Utama Blog Halaman 722

Tambang Tetap AirAsia Kini Kembali

Tambang tetap AirAsia untuk penerbangan domestik kini kembali hanya untuk tiga hari sahaja bermula dari 24 hingga 26 Ogos 2020 di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia.

Ahli BIG boleh menempah semua penerbangan di dalam Semenanjung Malaysia serta Sabah dan Sarawak dengan tambang tetap termasuk semua sehala pada hanya RM88*; sementara tambang tetap termasuk semua sehala hanya RM188* untuk penerbangan antara Semenanjung Malaysia dan Sabah dan Sarawak.

Tempoh perjalanan bagi semua penerbangan ini bermula dari 1 September hingga 6 Disember 2020.

Ketua Komersial AirAsia, Amanda Woo berkata, “Tawaran pelancongan dalam negeri amat penting untuk memulihkan kembali ekonomi Malaysia berikutan keadaan semasa yang beransur pulih.

“AirAsia ingin memainkan peranan kami dengan menghubungkan para pelancong ke destinasi pilihan mereka dengan mudah dan tambang berpatutan. Promosi tambang tetap ini tersedia untuk semua tempat duduk dan penerbangan termasuk penerbangan pada hujung minggu.

“Selain itu, promosi tambang tetap ini tepat pada masanya untuk mereka yang perlu pulang ke Sabah sempena pilihan raya negeri pada akhir bulan September. Kami juga telah mengemas kini pilihan fleksibiliti yang membolehkan para tetamu menukar tarikh penerbangan mereka pada bila-bila masa tanpa bayaran penukaran penerbangan.”

Di AirAsia, kesihatan dan keselamatan para tetamu adalah keutamaan kami. AirAsia juga telah memperkenalkan langkah-langkah keselamatan baharu bagi para tetamu di sepanjang perjalanan termasuk sebelum, semasa dan selepas penerbangan.

Untuk maklumat terkini syarat dan keperluan kemasukan untuk Sabah dan Sarawak, sila layari halaman syarat dan keperluan perjalanan AirAsia.

Untuk berita, aktiviti dan promosi AirAsia terkini, ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).

*Tertakluk kepada terma dan syarat lain. Tidak tersedia pada 29 Oktober hingga 1 November 2020. Sila rujuk di sini https://air.asia/b9qKC 

Nikmati Percutian Mewah Dengan Promosi Istimewa SNAP Hari Rabu

Nikmati percutian di resort mewah dengan SNAP, platform penerbangan dan hotel AirAsia.com, yang menawarkan Promosi Istimewa SNAP Hari Rabu, jualan kilat dengan kerjasama resort dan hotel mewah untuk terus meningkatkan pelancongan domestik dan menyokong perniagaan tempatan.

Promosi Istimewa SNAP Hari Rabu ini akan berlangsung pada setiap hari Rabu dari jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang (GMT +8) di laman web AirAsia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia.

Pada setiap minggu, kami menampilkan resort mewah terpilih dengan tambang yang berpatutan seperti tawaran pertama pada 26 Ogos 2020 ini iaitu Vivanta by Taj – Rebak Island, sebuah resort bertaraf lima bintang di Langkawi, termasuk penerbangan pergi balik dan penginapan hotel selama 3 hari 2 malam bermula hanya RM99* seorang.

Hotel-hotel mewah lain yang turut serta dalam Promosi Istimewa SNAP Hari Rabu akan diumumkan pada setiap minggu di halaman Facebook AirAsia dan AirAsia.com.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia.com Karen Chan berkata: “Ini adalah peluang keemasan untuk anda menikmati percutian mewah di AirAsia.com. Sama ada bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan, nikmati pakej penerbangan dan penginapan dengan harga yang tiada tandingan.

“Menerusi pelancaran Promosi Istimewa SNAP Hari Rabu, kami berharap usaha ini akan terus menyumbang kepada peningkatan pelancongan domestik dan memberikan pengalaman percutian berpatutan kepada rakyat Malaysia.

