Utama Blog Halaman 714

Semua Cawangan Dan Pusat Pembiayaan Auto CIMB Dibuka Pada Dua Hujung Minggu Akhir September

Inisiatif ini untuk memudahkan dan mempercepatkan permohonan bagi program lanjutan bantuan kewangan COVID-19 CIMB khususnya untuk pelanggan yang terjejas setelah moratorium pinjaman enam bulan tamat pada 30 September 2020

CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad akan membuka semua cawangan dan pusat pembiayaan auto di seluruh negara pada hujung minggu 19 & 20 dan 26 & 27 September 2020 bagi menawarkan program bantuan kewangan kepada pelanggan yang masih terjejas setelah moratorium pinjaman enam bulan tamat pada 30 September 2020.

Pembukaan cawangan-cawangan dan pusat pembiayaan auto pada hujung minggu tersebut di seluruh negara adalah untuk memberi bantuan serta membolehkan peminjam untuk berbincang secara bersemuka bersama pihak bank supaya dapat lebih memahami pilihan bantuan pembayaran yang disediakan.

Ini termasuk pelanggan yang layak untuk mendaftar ke dalam Program Bantuan Bersasar CIMB (“TAP”) dan juga para peminjam yang tidak terjejas oleh wabak COVID-19 tetapi masih memerlukan bantuan pembayaran.

Semua cawangan CIMB akan beroperasi mulai jam 9.30 pagi hingga 1.00 petang pada hari Sabtu dan Ahad di kedua-dua hujung minggu tersebut. Sementara itu, pusat pembiayaan auto CIMB juga akan dibuka dari 9 pagi hingga 1.30 petang pada hari Sabtu dan Ahad bagi kedua-dua hujung minggu itu bermula dari 19 September 2020.

Mulai pertengahan September, CIMB akan mengirim surat dan e-mel kepada semua peminjam yang belum menghubungi CIMB sebagai peringatan kepada mereka mengenai bayaran ansuran yang akan bermula pada bulan Oktober.

Para pelanggan yang memerlukan bantuan kewangan untuk kemudahan pinjaman/pembiayaan diminta untuk mengunjungi mana-mana cawangan atau pusat pembiayaan auto CIMB dalam tempoh yang dinyatakan bagi membincangkan pilihan bantuan yang ada, termasuklah penstrukturan dan penjadualan semula (“R&R”).

Pelanggan dari perusahaan kecil dan sederhana (“PKS”) pula boleh melayari https://www.cimb.com.my/frap untuk mendapatkan pilihan bantuan lain yang sedia ada.

Sejak awal bulan Ogos, CIMB secara proaktif telah menghubungi 330,000 individu dan 10,000 PKS yang berkemungkinan paling terjejas oleh COVID-19.

CIMB telah pun berunding dan turut menasihati mereka untuk menghantar permohonan kepada Pihak Bank. Sejak tempoh tersebut, CIMB telah meluluskan TAP CIMB dan lain-lain bantuan kewangan sebanyak hampir RM5 bilion kepada lebih daripada 25,000 orang pelanggan.

Bagi pelanggan PKS, CIMB telah meluluskan lebih daripada RM2.5 bilion untuk Program Bantuan Bersasar CIMB, hampir RM700 juta di bawah Tabung Bantuan Khas Bank Negara Malaysia (“SRF / SRF-i”) dan RM300 juta untuk kemudahan bantuan tambahan (CIMB BRF / BRF -i) oleh CIMB sendiri. Pihak Bank juga komited sepenuhnya dalam menyokong skim pembiayaan PENJANA bernilai RM1 bilion yang baru dilancarkan oleh Kerajaan untuk warga PKS.

Pihak Bank bersedia untuk membantu pelanggan dalam tempoh ini. Para pelanggan dinasihati untuk menghubungi Pusat Panggilan CIMB di talian +603-6204 7788 atau e-mel [email protected] untuk berbincang secara lanjut berkenaan bantuan kewangan yang ditawarkan oleh CIMB.

Pelanggan PKS pula boleh menghubungi Pusat Panggilan Perniagaan CIMB di talian 1300 888 828 (Tempatan) dan +603 2297 3000 (Luar Negara) dari Isnin hingga Jumaat dari 7.00 pagi hingga 7.00 malam dan Sabtu dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang (kecuali cuti umum).

