Utama Blog Halaman 1022

Edaran Tan Chong Motor Introduces New X-Trail Aero Edition

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) had launched a premium version of its ever popular NISSAN X-Trail.

THE New X-Trail Aero Edition is priced at RM141,428,96* (2.0L 2WD Aero Edition) and RM163,616.06* (2.5L 4WD Aero Edition), and comes with 7 years, unlimited mileage warranty, whilst the accessories that are factory fitted comes with a 3 years or 100,000km warranty (whichever comes first).

The latest version of the aero parts is specially designed by TOMEI Motor Co, Ltd, a distinguished Japanese brand renowned for its technology and performance in motorsports. It includes a front aero bumper, side under spoilers and rear aero bumper for a commanding first impression. The Aero Edition also comes with gloss black 5-spoke 17” alloy wheels and luxurious brown Nappa leather seats which adds sophistication to its interior.

Tan Keng Meng, Director of Marketing and Product Planning of ETCM said, “The X-Trail has been the No.1 best-selling SUV in Malaysia (Year 2015 and Year 2016), and we believe that the New X-Trail Aero Edition will appeal to those wanting a more premium and luxurious Japanese SUV.”

Existing NISSAN X-Trail owners who are interested may also opt for an upgrade to the Aero Edition. Please call 03-4047 8786 or email [email protected].

For more information, visit www.nissan.com.my or visit any NISSAN Showroom nationwide. *on-the-road price including GST, without insurance for Peninsular Malaysia.

# # #

NISSAN X-Trail 2.0L 2WD AERO EDITION OTR Price inclusive GST, without Insurance
Peninsular Malaysia RM 141,428.96
Sabah RM 143,389.79
Sarawak RM 143,389.79
Langkawi RM 102,196.20
Labuan RM 102,805.10

 

NISSAN X-Trail 2.5L 4WD AERO EDITION OTR Price inclusive GST, without Insurance
Peninsular Malaysia RM 163,616.06
Sabah RM 165,709.14
Sarawak RM 165,709.14
Langkawi RM 116,800.50
Labuan RM 117,478.60

 

About TOMEI MOTOR Co Ltd

Founded in 1968, TOMEI MOTOR Co Ltd was led by Seiichi Suzuki that have capitalised his successful racing career as a Nissan works driver and mechanic into one of the most famous engine specialist from Japan. Today, TOMEI is recognized as a distinguished Japanese brand renowned for its technology, performance and reliability in motorsports. The engineers of TOMEI have transferred the same development philosophy as when optimising race car engines to develop exterior aero parts offering customers even greater choice.

iPhone X Arrives At Celcom On Friday, 24 November 2017

Iphone X early birds, Tan Hui Sze, 23 (second from right) and 40-year-old Imee Juiana Tajuddin, 40 (second from left) become the first customers to walk away with their very own iPhone X 64gb at ONLY RM 10! Tan was the first to queue at Celcom Blue Cube, Sunway Pyramid since Monday, whereas Imee was the first customer to pre-order on Celcom’s website. Joining them as they claimed and became the first customers to own an iPhone X, Zalman Aefendy Zainal Abidin, Chief Marketing Officer, Celcom Axiata Berhad (right) and Harcharan Singh, Head of Device Business, Celcom Axiata Berhad (left), during the launch of iPhone X at Celcom Blue Cube, Sunway Pyramid.

CELCOM Axiata Berhad announced it will offer iPhone X, the future of the smartphone, featuring a revolutionary new design with a stunning all-screen display. Customers have pre-ordered iPhone X beginning Friday, 17 November 2017 at Celcom Online Store https://www.store.celcom.com.my/store/  or Blue Cube and Celcom Outlets, and it will be available in stores starting on Friday, 24 November 2017. For complete pricing details, please visit www.celcom.com.my .

Azwan Khan Osman Khan, Deputy Chief Executive Officer, Business Operations of Celcom said “iPhone X is introduced with such sophistication and definitely worth the wait for all Apple fans. Therefore, we are delighted to offer the latest addition to the iPhone family to our customers. Celcom is also offering an irresistible selection of plans for both postpaid and prepaid customers to own an iPhone X today.”

iPhone X features a gorgeous all-glass and stainless steel design with a beautiful 5.8-inch Super Retina display, A11 Bionic chip with neural engine for powerful machine learning, augmented reality and immersive 3D gaming experiences, wireless charging and Face ID, delivering an innovative and secure new way to unlock, authenticate and pay.

