Utama Blog Halaman 724

Ambank Group Signs Financing Facilities With Lagenda Properties Berhad

AmBank Group has inked loan facilities and end financing deal with Lagenda Properties Berhad, formerly known as D.B.E. Gurney Resources Berhad.

The official exchange of documents ceremony was held today at Sheraton Hotel in Petaling Jaya. Representing AmBank Group was Christopher Yap, Managing Director, Business Banking while Lagenda Properties Berhad was represented by its Managing Director, Dato’ Jimmy Doh Jee Ming.

From left – Voon Seng Chuan, Chairman, AmBank (M) Berhad, Christopher Yap, Managing Director, Business Banking, AmBank Group, Dato’ Sulaiman Mohd Tahir, Group Chief Executive Officer, AmBank Group, Dato’ Jimmy Doh Jee Ming, Managing Director, Lagenda Properties Berhad and Dato’ Marcus Doh Tee Leong, Non-Independent Non-Executive Chairman, Lagenda Properties Berhad at the official exchange of documents ceremony which was held on 14 August 2020 at Sheraton Hotel in Petaling Jaya

The exchange of documents ceremony was witnessed by Chairman of AmBank (M) Berhad, Voon Seng Chuan, Non-Independent Non-Executive Chairman of Lagenda Properties, Dato’ Marcus Doh Tee Leong and Group Chief Executive Officer of AmBank Group, Dato’ Sulaiman Mohd Tahir.

Dato’ Sulaiman Mohd Tahir, Group Chief Executive Officer, AmBank Group, said, “We are impressed by Lagenda Properties Berhad’s commitment to affordable housing and are happy to support them in line with AmBank Group’s efforts to continually provide optimised financing facilities that best suit the needs of our valued clients.

We are keen to be part of their growth story and we look forward to many more opportunities for AmBank Group and Lagenda Properties Berhad to partner.”

“Lagenda Properties is incredibly pleased to receive the support from AmBank Group with this financing facilities.

“We hope that their confidence in our affordable township development reflects our capabilities and expertise in undertaking such large township projects. Today’s official exchange of financing facilities documents will enable us to help meet the high demand for affordable homes which many Malaysians are looking for, while at the same time helping the government to resolve a nationwide affordable housing issue in Malaysia.

Furthermore, our unique business model allows us to sell up to 30% below the nearest comparable houses (pricing less than RM200,000) while maintaining a double-digit (profit after tax) margin for the Lagenda Properties group.

We will continue to create more townships that are affordable, and to grow Lagenda Properties. Concurrently, we will continue to explore complimenting business opportunities to further augment our market presence throughout Malaysia,” said Dato’ Jimmy Doh Jee Ming, Managing Director, Lagenda Properties Berhad.

Lagenda Properties Berhad has its name changed recently from D.B.E. Gurney Resources Berhad, with an unchanged stock code.

With the acquisition of three companies namely, Blossom Eastland Sdn Bhd, Rantau Urusan (M) Sdn Bhd and Yik Wang Trading Sdn Bhd completed on 12 August 2020, the affordable housing development arm has scaled up significantly with a remaining aggregate gross development value of approximately RM2.1 billion, unbilled sales of RM532 million together with a sizeable landbank of around 1,200 acres to be developed.

Lagenda Properties now has two major affordable housing township projects known as Bandar Baru Setia Awan Perdana and Lagenda Teluk Intan.

Since 2012, AmBank Business Banking division has approved a total of RM480 million loan facility, including the recent facility amounting RM150 million.

AmBank Business Banking division aims to maintain its position as Lagenda’s primary financing partner in Lagenda’s next growth phase. In addition, we are looking to expand our facilities to Lagenda’s business partners including their contractors and suppliers with our working capital and contract financing facilities.

Meanwhile, AmBank Retail Banking is looking to approve up to RM300 million worth of end financing for the group’s various ongoing and future project. This includes the building of the first three phases of new township – Lagenda Teluk Intan with an estimated 6,390 units of affordable homes.

AmInvestment Bank Berhad is the Principal Adviser to Lagenda Properties for their recent acquisition of real estate assets worth a total of approximately RM823 million, with AmInvestment also being the sole Placement Agent for Lagenda Properties’ upcoming placement exercise.

AmBank Group will remain steadfast and continue to support Lagenda Properties, specifically on affordable house schemes in order to play our role as a responsible and caring Financial Institution.

FWD Takaful Perkasa Kerjaya Siswazah Dengan Program Protege Pertama

Inisiatif ini bertujuan untuk melahirkan pemimpin industri takaful masa depan

FWD Takaful Berhad (FWD Takaful) amat berbangga untuk memulakan program Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (PROTEGE) yang pertama untuk membangun, melatih dan membimbing graduan untuk menjadi pemimpin industri masa depan sebagai sebahagian daripada visinya untuk mengubah pandangan orang ramai tentang takaful.

PROTEGE dirancang dan dibangunkan dengan tujuan untuk melengkapkan graduan Malaysia dengan kemahiran dan pengalaman yang diperlukan untuk bekerja dalam industri takaful, dengan objektif-objektif berikut:
·  Meningkatkan kebolehpasaran graduan baru.
· Mendidik calon-calon terutamanya daripada keluarga yang kurang berkemampuan tentang keperluan takaful dan memberi sokongan supaya mereka dapat membina asas yang kuat dalam pengetahuan mengenai pelbagai fungsi dalam industri takaful.
· Menyediakan calon dengan sesi latihan yang bermakna dan melengkapkan mereka dengan pensijilan Peperiksaan Asas Takaful (TBE) sekiranya mereka berminat untuk meneruskan kerjaya berasaskan komisen dalam industri takaful selepas PROTEGE.