PKS dan pelanggan korporat juga boleh menghubungi Pengurus Perhubungan CIMB mereka untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pilihan pembiayaan yang sedia ada.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.cimb.com.my/covid19support.

Pengedar Toyota Tingkatkan Perkhidmatan Kepada 3S

Unitedstar Corporation Sdn Bhd, sebuah pengedar sah Toyota di Petaling Jaya, Selangor telah menaik taraf statusnya kepada “3S” dan kini menawarkan kedua-dua perkhidmatan jualan dan lepas jualan.

Hanya menawarkan khidmat jualan kenderaan baru Toyota sebelum ini, naiktaraf berkenaan menyaksikan mereka kini memperluaskan lagi kemudahan dan perkhidmatan
sedia ada kepada pelanggan.

“Sejak 2005 Unitedstar Corporation telah menjadi pengedar sah Toyota, dengan hanya mempunyai sebuah bilik pameran untuk jualan bertempat di Aman Suria, Damansara. Ini diikuti dengan pembukaan sebuah pusat 3S baru di Taman Nilai Perdana, Seremban pada tahun 2019.

UMW Toyota berbesar hati dapat melihat perkembangan dan kejayaan perniagaan ini yang selari dengan falsafah “Pelanggan Didahulukan” yang kami amalkan,” ujar Presiden
UMW Toyota Motor, Ravindran K.

Cawangan 2S terbaru di Taman Mayang pula terletak dalam kawasan yang giat berkembang secara komersial disamping dikelilingi oleh skala komuniti tempatan yang besar.

Ia merupakan sebuah pusat servis lengkap, mempunyai 10 ruang servis untuk meningkatkan kecekapan operasi setiap hari.

Premis berkenaan diselenggara oleh 20 orang juruteknik mahir yang telah menerima
latihan khusus untuk mengendalikan hal-hal servis bagi kenderaan Toyota.

“Premis pengedar yang moden ini mencerminkan standard tinggi yang diamalkan oleh Toyota bagi layanan terhadap pelanggan.

Di seluruh dunia, rangkaian pengedar Toyota memberikan keutamaan dalam menyediakan pengalaman terbaik, termasuk servis lepas jualan dengan standard yang tinggi,” kata Timbalan Pengerusi, UMW Toyota Motor, Akio Takeyama.

Cawangan Unitedstar Corporation ini terletak di No. 24-28, Jalan SS25/34, Taman Perindustrian Mayang, 43701 Petaling Jaya, Selangor.

Waktu operasinya ialah dari jam 8 pagi – 5.30 petang, Isnin hingga Sabtu. Bagi temujanji servis, pelanggan boleh menghubungi talian 03-78875885.

Pelanggan yang ingin mengetahui lokasi bilik pameran atau pusat servis terdekat Toyota boleh melayari laman web toyota.com.my atau hubungi talian bebas tol Toyota 1800-8-TOYOTA (869682).

Merchantrade Miliki 100 Pegangan Dalam Valyou Daripada Norwegian Telenor Group

Merchantrade-Valyou

Merchantrade Asia Sdn Bhd (Merchantrade), operator perniagaan perkhidmatan wang digital utama di negara ini dan penerbit e-money, berjaya menyelesaikan pemerolehan sebanyak 100 peratus pegangan dalam Valyou Sdn Bhd (Valyou), daripada Norwegian Telenor Group.

Ini susulan langkah pembidaan yang kompetitif dan Merchantrade juga memperoleh kelulusan regulatori susulan pemerolehan itu.

Ramasamy K Veeran

Valyou adalah pemain teknologi kewangan (fintech) dan penyedia perkhidmatan kiriman
wang digital rentas sempadan utama yang berkembang-pantas di Malaysia.

Valyou merupakan penerbit e-money dengan asas pelanggan lebih 1 juta menerusi dalam talian dan saluran digital berasaskan aplikasi dan rangkaian fizikal meliputi 22 cawangan, 20 ejen dan 1,200 peniaga tunai-masuk tunai-keluar (CICO).

Pengarah Urusan Merchantrade, Ramasamy K Veeran, berkata susulan penyelesaian pemerolehan ini, perniagaan, operasi dan kakitangan Valyou akan digabungkan dengan
Merchantrade dan beroperasi dalam satu entiti menjelang akhir 2020.

