Samsung Malaysia has just announced the availability of the much-awaited epic Galaxy S21 series in Malaysia today!
Moreover, our Authorised Partners are excited to give away exceptional gifts and telco plans when you purchase the Galaxy S21 series for a limited time period, from 29th January to 28thFebruary 2021!
Start the New Year with an infinite epic journey together with the Galaxy S21 series.
For more details on the promotion from the selected Samsung Authorised Partners, check-out the list below:
No
Samsung Authorised Partners
Launch Promo[1]
1
Maxis
Get the postpaid plan with a share line on Maxis Postpaid 188 to own an epic smartphone – Galaxy S21 series at RM1 only.
With no upfront payments and 24 months interest-free instalment plans, customers can now own the latest Galaxy S21 series with PhoneFreedom 365 starting from RM218 / month together with a complimentary 365 Digi Shield protection!
It is easy to own a Galaxy S21 series from RM79/month with Celcom EasyPhone. Customers can also receive a complimentary Galaxy Fit2, Smart Tag and Wireless Charger Trio worth a total of RM697.
Purchase your Galaxy S21 series starting from RM109/month with UPackage instalment plan to enjoy 0% interest up to 24 month. Not only that, customer can receive a Galaxy Fit2, Galaxy SmartTag and Wireless Charger Trio worth a total of RM697!
Eligible to receive a Galaxy Fit2, Galaxy SmartTag, Wireless Charger Trio and Thule Outset 22 Litre Backpack worth a total of RM1,046 upon purchase of any Galaxy S21 series.
Customers who purchase any Galaxy S21 series at Senheng or SenQ will be entitled to receive a free Galaxy Fit2, Galaxy SmartTag, Wireless Charger Trio worth a total of RM697, together with exclusive deals for P1 member!
Be rewarded with a Galaxy Fit2, Galaxy SmartTag, Wireless Charger Trio and additional 1-year extended warranty worth a total of RM1,200 upon purchase of any Galaxy S21 series.
UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) secara rasmi melancarkan Toyota Innova 2021 dengan beberapa peningkatan dari segi penampilan serta tambahan sistem keselamatan yang ditawarkan sebagai ciri standard.
Seperti sebelumnya, Innova baru ini ditawarkan dalam tiga varian dengan harga anggaran seperti berikut:
Toyota Innova 2.0X — dari RM129,677 Toyota Innova 2.0G — dari RM121,483 Toyota innova 2.0E — dari RM111,622
Terdapat enam warna luaran sebagai pilihan; Medium Silver Metallic, Attitude Black Mica, Phantom Brown, Silver Metallic, Super White II dan Bronze Mica Metallic (baru). Bagi Innova 2.0X, ada satu warna tambahan lain iaitu Crimson Spark Red Metallic.
Perubahan kecil telah dilakukan ke atas Innova 2021 untuk menjadikan penampilannya lebih segar. Grilnya kini mempunyai tema krom dan hitam, sementara cermin sisi diberikan perumah krom agar lebih kemas. Lampu kabus dan rekaan dalamnya direka semula untuk menjadikan wajah depan model ini lebih menonjol.
Pakej Enhancement disertakan pada Innova 2.0X. Pakej eksklusif ini merangkumi rekaan baru pada pelapik lengkung tayarnya untuk memberikan perlindungan pada bahagian badan, begitu juga pelapik sisi badan baru serta skirting sisi rekaan baru untuk memberikan sentuhan lebih sporty.
Di belakang, kemasan di pintu telah diberikan penggayaan baru untuk memberikan kesan visual yang lebih lebar, sementara spoiler pada bumbungnya (hanya pada Innova 2.0X) juga diprofilkan semula untuk memperbaiki aerodinamik.
Perincian rim masih dikekalkan, dengan Innova 2.0X dilengkapi rim aloi 17-inci dengan penyudah warna Dark Grey Metallic dan dibaluti tayar bersaiz 215/55R17. Bagi Innova 2.0G dan 2.0E, rim aloi yang digunakan bersaiz 16-inci yang lebih segar dengan warna dua-tona dan tayar 205/65R16.
Kedua-dua Innova 2.0X dan 2.0G datang dengan meter Optitron berkualiti tinggi pada panel instrumennya, menjadikan paparan lebih jelas dan mudah dilihat dalam semua keadaan.
Paparan Multi Information Display (MID) 4.2-inci juga tersedia, untuk maklumat pemanduan lain seperti baki minyak dan sebagainya.
Bagi memenuhi maklum balas pelanggan pula, lebih banyak slot pengecas USB disediakan kali ini. Di depan, terdapat dua slot berkenaan diposisikan semula pada bahagian papan pemuka (dahulu di konsol tengah) dengan satu slot tambahan untuk kerusi barisan ketiga.
Semuanya datang dengan ciri pengecasan pantas bagi peranti yang serasi dengannya. Sebagai tambahan, pengecas tanpa wayar turut disediakan di konsol tengah, sebagai ciri pilihan untuk semua varian.
Bagi tahun 2021, beberapa ciri tambahan lain turut diperkenalkan, bertujuan untuk meningkatkan perhatian pemandu terhadap persekitaran serta menambah baik aspek keselamatan.
Blind Spot Monitor
Pertama, Peninjau Titik Buta (BSM) dengan Amaran Lintasan Trafik di Belakang (RCTA) kini standard pada Innova 2.0X dan 2.0G dan ditawarkan sebagai pilihan bagi varian 2.0E.
Sistem ini menggunakan sensor pada badan dan bampar kenderaan untuk mengesan kenderaan lain yang berada di titik buta atau berdekatan, dari segenap sisi mahupun ketika mengundur dari ruang letak kereta.
