam tempoh 9 Mac sehingga 30 Jun 2020, terdapat peningkatan carian bagi model yang praktikal dan harga berpatutan.
Ini adalah antara bukti bahawa orang ramai sedang berhemah dalam perbelanjaan untuk
pembelian kereta seterusnya.
Di antara 10 kereta paling dicari di Malaysia, sembilan daripadanya mempunyai harga permulaan di bawah RM100,000. Sembilan model tersebut adalah Honda City, Nissan Almera, Perodua Bezza, Perodua Axia, Perodua Aruz, Proton X50, Proton X70, Proton Saga dan Toyota Vios.
3. Jenama kereta perlu tingkatkan servis khidmat pelanggan
Kajian menunjukkan bahawa 70% daripada responden bimbang dengan keadaan ekonomi
dan kebimbangan ini telah mempengaruhi keputusan mereka untuk membeli kereta baharu.
Tambahan lagi, hampir 50% daripada mereka lebih berhati-hati dalam berbelanja dan lebih
suka menyimpan untuk kecemasan daripada berbelanja untuk barang mahal seperti kereta
dalam tempoh enam bulan akan datang.
Jenama kereta perlu meningkatkan servis khidmat pelanggan mereka untuk memikat orang ramai membeli kereta baharu serta bersaing dengan kereta terpakai yang jauh lebih murah.
Majoriti daripada responden sukakan kemudahan yang tidak memerlukan mereka untuk
berada di bilik pameran kereta. Selain dari bilik pameran atas talian (42.1%) dan
kemudahan penyelesaian kewangan atas talian (55%), lebih 59% daripada responden
mengatakan pandu uji dari rumah dan penghantaran kereta terus ke pelanggan adalah
antara servis yang mereka mahukan dari jenama kereta.
Kemajuan teknologi dan keperluan untuk penjarakan fizikal telah meningkatkan minat untuk membeli kereta atas talian yang dibantu dengan Realiti Maya (VR) atau Realiti Terimbuh (AR) untuk pandu uji secara maya dan secara langsung.
Hasil kajian ini tepat pada masanya untuk WapCar sebagai sebuah hab kandungan automotif di mana baru-baru ini mereka telah memperkenalkan VR Showroom, sebuah ciri interaktif dan berlandaskan teknologi yang membolehkan pelanggan melihat luaran dan dalaman kereta secara 360 darjah di mana-mana dan bila-bila sahaja.
Kajian yang dilakukan oleh WapCar selama seminggu pada Julai lalu adalah untuk memahami kebimbangan pembeli kereta dan bagaimana industri automotif dapat memenuhi permintaan massa.
Sebagai sebuah hab kandungan automotif yang berlandaskan teknologi, WapCar turut menyediakan platform terbuka untuk rakyat Malaysia berkongsi pengalaman dan pandangan sebagai pemilik kereta.
Untuk maklumat lanjut mengenai perkembangan terkini industri automotif dan model
kenderaan yang terdapat di Malaysia, sila layari laman web rasmi WapCar https://www.wapcar.my/ atau Facebook https://www.facebook.com/wapcar.my/.
The Volkswagen Tour is back at 1Utama Shopping Centre and will showcase four new Volkswagen models, including the R-Line trinity of the new Passat R-Line, the all-new Arteon R-Line, and the all-new Tiguan Allspace R-Line.
Also making its first public debut at the Tour is the all-new Tiguan Allspace Highline. The highly anticipated models will be on display throughout the event, which will run from the 12 th to 16 th August 2020.
Volkswagen R-Line Range 1Utama
Other crowd favourites on display will be the Vento JOIN, Tiguan Highline, Golf R-Line and
Passat Elegance, which are available for test drives.
There are plenty of attractive offers, and visitors who place a booking at the Volkswagen Tour will receive an additional RM1,000* rebate on top of ongoing promotions.
The Tour is located at the Oval Centre Court, Ground Floor (New Wing) and is open from 10am to 10pm daily.
This will be Volkswagen’s first public event held during the Recovery Movement Control Order and there will be strict SOP and guidelines in place to ensure the safety of visitors.
Visitors are required to wear facemasks and will have their temperature screened before entering the event premise. For additional peace of mind of visitors, all display and
test drive cars will be sanitized and disinfected regularly.