Utama Blog Halaman 723

Kehidupan Mencabar Bukan Penghalang – Pelajar Peroleh 3 Tawaran Biasiswa

Aliff Aryan with En Mohd Ariff Ithin (YP ACEO) and Eh Ihsan Ismail (Executive Director of QSC Outreach Services)

Diuji dengan kehidupan yang mencabar seawal usia 8 tahun, anak bongsu bersama dua
kakaknya mengambil keputusan untuk tinggal bersama bapanya apabila kedua ibu bapa 3
beradik itu berpisah.

Muhammad Aliff Aryan Aziz yang dilahirkan di Alor Setar, Kedah kemudian mengikuti bapanya berpindah ke Perlis dan meneruskan persekolahan di Tahun Tiga di Sekolah Kebangsaan Sungai Baru, Perlis sehingga tahun enam.

Aliff Aryan Giving Speech as GRIT Award Recipient

Dengan hanya berbekalkan gaji bapanya yang merupakan seorang tukang kebun sekolah
bagi menyara hidup, kehidupan beliau dan keluarga terus diuji apabila pada 7 Januari 2015, ibunya telah meninggal dunia akibat kanser payu dara, ketika usianya hanya 13 tahun dan merupakan hari di mana beliau mendaftar persekolahan menengah.

Berbekalkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR), beliau kemudiannya telah mendapat tawaran dan melanjutkan pelajaran ke
tingkatan satu di Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Perlis serta melayakkannya
untuk mendapat surat tawaran program pembiayaan pendidikan, Peneraju Tunas Geliga
oleh Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju).

Aktif dalam bidang kokurikulum khususnya pengucapan awam di peringkat sekolah menengah, semangat kental anak muda ini tidak mengenal putus asa untuk terus cemerlang dalam pelajaran apabila memperoleh 10A dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Ketika ditanya bagaimana beliau mengetahui mengenai program pembiayaan pendidikan
yang ditawarkan oleh Yayasan Peneraju ini, Aryan berkata program itu dimohon oleh guru
sekolah rendahnya iaitu Cikgu Salawati ketika belajar di Tahun Enam berdasarkan
keputusan peperiksaan percubaan UPSR.

Beliau yang kini menetap di Kampung Melintang, Sungai Baru, Perlis berkata, beliau yang
banyak menghabiskan masanya tinggal di asrama, telah banyak mengajarnya erti sebenar
kehidupan berdikari dan membakar semangatnya untuk berjaya dalam pelajaran.

“Saya banyak menyertai pertandingan bahas dan ketika di sekolah menengah, saya
mencapai beberapa kejayaan misalnya menjadi kapten sekolah bagi pasukan bahas dengan
mendapat kedudukan ke-16 sekolah terbaik manakala saya sendiri menduduki tempat
ketiga pembahas terbaik dalam kejohanan bahas membabitkan sekolah berasrama di
peringkat kebangsaan,” katanya.

Aliff Aryan with Family Raya 2020

Kejayaan paling manis apabila beliau menerima Anugerah Emas dalam Pertandingan Bahas di Festival Sains dan Akademik di Thailand dengan membahaskan tajuk “The Uniqueness Of Malaysia” ketika di Tingkatan Empat dan dianugerahkan “GRIT Award” semasa Majlis Graduasi Peneraju Tunas Geliga 3 anjuran QSC Outreach Services (rakan program Yayasan Peneraju yang mengendalikan program Peneraju Tunas Geliga).

Maka tidak hairanlah beliau juga dianugerahi Tokoh Nilam Negeri Perlis sebanyak dua kali
iaitu ketika di tahun enam dan tingkatan lima.

Mengulas mengenai minat kepada pengucapan awam, beliau dapat mempelajari pelbagai
perkara dan memperoleh maklumat yang membina keyakinan diri selain membantu
menyelesaikan masalah.

Meskipun ketiga-ketiga beradik ini dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan dengan
bergantung kasih sayang hanya kepada seorang ayah, dua kakaknya juga cemerlang dalam
pelajaran apabila berjaya bergelar graduan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Katanya, kakak sulungnya tamat dalam bidang Pengajian Perniagaan manakala kakak
keduanya adalah pemegang Diploma Sains Komputer dalam pengkhususan rangkaian net
(networking).

Walau bagaimanapun, kakak keduanya kini adalah pemain ragbi kebangsaan sepenuh
masa mewakili Malaysia dalam beberapa kejohanan ragbi termasuk di Sukan SEA 2017 di
Kuala Lumpur dan Sukan Sea 2019 di Filipina.