Turut melengkapi Innova 2.0X dan 2.0G ialah Peninjau Pandangan Panoramik (PVM). Ciri ini menggunakan kamera di badan kenderaan untuk mendapatkan imej sekeliling 360-darjah.
Pemandu boleh memanfaatkan ciri ini untuk meninjau persekitaran kenderaan dan menghindar sekiranya ada halangan. PVM sangat berguna untuk memerhati ruang letak kenderaan yang sempit.
Semua varian Innova dilengkapi tujuh beg udara SRS dan semua tempat duduk barisan ketiga mempunyai tali keledar 3-titik dengan regangan automatik.
Selain itu, ABS dengan Agihan Daya Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA) serta Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC) dan Kawalan Bantuan Mula Mendaki (HAC) juga standard.
Kelengkapan keselamatan yang menyeluruh ini telah membolehkan Innova menerima penarafan maksimum 5-bintang ASEAN NCAP.
Turut menyumbang kepada hal ini ialah struktur badan kukuh yang tahan terhadap hentaman dan mampu menyerap tenaga dengan baik untuk meminimumkan kecederaan penumpang sekiranya berlaku kemalangan.
Selain sistem keselamatan elektronik yang ada, satu lagi perkara yang melegakan untuk pemilik ialah pemasangan Sistem Telematik Kenderaan Toyota (VTS) sebagai ciri standard bagi varian Innova 2.0X dan 2.0G, manakala pilihan untuk 2.0E.
Sistem ini membolehkan kenderaan dijejaki menggunakan teknologi GPS dan GSM. Sekiranya kenderaan dicuri, Pusat Kawalan VTS boleh mengenal pasti kedudukannya dengan segera dan memaklumkan terus pihak berkuasa untuk tindakan pantas.
Innova juga terus menggunakan enjin yang sama, iaitu 2.0 liter DOHC empat-silinder 16-injap VVT- i petrol yang cekap bahan api dan kaya dengan tork tahap pertengahan.
Dengan pembakaran yang lebih cekap ini, unit berkenaan menghasilkan 139 PS pada 5,600 rpm dan 183 Nm tork pada 4,000 rpm yang dihantar ke roda belakang. Semua varian menggunakan transmisi automatik Super ECT elektronik enam-kelajuan.
Juga sama seperti semua model lain keluaran UMWT, Innova diberikan jaminan lima-tahun tanpa had perbatuan, tertakluk kepada terma dan syarat.
Pelanggan boleh mendekati dan memandu uji model ini di semua bilik pameran rasmi Toyota seluruh negara. Lokasi terperinci bilik pameran berkenaan boleh diketahui melalui www.toyota.com.my atau hubungi talian bebas tol Toyota 1800-8-TOYOTA (869682).
Kesatuan Kebangsaan Wartawan Semenanjung Malaysia (NUJM) menggesa kerajaan agar memberi perhatian kepada cabaran getir yang dihadapi oleh petugas media Malaysia yang kini berdepan cabaran bertugas dalam pandemik COVID-19.
Malah, sebahagian besar bekas kakitangan industri media berdepan nasib yang lebih malang apabila diberhentikan sejak tahun 2019 lagi.
Presiden NUJM, Farah Marshita Abdul Patah berkata, dianggarkan lebih 3,000 kakitangan dalam industri media telah diberhentikan secara berperingkat sejak 2019 disebabkan oleh faktor kelembapan industri dan kesan pendemik COVID-19 yang berterusan.
“Lebih sukar, ada juga bekas kakitangan media yang diberhentikan tanpa sebarang pampasan disebabkan penutupan operasi secara mengejut. Sebahagian besar daripada mereka berdepan dengan situasi yang amat mencabar dalam mencari pekerjaan baharu disebabkan keadaan ekonomi yang tidak menentu.
“Bagi bekas pekerja yang menerima pampasan daripada majikan, kebanyakan daripada mereka telah menceburi pelbagai bidang perniagaan untuk meneruskan kelangsungan hidup, namun pandemik yang berlarutan sejak 2019 telah memberi kesan besar kepada perniagaan mereka yang baru bertatih di pasaran,” katanya dalam kenyataan.
Malah, Industri media dilihat terus suram untuk beberapa tahun akan datang dan perkembangan itu bukan sahaja memadam hasrat bekas kakitangan media ini untuk kembali berkhidmat di dalam industri ini, malah turut mematikan semangat warga media yang masih bertugas dalam industri.
Dalam membuat liputan sepanjang penularan COVID-19, petugas media juga seolah diketepikan, sama ada daripada segi kebajikan mahupun keselamatan.
Tiada peruntukan khas bagi membeli peralatan keselamatan, pemeriksaan kesihatan mahupun elaun perubatan diberikan kepada petugas media dalam membuat liputan seharian terutama di tempat- tempat berisiko.
Gambar Hiasan
Pihak NUJM berharap agar kerajaan dapat merangka program khas yang dapat membantu dan meringankan beban yang dihadapi petugas media dan bekas kakitangan industri ini dengan segera berikutan pengumuman Proklamasi Darurat sehingga Ogos tahun ini dilihat akan terus memberi tekanan kepada pemulihan industri ini.
“NUJM mencadangkan program-program yang berkonsepkan ‘upskilling’ dan ‘resklilling’, pembangunan usahawan digital, latihan pengurusan perniagaan & kewangan dan pelbagai program-program lain yang boleh memberi nilai tambah kepada mereka untuk terus bersaing dalam pasaran kerja serta perniagaan yang diceburi.
Selain itu, NUJM turut mencadangkan penubuhan tabung bencana bagi membantu petugas media yang ditimpa kemalangan ketika bertugas selain membolehkan bantuan kecemasan dihulurkan dengan kadar segera.