Beliau berkata, gabungan kedua-dua pemain utama fintech yang memiliki kelebihan dan kekuatan masing-masing dalam perkhidmatan e-wallet, Merchantrade dengan Merchantrade Money, (kad-berasaskan e-wallet dengan kad pra bayar VISA) dan e-wallet Valyou yang berasaskan aplikasi penuh.

“Ini akan membawa perubahan besar dalam ruang digital tempatan dengan perancangan untuk memacu dan melancar serta menyediakan akses mudah bagi produk kewangan inovatif yang selamat kepada pekerja asing, ekspatariat, pengembara tempatan dan pembeli dalam talian yang celik-teknologi.

“Bersama dengan gabungan kakitangan lebih daripada 1,200 orang dan rangkaian melebihi
1,700 titik interaksi yang meliputi cawangan, lokasi ejen dan peniaga CICO, pemerolehan ini menggerakkan Merchantrade sebagai operator perniagaan perkhidmatan kewangan
terbesar di Malaysia, kepada lebih tiga juta pelanggan,” katanya.

Hasil pemerolehan ini menjadikan Merchantrade memiliki nilai perolehan gabungan kiriman
wang tahunan (berasaskan angka kiriman wang tahun 2019) lebih daripada RM11 bilion
(termasuk transaksi kiriman keluar negara dan transaksi pengagregat antarabangsa) akan
membawa pertumbuhan yang pantas kepada perniagaan digital Merchantrade, khususnya
Merchantrade Money.

Beliau menambah bahawa pemerolehan ini juga akan menyatu dan melonjakkan secara
signifikan penguasaan Merchantrade ke atas pelanggan pekerja asing yang merupakan
pengguna utama perkhidmatan kiriman wang rentas-sempadan.

“Untuk menyediakan perkhidmatan kewangan kepada segmen pekerja asing secara efektif, kami membina satu eko sistem yang relevan menerusi perkongsian dan kerjasama industri.

“Ketika ini kami bekerja dengan AXA dan MCIS untuk menyediakan produk mikro-insurans
yang mampu milik. Pemerolehan Valyou akan mengukuh dan mengembangkan saluran
digital kami dan secara langsung memberi peluang baru yang lebih banyak terhadap rakan
kongsi kepada penyedia perkhidmatan kewangan dan menetapkan satu aras baru untuk
terus berkembang ke serantau,” katanya lagi.

Selari dengan aspirasi syarikat untuk menjadi pemain serantau, pada Julai tahun ini
Merchantrade akan terus melonjakkan kedudukannya dalam pasaran kiriman wang rentas-
sempadan dengan menambah perolehan sebanyak 21 peratus kepentingan dalam KLIQ Pte
Ltd (KLIQ) – penyedia perkhidmatan kiriman wang rentas-sempadan digital sepenuhnya di
Singapura, menjadikan KLIQ sebagai 70 peratus anak syarikatnya.

“Melihat kepada pencapaian terdahulu dan dengan gabungan bakat susulan daripada
pemerolehan Valyou, saya berkeyakinan penuh kami akan mempunyai kakitangan, sumber
dan keupayaan untuk mengembangkan rangkaian dan perniagaan di Malaysia dan
serantau. Saya sangat teruja dan optimistik dengan apa yang bakal kami hadapi di masa
hadapan,” kata Ramasamy.

Perodua Sumbang Lebih 7,700 Pelindung Muka Buatan Sendiri Ke Sekolah Rendah Di Putrajaya, Hulu Selangor

Perodua meneruskan inisiatif perlindungan awamnya dengan menyumbang lebih 7,700 pelindung muka kepada 66 sekolah rendah di kawasan Putrajaya dan Hulu Selangor baru-baru ini, untuk kegunaan kakitangan akademik dan sokongan.

“Setelah menyumbang kira-kira 11,000 pelindung muka kepada sekolah-sekolah menengah di Putrajaya dan Hulu Selangor pada Jun, Perodua kini menyumbang kepada sekolah-sekolah rendah pula di kawasan-kawasan tersebut,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

“Tujuan sumbangan ini adalah – pertama, untuk perlindungan, kesihatan dan kesejahteraan para murid, guru dan kakitangan sokongan; kedua, sebagai tanda penghargaan kepada kerajaan atas usaha-usaha mereka dalam menangani COVID-19; dan ketiga, sebagai tanda penghargaan kepada masyarakat sekeliling yang telah menyokong dan menyambut baik kami selama 27 tahun kami bertapak di sini.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada sekolah-sekolah kerana memberi kami peluang ini untuk bekerjasama dengan masyarakat dalam menyokong perjuangan Malaysia menentang pandemik ini,” katanya.