Lisa Lew, Ketua Pegawai Sumber Manusia FWD Takaful berkata “Kami sangat teruja dengan pengalaman pekerja kami, menghargai tingkah laku yang betul, meraikan kepelbagaian dan memberikan kerja yang bermakna.

“Fokus kami untuk PROTEGE adalah memupuk potensi belia dengan pengetahuan industri dan melengkapkan mereka dengan kemahiran terbaik untuk berjaya dalam industri takaful. Matlamat kami adalah mengenai apa yang dapat kami tawarkan kepada mereka dan bukannya apa yang dapat mereka tawarkan kepada kami.”

“Sejak dari mula, PROTEGE kami akan menyertai program persediaan bekerja yang komprehensif dan tersusun yang secara sistematik memperlihatkan mereka kepada tugas-tugas secara langsung, serta peluang untuk mengenali nilai-nilai syarikat kami.

“Kami juga memastikan setiap jabatan mempunyai rancangan tindakan untuk PROTEGE mereka selama program lapan bulan ini supaya mereka dapat mempelajari lebih lanjut mengenai perniagaan takaful.” katanya.

Pemohon yang berminat mesti mendaftar di www.protege.my dan hantar permohonan mereka ke [email protected].

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai FWD Takaful, sila layari fwd.com.my.

Koleksi Istimewa Rolls-Royce Wraith Eagle VIII Tiba Di Malaysia

Rolls-Royce Motor Cars’ Bespoke Collective telah mencipta Koleksi unik Wraith Eagle VIII terhad kepada 50 buah sahaja untuk menceritakan kisah epik daripada salah satu momen paling penting di abad ke-20.

Salah sebuah telah tiba di Rolls-Royce Motor Cars Kuala Lumpur, pengedar rasmi Rolls-Royce di Malaysia.

Kapten John Alcock dan Leftenan Arthur Brown menantang langit yang belum dipetakan untuk melakukan penerbangan transatlantik pertama tanpa henti pada bulan Jun 1919.

Orang-orang sezaman dengan Sir Henry Royce, Alcock dan Brown terbang tanpa henti dari St. John’s, Newfoundland ke Clifden, Ireland dalam sebuah pesawat modifikasi pengebom Vickers Vimy Perang Dunia Pertama.

Pesawat ini dikuasakan oleh mesin kembar 20.3 liter, 350 bhp, enjin Rolls-Royce Eagle VIII. Daripada enjin yang luar biasa inilah Koleksi Wraith Eagle VIII mendapat namanya. Rolls-Royce menandakan prestasi ulang tahun ke-100 pada tahun lepas dengan Koleksi sangat kontemporari yang tampil kepada para penggembara hari ini, dan memberi penghargaan kepada mereka yang mengubah haluan sejarah.

“Saya tidak tahu apa yang paling kami harus kagumi – keberanian, tekad, keterampilan, sains, pesawat, enjin Rolls-Royce mereka – atau nasib baik mereka,” komen daripada Sir Winston Churchill, berikutan perjalanan merbahaya yang membawa kemajuan tidak dapat disangkal kepada masyarakat abad ke-20.

Dua wira angkasa ini menempuh setiap cabaran yang bisa dihadapi seorang juruterbang. Enjin Rolls-Royce Eagle VIII adalah satu-satunya komponen yang terbukti tidak hancur.

Torsten Müller-Ötvös, Pengarah Eksekutif, Rolls-Royce Motor Cars, berkomen, “Wraith Eagle VIII merupakan objek keinginan; penghormatan kepada para pahlawan dan sebagai protagonis bagi para ‘visionaries’ di masa kini.

Koleksi Rolls-Royce ini menampilkan kemahiran luar biasa dari Bespoke Collective kami di Home of Rolls-Royce di Goodwood, Sussex Barat. Bespoke tetap menjadi permata di mahkota marque, menciptakan barang mewah buatan khas yang menentang trend pasaran pengilang buatan barang mewah.

Anas Zawawi Khalid, Pengarah Eksekutif, Rolls-Royce Motor Cars Kuala Lumpur berkata: “Rolls-Royce berada di barisan hadapan dalam segmen kereta Bespoke di Malaysia.

Pelanggan kami adalah pakar bidang yang inginkan kemewahan yang serba unik, Kereta ini bukan sahaja menunjukkan pencapaian yang sangat istimewa dalam sejarah global, tetapi juga bertepatan dengan perkembangan kita pada masa penerbangan dimangkinkan oleh eksploitasi juruterbang berani yang bergantung pada kebolehpercayaan dan keunggulan enjin Rolls-Royce Eagle VIII. ”

Bahagian eksterior Wraith Eagle VIII Collection Car mengingatkan waktu pengembaraan Alcock dan Brown pada waktu malam yang menarik. Disalut dengan cat ‘two-tone’ iaitu Gunmetal dan permukaan atasnya Selby Grey, warna-warna dipisahkan dan ditampilkan dengan warna tembaga Brass Coachline yang amat detail.