Ditanya apa yang menjadi inspirasi kepada kejayaan dirinya, beliau berkata, kesemua ini
disebabkan oleh status keluarganya yang susah dan cabaran-cabaran yang dilalui
sepanjang hidupnya menjadikan dirinya berasa bertanggungjawab untuk mengubah
kehidupan keluarga.

“Memetik kata-kata pemimpin terkenal Nelson Mandela ‘Pendidikan adalah kunci untuk
mengubah nasib seseorang’ dan berpegang kepada kata-kata itu, saya menanamkan azam
untuk belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan kerana saya adalah satu-
satunya anak lelaki dalam keluarga ini.

Aryan with Dad & Siblings

“Kesusahan dan kepayahan dalam hidup ini membakar semangat saya untuk berjaya pada
hari ini kerana kita takkan mahu hidup dalam keadaan yang sama selamanya, maka
pendidikan adalah kunci untuk mengubah nasib keluarga saya,” katanya.

Beliau yang bercita-cita untuk menjadi penganalisis kewangan pada satu hari nanti berkata, ketika ini beliau sudah mendaftar sebagai pelajar untuk Program Akademik United Kingdom dengan mengikuti Kursus Persediaan di Kolej MARA Banting bermula 6 Julai 2020 hingga Jun 2022.

Meskipun pada mulanya beliau keliru untuk membuat keputusan apabila mendapat tiga
tawaran belajar sekali gus, namun minat mendalam dalam bidang perniagaan membuatkan
beliau memilih untuk mengikuti kursus dibawah tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam
Malaysia (JPA).

Dua lagi tawaran adalah daripada Yayasan Telekom Malaysia (TM) Future Leaders Scholarship menerusi  program Bachelor of Engineering (Hons) Electronics Majoring in
Telecommunicatios di Universiti Multimedia, Cyberjaya dan Program Penajaan Pendidikan
Petronas dalam kursus program Asasi Undang-undang UiTM dan Ijazah Pertama Sarjana
Muda (Kepujian) Undang-Undang UiTM.

“Jika saya mendapat kelulusan baik, saya akan menyambung pelajaran di United Kingdom
di peringkat Diploma dalam bidang perakaunan atau kewangan dan bercadang meneruskan
pengajian di peringkat ijazah jika mendapat tajaan,” katanya.

Aliff Aryan with En Mohd Ariff Ithin (YP ACEO) and Eh Ihsan Ismail (Executive Director of QSC Outreach Services)

Beliau berkata, minat dalam bidang perniagaan sudah bermula ketika di bangku sekolah lagi apabila sering membantu cikgu dan rakan-rakan di sekolah mempromosikan bidang
perniagaan menerusi penganjuran Hari Kantin.

“Ketika itu, saya sebagai Ketua Pegawas telah dijemput oleh Perlis FM untuk bercerita
mengenai kejayaan menerima anugerah Tokoh Nilam Perlis dan saya mengambil
kesempatan itu untuk turut mempromosikan Hari Kantin sekolah yang membuka jualan
kepada orang ramai,” katanya.

Menceritakan pengalaman manis sebagai penerima faedah bagi program Peneraju Tunas
Geliga daripada Yayasan Peneraju, beliau dapat berkenalan dengan ramai fasilitator yang
ketika itu menjadi pelajar senior di sekolah dan mereka banyak membantu serta prihatin
dengan masalah yang dihadapinya.

Ditanya mengenai nasihat kepada anak-anak muda khususnya yang sedang belajar di
sekolah rendah dan menengah, beliau berpesan, meskipun datang dari keluarga yang
susah dan serba kekurangan, namun tiada perkara yang mustahil tidak dapat dilakukan.

“Saya sering berpesan kepada diri sendiri bahawa tiada yang mustahil dan tiada apa yang
boleh dicapai jika kita mempunyai kesungguhan.

“Anggaplah kekurangan sebagai satu kelebihan dan jadikan kekurangan diri untuk
membakar semangat kita untuk berjaya pada masa depan. Tiada apa yang menghalang
usaha kita melainkan diri kita sendiri,” katanya.

Beliau turut menjadikan kisah aspirasi seorang buta yang didorong ayahnya untuk belajar
bersungguh-sungguh kini berjaya bergelar seorang profesor di sebuah universiti tempatan
sebagai idola hidupnya.

Mohd Ariff Ithnin, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju menzahirkan rasa
gembira dan bangga atas pencapaian beliau dan percaya bahawa beliau pastinya akan lebih berjaya di masa akan datang.