“Dalam situasi semasa yang cukup mencabar ini, bantuan dan sokongan daripada kerajaan amat dihargai serta dialu-alukan untuk membantu bukan sahaja ahli NUJM tetapi industri media secara menyeluruh,” katanya.
Sehubungan itu, NUJM bersedia untuk mengadakan perbincangan dengan pihak kementerian bagi merealisasikan harapan untuk memastikan kebajikan petugas media terjaga.
Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) menggesa para penerima faedahnya untuk segera menguasai pengetahuan dan kemahiran yang sesuai ketika teknologi pintar sedang mengambil alih setiap aspek kehidupan manusia.
Automasi, susulan pandemik COVID-19, mewujudkan senario ‘gangguan berganda’ kepada pencari kerja pada masa hadapan.
Timbul persoalan sama ada pekerjaan profesional masih relevan kerana syarikat akan mengurangkan tenaga kerja sepenuh masa apabila penggunaan sistem teknologi robotik atau mesin secara beransur-ansur akan mengambil alih tugas termasuk bidang pekerjaan profesional.
Yayasan Peneraju scholars
Menurut laporan World Economic Forum (“WEF”), menjelang tahun 2025, automasi dan
pembahagian kerja baru antara manusia dan mesin akan mengganggu 85 juta pekerjaan di seluruh dunia dalam sektor perniagaan sederhana dan besar melibatkan 15 industri dan 26 negara.
Bercakap pada Forum Maya Peneraju Profesional Finance, Banking and Investment (FBI) 2021 baru-baru ini, yang dianjurkan bersama oleh Yayasan Peneraju dan Efficient Frontier Consulting (EFC), Mohd Muzzammil Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju berkata modal insan di kalangan belia perlu dilatih dan ditambah baik agar mereka menjadi lebih cekap dan berpengetahuan.
“Pada masa sekarang, kemahiran teknologi menjadi sebahagian daripada keperluan kerja dan ia berlaku di seluruh dunia. Bumiputera yang mempunyai kemahiran khusus dalam bidang teknologi mempunyai kelebihan untuk mendapat pekerjaan terutama dalam masa sukar kerana kebanyakan industri telah mempercepat penggunaan digitalisasi dalam operasi mereka.
“Para penerima manfaat kami harus bersiap sedia menerima hakikat di mana terdapat pekerjaan yang mungkin tidak lagi diperlukan pada masa hadapan. Penting untuk mereka terus bangkit dan mengasah semula kemahiran mereka bagi menangani perubahan tersebut,” katanya.
Mohd Muzzammil Ismail, CEO Yayasan Peneraju delivery his speech at the virtual FBI Forum
Menurut WEF, lebih daripada 50 peratus majikan yang dikaji mengatakan mereka berharap dapat mempercepat penggunaan automasi untuk mengambil alih beberapa tugas di syarikat mereka, sementara 43 peratus merasakan mereka lebih cenderung untuk memberhentikan pekerja di seluruh dunia disebabkan kemajuan teknologi.
“Pandemik COVID-19 telah mempercepat penerapan teknologi baru ketika kebanyakkan organisasi sedang berusaha untuk mengurangkan perbelanjaan dan menyesuaikan diri dengan cara kerja baru, sehingga memberikan ancaman berkali ganda kepada pekerja, sama ada disebabkan oleh keputusan untuk mempercepatkan penggunaan automasi atau pemberhentian operasi disebabkan kemelesetan akibat dari COVID- 19.
“Sepertimana sekarang, dengan peningkatan bilangan penganggur dari kalangan graduan dari tahun ke tahun yang didorong oleh keperluan majikan yang telah berubah dan penggunaan automasi yang telah mengambil alih tugas manusia, tiada yang dapat memastikan apa yang akan terjadi kepada generasi milenial dan graduan pada masa hadapan.
“Milenial perlu pantas mengikuti perkembangan terkini teknologi pintar dan menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku dan terus meningkatkan kemahiran mereka kerana kebanyakan syarikat kini cenderung untuk memilih tenaga kerja yang mampu bertahan dan menyesuaikan diri dalam apa jua senario ekonomi,” katanya.
Forum Maya Peneraju Profesional FBI dihadiri lebih daripada 400 peserta termasuk para penerima manfaat Yayasan Peneraju sedia ada dan baharu dari program Peneraju Profesional Chartered Financial Analyst (CFA), program Peneraju Profesional Financial Risk Managers (FRM), dan 4 program baharu iaitu Pengamal & Penasihat Syariah Bertauliah (Certified Shariah Advisor & Practitioner), Jurubank Bertauliah (Chartered Banker), Juruaudit Dalaman Bertauliah (Certified Internal Auditor), dan Pemasar Digital (Chartered Institute of Marketing Professional Digital Marketeer).
Turut serta adalah para penerima faedah Peneraju Tunas yang berhasrat untuk mengikuti bidang profesional berkaitan pada masa akan datang.
Pada masa ini, Malaysia berdepan kekurangan bilangan CFA dan FRM, dengan hanya 800
pemegang tauliah CFA dan 93 FRM berdaftar, dan hanya 115 dan 15 daripadanya adalah
Bumiputera.
“Meningkatkan modal insan melalui kurikulum dan pembelajaran yang relevan sangat penting. Yayasan Peneraju, bersama badan penasihat kami, rakan industri, rakan program dan institusi pengajian sentiasa memastikan program kami sentiasa relevan dengan modul terkini.
“Aspirasi kami adalah untuk menjadi pemain utama dalam menyediakan modal insan yang berdaya saing ke dalam industri Malaysia yang akan membantu meningkatkan pasaran eksport dan mengurangkan pergantungan import negara, seterusnya menyumbang kepada pendapatan negara.