Grill hitam di depannya merujuk kepada penutup enjin Rolls-Royce Eagle VIII di pesawat Vickers Vimy. Sebahagian rim roda dipoles untuk memberikan bayangan lutsinar.

Buatan interior amat halus, warnanya padan dengan eksterior. Selby Grey dan kulit hitam ditonjolkan dengan sulaman kekuningan warna Brass tembaga, rujukan kepada alat navigasi (‘sextant’) tembaga yang begitu penting dalam kejayaan dalam penerbangan transatlantik ini.

Jam Rolls-Royce sering dipandang sebagai barang kemas, dengan ramai pelanggan memilih kanvas ini untuk menceritakan kisah motokar mereka dalam miniatur. Wraith Eagle VIII tidak terkecuali.

Pelopor pemberani kami menceritakan bahawa panel instrumen mereka membeku dari altitud tinggi dan kondisi yang buruk, merujuk pada satu-satunya iluminasi cahaya yang boleh dilihat hanyalah cahaya hijau lampu daripada panel kontrol dan nyalaan daripada enjin ‘starboard’.

Sebagai tanda penghormatan, Rolls-Royce Bespoke Collective telah mencipta jam yang berlatar belakangkan efek ais dengan kilauan warna hijau pudar yang hanya boleh kelihatan sewaktu memandu pada waktu malam.

Galaxy Buds Live: Premium Audio Experience In A Stunning Design

Meet Samsung’s latest hearable, Galaxy Buds Live. Featuring a truly iconic design and cutting-edge audio innovations, these earbuds are like nothing you have seen or heard before.

Galaxy Buds Live come to deliver an audio experience that’s stunningly true-to-life. With Active Noise Cancellation (ANC) for open type feature, the earbuds give you the ability to tune in or out of the world around you.

You can enjoy Galaxy Buds Live’s premium experience with diverse devices. Check out the infographic attached to learn more!

Galaxy Buds Live Spec Infographic

The Galaxy Buds Live are priced at RM 699, and will be available starting August 21, 2020. The Galaxy Buds Live will come in Mystic Bronze, and Mystic Black. For more information, please visit: https://www.samsung.com/my/wearables/galaxy-buds-live-r180

Telefon Pintar Samsung Galaxy Note20 Dilancar Secara Rasmi Di Malaysia

Samsung Malaysia hari ini secara rasmi melancarkan telefon pintar terbaharu bersama tiga lagi gajet merangkumi jam pintar, fon telinga nirwayar dan tablet S7.

Bertempat di Sentul Depot, Kuala Lumpur, media diberikan pengalaman eksklusif kesemua peranti berkenaan mengenai pelbagai fungsi terkini yang mengagumkan menerusi beberapa segmen yang dibahagikan mengikut platform.

Luke Au

Sebagaimana umum mengetahui, dibawah siri Galaxy Note20, tiga peranti diperkenalkan dibawah keluarga ini, iaitu Galaxy Note20 4G, Galaxy Note20 5G dan juga Galaxy Note20 Ultra.

Galaxy Note20 hadir dengan skrin 6.7-inci Infinity-O dengan kadar segar semula 60Hz, dijana Exynos 990, memori sehingga 8GB RAM dan storan sehingga 128GB. Ia turut dilengkapi bateri 4300mAh, dilengkapi tri-kamera belakang dengan sensor utama 64-megapixel, dan sokongan kalis air IP68.

Galaxy Note20 Ultra pula hadir dengan skrin 6.9-inci Dynamic AOLED, dijana cip Exynos 990, memori sehingga 12GB RAM, dan storan sehingga 512GB. Ia dilengkapi bateri 4500mAh, tri-kamera belakang dengan sensor utama 108-megapixel, dan turut dilengkapi sokongan kalis air IP68.

Ketiga-tiga peranti ini hadir dengan ciri S-Pen pada bahagian kiri peranti berbeza dengan penawaran siri Note sebelum ini yang menyertakannya pada bahagian kanan. Ketiga-tiga model peranti ini ditawarkan dengan storan 256GB sahaja.

Harga peranti:

  • Samsung Galaxy Note20 4G : RM3899
  • Samsung Galaxy Note20 5G : RM4299
  • Samsung Galaxy Note20 Ultra: RM5199

Pengalaman S-Pen turut dinaik-taraf melalui siri Galaxy Note20 baharu ini, termasuk kemudahan mengawal peranti tanpa menyentuh skrin, selain kadar kejituan yang lebih baik.

Samsung juga turut menaiktaraf aplikasi Samsung Notes dengan sokongan sync antara PC dan peranti, selain memudahkan pengguna menambah nota pada fail PDF.

Siri Galaxy Note 20 juga menyokong rakaman video 8K, selain turut dilengkapi sokongan DeX.

Ketua Pemasaran Produk, IT dan Perniagaan Mudah Alih Samsung Malaysia Electronics, Luke Au berkata, kesan akibat wabak pandemik COVID-19 menyebabkan kebanyakan rakyat Malaysia kini memilih untuk bekerja dari rumah.

Beliau berkata, pengenalan Samsung Galaxy Note 20 adalah tepat pada masanya kerana peranti ini memiliki pelbagai ciri pintar yang mampu membantu mempermudahkan urusan harian khususnya mereka yang sentiasa memerlukan peranti yang boleh berfungsi sebagai phablet atau tablet.