Yayasan Peneraju turut berharap semoga beliau ini akan terus berusaha keras dan konsisten serta fokus kepada pembelajaran yang bakal menanti yang pastinya akan lebih mencabar apabila berada di peringkat Ijazah Sarjana Muda di United Kingdom kelak.

S Pen – A Smooth Operator For A Smoother Work And Play Inbox

Keyboard S Pen

If there’s one thing we could rave about the Galaxy Tab S7 and Tab S7+, it’s definitely the newly improved S Pen that comes with it.

It’s absolutely made over for a comfortable and solid grip. The S Pen also features decreased latency and equips you with the precision and fluidity required to write and draw on the large screen, providing a faster refresh rate of up to 120Hz – it is the S Pen’s biggest leap in responsiveness to date!

Keyboard S Pen

(Yep, you heard that right) And with Air actions, navigating your tablet from a distance will be a breeze because the S Pen lets you control the Galaxy Tab S7 and Tab S7+ from up to 10 meters away.

Well it doesn’t just stop there – the Galaxy Tab S7 and Tab S7+ comes with a complimentary Book Cover Keyboard (worth up to RM999) that lets you get things done much easier and speedier.

The keyboard gives you an absolute experience with a larger trackpad and intuitive function keys on the Galaxy Tab S7+, and when used together with DeX, you can get a PC-like experience with just a single tap. Now, this allows you to work and play wherever you are – like a boss.

Launching in Malaysia on 28 August 2020, stay alert because something exhilarating is coming your way!

For more in-depth information about the Galaxy Tab S7 and Tab S7+, please visit: https://news.samsung.com/my/meet-galaxy-tab-s7-and-s7-your-perfect-companion-to-work-play-and-more.

MYCC Lancar Kajian Semula Pasaran Bagi Industri Borong Dan Runcit

Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) telah menyiarkan dapatan dan syor yang terkandung di dalam Kajian Semula Pasaran di bawah Akta Persaingan 2010 bagi Sektor Perkhidmatan (Borong dan Runcit untuk Produk Terpilih), selaras dengan seksyen 11 dan 12 AP 2010.

Penyiaran Kajian Semula Pasaran ini telah dilancarkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi di Hotel Majestic di Kuala Lumpur.

Kajian pasaran ini dijalankan untuk lebih memahami struktur pasaran dan menilai aktiviti pasaran di sepanjang rantaian bekalan untuk mengenal pasti sebarang perlakuan anti-persaingan dalam perdagangan borong dan runcit (WRT) bagi empat (4) produk terpilih iaitu makanan dan minuman (terproses); penjagaan diri dan kelengkapan peribadi; produk pembersihan rumah; dan pakaian.

Kajian pasaran ini juga bertujuan untuk mengkaji semula mana-mana peraturan dan dasar yang mungkin menghalang persaingan dalam sektor ini di Malaysia.

Sebagai sebahagian daripada dapatan, MyCC telah mencadangkan syor untuk memperbaiki lagi proses persaingan bagi empat (4) produk terpilih untuk menyokong usaha-usaha Kerajaan dalam menangani kos sara hidup dan kemudahan menjalankan perniagaan di Malaysia.

Dapatan laporan telah mengenal pasti beberapa isu yang didorong oleh pasaran, yang mengetengahkan perubahan tabiat pembelian pengguna Malaysia ke platform digital dan e-dagang disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kajian pasaran ini menunjukkan bahawa platform dalam talian dapat mengurangkan kos operasi, yang secara tidak langsung akan membawa kepada penurunan harga untuk pengguna.

Walau bagaimanapun, pemain industri tidak cekap dan mampu untuk menangani trend baharu ini; selain terpaksa berhadapan dengan wabak COVID-19 serta terus dibebani dengan pengenalan cukai digital.

Dapatan laporan ini juga telah mengenal pasti isu-isu utama yang didorong oleh pengawalseliaan di mana rakyat Malaysia, khususnya perniagaan, masih tidak menyedari kesan dan kandungan Akta Persaingan 2010 dan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Laporan tersebut telah mengemukakan beberapa syor awal yang meliputi, memudahkan pembaharuan struktur untuk memastikan kecekapan dan daya tahan; memupuk persekitaran yang kompetitif ke arah amalan terbaik industri; menetapkan dasar dan peraturan progresif yang memberi kesan positif jangka panjang; dan memastikan peraturan dan undang-undang bagi industri WRT sentiasa dikemaskini.