“Yayasan Peneraju selalu menekankan untuk melahirkan generasi akan datang yang serba lengkap dan bersedia untuk menyumbang kepada sosio-ekonomi negara kita,” katanya dalam kenyataan di sini.
Pakar industri dan profesional pelaburan dijemput sebagai penceramah di forum tersebut termasuk Datuk Dr Mohd Daud Bakar, Pengasas & Pengerusi, Amanie Group dan Pengerusi, Majlis Penasihat Syariah, Bank Negara Malaysia, yang berkongsi pandangan mengenai ‘Naratif Baru Kewangan Islam’.
Beliau menggesa perlunya naratif baru dalam Perbankan Islam dengan mengintegrasikannya dengan teknologi pintar agar sesuai dengan jangkaan perbankan moden baru dan menjadikannya lebih bergaya dan menjadi ikutan.
Regina Rahim, Pengarah Urusan Nomura Asset Management berkongsi gambaran ringkas mengenai “Prospek Pasaran dan Ekonomi” dan menyeru para penganalisis masa hadapan untuk mempertingkat kelayakan mereka, mengembangkan kemahiran, idea, menjadi inovatif dan menerima perubahan.
Penceramah lain ialah Farid Basir, Pengasas Potenxia, Naib Presiden, Persekutuan Majikan
Malaysia (Malaysian Employer Federation) & Mantan Ketua Pegawai Modal Insan, Telekom Malaysia dan Dr Abdullah Jalil, Pensyarah Kanan, Universiti Sains Islam Malaysia dan Pengerusi Jawatankuasa Syariah, PruBSN Takaful.
Yayasan Peneraju, sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri, telah diberi mandat untuk meningkatkan kualiti, kuantiti dan kesesuaian bakat bumiputera dalam ekonomi berpendapatan tinggi melalui program pensijilan akademik, vokasional, profesional dan pakar.
Ia telah memupuk dan membangunkan lebih daripada 35,000 modal insan terutama golongan belia dalam pelbagai bidang melalui 261 program pembiayaannya, mengagihkan jumlah peruntukan sebanyak RM716 juta sejak ditubuhkan sembilan tahun lalu.
Maklumat mengenai penawaran program pembiayaan Yayasan Peneraju boleh didapati di www.yayasanpeneraju.com.my.
Naza Italia-Maserati announced today that it has brought in a special edition Levante S GranSport SUV featuring Ermenegildo Zegna interior, which is a visionary woven leather textile named PELLETESSUTA™, made exclusively for selected Maserati vehicles.
This collaboration between the two iconic Italian brands is not new given their shared passion for traditional craftsmanship as well as innovative design ideas.
Born of old-world Italian traditions and today’s innovative technology, PELLETESSUTA™ is a result of years of research, which developed the ingenious use of thin Nappa leather strips, replacing conventional fabric yarn, while following the traditional method of weaving to create an ultra-luxurious “fabric” that is lightweight, soft and enduring.
Levante Zegna Pelletessuta Interior Badge
“Like Maserati, the PELLETESSUTA™ by Ermenegildo Zegna combines new avant-garde
technologies with century-old craftmanship to create innovation. It comes to life in the Maserati Levante S GranSport to heighten the experience for both driver and passenger, while exquisitely complementing its luxurious, race-inspired performance,” said Dato’ Nik Hamdam, Group Chief Executive Officer (CEO), Automotive Group, Naza Corporation Holdings.
For the first time in the history of Maserati-Zegna partnership, the customisation has been
extended to also include the GranSport trims of the Maserati range, expanding the possibilities for personalisation.
The special edition Levante S GranSport features an exclusive bronzo tri-coat exterior colour; stunning Black PELLETESSUTA™ interior with exclusive Radica wood trim with the words “Ermenegildo Zegna PELLETESSUTA”; black brake calipers; and 21” polished Helios rims – an especially sophisticated combination for this SUV.
The exterior colour is also available in Blue Nobile tri-coat paint, as an alternative to esteemed clients.
Additionally, customers can expect mechanical similarities between this special edition Levante and the Levante S:
Twin-turbo V6 engine of 430 hp, designed by Maserati Powertrain and built at the Ferrari’s Maranello plant exclusively for Maserati;
6-piston Brembo Dual Cast braking system guarantees excellent braking performances;
Fully equipped with an impressively comprehensive range of Advanced Driving Assistance Systems (ADAS) with more active functions, whilst retaining the razor-sharp steering feel symbolic of any Maserati. These functions include Integrated Vehicle Control, Forward Collision Warning, Traffic Sign Recognition, Surround View Camera, Highway Assist
System, Lane Keeping Assist and Active Blind Spot Assist.
The standard outfit is completed by the Bowers&Wilkins premium surround sound system, full GranSport body kit, Sport seats and full-LED Matrix adaptive headlights.
Levante Zegna Pelletessuta Exterior Black Calipers
Only five (5) Levante S GranSport Zegna PELLETESSUTA™ will be available for Malaysia.
Each unit enters the Malaysian market at the starting price of RM838,800.00 (inclusive of local taxes and duties).
The price includes 3 years Standard Warranty coverage with no mileage restriction plus a Free maintenance programme of 3 years/60,000 km whichever comes first (Inclusive of *Maserati Premium Service Plus of 3 years/60,000 km).
What is so special about PELLETESSUTA™?
PELLETESSUTA™ is a soft and supple material woven from 2-mm micro-strands of nappa
leather.
Lightweight and elastic, it is perfect for upholstery on seats, door panels and dashboard
fascia.