Ciri S Pen Note20 kini dipertingkatkan bagi memberikan pengalaman menulis pada skrin yang lebih baik seolah-olah sedang merasai seperti menulis dengan pen sebenar di atas kertas.

Selain itu, aplikasi nota juga boleh disambungkan terus kepada tablet S7 atau perisian Windows pada komputer.

Dalam sesi khas bersama media itu, antara ciri yang menarik perhatian penulis ialah meskipun telefon pintar Note20 anda tertinggal dirumah, anda masih boleh menjawab panggilan telefon di tab S7 yang sudah disambungkan dengan peranti berkenaan. Ciri ini adalah yang terbaharu ditawarkan Samsung.

Menurut Samsung, versi S Pen pada siri Note20 ini adalah lebih responsif yang mana tindak balas pergerakan S Pen lebih laju iaitu sepantas 9ms. Malah, anda juga dapat mengawalnya tanpa perlu sentuhkan S Pen ini pada skrin peranti.

Fungsi ini dinamakan sebagai Air Gesture, yang membolehkan pengguna kembali ke muka hadapan peranti, melakukan aksi back dan pergi ke skrin multi-tugas dengan melakukan lakaran di udara menggunakan S Pen serta pelbagai lain aksi yang boleh dilakukan.

Telefon pintar keluaran Samsung yang terbaru ini juga menyokong untuk membuat sambungan kepada Windows.

Sambungan secara nirwayar ini menjadikan proses pemindahan fail menjadi lebih mudah dan pantas tanpa perlu menggunakan kabel dan juga pendrive untuk memindahkan fail.

Anda boleh memindahkan fail daripada telefon pintar ke komputer riba Windows dengan cara “Drag & Drop” sahaja.

Selain itu, fungsi lain yang membantu anda untuk memudah dan meningkatkan produktiviti harian adalah sokongan Samsung DeX. Fungsi Samsung DeX ini boleh disambungkan secara nirwayar dan melalui sokongan ini, anda boleh melakukan pelbagai aktiviti termasuk menggunakan televisyen sebagai skrin kedua tanpa perlu risau anda hilang kawalan pada peranti.

Bagi yang gemar bermain game, Samsung Galaxy Note20 menerima sokongan Game Booster, malah, skrinnya juga mampu untuk memaparkan paparan yang lebih terperinci dan menyokong untuk menghasilkan paparan sehingga 8K video pada kadar 24fps.

Dengan gabungan hebat antara komponen dalam peranti ini, ia sedikit sebanyak membantu anda untuk mendapatkan pengalaman permainan yang lebih lancar, tidak mengalami masalah lengah masa sekali gus meningkatkan prestasi permainan anda.

Sementara itu, Samsung Galaxy Buds Live hadir dengan rekaan seakan “kekacang”, turut hadir dengan sokongan sistem pembatalan hingar aktif.

Fon telinga ini hadir dengan binaan tiga mikrofon untuk memudahkan anda membuat panggilan telefon dengan jelas.

Galaxy Buds Live hadir dengan bateri bertahan sehingga 6 jam untuk sekali pengecasan, dan boleh bertahan sehingga 21 jam dengan bantuan pod pengecasan.

Menariknya, selain penggunaan kabel untuk mengecas, Galaxy Buds Live turut menyokong pengecasan secara nirwayar. Di Malaysia, Samsung Galaxy Buds Live dijual pada harga RM699.

Mengenai jam tangan pintar terkini, Samsung Galaxy Watch3, dilengkapi skrin 1.2″ dan 1.4″ masing-masing dari keluarga SAMOLED dengan resolusi 360×360 pixel.

Cip Exynos 9110 dipadankan pula dengan 1GB RAM dan storan 8GB, Ini ialah cip yang sama seperti yang digunakan pada Galaxy Watch Active2 dan Gear Sport sebelum ini.

Peranti ini dilengkapi GPS, barometer, accelerometer, pengimbas nadi dan ECG. Kedua-dua jam pintar ini kembali menggunakan bezel berputar untuk navigasi dan kemampuan kalis air IP68.

Harga jualan Galaxy Watch3 ialah RM1,699 untuk model 41mm dan RM1,799 untuk model 45mm.

Di Malaysia pra-tempahan dibuka dari 6 hingga 20 Ogos 2020. Mereka yang melakukan pra-tempahan akan menerima pengecas nirwayar bernilai RM239 secara percuma.

Model 45mm ditawarkan dalam warna Mystic Black dan Mystic Silver manakala model 41mm pula ditawarkan dalam warna Mystic Bronze dan Mystic Silver.

Sementara itu, pra-tempahan Galaxy Note20 Ultra di Malaysia akan menerima Galaxy Buds Live bernilai RM699, pensteril UV peranti bernilai RM299 dan pengecas nirwayar mudah alih bernilai RM209 secara percuma manakala pra-tempahan untuk Galaxy Note20 pula akan menerima Galaxy Buds+.

Bagi mereka yang memilih untuk tidak mahu melakukan pra-tempahan, jualan terbuka akan berlangsung bermula 21 Ogos 2020 di semua cawangan Samsung Malaysia.

Volvo XC60 T8 Inscription Plus, SUV Mewah, Ciri Keselamatan Termaju – Pandu Uji

Jika anda masih ingat dengan ‘tagline’ Volvo For Life’ yang begitu sinonim dengan aspek keselamatan termaju malah ada juga mengelar kereta Volvo ini seumpama sebuah kereta ‘kebal’ dan macam-macam lagi gelaran.