Setakat ini, Perodua telah menyerahkan lebih 30,000 pelindung muka secara keseluruhan, antaranya kepada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Majlis Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah dan klinik-klinik Hulu Selangor, Majlis Perbandaran Selayang dan para penjaja pasar pagi dan malam di Hulu Selangor dan Selayang.

Dihasilkan oleh salah satu syarikat bersekutu Perodua, pelindung muka tersebut mempunyai bahagian pelindung tahan kabus yang diperbuat daripada polyethylene terephthalate untuk penglihatan yang optimum.

Kusyen span pada bahagian dahi menghalang kemasukan titisan air manakala jalur elastik boleh dilaraskan untuk pemakaian yang selamat dan selesa.

“Di Hari Malaysia ini, Perodua, sebagai syarikat yang prihatin, bertanggungjawab dan mengutamakan insan, ingin menyeru rakyat Malaysia supaya terus berwaspada dan mematuhi semua garis panduan kesihatan dan keselamatan yang ditetapkan oleh pihak kerajaan, agar kita dapat menewaskan COVID-19 sebagai satu negara,” katanya lagi.

Count Your Wins In The Gemilang Confirm Amazing Campaign

Samsung Malaysia Electronics brings you prizes worth up to a total of RM472,000!

Today, winning the hearts of consumers, Samsung technology brings together products that seamlessly connect with one another to help consumers empower their work and play exactly the way they want to live it – leaving them feeling powerful, productive, stylish, and above all, amazing!

Samsung Malaysia through its Gemilang Confirm Amazing campaign aims to make this Malaysia Day a meaningful and rewarding experience – one where everyone has a chance to go home feeling like a champ.

The campaign involves a contest spanning from 14 th September to 18 th October 2020, giving away prizes worth up to a total of RM472,000 and more.

Consumers who purchase an eligible Samsung Galaxy device, will not only be rewarded from purchasing on the spot but can take part in Gemilang Confirm Amazing contest by following the simple steps stated below – if selected, they may just walk away with a Samsung 65″; TU8500 4K UHD Smart TV (2020) worth RM4,699 or win weekly prizes such as the Convection Microwave Oven with HOT BLAST™ (32L) worth RM1,499 and Samsung Canister Bagless with Twin Chamber System (360W) worth RM309.

To top it all off, Samsung Malaysia is offering exclusive discounts and rebates when consumers purchase the selected Galaxy A series listed below. In all of its glory, the Galaxy A Series brings awesomeness of style and versatility that comes with a valuable price tag – need we say more? Tawaran #KonfemAwesome.

Confirm Amazing Contest Consumers can enter the contest in just 4 simple steps:
 Step 1: Purchase any eligible models
 Step 2: Strike a creative pose and take a selfie
 Step 3: Register your details on Redemption Management System (RMS):
a) Customer Name, Contact Number, E-mail Address, Mailing Address
b) Date of Purchase, Invoice Number, Invoice Picture, Device IMEI No.
c) Selfie photo with creative pose (“Creative Photo”)
 Step 4: Stand a chance to win a prize

Confirm Amazing Promo

Whether it is big or small, everyone has a chance to be a winner – consumers will be rewarded with the following model-specific promotion or gift(s) when they purchase any of the devices listed below at participating Samsung Experience Stores, Samsung Online Store and Samsung Authorised Dealers from 14 September to 18 October 2020.

For more information about Gemilang Confirm Amazing campaign, please visit
https://www.samsung.com/my/offer/mobile/confirm-amazing-promo/

The Ferrari Monza SP1 Wins The 2020 Compasso d’Oro

The first in the Prancing Horse’s Icona series takes the prestigious design award

The Ferrari Monza SP1 has won the prestigious Compasso d’Oro (Golden Compass), one of the most sought-after awards in the industrial design world. The Prancing Horse was represented at today’s presentation ceremony in Milan by Flavio Manzoni (Chief Design Officer) and Jane Reeve (Chief Communication Officer).

