AXA Affin General Insurance Berhad (AXA) mencapai satu lagi kejayaan yang membanggakan dengan menerima anugerah Syarikat Insurans Am Antarabangsa Terbaik – Malaysia dan Produk Insurans Baharu Terbaik – Malaysia untuk tahun ke-5 berturut-turut di Anugerah Perbankan Kewangan dan Insurans Asia 2020.

AXA ialah syarikat insurans pertama dan satu-satunya di Malaysia yang mencapai kejayaan ini di Anugerah Perbankan Kewangan dan Insurans Asia 2020.

Ia meneguhkan lagi reputasi AXA sebagai peneraju pasaran dalam komitmennya untuk melindungi kepentingan pelanggan dengan penyelesaian inovatif dan bertumpukan pelanggan.

 

Penyampaian anugerah diadakan secara maya pada 5 Ogos 2020 oleh Asian Banking and Finance Magazine – penerbitan terkemuka dalam industri perkhidmatan kewangan yang dinamik di Asia.

Anugerah berprestij ini didedikasikan kepada institusi kewangan ternama di Asia. Penerima anugerah dipilih selepas proses pemilihan ketat oleh panel hakim yang terdiri daripada pakar industri.

Dalam sesi temubual digital bersama Tim Charlton, Ketua Editor Anugerah Perbankan Kewangan dan Insurans Asia, Emmanuel Nivet, Ketua Pegawai Eksekutif AXA berkata, “Kami berbesar hati untuk menerima pengiktirafan hebat ini untuk tahun ke-5 berturut-turut.

Ini merupakan bukti prestasi kami dan komitmen kakitangan kami. Terima kasih kepada semua pelanggan, rakan syarikat, ejen dan kakitangan kami – semua ini tidak akan jadi kenyataan tanpa keyakinan dan kepercayaan mereka.”

Kunci kejayaan AXA terletak pada fokusnya dalam melaksanakan strategi Payer-to-Partner, dengan melangkaui hubungan transaksi untuk membina hubungan emosi dengan pelanggan. Dengan menjadikan pelanggan sebagai titik utama strategi, AXA telah melalui transformasi dan mengkaji semula rangkaian nilainya dengan:

• melabur dalam Big Data, AI dan Proses Automasi Robotik untuk bersedia menghadapi dan menjangka keperluan pelanggan secara progresif. 117 robot telah digunakan di seluruh AXA untuk mengautomasikan proses manual, meningkatkan purata masa pemprosesan sebanyak 95% dan membolehkan kakitangannya untuk lebih fokus kepada tugas yang bermakna demi melayani pelanggan dengan lebih baik.

• memanfaatkan teknologi untuk mempermudah urusan pelanggan dengan kami. AXA telah menggunakan portal penjualan dalam talian – AXA Travel and Motor Online yang menawarkan pengalaman “omnichannel” yang berkesan dan memberikan ciri layan diri baru untuk meningkatkan masa pusing balik. Saluran dalam talian telah mencapai pertumbuhan dua digit yang luar biasa hingga meletakkan AXA di kedudukan # 1 dalam penjualan perjalanan dalam talian hari ini.

• meningkatkan tenaga kerjanya untuk memberikan nilai yang lebih besar kepada pelanggan. Salah satu inisiatif utama AXA ialah program AXAPRENEUR yang dilancarkan untuk memesatkan kemampuan dan kemahiran pekerja sebagai persediaan untuk Industri 4.0. Melalui inisiatif ini, pelbagai projek canggih telah dilaksanakan, dengan nilai inovasi berjumlah sebanyak RM8.3 juta.

• melindungi perkara yang penting bagi pelanggan dengan memenuhi keperluan mereka secara progresif melalui penyelesaian produk baharu yang ringkas, mudah, boleh disesuaikan dan berpatutan.

AXA SmartCare Xtra, yang telah memenangi anugerah Produk Insurans Baharu Terbaik – Malaysia, direka untuk memastikan kemampuan insurans perubatan memandangkan kadar inflasi perubatan global dan untuk menutup jurang perlindungan insurans perubatan di kalangan kelas pekerja.

Pelan ini berpatutan, boleh disesuaikan dan membenarkan pekerja korporat untuk mengekalkan dan menambah insurans perubatan majikan mereka untuk mematuhi keperluan dan bajet perubatan mereka.

Manfaat unik ini melindungi mereka daripada kenaikan kos perubatan dan membolehkan mereka menikmati ketenangan fikiran dan kestabilan yang berterusan walaupun mengubah kerjaya.