“Kami memilih Langkawi sebagai destinasi pada minggu ini, dan kami akan memperkenalkan tawaran yang sama di destinasi domestik yang lain tidak lama lagi. Kami juga berharap untuk bekerjasama dengan rakan hotel yang lain untuk menawarkan nilai terbaik.”

Promosi Istimewa SNAP Hari Rabu hanya tersedia untuk hotel yang telah ditentukan terhad mengikut bilik dan tempoh penginapan.

Pakej ini sah untuk jenis bilik terpilih dengan penginapan minimum selama 2 malam. Sebarang tambahan akan dikenakan pada harga semasa, dan tertakluk kepada terma dan syarat lain.

Untuk berita, aktiviti dan promosi terkini AirAsia, ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia), Facebook acebook.com/AirAsia) dan Instagram (instagram.com/AirAsia).

*Harga yang tertera pada bahan promosi adalah untuk setiap orang bagi bilik berkembar dan termasuk semua tambang penerbangan pergi balik dan penginapan selama 3 hari 2 malam, yang mungkin berbeza mengikut tarikh dan ketersediaan. Sekatan tambahan seperti penginapan minimum, tarikh tersedia, ketersediaan bilik dan pembelian awal mungkin dikenakan. Harga yang dinyatakan adalah contoh untuk destinasi dan hotel yang dinyatakan di atas. Sila rujuk terma dan syarat penuh di https://air.asia/w5cq7.

Senarai Projek Runding Terus Kerajaan PH Perlu Didedahkan Kepada Rakyat – Naib Ketua Wanita Umno

Pendedahan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Parlimen Malaysia berhubung kerajaan Pakatan Harapan (PH) mentadbir selama 22 bulan lalu meluluskan 101 projek atau perolehan kerajaan bernilai RM6.61 bilion secara rundingan terus hendaklah segera disiasat secara terperinci.

Naib Ketua Wanita Umno Malaysia, Datuk Norliza Abdul Rahim berkata, rakyat perlu mengetahui senarai projek yang dilaksanakan secara rundingan terus walaupun perolehan rundingan terus boleh dilaksanakan bagi keadaan tertentu dan menepati beberapa kriteria.

Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang berkata, rakyat mahu senarai projek didedahkan bagi membuktikan adakah kerajaan PH mengamalkan sikap telus dan keterbukaan seperti mana yang sering kali diucapkan bekas Menteri Kewangan kerajaan PH lalu, Lim Guan Eng.

“Ini satu persoalan besar yang perlu dijawab kerana ia membabitkan sejumlah wang rakyat yang besar dan kita juga hendak mengetahui setakat mana status dan kemajuan yang telah dicapai menerusi 101 projek runding terus terbabit.

“Saya beranggapan andainya projek itu membawa manfaat kepada rakyat dan ekonomi dalam waktu 22 bulan, itu sudah menjadi tanggungjawab kerajaan pada ketika itu, tetapi perkara paling dibimbangi adalah kemungkinan ada unsur-unsur salah tadbir urus, penyelewengan kuasa serta kedudukan, kronisme dan nepotisme,” katanya dalam kenyataan semalam.

New Images Reveal Dawn Silver Bullet In Its Natural Habitat

Dawn-Silver-Bullet

Rolls-Royce releases the first official images showing Dawn Silver Bullet in its natural habitat – on the open road, as the first of the client commissioned Collection Cars roll off the production line at the Global Centre of Luxury Manufacturing Excellence, in Goodwood, West Sussex.

Photographed on the shores of Lake Garda, a series of in-motion and drone shots capture Dawn Silver Bullet in locations including mountain hairpins and corniche roads. The new photographic portfolio also includes static images, taken in the open air, highlighting the car’s charismatic expression.

Dawn-Silver-Bullet

Under the Italian sun, Dawn Silver Bullet lives up to its name, travelling with speed and precision.

Its ultra-metallic Brewster Silver Paint is a vibrant nod to the epic trials cars of the past, such as the Silver Dawn, Silver King, Silver Silence and Silver Spectre.