“Syor yang dinyatakan dalam laporan itu adalah penting untuk mengurangkan bebanan peraturan tidak perlu dan birokrasi; bagi menggalakkan pertumbuhan dan pembangunan sektor perniagaan di Malaysia terutamanya dalam industri WRT”, kata Iskandar Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif MyCC.

MyCC juga percaya bahawa kajian ini merupakan rujukan penting bagi para pembuat dasar sesuai dengan usaha Kerajaan untuk menangani masalah yang didorong oleh pasar dan berdasarkan peraturan di sektor perkhidmatan.

Kajian ini dimulakan pada bulan Julai 2019 dan telah melalui analisis yang meluas, beberapa sesi dialog dan pertemuan dengan pihak berkepentingan utama dalam sektor perkhidmatan; termasuk kementerian yang berkaitan; agensi kerajaan; persatuan industri dan pengguna; dan pemain industri.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai dapatan kajian pasaran, sila dapatkan di laman web MyCC di www.mycc.gov.my

Bringing A Touch Of Sweden Into Malaysian Homes

Six Malaysian interior design firms bring Volvo-inspired homes to life in the 2020 Volvo Cars & Aurizn EcoDesign Challenge

The 2020 Volvo Cars & Aurizn EcoDesign Challenge came to an exciting close today as six Malaysian interior design firms were crowned winners at the Eco Ardence Sales Gallery, Shah Alam.

Among the 10 shortlisted designs, A&A Concept Design & Contract Sdn. Bhd., Forfar Design Sdn. Bhd., IQI Concept Sdn. Bhd., Orb Group Sdn. Bhd., Kort Studio and Studio BEVD Sdn. Bhd. were chosen by online voters and a judging panel comprised of representatives from Volvo Car, EcoWorld, and Aurizn, for their unique spatial designs that epitomise Volvo’s Scandinavian design philosophy.

Jointly organised by Volvo Car Malaysia, duduk – a new brand by Eco World Development
Group Berhad (EcoWorld) – and lifestyle publishing house Aurizn, the second edition of the
2020 Volvo Cars & Aurizn EcoDesign Challenge kicked off on 14 May 2020.

This year, participants had the exclusive opportunity to join an online briefing with Jonathan Disley, Head of Design at Volvo Car Asia Pacific and Owen Ready Head of Strategic and Brand Design of Volvo Cars, where they learned how to consider Volvo Cars’ Scandinavian philosophy to inspire their designs.

From the 50 entries received, 22 submissions passed initial evaluation on budget compliance and completeness of inventory, and were then put online for the Malaysian public to vote for their favourite designs, where the votes had accounted for a portion of the total score given by the panel of judges.

The 10 designs with the highest online voting scores were shortlisted for final judging, out of which the six highest scorers were announced winners.

In addition to designs that display a high level of originality and understanding of Scandinavian aesthetics, this year’s submissions were also judged based on functionality, material quality, the emotional quotient that the space brings, and sustainability – all of which shape Volvo’s design philosophy.

“Scandinavian design at its best is often understated, yet stands out by the mere presence of its simplicity,” said Nalin Jain, Managing Director of Volvo Car Malaysia. “This functional, open and minimalistic design language can be seen in all Volvo cars.

On the outside, we have clean and proportioned lines that look and feel just right; and inside, careful craftmanship, attention to details, and quality, earthy materials that create an open, uncluttered space.

The six winners today succinctly captured Volvo’s design philosophy and translated them into Malaysian homes, and for that, they have my heartfelt congratulations.”

Ho Kwee Hong, Divisional General Manager of EcoWorld, said: “By giving local design firms a platform to showcase their creativity and strength, we have empowered them to think about the future of sustainable design in Malaysia.

The six winning design firms were each awarded usage of a Volvo S90 T8 Inscription Plus –
one of the most powerful and sophisticated vehicles of its segment with exhilarating performance of 407hp, yet is friendly to the environment – for six months, as well as contracts to furnish the top three floors of two duduk by EcoWorld projects, namely Huni D’ EcoArdence and se.Ruang D’ EcoSanctuary, with each design firm given contracts to build their design on an entire floor.

This represents the first occasion in which a new property development is available for purchase with interior design inspired by Volvo Cars’ philosophy.

Tong Shew Long of A&A Concept Design & Contract Sdn. Bhd., said: “We were elated when we received news that our firm was selected as the winner of the 2020 Volvo Cars & Aurizn EcoDesign Challenge, and truly humbled, especially knowing that there were many qualified contestants.

It goes without saying that the Volvo design philosophy has inspired us, particularly the form and shape of its award-winning Volvo XC40. Our winning idea is cemented in the
openness and warm, earthy colours and textures found in Scandinavian design.