The Monza SP1 was one of 18 design products to receive the Compasso d’Oro at today’s prize-giving ceremony.

Launched in 1954 and awarded every second year, the ADI Compasso d’Oro is the oldest and most authoritative international industrial design prize with finalists selected by the ADI’s Permanent Design Observatory, which is comprised of experts, designers, critics, historians and specialist journalists.

Just 11 cars have ever received the Compasso d’Oro in its long history, of which three are Ferraris: the F12berlinetta in 2014, la FXX K in 2016 and now the Monza SP1.

The ADI (Industrial Design Association) jury chose the Monza SP1 because of “its ability to project itself into the future and draw on the legacy of memory without ever feeling vintage”.

Sporting the very best technologies available today, the car is a limited-edition special that is the first in an entirely new segment called ‘Icona’ inspired by the most evocative Ferraris of the 1950s.

Aimed at dedicated clients and collectors, the Monza SP1 references the Ferrari racing barchettas of the past, not least the 1948 166 MM, which originally inspired the name ‘barchetta’, and the iconic 750 Monza and 860 Monza.

Designed with the sole aim of winning, these uncompromising models helped build the Ferrari legend in the 1950s by delivering numerous victories in the World Sports Car Championship. The Ferrari Monza SP1 was designed as an uncompromising single-seat road car that offers a truly unique experience behind the wheel.

Blog Raw Points Cipta Sejarah Apabila Diiktiraf Malaysia Book Of Records

Coretan Pengalaman Veteran Bidang Pengiklanan Diiktiraf Malaysia Book Of Records

Apabila Ketua Pegawai Eksekutif syarikat perunding pemasaran dan jenama Roar Point Sdn Bhd, Long Yun Siang, memutuskan untuk memulakan blog pada Hari Valentine pada 2011, ia bertujuan untuk memberi suara kepada mereka yang berkecimpung dalam industri ini.

Long Yun Siang (kiri) dan Ketua Pegawai Operasi Roar Point Ng Wan Hoon bersama anugerah dari MBR

Memulakan karier pengiklanan pada tahun 90-an, Long mempunyai pengalaman hampir 30 tahun dalam agensi pengiklanan multinasional membolehkan beliau banyak berkongsi dan menterjemah buah fikirannya pada setiap hari di blognya yang kenali sebagai ‘Raw Points’

“Saya cuba memberikan perspektif yang berbeza. Dalam masa sama, saya juga berusaha memberi inspirasi dan membuat orang berfikir dengan cara berbeza setiap masa. Jadi, blog biasanya dimulakan dengan soalan yang kelihatan mudah tetapi dijawab dengan cara yang sangat berbeza; atau dalam kata mudahnya, dengan cara yang tidak dijangka. Kemudian diakhiri dengan soalan lain,” katanya.

Beliau menulis blog motivasi yang kadangkala boleh diterjemahkan sebagai sindiran, atau juga mengenai pemasaran, penjenamaan, pengiklanan, keusahawanan dan perniagaan.

“Kadangkala ia berkaitan dengan sikap, etika kerja, pengguna, pelanggan dan apa sahaja yang terlintas di fikiran. Siapa kata blog pemasaran hanya perlu bercerita mengenai isu-isu berkaitan pemasaran sahaja? Terdapat banyak maklumat yang perlu diproses dan diserap dalam pemikiran sebagai refleksi diri sesorang usahawan.“

Berikutan sumbangan blog berkenaan, Roar Points baru-baru ini diiktiraf sebagai ‘Blog Bisnes Paling Lama’ oleh Malaysia Book of Records.

Mengikut idea ahli falsafah Friedrich Nietzsche, yang banyak mengajukan persoalan mencabar dogma konvensional, Long melalui blognya tidak pernah penat dalam memberikan buah fikiran dan pandangannya setiap hari sejak blog itu dimulakan pada 2011.

“Saya tidak fikir saya seorang penulis. Saya menulis untuk berfikir. Penulisan banyak membantu saya untuk menjelas dan menajamkan pemikiran. Harapan saya agar blog ini akan dapat memberi manfaat kepada pembacanya”

“Bagi saya, seorang perunding yang baik dapat memberikan anda jawapan, tetapi perunding yang cemerlang memberi inspirasi kepada anda untuk bertanya dengan lebih baik. Itulah pada akhirnya yang ingin saya sampaikan. Ajukan soalan yang baik dan cari cara yang lebih baik untuk menyelesaikannya.”