Begitulah pelbagai persepsi diberikan kepada pengeluar kereta terkemuka dari Sweden ini dalam terus berinovasi menghasilkan kereta-kereta yang bukan sahaja dianggap selamat malah dipadankan dengan teknologi automotif terkini.

Kini, meskipun Volvo (hanya kenderaan penumpang) dimiliki sepenuhnya oleh Geely dari China, aspek keselamatan masih menjadi keutamaan malah kehadiran beberapa model terkini membuktikan rekaan Volvo semakin menarik dan menawan.

Prebiu.com yang pernah memandu uji model XC40 T5 R-Design pada tahun lalu, diberi peluang sekali lagi untuk menguji abangnya iaitu XC60 T8 Twin Engine Inscription Plus, iaitu sebuah SUV saiz sederhana yang cukup mewah.

XC60 yang dibina di atas platform yang sama dengan XC90, S90 dan V90, adalah antara SUV paling selamat di dunia kerana ia mencapai skor Euro NCAP setinggi 98 peratus untuk keselamatan penumpang dewasa dan 95 peratus dalam kategori kenderaan off-road besar.

Rekaan Luaran

Melihat kepada rekaan luarannya, Volvo XC60 ini ditawarkan dalam tiga varian iaitu XC60 T5 Automatik AWD, XC60 T8 Twin Engine Inscription dan T8 Twin Engine Inscription Plus yang berbeza daripada segi kuasa enjin dan spesifikasi.

Bagi model XC60 T8 Twin Engine Inscription Plus yang dipandu uji Prebiu.com ini, perbezaan paling ketara ialah tentu sekali tanda harganya lebih mahal iaitu bermula dari RM326,120 (harga dirujuk dilaman web Volvo Car Malaysia, selepas ditolak cukai jualan) berbanding RM316,390 bagi varian XC60 T8 Twin Engine Inscription.

Walaupun kedua-dua varian itu memiliki daya kuasa enjin yang sama, namun sedikit perbezaan dalam dilihat daripada segi luaran dan dalaman misalnya, varian lebih mewah Inscription Plus ini dibaluti kekemasan krom pada rekaan badan luar manakala sistem bunyi audio pula jenama Bower & Wilkins.

Jika nak disenaraikan ciri-ciri yang membezakan varian ini tentu sekali panjang, lebih baik rujuk kepada laman web rasmi Volvo Cars Malaysia.

Pujian harus diberikan kepada rekaan badan Volvo XC60 ini yang nampak lebih menawan dan sedikit lebar dengan jalur garisan badan yang lebih aerodinamik berbanding model XC60 yang terdahulu dilihat sedikit ‘keras’.

Antara ciri menarik ialah

  • Lampu hadapan LED bercirikan ‘tukul Thor’ dengan fungsi Active Bending Lights
  • Bumbung suria panaromik
  • Gril hadapan dengan bilah menegak
  • Kemasan perak untuk dua lubang angin di kiri dan kanan bamper hadapan
  • Kemasan sisi krom pada bahagian pintu siap dengan tulisan Inscription
  • Ekzos kembar kiri dan kanan dengan kemasan krom
  • Roda aloi lebih besar 19 inci dengan 10 bilah, dan tayar bersaiz 235/55 R19
  • Soket Plug In Hybrid pada bahagian sisi kiri hadapan
  • Kamera warna 360 darjah
  • Tombol gear Kristal oleh Orrefors

Ketika dipandu perlahan, sistem stereng elektronik SUV ini cukup ringan sekali gus memudahkan pemandu ketika memarkir kereta ini ataupun ketika membuat pusingan ‘U’, namun sistem stereng ini berubah menjadi sedikit berat apabila kenderaan ini mencecah kelajuan tinggi menjadikannya lebih stabil.

Apa yang penulis perasan ialah ketika model ini dipandu pada waktu malam, sistem lampu hadapan LED dengan fungsi Active Bending Lights cukup inovatif kerana ia turut memberikan suluhan kepada laluan gelap di sebelah kiri seolah-olah lampu utamanya terpecah kepada ‘dua’.

Enjin 

Perkara pertama yang harus diberikan pujian ialah tahap bunyi enjin yang cukup rendah dan ini dapat dirasai ketika enjin SUV ini dihidupkan apabila seolah-olah tiada bunyi enjin langsung kedengaran.

XC60 T8 ini dipadankan dengan enjin 2.0L 4-silinder dan disebabkan SUV ini ialah sebuah Plug In Hybrid, ia turut dilengkapi dengan motor elektrik (87 hp dan 240 Nm) untuk menjana roda belakang.

Apa yang menarik ialah SUV mewah bersaiz sederhana ini mampu menghamburkan kuasa kuda setinggi 407 hp dan daya kilas setinggi 640 Nm melalui sistem transmisi lapan kelajuan automatik.

Terdapat 5 pilihan mod pemanduan disediakan:

  1. Constant AWD (all wheel drive)
  2. Pure (Eco Drive)
  3. Hybrid
  4. Power (sporty)
  5. Off Road (laluan lasak)

Meskipun SUV ini ialah model hybrid yang menggunakan kuasa motor bateri sebesar 10.4 kWh terletak dibonet belakang, ia mampu bergerak dengan kuasa bateri sejauh 45 kilometer tanpa menggunakan bahan api.