AXA Dinamakan Syarikat Insurans Am Antarabangsa Terbaik-Malaysia Untuk Tahun Ke-5

AXA Affin General Insurance Berhad (AXA) mencapai satu lagi kejayaan yang membanggakan dengan menerima anugerah Syarikat Insurans Am Antarabangsa Terbaik – Malaysia dan Produk Insurans Baharu Terbaik – Malaysia untuk tahun ke-5 berturut-turut di Anugerah Perbankan Kewangan dan Insurans Asia 2020.

AXA ialah syarikat insurans pertama dan satu-satunya di Malaysia yang mencapai kejayaan ini di Anugerah Perbankan Kewangan dan Insurans Asia 2020.

Ia meneguhkan lagi reputasi AXA sebagai peneraju pasaran dalam komitmennya untuk melindungi kepentingan pelanggan dengan penyelesaian inovatif dan bertumpukan pelanggan.

 

Penyampaian anugerah diadakan secara maya pada 5 Ogos 2020 oleh Asian Banking and Finance Magazine – penerbitan terkemuka dalam industri perkhidmatan kewangan yang dinamik di Asia.

Anugerah berprestij ini didedikasikan kepada institusi kewangan ternama di Asia. Penerima anugerah dipilih selepas proses pemilihan ketat oleh panel hakim yang terdiri daripada pakar industri.

Dalam sesi temubual digital bersama Tim Charlton, Ketua Editor Anugerah Perbankan Kewangan dan Insurans Asia, Emmanuel Nivet, Ketua Pegawai Eksekutif AXA berkata, “Kami berbesar hati untuk menerima pengiktirafan hebat ini untuk tahun ke-5 berturut-turut.

Ini merupakan bukti prestasi kami dan komitmen kakitangan kami. Terima kasih kepada semua pelanggan, rakan syarikat, ejen dan kakitangan kami – semua ini tidak akan jadi kenyataan tanpa keyakinan dan kepercayaan mereka.”

Kunci kejayaan AXA terletak pada fokusnya dalam melaksanakan strategi Payer-to-Partner, dengan melangkaui hubungan transaksi untuk membina hubungan emosi dengan pelanggan. Dengan menjadikan pelanggan sebagai titik utama strategi, AXA telah melalui transformasi dan mengkaji semula rangkaian nilainya dengan:

• melabur dalam Big Data, AI dan Proses Automasi Robotik untuk bersedia menghadapi dan menjangka keperluan pelanggan secara progresif. 117 robot telah digunakan di seluruh AXA untuk mengautomasikan proses manual, meningkatkan purata masa pemprosesan sebanyak 95% dan membolehkan kakitangannya untuk lebih fokus kepada tugas yang bermakna demi melayani pelanggan dengan lebih baik.

• memanfaatkan teknologi untuk mempermudah urusan pelanggan dengan kami. AXA telah menggunakan portal penjualan dalam talian – AXA Travel and Motor Online yang menawarkan pengalaman “omnichannel” yang berkesan dan memberikan ciri layan diri baru untuk meningkatkan masa pusing balik. Saluran dalam talian telah mencapai pertumbuhan dua digit yang luar biasa hingga meletakkan AXA di kedudukan # 1 dalam penjualan perjalanan dalam talian hari ini.

• meningkatkan tenaga kerjanya untuk memberikan nilai yang lebih besar kepada pelanggan. Salah satu inisiatif utama AXA ialah program AXAPRENEUR yang dilancarkan untuk memesatkan kemampuan dan kemahiran pekerja sebagai persediaan untuk Industri 4.0. Melalui inisiatif ini, pelbagai projek canggih telah dilaksanakan, dengan nilai inovasi berjumlah sebanyak RM8.3 juta.

• melindungi perkara yang penting bagi pelanggan dengan memenuhi keperluan mereka secara progresif melalui penyelesaian produk baharu yang ringkas, mudah, boleh disesuaikan dan berpatutan.

AXA SmartCare Xtra, yang telah memenangi anugerah Produk Insurans Baharu Terbaik – Malaysia, direka untuk memastikan kemampuan insurans perubatan memandangkan kadar inflasi perubatan global dan untuk menutup jurang perlindungan insurans perubatan di kalangan kelas pekerja.

Pelan ini berpatutan, boleh disesuaikan dan membenarkan pekerja korporat untuk mengekalkan dan menambah insurans perubatan majikan mereka untuk mematuhi keperluan dan bajet perubatan mereka.