Long juga adalah seorang penulis yang aktif dan merupakan pengarang buku “Rethink Your Marketing Questions And Answers” dan “500 Questions to Inspire a Better Marketing Plan”.

Apabila beliau tidak berkarya di blognya, Long dan pasukannya di Roar Point turut menawarkan khidmat nasihat pelanggan mengenai penyelesaian pemasaran dan penjenamaan – dari cara memulakan sesuatu jenama, memberikan nama dan membuat logo sehinggalah menghidupkan jenama tersebut untuk memasarkannya.

Beliau menjalankankan ‘Masterclass’ Pemasaran dan Penjenamaan secara bulanan untuk melatih meningkatkan kemahiran pengusaha Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) serta juga pengamal industri pemasaran dan penjenamaan.

Raw Points boleh dilayari di https://roar-point.com/

Tentang Raw Points

Raw Points adalah sebuah blog milik Roar Point (www.roar-point.com) yang dimulakan pada 14 Februari 2011 oleh Long Yun Siang, Pegawai Eksekutif syarikat tersebut.

Blog ini dimulakan, bertujuan untuk memberi suara kepada mereka yang berkecimpung dalam industri pemasaran dan pengiklanan. Raw Points mempunyai banyak maklumat yang perlu diproses dan diserap dalam pemikiran sebagai refleksi diri sesorang usahawan.

Tempah SUV Terbaharu Proton X50 Hanya RM500 Mulai Hari Ini

Model SUV Proton yang dinanti-nantikan sudah mula dihasilkan di kilang pengeluaran baharu di Tanjung Malim yang telah siap dibina pada 2019 dengan kos RM1.2 bilion.

Pengerusi Proton, Dato’ Sri Syed Faisal Albar, juga mengesahkan bahawa selaras dengan penamaan SUV Proton X70, SUV segmen-B baharu ini akan diberi nama Proton X50.

Komuniti pembekal automotif akan menerima manfaat daripada pelancaran model baharu
Proton X50 adalah kenderaan kedua yang dilancarkan hasil dari perkongsian teknologi antara Proton dan Geely.

Dibina atas platform BMA (B-segment Modular Architecture) yang juga digunakan oleh produk Geely dan Volvo, ia juga menggunakan enjin turbo, kotak gear DCT tujuh-kelajuan dan sistem bantuan pemandu generasi baru.

Komuniti pembekal automotif Malaysia dijangka akan bermanfaat dari pengeluaran X50 di kilang Tanjung Malim dengan jumlah pembelian yang dianggarkan sebanyak RM1.8 bilion setahun.

Proton X70 pula akan memerlukan pembelian komponen sebanyak RM1 bilion, bermakna jumlah pembelian tahunan kedua-dua SUV Proton ini akan mencecah RM2.8 bilion.

Dengan adanya model baharu ini, Proton menjangka ia akan mendorong kadar peningkatan jualan. Pandemik COVID-19 telah memberi kesan negatif kepada industri automotif, namun demikian, pada akhir bulan Ogos 2020, syarikat Proton merupakan satu-satunya jenama automotif yang berjaya mengatasi jualan keseluruhan berbanding dengan tempoh yang sama tahun lepas.

“Sebagai sebuah syarikat pengeluaran kenderaan tempatan, pertumbuhan jualan PROTON akan menambah perbelanjaan dalam ekosistem pembekal automotif dan secara langsung, ia juga akan menambah peluang pekerjaan.

“Ini amat penting memandangkan ekonomi Malaysia sedang mengalami pergolakan akibat kesan COVID-19,” katanya lagi.

Proton juga mengumumkan bahawa pelanggan yang ingin menempah Proton X50 boleh berbuat demikian di semua bilik pameran Proton dengan bayaran RM500 mulai 16 September, bersamaan dengan Hari Malaysia.

Sesi pratonton untuk pelanggan akan diadakan secara pintu-tertutup di empat lokasi berlainan mulai 19 September.

Selain daripada pembukaan tempahan dan sesi pratonton, Proton juga mengadakan pengundian slogan untuk SUV baharu Proton ini, di mana semua rakyat Malaysia digalakkan untuk mengundi slogan yang paling sesuai.