The four-seat Rolls-Royce Drophead is transformed into an adaptable two-seat roadster, by the addition of a rakish Aero Cowling with vapour-blasted titanium finisher, heightening the Collection’s sense of speed and purpose.

Dawn-Silver-Bullet

Launched in 2020, Dawn Silver Bullet is a contemporary interpretation of the classic roadster spirit and driving experience, offering committed drivers a sublime blend of serenity and sophistication with an exhilarating sense of uncompromised freedom.

Dawn Silver Bullet is strictly limited to just 50 examples worldwide.

Pemilik Proton Perdana Digalakkan Tukar Beg Udara

PROTON Certified Pre-Owned (PCPO)

Penggantian melibatkan Proton Perdana yang dibina dari tahun 2012 sehingga akhir bulan Ogos 2018

PROTON memohon kerjasama pemilik kereta Proton Perdana mengunjungi pusat servis Proton secepat mungkin untuk mengganti inflator beg udara. Hanya kereta yang dibina antara tahun 2012 sehingga akhir Ogos 2018 yang terlibat.

Servis baik pulih ini merupakan sebahagian daripada inisiatif global untuk kereta yang dilengkapi dengan beg udara Takata.

Semua tindakan yang diambil adalah selaras dengan Laporan Maklumat Kerosakan (DIR) yang dikeluarkan oleh Pentadbiran Keselamatan dan Traffik Lebuh raya Kebangsaan Amerika (NHTSA) yang memerlukan penggantian inflator beg udara bukan kering.

Pihak PROTON telah memulakan proses penggantian sejak bulan Januari 2019.

“Dari usaha sama kakitangan dan pengedar PROTON, kami telah berjaya menghubungi pelanggan dan melakukan penggantian inflator beg udara. Sebanyak 6,342 kereta yang terjejas dan setakat 18 Ogos 2020, pusat servis kami telah melakukan penggantian untuk 5,625 unit atau 87.5% dari jumlah keseluruhannya,” kata Roslan Abdullah, Ketua
Pegawai Eksekutif Proton Edar.

Roslan Abdullah

PROTON ingin menegaskan bahawa proses ini tidak melibatkan mana-mana model Proton yang lain kerana beg udara yang digunakan dibekalkan oleh pembekal yang berlainan.

Keselamatan para pelanggan merupakan keutamaan bagi syarikat, oleh demikian, kawalan ketat telah diambil untuk memastikan tiada kemungkinan berlaku insiden yang tidak diingini. PROTON juga kesal jikalau sebarang kesulitan berlaku akibat perkara ini.

“Keselamatan pelanggan amat penting untuk PROTON. Walau bagaimana pun, kami tidak dapat menghubungi semua pemilik Proton Perdana sebab maklumat pemilik tidak lengkap.

“Oleh itu, kami ingin menyeru semua pemilik yang belum mengganti inflator beg udara mereka, hubungi pusat servis kami untuk membuat temu janji segera.

“Pertukaran inflator beg udara ini hanya mengambil masa kira-kira satu jam serta tidak akan dikenakan apa-apa bayaran. Kereta yang dikeluarkan selepas 31 Ogos 2018 pula tidak perlu menukar beg udara,” katanya.

Pelanggan yang masih ada pertanyaan atau memerlukan bantuan, dinasihatkan untuk menghubungi talian khidmat pelanggan PROTON di 1-800-888-398 atau e-mel [email protected].

Ambank Enhances Its Digital Banking Experiance On AmOnline

AmBank Group is pleased to announce its award winning mobile app – AmOnline has been refreshed with a much improved design and user experience. The new AmOnline app will be available on iOs, Android and Huawei by August 2020.

Aaron Loo, Managing Director, Retail Banking, AmBank (M) Bhd said “We are constantly enhancing our mobile banking app to suit the diverse needs of our customers.

These updates come at the right time as clients migrate to digital interaction as we adapt to the new normal of physical distancing.”

He added that the bank saw an accelerated growth of 61% in the usage of online banking so far this year, versus the same period in 2019. The trend is expected to continue as we introduce more features on the AmOnline app.