Another lucky Celcom customer, Mohd. Faris Mohd Yuseri, 31, who walked away with his new iPhone X 64GB for only RM100 as one of the many rewards that customers can win during the iPhone X launch at Celcom Blue Cube Sunway Pyramid.

The TrueDepth camera that enables Face ID brings Portrait mode with Portrait Lighting to the front camera for beautiful selfies with a depth-of-field effect and enables Animoji, which captures and analyses over 50 different facial muscle movements to bring emoji to life in a fun new way. A redesigned rear camera with dual optical image stabilization includes a new color filter, deeper pixels, and an improved Apple-designed image signal processor and features Portrait mode with Portrait Lighting allowing customers to capture stunning photos and videos. The all-glass front and back on iPhone X feature the most durable glass ever in a smartphone in two beautiful finishes, silver and space gray.

Celcom customers can now own the new iPhone X with its hassle-free and zero interest 24-month instalment programme, EasyPhone™, available for both postpaid and prepaid customers. Customers can also choose to pair their iPhones with the range of Celcom FIRST™ postpaid plans, customised for their data needs.

For more details on pricing and data plans, please visit www.celcom.com.my. For more details on iPhone please visit www.apple.com/my/iphone

Ayamas Buka Cawangan Baru Berkonsepkan ‘Deli Ayamas’

PENGENDALI Kedai Ayamas, KARA Holdings Sdn Bhd, baru-baru ini telah membuka cawangan baru yang berkonsepkan deli iaitu ‘Deli Ayamas’ untuk memenuhi citarasa pelanggan.

Deli yang akan dibuka secara rasmi pada 25 November 2017 terletak di Kota Kemuning, Selangor. Menyediakan suasana makan yang selesa,  Deli Ayamas juga mempunyai pelbagai menu baru yang pastinya memuaskan selera pelanggan.

“Deli Ayamas di Kota Kemuning ini menyediakan ayam segar dan produk sejuk beku Ayamas yang akan memberi kemudahan kepada penduduk di sekitar kawasan itu. Kami menawarkan bukan sahaja produk segar, tetapi pelbagai pilihan menu yang boleh dinikmati sepanjang hari,” kata Rafiq Moosa, Ketua Pegawai Operasi, KARA Holdings Sdn Bhd.

“Deli Ayamas menawarkan perkhidmatan tambahan yang lebih istimewa berbanding kedai-kedai deli yang ada di negara ini. Kami menyediakan perkhidmatan menggoreng percuma untuk barangan sejuk beku Ayamas yang dibeli di Deli Ayamas ini. Di samping itu, terdapat juga perkhidmatan perapan ayam secara percuma menggunakan ayam dan rempah yang dibeli oleh pelanggan di Deli Ayamas,” tambahnya.

Deli Ayamas juga menawarkan konsep makan di kafe atau bawa pulang kepada pelanggan-pelanggannya. Deli Ayamas menawarkan pelbagai pilihan menu iaitu Breakfast Platter, Roti Bakar dengan Meatloaf Ayam dan Keju, Roti Bakar dengan Kaya dan Mentega, Roti Bakar dengan Roaster dan Keju, Nasi Lemak, Mee Hoon Goreng, Pai Ayam dengan hidangan sampingan, Frank dalam Bun dengan sos terbaru dan Ayam Drummets Pedas dengan sos Asam Pedas atau Kasturi Berapi.

Bagi meraikan pembukaannya  pada 25 November 2017, Deli Ayamas juga akan memberikan 100 goodie bag secara percuma kepada 100 pelanggan pertama yang mengunjungi Deli Ayamas pada hari itu. Bekalan percuma Roasters atau ayam selama setahun juga ditawarkan kepada pelanggan yang pertama dan ke 99 pada hari tersebut. Pelbagai tawaran istimewa juga akan diberikan pada hari pembukaan itu, jadi jangan lepaskan peluang anda!

Deli Ayamas mempunyai ruang  seluas 1650 kaki persegi dengan kapasiti sebanyak 35 tempat duduk di dalamnya. Cawangan ini beroperasi dari jam 9 pagi hingga jam 9 malam.