The nappa leather strands are produced in an elaborate process and are then woven on
special machines. Five metres of nappa leather produce one metre of PELLETESSUTA™.
Quality is monitored throughout the manufacturing process. Only perfection will do.
The second time’s the charm
Bound by the belief that luxury and craftsmanship must be intrinsic in all that bears their
name, Maserati and Ermenegildo Zegna share an enthusiasm for artistry and quality.
The first collaboration of these two iconic Italian brands brought exceptional Zegna Mulberry Silk inserts into the interiors of Ghibli, Levante and Quattroporte GranLusso models.
Delivering a tailored environment of opulence, this initial offering inspired the brands to join forces once again.
About Ermenegildo Zegna
The bond between Zegna and Maserati grows stronger with each passing year, in no small part due to the historical similarities of the two brands.
The Ermenegildo Zegna Group is one of the most distinguished businesses in all of Italy.
Founded back in 1910 in Trivero, in the Biellese Alps, by a young entrepreneur named
Ermenegildo, whose vision was to ethically produce the most sumptuous fabrics in the
world by means of innovation and the utilization of the best luxury fibres, sourced directly in their countries of origin, the company is currently guided by the fourth generation of the
Zegna family.
The Group, which since the late 80’s has been implementing a strategy of vertical integration, has created a global luxury brand which currently offers fabrics, clothing and accessories. Today there are 504 single-label stores in over 100 countries, of which 272 are company-owned.
Hanya senipis 17.9 mm dan seberat 1.41kg, Acer TravelMate P4 sememangnya padat dengan kuasa dan menawarkan jangka hayat bateri sehingga 15.5 jam yang hadir dalam kerangka semi-besi tahan lasak
Sepanjang tahun 2020, ramai pemilik perniagaan telah mendigitalisasikan operasi mereka bagi membolehkan pekerja mereka bekerja di luar pejabat.
Selari dengan keperluan itu, Acer Malaysia hari ini memperkenalkan Acer TravelMate P4 yang menawarkan keseimbangan di antara prestasi dan ketahanan bersama pelbagai ciri perniagaan yang penting.
Direka dengan memberi keutamaan kepada golongan profesional dan pengendali perniagaan, komputer riba gred perniagaan Acer TravelMate P4 merangkumkan segala kuasa serta menawarkan jangka hayat bateri sehingga 15.5 jam ke dalam kerangka semi-besi tahan lasak senipis 17.9mm dengan berat cuma 1.41 kg.
Dikuasakan oleh pemproses Intel® CoreTM Generasi ke-11 dengan RAM 8GB dan SSD super pantas M.2 PCIe 512GB, Acer TravelMate P4 juga menyediakan ruang naik taraf untuk keperluan pengguna pada masa akan datang.
Memandangkan panggilan persidangan video sudah menjadi satu rutin harian, Acer melengkapkan paparan FHD IPS bersaiz 14 inci TravelMate P4 dengan kamera 720p HD HDR sebagai standard.
Ia dilengkapi dengan penutup kamera untuk menutup lensa dan melindungi privasi ketika kamera tidak digunakan. Bagi memastikan kualiti mesyuarat maya yang berkualiti, ia juga dilengkapi teknologi Intel Wi-Fi 6 (802.11ax) yang menawarkan pengalaman tanpa wayar lebih lancar, sehingga tiga kali lebih pantas berbanding Wi-Fi 5 standard.
Dibina untuk mematuhi standard MIL-STD-810G, komputer riba ini sedia untuk menjadi rakan sekerja yang tahan lasak di mana-mana sahaja.
Acer TravelMate P4 membuktikan keupayaan dirinya melalui pelbagai ujian seperti dijatuhkan dari ketinggian 122cm ke atas pelbagai bahagian kerangka, tahan hujan, kelembapan dan suhu melampau.
Ia juga menampilkan tahap perlindungan cakera keras Trusted Platform Module (TPM) 2.0 untuk pengesahan selamat demi melindungi data syarikat, terutama ketika bekerja di luar pejabat.
Ciri-ciri keselamatan lain termasuklah pengimbas cap jari pada butang kuasa serta Windows Hello untuk akses yang mudah dan selamat bagi membuka peranti dengan hanya satu sentuhan jari atau memandang pada kamera.
Papan pemuka dengan lampu latar membolehkan pengguna meningkatkan produktiviti, walaupun ketika berada di kawasan lampu yang malap.
Bukan itu sahaja, Acer TravelMate P4 hadir dengan satu port USB Type-C yang menyokong pemindahan data sehingga 10Gbps, DisplayPort dan DC-in untuk mengecaj komputer riba ini.
Sudah boleh didapati di semua stor dalam talian rasmi dan penjual sah Acer di seluruh negara, rakan kerja Acer TravelMate P4 yang boleh dipercayai ini didatangkan dalam dua varian, dengan pemproses Intel® CoreTM i7 Generasi ke- 11 dan Intel® CoreTM i5 pada harga RM4,999 dan RM4,099.
Pelanggan yang membeli Acer TravelMate P4 atau produk Acer terpilih mulai 1 Januari hingga 31 Mac 2021 layak untuk menebus kredit Touch ‘n Go eWallet atau Boost eWallet sebanyak RM80 menerusi http://bit.ly/3sUJdRF.
Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Acer Malaysia @MyAcer atau hubungi Infoline Produk Acer di talian 1800-88-1288 (9 pagi – 6 petang, Isnin hingga Jumaat) atau email [email protected].
Samsung baru-baru ini telah melancarkan tiga peranti mercu sebagai pembuka tirai tahun 2021 menerusi siri Galaxy S21. Tiga variasi yang diperkenalkan iaitu Galaxy S21 5G, Galaxy S21+ 5G dan Galaxy S21 Ultra.
