Farmasi dalam talian menerima mata wang kripto dalam usaha menjadikan penjagaan kesihatan yang mampu dimiliki dan dicapai untuk rakyat negara ini.
Syarikat teknologi farmasi Goobat Sdn Bhd menjadi farmasi dalam talian pertama di Malaysia yang menerima Bitcoin di kedai e-dagang tempatannya, Goobat.care.
“Peminat mata wang kripto kian meningkat di Malaysia. Malah, kami mendengar dan
mengetahui bahawa terdapat permintaan yang kian meningkat daripada pengguna yang
mahukan penerimaan Bitcoin dan mata wang kripto sebagai pilihan bayaran, justeru kami
percaya ini adalah langkah yang tepat,” kata Pengasas Bersama Goobat, Asher Looi.

Bitcoin telah wujud sejak 2009. Perkembangannya di pasaran kewangan sejak awal lagi
menempatkan kedudukannya sebagai mata wang baru yang sah, sehubungan itu
menempatkannya sebagai satu bentuk bayaran baru dalam pasaran yang kian berkembang.
“Goobat percaya bahawa mata wang kripto adalah masa hadapan untuk kewangan. Kami
telah menyaksikan bagaimana ia memperoleh penerimaan dan keyakinan dalam
penggunaan di seluruh dunia.
“Beberapa bank pusat dilaporkan akan mula meneroka dan menerima pakai mata wang
kripto ini. Sebagai sebahagian daripada industri runcit, kami merasakan ianya penting dan
tepat pada masanya untuk mendidik orang ramai bahawa urusniaga Bitcoin adalah selamat, dan para pengguna masih mempunyai kawalan terhadap wang di dalam dompet mereka sepenuhnya,” katanya.
Urusniaga Bitcoin di kedai laman sesawang Goobat.Care akan menggunakan laluan Bitpay
– laluan penjelasan kripto berpangkalan di Amerika Syarikat yang juga penyedia terbesar di dunia bagi perkhidmatan bayaran blockchain.
Looi berkata, faktor penubuhan kedai dalam talian berkenaan adalah hasil kesedaran bahawa kebanyakan farmasi di kawasan pinggir bandar tidak menyediakan rangkaian
produk sepenuhnya.
Malah, disebabkan kurangnya skala ekonomi, farmasi-farmasi tersebut lebih cenderung memasarkan produk pada harga yang lebih mahal.

“Apabila kami menubuhkan Goobat.Care, kami mahu memastikan yang kami dapat
membantu pengguna pinggir bandar mendapatkan keperluan mereka. Justeru kini kami
mempunyai lebih daripada 3,000 produk disediakan secara dalam talian, pada harga
mengikut kemampuan mereka,” katanya.
Bukan hanya ia memberikan pilihan untuk membeli-belah mengikut keselesaan mereka,
terdapat juga sepasukan 15 kakitangan yang cekap bekerja pada bila-bila masa di
Goobat.care.
Pasukan tersebut terdiri daripada unit teknologi, operasi dan tiga ahli farmasi yang mana perkhidmatan mereka tersedia menerusi WhatsApp.
Sebaik sahaja pembelian berjaya disempurnakan di Goobat.care, pelanggan di Lembah
Klang boleh memilih untuk menerima produk mereka melalui Penghantaran Segera dalam
tempoh 3 Jam atau pilihan Penghantaran Standard iaitu dalam tempoh 3 hingga 5 hari
bekerja.
Pilihan kedua adalah untuk pelanggan di seluruh negara. Goobat memastikan ia akan menyediakan pengendalian khas untuk beberapa produk yang mungkin sensitif kepada suhu atau boleh terjejas disebabkan perubahan kelembapan seperti probiotik dan ubat-ubatan lain.
Di masa hadapan, Goobat.care merancang untuk memperkenalkan aplikasi mudah alih dan
menambah lebih banyak bahasa pada platformnya menjelang akhir Januari 2021.
Berdasarkan pelancaran digital dan perkembangannya, Goobat mensasarkan untuk mencapai 100,000 pengguna berdaftar dalam beberapa bulan berikutnya dan perolehan
sebanyak RM10 juta bagi suku pertama tahun 2021.
Platform berkenaan bermatlamat untuk memberi tumpuan dan dihasilkan khas untuk rakyat Malaysia sebelum ia diperluaskan ke Indonesia, Singapura, Thailand, Vietnam dan India, jelas Looi.
Diasaskan pada Ogos 2019 di bawah syarikat induk Health Estate Sdn Bhd, Goobat Sdn
Bhd – pengendali kedai dalam talian Goobat.care – telah dilancarkan pada 11 Disember
menggunakan platform sumber-terbuka yang boleh diubah suai sepenuhnya pada awan
Amazon Web Services (AWS).



