Manfaat unik ini melindungi mereka daripada kenaikan kos perubatan dan membolehkan mereka menikmati ketenangan fikiran dan kestabilan yang berterusan walaupun mengubah kerjaya.

OURSHOP Lancar Kempen E-Dagang “Shop Sama Kamek” Di Sabah Dan Sarawak

Berikutan kejayaan kempen Save Our Shops (S.O.S) pada bulan April 2020, cabang logistik AirAsia, Teleport melancarkan kempen e-dagang baharu iaitu “Shop Sama Kamek.”

Kempen ini dianjurkan selari dengan Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek (PENJANA) oleh kerajaan dan Kempen E-dagang Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana yang dilancarkan pada bulan Jun oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Kempen baharu ini adalah khusus untuk menyokong lebih banyak peniaga di Sabah dan Sarawak yang menjual produk makanan untuk dipasarkan dalam talian di platform e-dagang OURSHOP pada bulan September.

Dengan pelancaran kempen “Shop Sama Kamek” ini, OURSHOP dijangka akan menarik sejumlah 300 peniaga yang terdiri daripada perusahaan kecil dan sederhana di Sabah dan Sarawak yang menawarkan produk makanan segar, sejuk beku dan siap dibungkus.

“Sebagai insentif untuk kempen ini yang juga bertujuan untuk menghidupkan kembali ekonomi tempatan, pihak kerajaan telah meluluskan geran kepada kami bagi penghantaran merentas sempadan, pemasaran dan latihan kepada para peniaga.

Usaha ini juga membolehkan kami menyediakan sumber dan keperluan yang diperlukan untuk menyokong pedagang di Sabah dan Sarawak untuk sedia beralih ke platform e-dagang,” kata Pete Chareonwongsak, CEO Teleport.

Beliau juga berkata, “Melalui inisiatif ini, kami bukan sahaja akan mempromosikan produk oleh peniaga di Sabah dan Sarawak yang kini boleh didapati secara terus kepada para pembeli, malah kami juga akan fokus kepada kemudahan dan kemampuan untuk memesan makanan segar, sejuk beku atau siap dibungkus dari Sabah dan Sarawak ke Lembah Klang.

Pada masa yang sama, kami berharap dapat membuka peluang pekerjaan bagi sesiapa sahaja sebagai rakan penghantaran Teleport untuk memenuhi permintaan dan penghantaran pada hari berikutnya.”

Melalui kempen ‘Shop Sama Kamek,’ para peniaga terpilih yang mendaftar dengan Teleport akan disokong dan dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan untuk memasarkan produk mereka dalam talian.

Peniaga terpilih akan didaftarkan secara automatik ke dalam program pengembangan khusus oleh RedBeat Academy iaitu ‘BINA Digital’ yang akan membantu meningkatkan kemahiran dan memperakui peniaga untuk untuk menjual produk mereka kepada pelanggan di seluruh Malaysia dan rantau ini.

Peniaga baharu yang menyertai platform ini juga tidak perlu membayar sebarang komisen atau 0% dan hanya akan dikenakan yuran ‘bayaran’ sebanyak 2%.

Mereka juga tidak akan dikenakan sebarang bayaran untuk menyediakan perniagaan dan akan disokong dengan penyelesaian pasaran, penghantaran dan pembayaran, selain pendedahan kepada pelanggan di Lembah Klang.

Teleport juga akan membantu dari segi promosi, pemasaran dan penjenamaan peniaga baharu sebelum dipasarkan kepada pelanggan di Lembah Klang.

Untuk mendaftar sebagai peniaga di Sabah dan Sarawak, layari bit.ly/ourshopmerchants.

Fuel Up To RM30 To Stand A Chance To Win Cash Prizes Up To RM50,000

(L-R) Azrul Osman Rani, PDB Managing Director and Chief Executive Officer; Iskandar Ezzahuddin, Chief Executive Officer of Setel; Khalil Muri, PDB Head of Retail Business 

PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) launched the PETRONAS Setel-Mesra Bonanza Campaign, in its effort to continuously reward its loyal customers with cash and fuel vouchers, which will benefit a total of 992 winners.

Every week from 15 August to 15 October 2020, 10 first prize winners will stand a chance to win RM3,000 in cash while 100 second prize winners will take home RM50 Setel vouchers, which can be redeemed for fuel.

(L-R) Azrul Osman Rani, PDB Managing Director and Chief Executive Officer; Iskandar Ezzahuddin, Chief Executive Officer of Setel; Khalil Muri, PDB Head of Retail Business

In addition, there will be two main grand prize winners, who will be rewarded with RM50,000 each throughout the Campaign period.