Kelebihan ketiga-tiga peranti mercu ini ialah ia pertama kali dilengkapi dengan cip Exynos 2100 dan hadir menerusi rekaan bonggol kamera yang unik berbanding model S20 (cip Exynos 990) yang dilancarkan pada tahun lalu.
Prebiu.com yang diberi peluang untuk menguji peranti terbaharu Samsung Galaxy S21 5G ini secara keseluruhannya amat tertarik dengan rekaan kameranya yang kelihatan berbeza berbanding peranti keluaran terdahulu.
Mungkin ada sisi tertentu yang mahu ditonjolkan gergasi pengeluar telefon pintar dari Korea Selatan supaya pengguna akan lebih tertumpu atau fokus diberikan kepada rekaan kamera berbanding ciri dalamannya.
Manakan tidaknya sekarang hampir semua pengguna telefon pintar mahu kualiti gambar yang terhasil daripada setiap petikan gambar memberikan kepuasan apabila dimuat naik ke laman sosial kegemaran mereka.
Melihat kepada warna Putih Phantom yang diberikan ini, peranti ini kelihatan cukup premium dan selesa dipegang disebabkan rekaan badannya yang tidak begitu licin tetapi sedikit kesat.
Ini kerana S21 ini menggunakan panel polikarbonat ‘glastik’ yang tahan lasak dan hasilnya permukaan belakangnya tidak meninggalkan kesan cap jari dan licin berbanding model terdahulu S20.
Menerusi model S21, rekaan baharu “Contour Cut Design” diperkenalkan yang mana rekaan badan peranti ini dilihat bercantum dengan bahagian bingkai kamera.
Skrin pada peranti ini juga rata dan tiada kesan lengkung seakan ‘edge’ manakala rekaan bezel yang lebih nipis untuk kawalan bunyi dan butang buka masih kekal di sebelah kanan.
Slot untuk kad sim pula dipindahkan ke bahagian bawah berbanding S20 diletakkan di atas. Slot kad sim pula mempunyai ciri dua slot iaitu di atas dan di bawah tetapi tiada ruang untuk slot kad mikro-SD untuk storan tambahan.
Rekaan Kamera Unik
Rekaan paling ketara ialah kedudukan kamera belakang yang lebih menonjol seakan ‘dibalut’ dengan satu bingkai yang bercantum dengan badannya sekali gus tampil kelainan berbanding peranti sedia ada di pasaran sekarang.
Walaupun bonggol kamera model S21 ini kelihatan besar daripada kebiasaannya, namun ia tidak terlalu tebal dan nampak kemas selain tidak terlalu tertonjol berbanding model ‘abangnya’ seperti S21+ dan S21 Ultra.
Kedudukan semua lensa kamera disusun rata dan lampu LED flash pula diletak di luar kotak bonggol kamera, mungkin tidak mahu mengganggu bingkai kamera.
Bagaimanapun, jika flash dipasang untuk tujuan sebagai lampu suluh, cahayanya agak terhalang sedikit akibat bingkai pada kamera berkenaan.
Bagi penulis, rekaan luaran semua telefon pintar hampir sama cuma membezakannya hanya ‘enjin’ dan spesifikasi yang ditawarkan. Tentu sekali jurutera Samsung sudah melakukan terbaik untuk menghasilkan peranti mercu S21 ini setanding dengan harganya hampir mencecah RM4,000.
Ciri kamera dipertingkatkan
Samsung Galaxy S21 dilengkapi ciri tri-kamera belakang gabungan 12MP + 12MP + 64MP, sementara kamera swafoto 10MP (MegaPiksel). Konfigurasi kamera pada Galaxy S21 5G adalah sama dengan S20 pada tahun lalu.
Kamera swafoto pula 10 MP dan paling penting ialah kuasa bateri 4000 mAh cukup besar bagi mereka yang aktif di media sosial.
Bagaimanapun, sedikit penambahbaikan pada ciri dan prestasi seperti ciri baharu ‘Director’s View’ atau Mod Pengarah yang mana anda boleh membuat ulasan secara langsung menggunakan lensa kamera belakang secara terus tanpa menggunakan mod selfie.
Apa yang menarik dengan ciri Mod Pengarah ini ialah, skrin hadapan kamera boleh dipisahkan mengikut tiga pilihan sama ada 50:50 atau skrin kecil di sisi dan skrin penuh.
Jika dahulu, mod Live Focus digunakan untuk mengambil gambar bercirikan in-depth (latar belakang kabur), ciri itu kini digantikan dengan mod Potrait yang menawarkan lebih banyak pilihan kualiti gambar seperti Blur, Studio, High-Key Mono, Low-Key Mono, Backdrop dan Colour Point.
Apa yang penting ialah hasil gambar kamera peranti ini cantik dan terang manakala mod potret yang kelihatan lebih pantas untuk diproses sambil kualiti yang pengguna Samsung kenali. Warna yang cukup tajam, butiran yang baik serta tangkapan yang pantas
Satu lagi ciri menarik pada peranti ini ialah rakaman video dalam kualiti 8K, iaitu resolusi paling tinggi dalam satu-satu telefon pintar menjadikan kualiti videonya lebih berkualiti berbanding di panggung wayang.
Dengan kualiti 8K 24 frame per saat (fps), setiap vlog dan memori yang diambil boleh direkod, dimuat naik dan ditonton terus ke laman YouTube.
Lagi satu, apabila anda boleh menjadikan rakaman video itu sebagai album gambar berkualiti 33MP menggunakan ciri 8K Video Snap.
