Pengerusi NGO Antarabangsa yang juga penasihat beberapa pertubuhan NGO Malaysia menasihatkan orang ramai agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan oleh kerajaan bagi memutuskan rangkaian wabak COVID-19 di negara ini.

Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican berkata, ketika ini virus COVID-19 berada di mana-mana dan jumlah mereka yang dijangkiti semakin meningkat setiap hari sehingga mencecah lebih 3,000 kes setiap hari.

“Penularan wabak ini begitu cepat berlaku dan marilah kita bersama-sama membantu kerajaan melandaikan geraf penyakit ini.

“Kita juga harus melihat pengorbanan besar kakitangan Kementerian Kesihatan, doktor, jururawat dan petugas barisan hadapan termasuk polis, RELA, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan agensi lain bertugas sepanjang masa,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata, tidak terkecuali anggota dan pihak berkuasa yang bertugas di sempadan mengekang kemasukan warga asing, penyeludup dan penyenayah rentas sempadan.

Justeru, kita perlu bekerjasama bagi membantu kerajaan dan berdoa agar pandemik COVID-19 ini berakhir dengan cepat. Sayangilah diri sendiri, keluarga, komuniti dan negara kita.