AirAsia Rai Pejuang Kanser Melalui Kempen #AirAsiaMAKNA

AirAsia tingkatkan kesedaran mengenai kanser dan kumpul dana untuk pesakit

– Jualan baju-t edisi terhad dengan rekaan juruterbang dan kru kabin yang berharga RM30 kini mula dijual, yang mana hasilnya disalurkan kepada MAKNA
– Rebutlah hadiah berupa tiket penerbangan AirAsia pada setiap bulan melalui pertandingan Instagram #AirAsiaMAKNA
– Kerjasama eksklusif dengan FashionValet, platform membeli-belah dalam talian terulung di Malaysia

AIRASIA meneruskan inisiatif jangka panjangnya untuk meningkatkan kesedaran mengenai kanser dan mengumpul dana untuk pesakit yang kurang bernasib baik melalui kempen #AirAsiaMAKNA dengan penjualan baju-t edisi terhad dengan rekaan juruterbang dan kru kabin.
Berkonsepkan ‘#AirAsiaMAKNA: Rebel with a cause,’ kempen tahun ini bertujuan untuk meraikan kekuatan dan keberanian para pejuang kanser. Sebagai sebahagian daripada inisiatif kempen tersebut, AirAsia sekali lagi menjual koleksi baju-t eksklusif untuk dewasa dan kanak-kanak. Setiap baju-t berharga RM30 dan hasilnya akan disalurkan kepada MAKNA (Majlis Kanser Nasional).

Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad berkata, “Kanser melibatkan semua orang – secara langsung atau tidak, sama ada ibu bapa, adik-beradik, rakan sekerja atau sahabat. AirAsia berbangga untuk terus bekerjasama dengan MAKNA bagi mengumpul dana dan memupuk kesedaran mengenai kanser. #AirAsiaMAKNA adalah bukti misi kami untuk melawan kanser dan merupakan komitmen jangka panjang AirAsia untuk menyokong organisasi yang membantu pesakit kanser yang kurang bernasib baik dan menjalankan penyelidikan untuk membantu mereka.

Untuk melawan kanser, kita memerlukan usaha secara kolektif dan kami berharap untuk terus memainkan peranan dalam mendidik masyarakat mengenai kanser dengan lebih lanjut, dan menyokong para pejuang kanser, serta mereka yang memerlukan.

“Sejak dua tahun lepas, kami telah berjaya mengumpul hampir RM700,000 untuk disalurkan kepada MAKNA. Kami teruja untuk kembali menawarkan baju-t eksklusif tersebut, yang boleh didapati untuk dewasa dan kanak-kanak. Kami juga berbesar hati untuk bekerjasama dengan platform membeli-belah dalam talian terulung di Malaysia, FashionValet supaya baju-t tersebut turut boleh didapati dalam talian,” katanya.

Farahida Mohd Farid, Pengurus Besar MAKNA berkata, “Statistik kematian akibat kanser di peringkat global amat membimbangkan tetapi apa yang lebih membimbangkan adalah satu daripada empat rakyat Malaysia berisiko untuk menghidap kanser. Untuk melawan kanser, ia bukan sahaja memerlukan kekuatan fizikal dan emosi tetapi juga kewangan untuk meneruskan rawatan yang diperlukan.

Justeru, kami berbesar hati kerana mendapat sokongan berterusan daripada AirAsia untuk memerangi kanser dengan kempen ini. Inisiatif ini bukan hanya tentang mengumpul dana, tetapi ia juga tentang mewujudkan kesedaran terhadap kanser. Kempen seperti inilah yang menggalakkan orang ramai untuk menjaga kesihatan mereka dan kami berterima kasih kepada AirAsia kerana menyertai kami dalam kempen ini untuk meningkatkan kesedaran di Malaysia dan rantau ini.”

Bersempena dengan kempen itu, AirAsia juga menganjurkan pertandingan melalui Instagram di mana pemenang bulanan akan dipilih sehingga bulan Februari 2018. Peserta berpeluang untuk memenangi sepasang tiket penerbangan pada setiap bulan ke mana-mana destinasi AirAsia Berhad pilihan mereka dengan hanya memuat naik gambar mereka memakai baju-t tersebut dengan gaya terbaik beserta tanda pagar #AirAsiaMAKNA di Instagram.