Maklumat terperinci boleh didapati dari laman web rasmi syarikat.

Maserati MC20: The Brand’s New Super Sports Car

MC20 marks the beginning of Maserati’s new Era and 100% Made in Modena and 100% Made in Italy

Maserati enters the new Era with MC20, the new super sports car that combines performance, sportiness and luxury in the unique Maserati style. MC20 was presented to the world in Modena on 9 September during the “MMXX: Time to be audacious” event.

The new MC20 (MC for Maserati Corse and 20 for 2020, the year of its world première and the start of the Brand’s new Era) is the Maserati everyone was waiting for.

It is a car with incredible aerodynamic efficiency, which conceals a sporty soul, with the new Nettuno engine, a 630 horsepower V6 with torque of 730 Nm that delivers 0-100 km/h acceleration in under 2,9 seconds and a top speed over 325 km an hour.

An engine that signals Maserati’s return to producing its own power units after a hiatus of more than 20 years.

The MC20 is an extremely lightweight car under 1,500 kg (kerb weight), and thanks to its power output of 630 hp it comes out best in class in weight/power ratio, at just 2.33 kg/hp.

This record is achieved through the use of choice quality materials, exploiting all the potentials of carbon fibre without any sacrifices with regard to comfort.

Nettuno, the first engine in this new chapter of the Trident’s history, is the MC20’s twin turbo V6, a technologic gem already awarded an international patent, which puts the MTC (Maserati Twin Combustion) technology, the ground-breaking combustion system developed in-house, onto the world’s roads.

Overall, this revolutionary project has resulted in a car that epitomises Italian excellence. In fact, MC20 was designed in Modena and will be built at the Viale Ciro Menotti plant, where the Trident’s models have been built for more than 80 years.

The new production line, created in the spaces where the GranTurismo and GranCabrio models were assembled until November 2019, is now ready for action in the historic plant.

The site also features a new paintshop incorporating innovative, environment-friendly technologies. Nettuno will also be built in Modena, at the newly established Maserati Engine Lab.

The MC20 design was produced in about 24 months, with the involvement from the outset, in an innovative approach, of a team of Maserati Innovation Lab engineers, technical specialists from the Maserati Engine Lab and designers from the Maserati Style Centre.

The Virtual Vehicle Dynamics Development system, which includes the use of one of the world’s most advanced dynamic simulators, was developed in-house by the Maserati Innovation Lab and is based on a complex mathematical model called Virtual Car.

This method allowed performance of 97% of dynamic tests, optimising development times. The car was then fine-tuned in the best Maserati tradition with exhaustive track and road test-driving sessions in the most widely varying conditions of use.

The guiding theme of the MC20’S design was the Brand’s historic identity, with all the elegance, performance and comfort integral to its genetic make-up. The focus on performance led to the conception of a car with a distinct personality, with unmistakable forms that render it unique.

The butterfly doors are not only stunningly beautiful but also functional, as they improve the car’s ergonomics and enable optimal access to and from the cabin.

The aerodynamics were designed through over two thousand man-hours in the Dallara Wind Tunnel and more than a thousand CFD (Computational Fluid Dynamics) simulations, which enabled the creation of a genuine work of art.

The resulting car has a sleek line, with no mobile appendages but just a discreet rear
spoiler that improves downforce without detracting from the MC20’s beauty. The CX is more under 0,38.

The MC20 is designed to enable coupé and convertible versions and for full electric power.
Once inside the cabin, the driver is always central, and nothing must distract them from the sporting driving experience.

Every component has a purpose, and is completely driver-oriented. Simple forms, very few
sharp edges and minimal distractions. Two 10 inch screens: one for the cockpit and the other for the Maserati Touch Control Plus (MTC Plus MIA).

Simplicity is also the keynote of the carbon fibre-clad central console, with just a few features: the wireless smartphone charger, the driving mode selector (GT, Wet, Sport, Corsa and a fifth, ESC Off, which deactivates the control functions), two speed selection buttons, the power window controls, the Multimedia System controls, and a handy storage compartment underneath the armrest.

All the other controls are on the steering wheel, with the ignition button on the left and the
launch control on the right.

