Pertubuhan Kebajikan Baitul Hasan Kuala Lumpur (Baitul Hasan) pada 31 Disember lalu,  mengadakan Program Kembali Ke Sekolah 2021 dan Makanan Asas Siri ke-3 (anak yatim & asnaf) di Sekolah Kebangsaan Bukit Jarum, Pasir Mas, Kelantan.

Menerusi program itu, Baitul Hasan telah berjaya mengagihkan 100 pek makanan asas dan 150 beg sekolah.

Pengasas Baitul Hasan, Ustaz Dino Rizal Suratman berkata, meskipun negara ketika ini dilanda wabak COVID-19, pihaknya meneruskan usaha mengadakan program ini dengan mematuhi SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.

“Program ini bagi membantu meringankan beban golongan yang memerlukan dan jelas terpancar wajah kegembiraan serta kesyukuran penerima bantuan.

“Mereka mendoakan agar para penderma sentiasa dimurahkan rezeki dan dirahmati oleh Allah swt.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak khususnya kakitangan Baitul Hasan yang membantu mengagihkan bantuan ini kerana ‘Kebajikan Asnaf Keutamaan Kami’.

“Kami juga mengucapkan terima kasih kepada orang ramai, individu atau dermawan yang menghulurkan sumbangan melalui kami ..teruskan usaha kita membantu golongan asnaf dan mereka yang terkesan akibat wabak COVID-19 ini,” katanya lagi.

Jika anda ingin terus membantu salurkan sumbangan zakat/sedekah/infak/fidyah anda secara bank in atau pemindahan online ke akaun Bank Islam 14171 01 000 7586 (Pertubuhan Kebajikan Baitul Hasan Kuala Lumpur) atau hubungi talian 017-3535 085 (Ustaz Dino) atau 017-3505 681 (Pejabat Baitul Hasan).