Baju-t eksklusif tersebut boleh didapati di laman web MAKNA (https://makna.org.my/airasiamakna/) dan di beberapa acara terpilih. AirAsia juga telah bekerjasama dengan platform membeli-belah terulung di Malaysia, FashionValet, di mana baju-t tersebut boleh dibeli di laman web mereka (https://www.fashionvalet.com/brands/1051/airasiamakna) serta butik mereka di Pavilion dan Bangsar Village II.
Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini dan lokasi untuk membeli baju-t tersebut, sila layari airasia.com/airasiamakna

The Maserati Levante S Powers Into The Malaysian SUV market

Maserati’s first SUV is now available as a petrol-powered variant with choice of two trim options: GranLusso and GranSport

NAZA Italia, the official importer and distributor for Maserati in Malaysia, has officially introduced the Maserati Levante S. The petrol-powered twin-turbocharged Levante S was revealed during its launch event at Desa Park City, Kuala Lumpur.

The Levante S (MY18) made its world premiere at the 2017 Frankfurt Motorshow with a new range strategy and an array of hi-tech features, including Electric Power Steering and the addition of new active functions to the existing driving assistance systems. The Levante S version promises heightened performance and sporting prowess to navigate all-terrain adventures with greater ease.

The new evolution of the marque’s first SUV has been engineered to excite with the Maserati twin-turbo V6 engine featuring the latest Gasoline Direct Injection (GDI) technology at its core. The engine was designed by Maserati Powertrain, in conjunction with the Ferrari Powertrain development team and is both powerful and eco-friendly, thanks to the Auto Start-Stop function.

The V6 engine’s specific torque of 194 Nm per litre is the best in the luxury SUV class, as is its specific power (144hp/l). The Levante S accelerates from 0 to 100 km/h in 5.2 seconds and has a top speed of 264 km/h. Its 430 hp engine is on par with its competitors in terms of fuel consumption, with 10.9 l/100 km on the NEDC test cycle, and CO2 emissions (253 g/km).

“Maserati has injected extra power and performance into an already impressive luxury SUV. The petrol-powered Levante S has been eagerly awaited and will no doubt be a popular new addition to Malaysia’s luxury automotive market,” said Datuk Wira Hj SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddin, Group Executive Chairman of Naza World Group of Companies.

Maserati has replaced the Levante’s hydraulic power steering with electric power steering to provide improved handling and driving comfort in the Levante S. This also better supports the driving modes and enables the newly-introduced Advanced Driving Assistance Systems (ADAS) with more active functions, whilst retaining the razor-sharp steering feel symbolic of any Maserati. These functions include Highway Assist, Lane Keeping Assist, Active Blind Spot Assist and Traffic Sign Recognition.

The 430 hp Levante S features a state-of-the-art braking system that deals superbly with the car’s high performance. The front system has adopted Brembo 6-piston aluminium monobloc calipers working on 380 mm drilled discs. Aluminium 42 mm floating calipers with 330 mm x 22 mm ventilated drilled discs are fitted at the rear.

Maserati has achieved unparalleled agility with the Levante S, which boasts the lowest centre of gravity in its class, thanks to the extensive use of lightweight materials and an ideal 50:50 weight distribution. The Levante S’s exclusivity stems from technical features like Air Suspension, electronically controlled Skyhook shock absorbers and the Q4 AWD system, which come as standard equipment. The aluminium double-wishbone, five-link suspension layout comprises standard Air Springs and electronically-controlled Skyhook shock absorbers.

Apart from the obvious benefits, such as the improvement of comfort and active safety, the air suspension contributes to the reduction of fuel consumption and CO2 emissions, thanks to the lowering of the car and the reduced aerodynamic drag at medium to high speeds.

The Levante S adopts the eight-speed automatic ZF gearbox that provides seamless comfort and fast gear shifting, depending on the selected drive mode and presents a choice of four drive modes, “Normal”, I.C.E., “Sport” and “Off-road”. Each one constitutes a distinct character, intelligently altering engine, transmission, suspension and electronics features.