Ciri ini cukup sesuai jika anda memang sentiasa mahukan sebuah SUV untuk kegunaan harian ke tempat kerja, menjadikan tahap penggunanan bahan apinya sangat rendah.

Ketika penulis menerima kunci kereta ini, tahap bahan api yang ditunjukkan pada panel meter digital SUV ini ialah 710 km. Mengikut spesifikasi standard kereta ini mampu memecut dari 0 ke 100 km/j dalam masa 5.3 saat sementara halaju maksimum ialah 230 km/j.

Keseronokan memandu uji XC60 ini benar-benar dapat dirasakan ketika meratah selekoh dan bukit menuju ke Cameron Highlands apabila sistem enjin dan stereng bertindak responsif.

Sebagaimana ciri sebuah kereta ‘kacukan’ enjin petrol dan hibrid, maka setiap kali pedal brek ditekan, motor elektrik akan bertukar fungsi dan menjadi sebuah dinamo yang membekalkan tenaga elektrik. Jadi, anda harus bijak mengendalikan kereta ini jika dipandu dalam keadaan agresif.

Malah ketika menuruni, mendaki bukit atau mengharusi kesesakan teruk, pemandu tidak perlu kerap menekan brek meskipun gear berada dalam kedudukan ‘D’ kerana XC60 ini akan berada dalam keadaan statik dan SUV ini akan hanya bergerak jika pedal minyak ditekan.

Ciri ini memberikan kelebihan dan keselesaan kepada pemandu kerana kaki tidak perlu sentiasa menekan brek sebagaimana kereta menggunakan transmisi automatik. Dapatlah kaki kanan ini berehat sedikit. Hebat bukan!

Rekaan Dalaman

Cukup mewah dan bergaya. Dua perkataan yang mampu digambarkan apabila melangkah masuk ke ruang kokpit pemandu dan kerusi penumpang yang dibaluti kerusi kulit jenis Charcoal yang lembut malah tulisan Inscription turut tertera pada bahagian pelapik kepala.

Rekaan kerusi juga cukup selesa dengan menyokong keseluruhan tubuh badan bagi keselesaan maksimum kepada semua penumpang khususnya sistem kawalan kerusi elektronik kepada pemandu dan penumpang hadapan.

Skrin bersaiz 12 inci yang terletak ditengah-tengah papan pemuka menjadi tumpuan kerana segala tetapan boleh dilakukan malah paparan imej kamera ketika mengundur dapat dilihat 360 darjah.

Bilah penyaman udara yang besar dihadapan manakala ditepi tulang pintu bagi penumpang belakang cukup selesa. Tidak dilupakan tombol gear unik yang diperbuat daripada kristal sepenuhnya oleh Orrefors menjadikan XC60 T8 Twin Engine Inscription Plus ini cukup eksklusif.

Butang mod pilihan pemanduan juga terletak berhampiran tombol gear manakala brek parkir hanya perlu menekan butang sahaja.

Bahagian perehat tangan juga selesa dengan ruang meletak minuman disediakan dan jika tidak mahu nampak bersepah, tutup sahaja untuk kelihatan lebih kemas.

Bagi tujuan keselamatan, pemandu juga boleh mengawal butang audio atau memilih siaran radio di stereng selain butang kawalan untuk auto cruise.

Ciri Keselamatan

  • BLIS™ Blind Spot Information and Cross Traffic Alert
  • Keyless entry with mini remote control and hands-free power boot lid opening and closing
  • Remote control shell
  • WHIPS™ whiplash injury protection system
  • SIPS™ side impact protection system
  • Tempered side windows
  • Inclination sensor for Alarm
  • Oncoming Lane Mitigation
  • Intelligent Driver Information System (IDIS)
  • Emergency Brake light and Hazard Warning
  • Dual-stage airbags, driver and front passenger
  • Alarm
  • Interior motion sensor for Alarm
  • Without blocked lock mode
  • Private locking
  • Power child safety lock
  • Double locking
  • Central lock switch with diode in front and rear doors
  • Alarm Logic Base
  • Temporary Mobility Kit
  • Warning Triangle
  • Lane Keeping Aid
  • Inflatable Curtain
  • Belt minder all seats
  • Passenger airbag cut-off switch
  • Safety belts with pre-tensioners and load limiters
  • Road Sign Information
  • Indirect TPMS, Basic Algorithm
  • Isofix – outer position rear seat

Kesimpulan

Kesempatan memandu uji SUV ini dilaluan bandar, lebuh raya dan kawasan berbukit cukup mengujakan kerana sistem penyerap hentak hidraulik mampu memberikan tahap pengendalian yang baik dan keselesaan maksimum.

Jika terlanggar lubang pun tidak dirasakan sangat malah tahap bunyi bising kabin yang rendah menjadikan perjalanan jauh cukup selesa. Untuk lebih seronok bumbung suria panaromik boleh dibuka untuk memberikan pencahayaan malam.

Volvo XC60 T8 Twin Engine Inscription Plus varian CKD ini yang dipasang di Shah Alam, dijual pada harga bermula dari RM326,120. Harga ini disebabkan oleh pelepasan cukai jualan kenderaan yang diumumkan kerajaan berikutan wabak COVID-19 yang memberi kesan kepada industri automotif tempatan.

Bagi anda yang mahukan sebuah SUV yang bersaiz sederhana tetapi memiliki ciri kemewahan dan keselamatan termaju, Volvo XC60 T8 Twin Engine Inscription Plus adalah pilihan yang ‘secocoknya’.