Spesifikasi
Samsung Galaxy S21 hadir dengan skrin bersaiz 6.2-inci FHD+ Dynamic AMOLED 2x, dijana cip Exynos 2100, memori 8GB RAM, storan sehingga 256GB, dan bateri 4000mAh.
Kapasiti storan adalah yang terbesar diberikan iaitu 256GB dan atas sebab itu tiada kemudahan untuk tambahan slot kad storan disediakan untuk model S21 ini.
Selain itu, skrin peranti ini mampu memberikan kadar semula di antara 40-120Hz bergantung kepada aplikasi bagi mengurangkan penggunaan bateri.
Melihat kepada ciri pengimbas cap jari pula, kawasan imbasan kini 1.7 kali lebih besar dan imbasan adalah 50X lebih pantas.
Daripada segi sambungan selular pula, rangkaian 5G Sub 6 boleh digunakan. Ciri ini dilihat terlalu ke hadapan sedangkan rangkaian 5G di Malaysia ketika ini hanya pada sambungan WiFi dan belumpun meluas digunakan untuk telefon pintar.
Sebagaimana ciri model terdahulu, peranti S21 turut dilengkapi pembesar suara Dolby Atmos, WiFi 6E, Bluetooth 5.1 dan kemampuan kalis air IP68.
Bagi peranti S21 kali ini, Samsung tidak membekalkan kepala pengecas dan fon kepala bagi setiap pembelian tetapi hanya wayar yang menyokong pengecasan pantas 25W.
Kesimpulan
Jika anda seorang yang mementingkan penampilan dan mahukan keseronokan dalam memiliki telefon pintar, Samsung S21 5G adalah pilihan tepat kerana ciri baharu yang ditampilkan kali ini lebih menyeronokkan.
Setiap penambahbaikan yang dilakukan pada peranti seberat 171 gram ini memberikan kelebihan kepada anda yang memerlukan satu peranti untuk kegunaan harian, cekap dan pantas daripada segi pemprosesan.
Dengan cip Exynos 2100 5nm, dan kamera utama 64MP sudah cukup memadai walaupun rekaan badannya menggunakan panel polikarbonat ‘glastik’ yang lebih ringan dan tidak membebankan kocek seluar anda atau tidak lenguh apabila mahu berbual panjang dengan rakan.
Cuma pada kali ini, pembelian set Samsung S21 ini tidak disertakan dengan pengecas dan fon telinga dalam kotaknya selain tiada sokongan kad mikro-SD tetapi diberikan kapasiti storan sebesar 256GB.
Selain itu, sedikit kelemahan yang penulis alami ialah peranti ini juga menjadi memanas apabila menggunakan kamera dalam masa lama dan masalah sama juga pernah dialami pada model Samsung S20 yang lalu. Diharapkan ciri ini boleh diperbaiki pada model-model akan datang.
Ciri menarik lain ialah Samsung S21 ini dipadankan dengan fungsi kalis air IP68 yang mampu bertahan sehingga kedalaman 1.5 meter untuk tempoh sehingga 30 minit namun dinasihatkan tidak menggunakan telefon ini di kolam atau pantai.
Pengerusi NGO Antarabangsa yang juga penasihat beberapa pertubuhan NGO Malaysia menasihatkan orang ramai agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh kerajaan bagi memutuskan rangkaian wabak COVID-19 di negara ini.
Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican berkata, ketika ini virus COVID-19 berada di mana-mana dan jumlah mereka yang dijangkiti semakin meningkat setiap hari sehingga mencecah lebih 3,000 kes setiap hari.
“Penularan wabak ini begitu cepat berlaku dan marilah kita bersama-sama membantu kerajaan melandaikan geraf penyakit ini.
“Kita juga harus melihat pengorbanan besar kakitangan Kementerian Kesihatan, doktor, jururawat dan petugas barisan hadapan termasuk polis, RELA, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan agensi lain bertugas sepanjang masa,” katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata, tidak terkecuali anggota dan pihak berkuasa yang bertugas di sempadan mengekang kemasukan warga asing, penyeludup dan penyenayah rentas sempadan.
Justeru, kita perlu bekerjasama bagi membantu kerajaan dan berdoa agar pandemik COVID-19 ini berakhir dengan cepat. Sayangilah diri sendiri, keluarga, komuniti dan negara kita.
Farmasi dalam talian menerima mata wang kripto dalam usaha menjadikan penjagaan kesihatan yang mampu dimiliki dan dicapai untuk rakyat negara ini.
Syarikat teknologi farmasi Goobat Sdn Bhd menjadi farmasi dalam talian pertama di Malaysia yang menerima Bitcoin di kedai e-dagang tempatannya, Goobat.care.
“Peminat mata wang kripto kian meningkat di Malaysia. Malah, kami mendengar dan
mengetahui bahawa terdapat permintaan yang kian meningkat daripada pengguna yang
mahukan penerimaan Bitcoin dan mata wang kripto sebagai pilihan bayaran, justeru kami
percaya ini adalah langkah yang tepat,” kata Pengasas Bersama Goobat, Asher Looi.
Bitcoin telah wujud sejak 2009. Perkembangannya di pasaran kewangan sejak awal lagi
menempatkan kedudukannya sebagai mata wang baru yang sah, sehubungan itu
menempatkannya sebagai satu bentuk bayaran baru dalam pasaran yang kian berkembang.
“Goobat percaya bahawa mata wang kripto adalah masa hadapan untuk kewangan. Kami
telah menyaksikan bagaimana ia memperoleh penerimaan dan keyakinan dalam
penggunaan di seluruh dunia.