The dashboard and the central console are designed to accommodate the 8.4” Maserati Touch Control Plus (MTC+) display, the driving modes button cluster, the user-friendly, aluminium rotary knob and the air suspension height setup switch.

Styling-wise, the Levante exhibits similar design cues to other models in Maserati’s stable and incorporates the brand’s signature lush aesthetic and spacious interior that allows for five people to be seated comfortably. Its streamlined shape lends to the Levante’s aerodynamic efficiency, which is best in its segment with a Cx coefficient of just 0.31.

The petrol-powered Levante S is being introduced to Malaysia’s luxury SUV segment at the starting price of RM788,800 (inclusive of local taxes and duties) and includes 3 years Standard Warranty coverage with no mileage restriction plus a *Maserati Premium Service Plus of 3 years/ 60,000 km whichever comes first.

GranLusso trim

The GranLusso trim is essentially an emphasis on luxury. It is externally recognisable by its metallic-finish front skid plates and roof rails, the GranLusso badges on the front wings, the body-colour side skirts, the black-painted brake calipers and the 19” Zefiro alloy wheels.

The extravagant trim also includes standard 12-way power comfort seats, a Harman Kardon Sound System, power-adjustable steering wheel, illuminated door sills, parking sensors, navigation system and new Soft Close Doors.

GranSport trim

Externally, the Levante S GranSport is recognisable by its Piano Black front grille, skid plates and roof rails, GranSport badges on the front wings, body-colour side skirts, blue inserts on all Trident and Saetta logos, red brake calipers and 20” Nereo wheels.

The interior design features an array of innovative solutions and the sportiness of the Levante’s SUV character is further enhanced in the new GranSport trim.  Both the exterior design and interior features reflect the legendary racing heritage of the Maserati brand.

The Sport 12-way power leather seats and power-adjustable Sport steering wheel combine with a carbon trim to create an exciting, sporty interior in the GranSport. It also features a Sport steering wheel with standard gearshift paddles, power-adjustable Inox sport pedals, parking sensors and navigation system.

Follow @maserati.malaysia (Instagram) and www.facebook/maserati.malaysia for the brand’s latest updates in Malaysia.

  LEVANTE S
Engine Layout Petrol 600 V6, twin-turbo – direct injection (GDI)
Displacement (cc) 2,979
Max. Power (kW / hp @ rpm) 316 / 430 @ 5,750
Peak Torque (Nm @ rpm) 580 @ 5,000
Fuel consumption l/100 km (NEDC) 10.9
CO2 (g/km) 253
0-100 km/h (sec) 5.2
Top speed (km/h) 264
Gearbox 8-speed  ZF automatic AT8 – HP70
Transmission Q4 Intelligent All-Wheel Drive with rear limited slip differential
Suspension Front Double-Wishbone, adjustable Air Springs, Skyhook shock absorbers
Suspension Rear Multi-Link, adjustable Air Springs, Skyhook shock absorbers
Length/width/height (mm) 5,003 / 1,968 / 1,679
Wheelbase (mm) 3,004
Tyres (standard) 265/50 ZR19 front

295/45 ZR19 rear

Spekulasi Terjawab, Fazura Dan Fattah Bertunang Sebenarnya

PASANGAN pelakon Fattah Amin, 27, dan Fazura, 34, akhirnya membuka mulut sekali gus memecahkan kebuntuan dan teka-teki serta spekulasi yang bermain di fikiran peminat kedua-dua selebriti ini selama 11 hari mengenai status hubungan mereka yang dikatakan bernikah.

Mereka berdua akhirnya mengakui sudah bertunang pada 13 November lalu namun menafikan bernikah pada keesokan harinya.
Fattah menegaskan, majlis yang berlangsung pada 14 November hanya majlis doa selamat dan bukannya majlis pernikahan seperti mana yang dianggap oleh semua pihak khususnya pihak media.

“Keluarga saya menghantar rombongan merisik dan meminang Fazura di kediaman keluarganya di Petaling Jaya. Ingin ditegaskan tidak ada sebarang majlis pernikahan pada 14 November seperti dilaporkan media.
“Dalam masa sama, tidak ada majlis pernikahan di Makkah. Di sana kami hanya memberi fokus kepada ibadah umrah. Diakui macam-macam kami dengar sepanjang berada di sana,” katanya dalam sidang media khas di sebuah hotel di Kuala Lumpur, petang tadi.