Segala ciri yang dipadankan ini bukan sahaja menepati ciri-ciri pengguna masa kini malah tahap penggunaan bahan api juga harus diberikan perhatian khususnya jika mod pemanduan hibrid diaktifkan sepanjang masa.

Satu lagi ciri yang penulis gemari ialah kamera mengundur 360 darjah yang bertindak balas dengan sensor di sekeliling. Sensor ini akan bertindak membrek kereta ini secara automatik sekiranya mengesan kehadiran objek atau kenderaan dibelakang yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar ketika pemandu sedang mengundurkan kenderaan ini.

AirAsia Resumes KL-Singapore Flights For Essential And Official Travellers Under RGL Scheme

AirAsia has resumed its Kuala Lumpur to Singapore flights yesterday, allowing cross border travel for essential and official travellers following both countries’ announcement on the Reciprocal Green Lane (RGL) scheme.

The flight departed from klia2 yesterday at 11:50hrs to Changi International Airport, and returned to klia2 at 14:35hrs.

Seorang tetamu menggunakan Kiosk Tanpa Sentuhan AirAsia di klia2.

AirAsia Malaysia CEO Riad Asmat said, “Both countries have taken relentless efforts and strict discipline in containing the spread of COVID-19, and the RGL is a first step towards reviving the economy, especially for those who have essential travel needs between both countries.

“We look forward to seeing more ‘travel bubbles’ and ‘green lanes’ formed between countries with low infection rates or active cases, and proven pandemic curbing systems to facilitate the need for air travel. At the same time, we urge all guests to adhere to the required regulations and follow the safety measures for a safe flying journey.”

AirAsia will continue to review the suitability of introducing more frequencies between the two countries.

AirAsia would like to remind guests of travel requirements set by both countries under the Reciprocal Green Lane (RGL) scheme.

All inbound and outbound travellers for essential business and official travel between Malaysia and Singapore via the RGL are required to check their eligibility and travel requirements before their scheduled departure.

AirAsia advises guests that all necessary travel documentation must be obtained before proceeding to the airport for your flight. AirAsia will facilitate a smooth journey for guests on essential travel by checking for complete documentation before boarding.

Please visit AirAsia’s Travel Requirements page for more information.

For added convenience, guests travelling on these flights can opt for the Tune Protect AirAsia Travel Protection from only RM16.50 which comes with COVID-19 protection benefits for a worry-free travel.

The health and safety of our guests and staff is always our top priority. As we return to the skies, you have our commitment that AirAsia practises stringent health and hygiene procedures onboard our aircraft and on the ground before and after you travel. AirAsia is stepping up all precautionary measures, to ensure all guests have a safe journey with us in this new norm of travel.

Mitsubishi Motors Merdeka Promotions 2020

Mitsubishi Outlander

MITSUBISHI MOTORS MALAYSIA (MMM), the official distributor of Mitsubishi Motors vehicles in Malaysia, is offering attractive promotions in conjunction with the upcoming Merdeka celebrations.

The offer is valid from today until 30 September 2020. Customers looking to trade-in their current car for the stylish Mitsubishi ASX Compact SUV may opt for RM8,888 additional trade-in top up support from MMM authorized dealers.

Mitsubishi ASX

This promotion also comes with 5-Year free maintenance and 5-Year warranty with unlimited mileage. The ASX 2WD is priced at RM111,628 while the ASX 4WD is priced at RM125,182.

Customers who choose the Mitsubishi Outlander 2.0-litre, will get cash rebate up to RM4,000 and 2-Year free maintenance. Customers who opt for the Outlander 2.4-litre instead, will get cash rebates up to RM2,000 and 2-Year free maintenance package.

The Outlander 2.0-litre is priced at RM133,491 while the Outlander 2.4-litre is priced at RM147,762. Similar like the ASX Compact SUV, the Outlander comes with 5-Year warranty with unlimited mileage.

In view of the Malaysian government’s announcement to drop Sales and Service tax (SST) for cars, which sees a 100% sales tax exemption on locally-assembled (CKD) models, customers will enjoy a tax exemption savings worth up to RM8,000 for the ASX Compact SUV, while those who opt for the Outlander seven-seater SUV will enjoy tax exemption savings up to RM4,000.

Customers who book and register a new Mitsubishi Triton VGT Adventure X, Triton VGT AT Premium and Triton VGT MT Premium can choose to either enjoy low interest rate of up to 0.88%, OR cash rebates. The 0.88% low interest rate is exclusive with Maybank or Public Bank hire purchase only.

Ducati Malaysia Forges Partnership With Lenovo Malaysia

Lenovo Ducati 5 limited edition notebooks to be provided to Ducati Malaysia for use by patrons visiting its Ducati Petaling Jaya flagship showroom

Next Bike Sdn Bhd, the official distributor for Ducati in Malaysia today announced a new partnership with its Ducati MotoGP and key technology partner, Lenovo Malaysia.

As a result of this partnership, Lenovo Malaysia will provide three units of its limited edition
Lenovo Ducati 5 notebooks to the Ducati Malaysia flagship showroom at Petaling Jaya for the use of its patrons.

Thus, Ducatisti visiting the showroom will be able to experience the same computing power as the Ducati Corse team while awaiting their bikes to be serviced at the Ducati social area.