Speaking about the campaign, PDB’s Head of Retail Business Khalil Muri said, “The Mesra Bonanza Campaign, which began in 2018, has been a highly anticipated Campaign for our customers.

This year, we have renamed the Campaign as we expand our offerings to include Setel vouchers.”

“It has undoubtedly been a challenging period for both individuals and businesses alike, and we hope the Campaign would not only bring excitement while rewarding our customers, but also bring a semblance of normality.

Our customers have fuelled our business and we are grateful to have them standing by us during these challenging times.”

Participation has also been made seamless and frictionless, true to PETRONAS’ brand commitment.

Customers would only need to spend a minimum of RM30 on fuel or Kedai Mesra items at any PETRONAS stations nationwide and swipe their Kad Mesra to be entitled to one entry.

To further promote safety and social distancing, customers who transact via the Setel mobile application will have more chances, automatically gaining five entries.

Setel is Malaysia’s first mobile application that integrates the e-payment platform with the pump, Kedai Mesra and loyalty benefits to create seamless retail-on-the-go experience for PETRONAS customers, which is now recognised as the only refuelling app in the market that helps minimise physical touch points

Customers are encouraged to download the Setel mobile application to be qualified for more entries and link their Kad Mesra to the app.

Kad Mesra membership is free and can be registered and activated directly from the Setel mobile application.

Additionally, customers get to enjoy a frictionless driving experience when they fuel up with the enhanced PETRONAS Primax 95 with Pro-Drive, which has proven to deliver a smoother, more responsive and efficient drive.

For more details about the PETRONAS Setel-Mesra Bonanza campaign, logon to www.mymesra.com.my.

Cocoa Motors, Jepun Memperkenalkan ‘WALKCAR’, Hoverboard Bersaiz 13 Inci

Cocoa motors. Inc. dari Tokyo, Jepun telah memulakan penjualan di seluruh dunia bagi sebuah hoverboard di mana pengguna boleh membawanya bersama mereka di dalam sebuah beg, yang diberi nama “WALKCAR,” pada 11 Ogos di laman web rasmi syarikat itu.

WALKCAR mempunyai ukuran saiz yang sama dengan sebuah komputer riba 13 inci. Ia adalah sebuah “kereta dalam sebuah beg” yang kecil dan ringan dengan berat hanya 2.9 kg.

Ia mencapai kelajuan yang penuh kuasa sehingga 16 km/jam bersama dengan ciri-ciri keselamatan seperti fungsi berhenti automatik.

Sejak produk itu diumumkan pada tahun 2016, terdapat respons daripada komuniti media di seluruh dunia dan WALKCAR telah menerima sejumlah kira-kira 7,800 pra-tempahan dari 13 buah negara di seluruh dunia.

Selama kira-kira empat tahun sejak pengumuman produk itu, terdapat banyak penyelidikan dan pembangunan, serta pembaikan produk dilakukan, dan kini, akhirnya, ia dilancarkan secara rasmi di seluruh dunia.

WALKCAR adalah sebuah “hoverboard mudah alih” yang dicipta di Jepun. Ia adalah sebuah alat pengangkutan masa depan yang boleh dibawa oleh pengguna seperti sebuah komputer riba, dan ia menawarkan satu gaya hidup baharu yang tidak bergantung kepada mana-mana rangkaian pengangkutan.

Masa untuk memilih “berjalan” atau “WALKCAR” pada bila-bila masa telah tiba.

Buy And Save With Samsung’s Gemilang Freedom Specials

Samsung Gemilang Freedom Special

Just like every other event in 2020, Malaysia’s National Day will be celebrated a little differently this year.

In the new norm, Malaysian’s spirits emerge stronger and hopeful as we move into a new lifestyle.

Samsung Malaysia wants to celebrate a truly new Independence Day with Malaysians together with its Jalur-Gemilang-themed promotions.

From now until 16 September 2020, you can buy and save with Samsung’s Gemilang Freedom Specials. With the purchase of selected Samsung products, from smartphones to home appliances, you are entitled to enjoy more savings (as you spend) and exclusive free gifts.

Life Insurance Industry Registers A Drop Of 12.6 % In Total Premiums Due To COVID-19

For the first half of 2020 (1H2020), the life insurance industry recorded an overall dip of 12.6% in total premiums.

During the Movement Control Order (MCO) and Recovery Movement Control Order (RMCO) which started on 18 March 2020, activities of life insurance selling came to a halt as face-to-face selling were restricted for more than three months.

