Selepas setahun dimana ia berjaya mengatasi cabaran yang ditimbulkan oleh sebuah wabak dan melancarkan model SUV kedua, syarikat otomotif Malaysia, Proton, kini menyasarkan penumbuhan jualan eksport pada 2021.
Pada bulan Disember, aktiviti seperti permulaan operasi CKD di Kenya, dan pelancaran Proton X70 di Pakistan telah dilakukan dan ini menyumbang kepada penumbuhan jualan eksport sebanyak 50% pada akhir tahun 2020 berbanding dengan penumbuhan 8.8% bagi jualan pasaran tempatan.

Bagi tahun ini, syarikat telah menetapkan satu lagi sasaran mencabar untuk menggandakan penjualan eksport berbanding dengan tahun lepas walaupun sasaran itu mengandaikan aktiviti eksport tidak terjejas akibat sekatan untuk mengawal wabak.
Model yang akan digunakan untuk memimpin penambahan jualan adalah Proton Saga, model terlaris Proton serta Proton X70 dan Proton X50 yang akan diperkenalkan ke lebih pasaran antarabangsa secara beransur-ansur.
Tugas untuk memimpin pengembangan luar Negara Proton telah diberi kepada Steven Xu, Pengarah Jualan Antarabangsa.
“Kami telah mengguna pelbagai strategi untuk mencapai matlamat ini termasuk menjual
kenderaan CBU yang dibina di Malaysia dan menandatangani perjanjian dengan syarikat tempatan untuk membina kenderaan CKD di luar negara.
“Kami menyasarkan penambahan yang mendadak bagi 2020 tetapi rancangan tersebut terjejas akibat Covid-19. Walau bagaimanapun, kami berjaya menambah jualan eksport dan menebus pasaran baru seperti Kenya serta melancarkan Proton X50 di Brunei hanya dua bulan selepas ia dilancarkan di Malaysia dan ini memberi dorongan positif untuk usaha kami tahun ini,” katanya.
Proton Saga yang dijual di Pakistan menguna enjin 1299cc berbanding dengan enjin
1322cc yang diguna di Malaysia untuk mematuhi keperluan kenderaan berkapasiti kecil di sana.
Model yang sama juga dijual di Nepal kerana ia mempunyai alat pemanas kabin, komponen penting bagi pasaran yang mengalami musim sejuk.




































