Cocoa motors. Inc. dari Tokyo, Jepun telah memulakan penjualan di seluruh dunia bagi sebuah hoverboard di mana pengguna boleh membawanya bersama mereka di dalam sebuah beg, yang diberi nama “WALKCAR,” pada 11 Ogos di laman web rasmi syarikat itu.
WALKCAR mempunyai ukuran saiz yang sama dengan sebuah komputer riba 13 inci. Ia adalah sebuah “kereta dalam sebuah beg” yang kecil dan ringan dengan berat hanya 2.9 kg.
Ia mencapai kelajuan yang penuh kuasa sehingga 16 km/jam bersama dengan ciri-ciri keselamatan seperti fungsi berhenti automatik.
Sejak produk itu diumumkan pada tahun 2016, terdapat respons daripada komuniti media di seluruh dunia dan WALKCAR telah menerima sejumlah kira-kira 7,800 pra-tempahan dari 13 buah negara di seluruh dunia.
Selama kira-kira empat tahun sejak pengumuman produk itu, terdapat banyak penyelidikan dan pembangunan, serta pembaikan produk dilakukan, dan kini, akhirnya, ia dilancarkan secara rasmi di seluruh dunia.
WALKCAR adalah sebuah “hoverboard mudah alih” yang dicipta di Jepun. Ia adalah sebuah alat pengangkutan masa depan yang boleh dibawa oleh pengguna seperti sebuah komputer riba, dan ia menawarkan satu gaya hidup baharu yang tidak bergantung kepada mana-mana rangkaian pengangkutan.
Masa untuk memilih “berjalan” atau “WALKCAR” pada bila-bila masa telah tiba.