Pasangan selebriti itu muncul pada sidang media terbabit bagi menunaikan janji sebelum berangkat ke Tanah Suci untuk menjelaskan segala desas-desus mengenai pertunangan dan pernikahan mereka.
Majlis yang diadakan di kediaman nenek Fazura pada 14 November lalu pula, kata Fattah adalah majlis doa selamat sempena pemergian mereka ke Makkah.

Bintang yang popular dengan drama Suri Hati Mr Pilot itu berkata, dia dan Fazura mahu melalui proses perkahwinan yang seperti orang lain termasuklah menghadiri kursus kahwin dan membuat permohonan nikah.

“Insya-Allah, majlis nikah dalam masa terdekat tetapi majlis resepsi tahun depan. Cuma bagi majlis nikah akan berlangsung secara tertutup atas permintaan keluarga. Saya harap semua pihak menghormati keputusan ini.
“Bagaimanapun, untuk majlis resepsi kami akan mengadakan dua majlis, satu untuk peminat dan satu lagi khas untuk keluarga dan rakan media,” katanya.

Pasangan terbabit baru saja kembali dari Makkah, hari ini, selepas lebih seminggu berada di Tanah Suci Makkah dan Madinah bersama keluarga masing-masing.

Grand Livina Impul Lebih Sporty dan Garang

Model MPV popular pilihan rakyat Malaysia kini tampil lebih sporty

NISSAN Grand Livina yang popular sebagai sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang versatil kini mendapat sentuhan lebih garang dan sporty menerusi padanan pakej IMPUL baru.
Model edaran Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) itu tampil dengan spoiler bampar hadapan baru, Lampu Nyalaan Siang (DRL) LED signatur IMPUL, skirting sisi, wing spoiler belakang dan bampar belakang.

Gaya dinamik itu ditingkatkan lagi menerusi gril hadapan berwarna hitam, tambahan pada arca roda dan rim aloi IMPUL HS-10 bersaiz 17 inci bersama kemasan krom serta warna hitam berkilat.
Penambahbaikan itu juga menyaksikan pemasangan sistem suspensi IMPUL berprestasi tinggi membabitkan penyerap hentak serta pegas gegelung yang direka untuk merendahkan kenderaan sebanyak 25mm sekali gus mampu menawarkan pengendalian lebih mantap dan selesa.

Bagi memberikan prestasi dan gaya sporty, model itu dilengkapi peredam ekzos tahan karat dengan kemasan berkilat bersama logo IMPUL yang dipasang pada paip ekzos melengkapkan lagi penampilan NISSAN Grand Livina ini.
Dalam sesi pandu uji ringkas model itu mendapati, pemanduan NISSAN Grand Livina IMPUL ini ibarat sedan sport tanpa mengorbankan ciri sebagai sebuah MPV. Meskipun model dipandu uji ini berkuasa 1.6 liter Auto, kuasa enjin yang dipadankan mampu membawa kenderaan ini tanpa sebarang masalah daripada segi prestasi dan kuasa.

Lampu LED DRLnya kelihatan cukup padan dan mampu dilihat dari jauh sekali gus memberi satu tanda amaran kehadiran model ini di jalan raya dalam bentuk gaya yang cukup sporty dan agresif.
Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM, Christopher Tan berkata, NISSAN Grand Livina IMPUL dipasang dari kilang dan ditawarkan dalam dua pakej iaitu IMPUL Complete Package dan IMPUL Premium Package.

Semua pakej aksesori ini hadir dengan jaminan selama 3 tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (mana-mana tiba dahulu).
Beliau berkata, pemilik NISSAN Grand Livina sedia ada yang berminat untuk membeli pakej IMPUL boleh menghubungi talian 03 4047 8786 atau emel ke [email protected] dan maklumat lanjut, sila layari laman web www.impul.com.my.

Aerokit, suspensi dan peredam ekzos dilesenkan oleh IMPUL serta dihasilkan di Malaysia manakala rim aloi IMPUL HS-10 pula diimport dari Jepun.