“We are delighted to launch improvements that extend more freedom for our customers to address their banking needs at their personal time and space.

It is important for the group to keep introducing advanced features to remain relevant and competitive in the market,” said Datuk Iswaraan Suppiah, Group Chief Operations Officer, AmBank Group.

“All the features that won AmOnline awards as the best mobile banking app in Malaysia are now more intuitive and presented in an engaging design that gives customers more tools to understand and better manage their finances at their fingertips. Apart from the fresh new look, we have made the app faster,” added Datuk Iswaraan.

The new AmOnline boasts a refreshing new design, more intuitive banking journey, with enhanced security features for an overall better experience.

The AmOnline app now has the entire 360° capabilities from allowing customers to open a new account, invest, borrow money, consolidate debt, get a credit card, purchase insurance in an entirely touchless, paperless experience.

Customers can conveniently block a lost card, enable overseas spend on their debit cards, and even seek a temporary credit limit increase on their credit card to tide over an urgency.

The much-appreciated feature that allows customers to search their past payment transactions has been improved too, allowing a past payment transaction to be repeated with a simple swipe.

Get An Exclusive Appreciation Rewards – The Excitement Of Owning The Galaxy Note20!

Samsung Malaysia Electronics is riding high on exhilaration from the launch announcement of its latest Galaxy Note20 smartphone in the market, we are giving away a few exceptional gifts for a limited time.

Wireless Charger Convertible and UV Sterilizer with Wireless Charger worth a total of RM508.

Customers will be receiving a Wireless Charger Convertible and UV Sterilizer with Wireless Charger worth RM508 upon their purchase of Galaxy Note20 series! Customers can redeem these gifts starting from today onwards (based on first come, first served basis).

Redeem a FREE Samsung 50” 4K UHD Smart TV worth RM2,599

Additionally, customers who purchase any Galaxy Note20 smartphone will be entitled to redeem a FREE Samsung 50” 4K UHD Smart TV worth RM2,599 when you register with a Samsung account at https://samsung-redemption.com/customer/#/sasso/MY-gwp-60.

Be among the first 1,200 customers (including pre-order customers) to activate and redeem!

Trade in and save now!

A Galaxy Note20 Trade-Up programme is also available as well, where customers can trade in their existing smartphone for up to RM4,005 (based on selected models and brands) for a new Galaxy Note20 series.

Easy Instalment Plan (EIP)

On top of all the above, don’t miss out the option of enjoying a flexible and convenient easy instalment plan that helps consumers save up to RM433.25 from now to 25 October 2020.

CGC Lancar Tabung Projek Usahawan Bumiputera (TPUB-i) 2.0 Untuk Bantu Kontraktor Bumiputera

Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) telah melancarkan Tabung Projek Usahawan Bumiputera (TPUB-i) 2.0.

Sejak 2009, CGC telah diberikan mandat oleh Bank Negara Malaysia untuk mengurus-selia skim TPUB-i bagi membantu kontraktor-kontraktor Bumiputera.

TPUB-i adalah skim pembiayaan khas untuk kontraktor-kontraktor Bumiputera yang telah mendapat kontrak atau projek dari Kerajaan, Agensi Milik Kerajaan, Syarikat Multi-Nasional atau Syarikat Swasta terpilih.

Skim pembiayaan ini disediakan khas untuk syarikat-syarikat didaftarkan di Malaysia dan yang dimiliki oleh Bumiputera sepenuhnya, yang memerlukan bantuan pembiayaan bagi melaksanakan projek yang telah diluluskan.

TPUB-i menyediakan Pembiayaan Berjangka-i yang berjumlah sehingga RM5 juta untuk tempoh masa sehingga 5 tahun dengan kadar keuntungan pembiayaan serendah 5% setahun (Tertakluk pada terma dan syarat kelulusan skim TPUB-i 2.0).

