“Saya menyukai warna-warna terang Galaxy A51 ini. Setiap kali saya keluar untuk menangkap gambar, saya berasa begitu teruja!”
“Ada masanya anda hanya memerlukan percikan warna untuk menceriakan hari anda.”
Sesungguhnya tahun 2020 ini merupakan tahun yang sangat mencabar; tahun yang menguji kita, yang mengasingkan kita dan menggegarkan seluruh dunia.

“Tahun 2021 menuntut kesembuhan yang sangat kita dambakan. Justeru, marilah kita bersama-sama memperkukuh diri dengan tenaga dan fikiran yang jelas untuk mengatasi ketidakpastian pada masa hadapan.
“Ini merupakan peringatan kepada kita untuk mengabadikan perkara dan detik yang disukai, yang membangkitkan rasa ketenangan, kebahagiaan, kesyukuran dan positiviti di tengah-tengah keadaan dunia yang kelam kabut yang kita tempuhi pada masa ini.
Sesuatu yang dapat kita gunakan tatkala kita mengorak langkah memasuki tahun 2021. Setiap gambar mempunyai cerita tersendiri – semoga anda terinspirasi dengan gambar-gambar bertenaga yang dirakamkan oleh jurugambar Malaysia yang hebat menggunakan Galaxy A51 dan tunjukkan warna-warni kehidupan anda dengan tanda pagar #withGalaxy.

Kini, dengan storan dalaman yang telah dipertingkatkan pada Galaxy A51, daripada 128GB kepada 256GB, anda pastinya tidak lagi berdepan masalah untuk menyimpan foto-foto yang cantik itu!
Untuk maklumat lanjut mengenai Galaxy A51, sila layari:
https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a51-silver-256gb-sm-a515fmspxme/






