IMPUL COMPLETE PACKAGE (RM12,800*)
IMPUL Aerokit
(merangkumi Spoiler Bampar Hadapan, Spoiler Bampar Belakang dan Skirting Sisi)
Lampu Nyalaan Siang LED
Gril Hadapan Sports berwarna Hitam
Tambahan pada Arca Roda
Rim Aloi IMPUL HS-10 17″
Peredam Ekzos IMPUL Blast 2
Suspensi Sports IMPUL
Tayar Continental ContiMaxContact MC5 (205/45 R17)
*Termasuk GST

IMPUL PREMIUM PACKAGE (RM13,009*)
IMPUL Aerokit
(merangkumi Spoiler Bampar Hadapan, Spoiler Bampar Belakang dan Skirting Sisi)
Lampu Nyalaan Siang LED
Gril Hadapan Sports berwarna Hitam
Tambahan pada Arca Roda
Tempat Duduk Kulit (Beige atau Hitam)
Perakam Video Pemanduan
Filem Keselamatan V-Kool

AKSESORI INDIVIDUAL
* Termasuk GST
Impul Aerokit dengan DRL (RM6,572)
Rim Aloi Impul HS-10 17” (RM4,770)
Suspensi Sports Impul (RM2,914)
Peredam Ekzos Impul Blast 2 (RM1,884)
Tayar Continental Contimaxcontact MC5 (205/45 R17) (RM1,822)
Tambahan Arca Roda (RM848)
Gril Hadapan Sports Hitam (RM742)

Harga jualan di atas jalan raya termasuk GST tanpa insurans:

Nissan Grand Livina 1.6 liter manual RM87,100

Nissan Grand Livina 1.6 liter Auto (RM91,100)

Nissan Grand Livina 1.8 liter Auto (RM102,800)

Radio Hot FM Anjur Anugerah Khas Top Hot 2017

RADIO Hot FM kini menganjurkan satu lagi anugerah khas Top Hot 2017 untuk menghargai penyanyi dan lagu yang diperdengarkan sepanjang tahun ini.

Top Hot 2017 mempertaruhkan enam kategori dalam usaha menghargai serta memberi pengiktirafan kepada penggiat seni muzik tanah air yang telah bekerja keras dalam industri sepanjang tahun.

Seiring dengan perkembangan media digital, pengiktirafan anjuran stesen radio Hot FM ini menggunakan sepenuhnya platform digital dimana orang ramai boleh mengundi calon-calon kegemaran mereka di laman web rasmi Hot FM, www.hotfm.com.my.

Antara kategori yang dipertandingkan adalah Lagu Hot 2017, Penyanyi Lelaki Hot 2017, Penyanyi Wanita Hot 2017, Penyanyi Baru Hot 2017, Super Band Hot 2017 dan FB Live Hot 2017. Senarai pencalonan awal Top Hot 2017 adalah berdasarkan produk penggiat seni yang ke udara di Hot FM dari 1 Januari hingga 31 Oktober 2017.

Bermula 13 November lalu, undian pusingan pertama telah dibuka untuk menyenarai pendek lima calon terbaik daripada senarai pencalonan awal dan sesi undian pusingan pertama akan berakhir pada 24 November jam 12.00 tengah malam.

Manakala undian pusingan akhir yang bakal menentukan pemenang bagi setiap kategori akan bermula pada Isnin, 27 November dan akan ditutup pada Jumaat, 15 Disember 2017 jam 12.00 tengah malam.

Pemenang akan diumumkan di Hot FM pada 29 Disember bermula jam 6.00 pagi dan semua perkembangan terkini mengenai Top Hot 2017 boleh diikuti menerusi platform digital Hot FM.

Top Hot 2017 ialah pengiktirafan yang memberi kuasa sepenuhnya kepada pendengar dan peminat setia untuk menentukan pemenang bagi kesemua kategori pencalonan yang dipertandingkan. Gambar ihsan TV3

Apa Status Sebenar Pasangan Pelakon Fazura Dan Fattah? Mari Lihat Instagram

DALAM pada peminat kecoh mengenai status perkahwinan pasangan pelakon Fattah Amin dan Fazura, tidak ketinggalan mereka turut mencuri perhatian ketika mengerjakan ibadah umrah.

Pasangan ini berangkat ke Tanah Suci Mekah bersama keluarga masing-masing pada 15 November lalu dan dijangka pulang ke tanah air esok.