The decline is attributed mainly to the drop in Investment-linked policies which contracted by 24.5% in terms of total premiums. Investment-linked insurance is an insurance plan which has more unique features and requires face-to-face interaction by agents to explain these features and ascertain its suitability before an investment-linked plan is recommended.

Ordinary Life policies taken up during 1H2020 recorded a positive growth of 1.9% or 242,401 units of individual new policies while Group new policies recorded 4.6% growth or 11,027 units.

The industry attributes this development to consumers being more mindful about their spending and tailoring their purchases to smaller-sized policies in light of the current situation.

During 1H2020, insurance protection for Ordinary Life policies recorded a growth of 21.4% to reach RM10.8 billion.

During the MCO, the life insurance industry recorded a surge in direct channel sales for Temporary Insurance, Critical Illness Insurance and Medical and Health Insurance due to the restriction of face-to-face selling by agents and bank staff and to the efforts taken to develop direct life insurance distribution channels, especially though digital innovation, since 2017.

Customers now have the option of purchasing these types of insurance plans namely Term Insurance, Critical Illness and Medical and Health via direct channels.

The number of policies sold via direct channels recorded an increase of 47.5% in 1H2020, with annualised premiums and total sum assured registering growth levels of 63.9% and 71.5%, respectively.

Loh Guat Lan, President of LIAM, said “The COVID-19 pandemic has increased in the awareness among Malaysians on the importance of life insurance protection. The role of life insurance has become even more important as an essential financial tool to reduce uncertainties in life.

“Therefore, I would urge all industry players to come together and offer our best service in protecting more people out there with adequate insurance protection to create a better future for themselves and their families.”

She added, “The recent pandemic has been the unexpected catalyst for the adoption of technology than ever before.

During the MCO and RMCO, insurers continued to serve its customers via digital platforms or assisted by the customer service centres. While new methods and technologies will impact how business is conducted on a day to day basis, I believe that the adoption of technology is inevitable in order for us to be more efficient, responsive and productive to connect with our customers.

 

Therefore, I strongly urge all industry players to make intelligent use of technology to achieve higher productivity and greater efficiency.”

Overall, the MCO and the RMCO imposed by the Government which curtailed face-to-face interaction have greatly impacted businesses and the whole Malaysian economy. The life insurance industry is not spared from the impact of COVID-19 and has experienced a slowdown in its overall performance during this period.

Mark O’Dell, CEO of LIAM said, “When the COVID-19 outbreak started in Malaysia, the life insurance industry had been proactive in supporting the Government with various relief measures to assist Malaysians to cope with the impact of the COVID-19 pandemic.

The industry has granted a 90-day deferment period/no-lapse guarantee for 3 months for policyholders who are impacted by this pandemic. During this period, insurance companies will continue to provide insurance protection to affected policyholders if they are not able to pay for their premiums.

Affected policyholders must apply to their insurance companies to get approval before they can benefit from this relief measure.”

Policyholders who are qualified for this relief include those who are COVID-19 positive patients, home quarantined (mandatory) or have suffered a loss of income. We also extend to small and medium enterprises (SMEs) which have suffered a loss of income due to the COVID-19 pandemic.

Examples of events that lead to such loss of income include retrenchment, shorter working hours and salary or commission reductions for individuals and loss of business income for the self-employed and SMEs.

“This facility to defer premium payments is open to affected policyholders until 31 December 2020. As of to date, 1,028,811 policyholders have been granted the premium deferment relief, involving a total of RM1 billion premium payment” added O’Dell.

“Insurance companies have continued to provide other forms of support to help policyholders to keep their policies in-force. Some of these may include a restructuring of policy features, such as lowering the sum assured or temporarily shortening the policy duration, so that policyholders can keep their insurance protection.

The insurance and takaful industry has also set up a RM8 million COVID-19 Test Fund to support the Ministry of Health’s efforts to conduct more COVID-19 tests for Malaysians.

The Fund is also extended for COVID-19 tests required for hospital admission for emergency and semi-emergency surgeries which is available until 31 August 2020. This will address the needs of the policyholders and to protect the healthcare front liners from the risk of COVID-19 infection.

Moving forward, the life insurance industry remains committed in undertaking various educational and consumer awareness programmes in promoting and educating Malaysians on life insurance protection. We hope more Malaysians will benefit from the various relief measures to ease the financial pressures on the rakyat and at the same time ensure that they are continuously covered with insurance protection”, added O’Dell.

On the outlook for the second half of 2020, given the uncertainties faced by the global and local economies due to the COVID-19 pandemic which has affected many countries worldwide, the industry expects to achieve a single digit growth.

Post Menarik