“Next Bike prioritises the needs of our customers and endeavours to provide top-notch
services to Ducatisti in Malaysia. As both Ducati and Lenovo brands prioritise creativity,
passion and technology in their daily operations, it is only fitting for Ducati Malaysia to
partner with Lenovo Malaysia.

We believe that this partnership will further enhance the customer experience at our flagship showroom in Petaling Jaya.” said Dato’ Nik Hamdam Nik Hassan, Group Chief Executive Officer, Automotive Group, Naza Corporation Holdings.

Globally, Ducati has partnered with Lenovo since April 2018 which was consolidated with the introduction of the limited edition Lenovo Ducati 5 notebook PC with Windows 10 at CES ®2020, the world’s largest consumer electronics show, earlier this year in Las Vegas.

Additionally, the Lenovo brand is visible on Ducati racing bikes and on the uniforms of the
MotoGP riders during both MotoGP and World SBK championships.

The Lenovo Ducati 5 limited-edition notebook is, like Ducati products, a symbol of speed,
performance, and innovation. Dynamic and aesthetically engineered, it fuses pure
horsepower with style and verve, and with its metallic chassis elements and Ducati detailing,

it stands out as the clear choice for every passionate Ducatista. The Lenovo Ducati 5 limited-edition notebook retails at RM3,999 exclusively on Lenovo’s website
http://www.lenovo.com/my/en.

However, with the collaboration between Ducati and Lenovo, all Ducati customers and Desmo members are given special privilege to purchase the Lenovo Ducati Limited Edition notebook at a discounted price of RM3,519.

 

Additionally, Desmo members will be given early access to the Lenovo Merdeka Sale from 10 – 31 August 2020 to enjoy additional discounts of up to 48%. Complete details of the sale can be found on Lenovo communication channels.(https://www.lenovo.com/my/en/deals/national-day-sale/).

Ducati Malaysia will also be launching its 2020 model line-up of highly anticipated Ducati and Scrambler models soon. Ducatisti can look forward to even more rewards and cash rebates during the upcoming Ducati Red Weekend promo.

Lenovo Ducati 5 Special Edition

Powered by 10th Gen Intel® Core™ i5 Processor, the Lenovo Ducati 5 fuses pure horsepower with style and verve. This premium 14-inch Windows 10 laptop is equipped with readily setup features and has up to 12 hours of battery life with Rapid Charge for speedy battery pit-stops. Price starts from RM3,999, inclusive of Microsoft Office Home and Student programme.

BIG Loyalty Offers Up To 80% BIG Points Rebate In 816 BIG Deals Sale

BIG Loyalty telah mengumumkan bahawa edisi kedua kempen Hari BIG 816 – ‘816 BIG Deals’ akan bermula 12 tengah malam selepas 15 Ogos 2020 di seluruh Malaysia, Indonesia dan Filipina, menawarkan Ahli BIG rebat BIG Poin sehingga 80% apabila mereka menebus tawaran gaya hidup kegemaran mereka menggunakan BIG Poin.

Jualan tiga hari ini, yang akan berlangsung dari 16 hingga 18 Ogos 2020, menjanjikan penjimatan dan rebat besar kepada Ahli BIG dengan pelbagai tawaran seperti makanan dan minuman, beli-belah, perkhidmatan dan hiburan, termasuk tawaran daripada Adidas, Baskin Robbins, Caltex, dahmakan, Domino’s Pizza, Lazada, Nando’s, PETRONAS Setel, Santan, The Black Whale, The Manhattan FISH MARKET, Zalora dan banyak lagi.

Tahun lalu, BIG Loyalty mengumumkan 16 Ogos sebagai ‘Hari BIG’ kerana ‘816’ menyerupai jenama ‘BIG’ (8 sebagai B, 1 sebagai I dan 6 sebagai G).

Spencer Lee, Ketua Pegawai Eksekutif BIGLIFE Sdn Bhd, syarikat yang mengendalikan program kesetiaan BIG Loyalty berkata, “816 tahun ini sangat istimewa bagi kami kerana tahun ini juga ulang tahun ke-10 kami, oleh itu kami mengadakan pesta rebat terbesar untuk mengucapkan terima kasih dan memberi ganjaran kepada ahli kami.”

“Hari ini, Ahli BIG boleh meraih BIG Poin setiap hari apabila mereka menjamu selera, membeli-belah, membuat urusan bank, melancong dan banyak lagi. Jualan ‘816 BIG Deals’ ini adalah masa terbaik bagi mereka menebus BIG Poin mereka untuk lebih banyak pengalaman yang mereka gemari dan nikmati rebat yang luar biasa,” tambah Spencer.

Jualan ‘816 BIG Deals’ tersedia secara eksklusif di aplikasi BIG Loyalty. Muat turun aplikasi BIG Loyalty dan tambah tawaran kegemaran anda ke ‘wishlist’ sekarang untuk membuat pembayaran lebih pantas semasa tempoh jualan.

Ahli BIG yang tidak mempunyai BIG Poin yang mencukupi boleh membeli BIG Poin dengan kad debit atau kredit semasa daftar keluar untuk melengkapkan penebusan.

Untuk maklumat lanjut tentang ‘816 BIG Deals’, ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Muat turun aplikasi BIG Loyalty, daftar sebagai Ahli BIG dan mulailah kehidupan BIG anda! #EarnBIGLiveBIG

Post Menarik