Semoga esok segala jawapan dan teka teki akan terjawab sama ada pasangan ini sudah bergelar suami isteri atau tidak dan mengapa mereka mengambil tindakan terburu-buru bernikah.

Berikut Prebiu.com kongsikan momen sepanjang mereka berada di sana yang dikongsikan menerusi laman Instagram peminat Fazura. Gambar Instagram Fazbulous Warriors

Ayda Jebat dan Syafiq Kyle Serasi Dalam Drama Dekatkan Jarak Kita

SELEPAS popular dengan drama masing-masing, akhirnya permintaan peminat untuk menyaksikan gandingan pelakon Ayda Jebat dan Syafiq Kyle sebagai hero dan heroin tercapai.

Kedua-dua pelakon popular ini muncul dalam drama bersiri terbaru berjudul Dekatkan Jarak Kita yang sudah menemui penonton sejak semalam.

Dekatkan Jarak Kita adalah sebuah drama bertemakan kekeluargaan dan kasih sayang 15 episod yang diterbitkan oleh JS Pictures Sdn Bhd di bawah arahan saudara Azman Hj Yahya @ Jinggo.

Selain Ayda dan Syafiq, drama ini turut membariskan pelakon-pelakon hebat lain seperti Wan Sharmila, Nadia Brian, Catriona Ross dan Azhan Rani.

Drama Dekatkan Jarak Kita ini mengisahkan sepasang kembar tidak seiras, Tashriq dan Sofea yang tinggal bersama ibu mereka, Umi Khadijah setelah kematian ayah mereka akibat serangan sakit jantung. Tuan Kamil, sahabat lama keluarga itu muncul dalam kehidupan mereka dengan niat untuk membantu Umi Khadijah dalam menjalani kehidupannya.

Tidak lama setelah kemunculannya itu, Umi Khadijah dan Tuan Kamil berkahwin. Walau bagaimanapun, Umi Khadijah tidak mengetahui bahawa Tuan Kamil mempunyai agendanya yang tersendiri iaitu untuk merampas harta Umi Khadijah kerana Tuan Kamil sebenarnya telah muflis.

Demi mengukuhkan asas agendanya, Tuan Kamil menghasut Tashriq untuk menyebelahinya dan membenci kembarnya Sofea kerana sebahagian daripada perancangannya adalah untuk menyingkirkan Sofea.

Satu hari, Tuan Kamil membawa keluarganya berkhemah di sebuah tempat peranginan yang baru dibuka. Namun ketika mereka berkhemah itu, Sofea didapati hilang dan ini merisaukan Umi Khadijah kerana Sofea menghidap penyakit leukimia. Masa berlalu, sehingga Umi Khadijah terpaksa akur bahawa anak perempuannya telah hilang dan menganggapnya telah meninggal dunia.

Setelah beberapa hari berlalu semenjak kehilangan Sofea, sepasang suami isteri, En. Kifli dan Pn. Zainab telah menemui Sofea dalam keadaan tidak sedarkan diri berhampiran kawasan perkhemahannya.

Mereka telah mengambilnya sebagai anak angkat kerana Sofea enggan pulang ke keluarga kandungnya. Tambahan pula, En. Kifli dan Pn. Zainab mampu mengawal leukimia Sofea dengan perubatan kampung dan anak mereka Allysa tidak lagi keseorangan. Sofea dan Allysa semakin akrab, namun menjadi renggang pada tahun akhir universiti mereka kerana Sofea dan Allysa memendam perasaan yang sama terhadap rakan sekelas Sofea, Arif.

Nasib tidak menyebelahi Sofea kerana Arif memilih Allysa dan bakal mendirikan rumah tangga. Kerana terlalu kecawa, Sofea memilih untuk hidup bersendirian dan mengabaikan kesihatannya.

Berjayakah Allysa menegakkan keadilan dalam keluarga Umi Khadijah? Mampukah rahsia Allysa bertahan daripada pengetahuan Tashriq dan Tuan Kamil? Dapatkan jawapan bagi persoalan-persoalan ini dalam drama bersiri yang penuh trajis Dekatkan Jarak Kita setiap Isnin hingga Rabu pada jam 10 malam di TV3 dalam slot Samarinda bermula 21 November 2017. Gambar ihsan TV3

Post Menarik