“Beberapa bank pusat dilaporkan akan mula meneroka dan menerima pakai mata wang
kripto ini. Sebagai sebahagian daripada industri runcit, kami merasakan ianya penting dan
tepat pada masanya untuk mendidik orang ramai bahawa urusniaga Bitcoin adalah selamat, dan para pengguna masih mempunyai kawalan terhadap wang di dalam dompet mereka sepenuhnya,” katanya.
Urusniaga Bitcoin di kedai laman sesawang Goobat.Care akan menggunakan laluan Bitpay
– laluan penjelasan kripto berpangkalan di Amerika Syarikat yang juga penyedia terbesar di dunia bagi perkhidmatan bayaran blockchain.
Looi berkata, faktor penubuhan kedai dalam talian berkenaan adalah hasil kesedaran bahawa kebanyakan farmasi di kawasan pinggir bandar tidak menyediakan rangkaian
produk sepenuhnya.
Malah, disebabkan kurangnya skala ekonomi, farmasi-farmasi tersebut lebih cenderung memasarkan produk pada harga yang lebih mahal.
“Apabila kami menubuhkan Goobat.Care, kami mahu memastikan yang kami dapat
membantu pengguna pinggir bandar mendapatkan keperluan mereka. Justeru kini kami
mempunyai lebih daripada 3,000 produk disediakan secara dalam talian, pada harga
mengikut kemampuan mereka,” katanya.
Bukan hanya ia memberikan pilihan untuk membeli-belah mengikut keselesaan mereka,
terdapat juga sepasukan 15 kakitangan yang cekap bekerja pada bila-bila masa di
Goobat.care.
Pasukan tersebut terdiri daripada unit teknologi, operasi dan tiga ahli farmasi yang mana perkhidmatan mereka tersedia menerusi WhatsApp.
Sebaik sahaja pembelian berjaya disempurnakan di Goobat.care, pelanggan di Lembah
Klang boleh memilih untuk menerima produk mereka melalui Penghantaran Segera dalam
tempoh 3 Jam atau pilihan Penghantaran Standard iaitu dalam tempoh 3 hingga 5 hari
bekerja.
Pilihan kedua adalah untuk pelanggan di seluruh negara. Goobat memastikan ia akan menyediakan pengendalian khas untuk beberapa produk yang mungkin sensitif kepada suhu atau boleh terjejas disebabkan perubahan kelembapan seperti probiotik dan ubat-ubatan lain.
Di masa hadapan, Goobat.care merancang untuk memperkenalkan aplikasi mudah alih dan
menambah lebih banyak bahasa pada platformnya menjelang akhir Januari 2021.
Berdasarkan pelancaran digital dan perkembangannya, Goobat mensasarkan untuk mencapai 100,000 pengguna berdaftar dalam beberapa bulan berikutnya dan perolehan
sebanyak RM10 juta bagi suku pertama tahun 2021.
Platform berkenaan bermatlamat untuk memberi tumpuan dan dihasilkan khas untuk rakyat Malaysia sebelum ia diperluaskan ke Indonesia, Singapura, Thailand, Vietnam dan India, jelas Looi.
Diasaskan pada Ogos 2019 di bawah syarikat induk Health Estate Sdn Bhd, Goobat Sdn
Bhd – pengendali kedai dalam talian Goobat.care – telah dilancarkan pada 11 Disember
menggunakan platform sumber-terbuka yang boleh diubah suai sepenuhnya pada awan
Amazon Web Services (AWS).
Selepas setahun dimana ia berjaya mengatasi cabaran yang ditimbulkan oleh sebuah wabak dan melancarkan model SUV kedua, syarikat otomotif Malaysia, Proton, kini menyasarkan penumbuhan jualan eksport pada 2021.
Pada bulan Disember, aktiviti seperti permulaan operasi CKD di Kenya, dan pelancaran Proton X70 di Pakistan telah dilakukan dan ini menyumbang kepada penumbuhan jualan eksport sebanyak 50% pada akhir tahun 2020 berbanding dengan penumbuhan 8.8% bagi jualan pasaran tempatan.
X50
Bagi tahun ini, syarikat telah menetapkan satu lagi sasaran mencabar untuk menggandakan penjualan eksport berbanding dengan tahun lepas walaupun sasaran itu mengandaikan aktiviti eksport tidak terjejas akibat sekatan untuk mengawal wabak.
Model yang akan digunakan untuk memimpin penambahan jualan adalah Proton Saga, model terlaris Proton serta Proton X70 dan Proton X50 yang akan diperkenalkan ke lebih pasaran antarabangsa secara beransur-ansur.
Tugas untuk memimpin pengembangan luar Negara Proton telah diberi kepada Steven Xu, Pengarah Jualan Antarabangsa.
“Kami telah mengguna pelbagai strategi untuk mencapai matlamat ini termasuk menjual
kenderaan CBU yang dibina di Malaysia dan menandatangani perjanjian dengan syarikat tempatan untuk membina kenderaan CKD di luar negara.
“Kami menyasarkan penambahan yang mendadak bagi 2020 tetapi rancangan tersebut terjejas akibat Covid-19. Walau bagaimanapun, kami berjaya menambah jualan eksport dan menebus pasaran baru seperti Kenya serta melancarkan Proton X50 di Brunei hanya dua bulan selepas ia dilancarkan di Malaysia dan ini memberi dorongan positif untuk usaha kami tahun ini,” katanya.
Proton Saga yang dijual di Pakistan menguna enjin 1299cc berbanding dengan enjin
1322cc yang diguna di Malaysia untuk mematuhi keperluan kenderaan berkapasiti kecil di sana.
Model yang sama juga dijual di Nepal kerana ia mempunyai alat pemanas kabin, komponen penting bagi pasaran yang mengalami musim sejuk.