The new MC20 will be connected at all times with the Maserati Connect program. The full range of services includes connected navigation, Alexa and Wifi Hotspot and can also be managed through the Maserati Connect smartphone or smartwatch App.

For the launch, Maserati has also developed six new colours to characterise MC20: Bianco Audace, Giallo Genio, Rosso Vincente, Blu Infinito, Nero Enigma and Grigio Mistero. Each of them has been conceived, designed and developed exclusively for this car and they all convey important themes: a strong reference to Made in Italy, to Italian identity and to the land, as well as one linked to Maserati tradition.

Both visually and conceptually, there are strong references to the MC12, the car that marked Maserati’s racing comeback in 2004. In the same way as its predecessor, MC20, with its explicitly racing soul clear from its name alone, announces the intention to return to the world of racing.

The production launch is scheduled for the end the current year with orders to be accepted from the 9 th September after the world Première.

Auto Craver Perkenal Perkhidmatan Tapak Sesawang Untuk Penjual Kereta 

Adham Fayumi Wan Saffiey, CEO of Auto Craver

Bersedia untuk mengubah dan mendigitkan industri penjualan kereta tempatan, Auto Craver Tradings Sdn Bhd menawarkan TurboWeb, penyelesaian yang mudah dan pantas untuk mencipta tapak sesawang kepada penjual kereta di Malaysia.

TurboWeb ditawarkan sebagai pakej perkhidmatan yang termasuk butiran inventori kereta, pengurusan penyenaraian serta perkhidmatan pengehosan sesawang awan.

Pakej perkhidmatan TurboWeb ditawarkan secara langganan tahunan pada harga RM3,999 setahun.

Ketua Pegawai Eksekutif Auto Craver, Adham Fayumi Wan Saffiey berkata, TurboWeb memudahkan penjual kereta mengukuhkan penjenamaan dalam talian mereka dengan mempunyai galeri pada tapak sesawang masing-masing.

“Penjual boleh memanfaatkan media sosial dan platform pihak ketiga lain dengan memautkannya kembali ke tapak sesawang, mengawal jenama dengan lebih baik, menambah jumlah pelanggan dan membantu mendapatkan peluang jualan baharu secara langsung kepada perniagaan mereka,” katanya.

TurboWeb diintegrasikan dengan media sosial dan alatan pesanan supaya penjual kereta dapat menikmati pemasaran digital yang lebih bijak.

Beliau berkata, ia menjadikan pengurusan jualan kereta lebih cekap melalui tapak sesawang.

Contohnya, apabila sebuah kereta baru disenaraikan untuk jualan dalam pangkalan data penjual, ia akan serta-merta muncul pada tapak sesawang penjual. Sebaliknya, apabila sebuah kereta ditandakan sebagai terjual, sistem TurboWeb akan menurunkannya daripada tapak sesawang.

Dengan pakej perkhidmatan TurboWeb, penjual akan memperoleh tapak sesawang bebas selenggara supaya dapat menumpukan perhatian terhadap kelebihan mereka – menjual kereta.

Mengulas keadaan industri penjualan kereta tempatan, Adham Fayumi berkata, industri penjualan kereta di Malaysia semakin matang misalnya, terdapat lebih 4,000 penjual dalam sektor kereta terpakai dan terpakai import di seluruh negara.

“Kami dapati sejumlah besar daripada mereka masih terperangkap dalam cara kerja lama dan tidak berada dalam talian. Jadi, patut menjadi keutamaan bagi penjual-penjual kereta ini beralih ke dunia digital terutamanya dalam keadaan sukar yang kita alami sekarang akibat wabak COVID-19.

“Kami menggalakkan para penjual, sama ada mereka menjual kereta baharu, terpakai atau terpakai import, untuk melengkapkan perniagaan mereka dengan penyelesaian pemasaran dan perniagaan digital untuk mengukuhkan kehadiran digital dan berkembang,” katanya.

Mengenai Auto Craver

Auto Craver ialah pembangun penyelesaian teknologi pengurusan penjualan kereta yang ditubuhkan pada 2015 sebagai platform bidaan/lelongan kereta.

Auto Craver sejak 2017 telah mengubah haluan perniagaan untuk memberi tumpuan terhadap mendigitkan infrastruktur penjualan kereta. Untuk maklumat lanjut layari www.autocraver.com.

Post Menarik