Sehingga kini, TPUB-i telah membantu hampir 2,000 kontraktor-kontraktor Bumiputera dengan jumlah pembiayaan yang telah diluluskan sebanyak RM1.6 bilion. Kontraktor-kontraktor Bumiputera ini terlibat di dalam pelbagai sektor ekonomi seperti pembinaan, penyelenggaraan, pembekalan dan perkhidmatan.

Bagi mengikuti perubahan dalam sektor ekonomi dan pembiayaan, CGC telah mengorak langkah kehadapan dengan memperkenalkan penambahbaikan kepada skim TPUB-i yang dinamakan TPUB-i 2.0.

Secara umumnya, terdapat 30 ciri-ciri yang telah dipertingkatkan untuk skim TPUB-i yang mana tujuh (7) daripadanya adalah ciri-ciri utama baru skim tersebut.

Ciri-ciri baru TPUB-i 2.0 ini akan mempertingkatkan dan memperkukuhkan mutu dan kualiti skim ini untuk menjadi lebih mesra pasaran dan dapat memberi lebih banyak pilihan pembiayaan kepada kontraktor-kontraktor Bumiputera.

Jika dahulu, kontraktor-kontraktor hanya boleh memohon pembiayaan berjangka, kini dengan penambahbaikan skim, mereka dapat memilih pembiayaan yang bersesuaian dengan keperluan projek, sektor ekonomi dan kondisi perniagaan masing-masing.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CGC, Datuk Mohd Zamree Mohd Ishak berkata, “Pelancaran TPUB-i 2.0 ini selaras dengan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara atau PENJANA untuk membantu usaha pemulihan ekonomi negara yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19 yang diumumkan oleh Perdana Menteri pada 29 Mei 2020.

Ini disusuli dengan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan atau PKPP yang bermula pada 10 Jun 2020 dan dijangka berakhir pada Hari Kebangsaan Negara kita yang akan datang pada 31 Ogos 2020.

PKPP berteraskan tujuh (7) Strategi dan TPUB-i 2.0 memainkan peranan penting di dalam Strategi PKPP yang ke-4 iaitu Pembukaan Sepenuhnya Sektor Ekonomi.”

Untuk bantuan dan maklumat lanjut mengenai TPUB-i 2.0, PKS boleh melayari www.imsme.com.my, hubungi Pusat Khidmat Pelanggan CGC di 03-7880 0088 atau kunjungi mana-mana 16 cawangan CGC di seluruh negara.

Mudah.my’s Merdeka Auto Accessories Sale With Amazing Discounts

Mudah Auto, Malaysia’s No.1 Car Marketplace, part of Mudah.my has introduced a new campaign, Mudah.my’s Merdeka Auto Accessories Sale.

The campaign offers exclusive deals, with at least 15% off ad listing price on car accessories and 10% for motorcycle accessories by the platform’s PRO Niaga Sellers (pro sellers).

This latest campaign from the brand is in line with its ongoing #SupportLokal initiative that encourages Malaysians to support locally owned businesses by aiding them through this challenging period of time.

Mudah kick-started the #SupportLokal initiative with the launch of the Ramadan bersama Mudah in April, which generated 87,000 ad listings from private and professional sellers.

Following that, Malaysia’s Biggest Car Sale campaign launched in June saw over 2,071 participating stores and 9,963 ad listings on the platform. In light of the past campaign’s success, Mudah.my is now aiding Malaysians to purchase auto accessories, at discounted prices.

Understanding the rising costs of auto maintenance and upgrades, Mudah.my is doing their part to support Malaysians by working with its PRO Niaga Sellers. The platform currently has over 9,000 participating ad listings.

“Mudah.my is a proudly Malaysian focused brand that prides itself on democratising commerce by empowering every Malaysian to sell and buy with one another.

Our latest initiative, Mudah.my’s Merdeka Auto Accessories Sale, embodies the Mudah.my spirit as we offer our fellow rakyats a platform to purchase unique items, and in this case, auto accessories at affordable prices,” said Gaurav Bhasin, CEO of Mudah.my.

“The overwhelming success of the previous Malaysia’s Biggest Car Sale had led to the idea of this campaign. There is a constant need for auto accessories and maintenance parts.

However, more often than not, these parts are extremely costly. To help ease the burden for Malaysians, our latest campaign enables our customers to purchase auto accessories at discounted prices.

Furthermore, Mudah’my’s Merdeka Auto Accessories Sale is part of our #SupportLokal initiative that sees Mudah.my as an enabler of micro-businesses, which contribute to a large portion of the country’s GDP,” added Bhasin.

Peter Wong, Head of Mudah Auto adds, “Mudah Auto is proud to be one of the innovative providers within the automotive industry in Malaysia.

Understanding the importance and value of our ringgit especially at this time, Mudah is glad to be able to provide an alternative platform for our customers to purchase new and pre-loved auto accessories ranging from batteries, tyres, speakers, clutch sensors, body kits and many more at great prices.

Mudah.my’s Merdeka Auto Accessories Sale is a campaign that is backed by our PRO NIAGA sellers and we at Mudah.my would like to take this opportunity to thank our dealers for their unwavering support for this campaign and their faith in our #SupportLokal initiative.”

Mudah.my’s Merdeka Auto Accessories Sale commenced on August 17, 2020 all the way through to September 16, 2020. Malaysians are encouraged to head onto Mudah.my’s website or download the Mudah.my app to browse through the selection of auto accessories available.

Proton Mula Eksport Kereta Ke Kenya Secara CKD

Pemasangan tempatan di Kenya akan bantu pembangunan pusat pembuatan automotif tempatan.

PROTON menambah satu nama baru dalam senarai negara eksport apabila menghantar kereta Proton ke Kenya untuk kali pertama baru-baru ini.

Sebanyak 30 buah Proton Saga dihantar secara CKD (pemasagan tempatan) dan akan dipasang oleh syarikat Simba, sebuah konglomerat pelbagai perniagaan yang mempunyai sejarah panjang dalam penjualan dan pengalaman pemasangan di industri automotif.

Pemasangan kereta Proton mendorong aktiviti pembuatan rakyat Kenya PROTON membuat keputusan untuk mengeksport Saga secara CKD setelah perundingan terperinci bersama rakan kongsi di Kenya, Simba.

Kenyan High Commissioner for Malaysia, His Excellency, Francis N. Muhoro (left) received a token from Dato’ Radzaif Mohamed, Deputy CEO of PROTON.

Selain daripada kenderaan pemasangan tempatan membayar cukai yang lebih rendah,
unit CKD juga dijangka akan mendorong pembangunan industri pembuatan automotif Kenya.

“PROTON akan tetap mengukuhkan kedudukan domestik, kami ingin dikenali sebagai pembuat kenderaan antarabangsa. Oleh demikian, produk kami perlu berada di bandar lain seperti Bangkok, Islamabad, Cairo dan kini, Nairobi.

Di peringkat negara, usaha ini akan meningkatkan nilai perdagangan antara Malaysia dan Kenya, and juga menyumbang kepada peningkatan peluang pekerjaan di industri automotif Kenya,” kata Dato’ Radzaif Mohamed, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON.

Francis N. Muhoro has a close look at Proton Saga

Tetamu kehormat bagi majlis pelepasan ini adalah Pesuruhjaya Tinggi Kenya ke Malaysia, Francis N. Muhoro.

Dalam ucapan beliau, Muhoro menerangkan dasar pandang ke Timur yang diamalkan oleh negaranya dan harapan beliau supaya lebih banyak syarikat Malaysia seperti PROTON boleh menerokai peluang pelaburan di Kenya.

“Malaysia dan Kenya kongsi banyak persamaan, dari tanah jajahan ke usaha kami untuk membangunkan negara masing-masing. PROTON bukan saja menjejak ke negara dengan populasi 51 juta orang, tetapi juga pintu masuk ke benua Afrika yang mempunyai pasaran berpotensi sebanyak 1.3 bilion orang.

Oleh itu, saya berharap ini menjadi permulaan kepada lebih banyak perdagangan antara dua negara,” katanya.

Post Menarik