Utama Blog Halaman 716

 All-New Kia Seltos Now Open For Bookings

The official distributor of Kia vehicles in Malaysia, Naza Kia Malaysia, is now taking orders for the highly-anticipated All-New Kia Seltos at selected Kia showrooms.

The sophisticated and sporty All-New Kia Seltos comes in two variants, the EX and GT Line.

Both variants are available in Glacier White Pearl and Gravity Grey. While the EX trim also
comes in Intense Red, Intelligency Blue is exclusive to the GT Line trim.

This awe-inspiring All-New Seltos, the latest SUV that have been making wave around the
world, will surely make heads turn in Malaysia with its impressive appearance complete with the space and capabilities of a traditional SUV – a true contender in the B-SUV segment.

Customers who wish to view and find out more of our latest offering can visit the selected
showrooms nationwide as listed on our website https://bit.ly/3igB8RJ.

Both variants come with five years manufacturer’s warranty*. Get the latest update on the
launch date for the All-New Kia Seltos on Kia Malaysia’s Facebook page https://www.facebook.com/kiamalaysia/.

Call your nearest authorised Kia showroom for more details!
*Terms and conditions apply.

Ingress Swede Automobile Mutiara Damansara Sambut Ulangtahun Pertama

Ingress Swede Automobile Sdn Bhd (Ingress Swede), wakil pengedar kenderaan Volvo hari ini menyambut ulang tahun pertama dengan mengadakan pelbagai aktiviti menarik kepada pelanggannya.

Ingress Swede, syarikat milik Bumiputera sepenuhnya yang terletak di Mutiara Damansara, yakin jualan kenderaan Volvo edarannya akan kembali pulih susulan pengumuman kerajaan mengenai pengecualian cukai jualan kepada semua kenderaan penumpang CKD dan 50 peratus bagi model CBU.

Pengedar Prinsipal Ingress Swede, Mohd Azeman Mohamed Akram berharap orang ramai merebut peluang ini dengan membuat tempahan awal kereta Volvo sebelum tempoh pengecualian ini berakhir sebelum akhir tahun ini.

Dalam pengumuman Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jun lalu menerusi Pelan Jana Semula Ekonomi negara (PENJANA) bahawa kerajaan akan mengecualikan cukai jualan sepenuhnya bagi kereta penumpang CKD dan 50 peratus bagi model CBU.

Pengecualian ini bermula dari tempoh 15 Jun lalu hingga 31 Disember 2020 bertujuan menggalakkan semula pertumbuhan industri automotif negara yang terkesan teruk akibat wabak pandemik COVID-19.

Pengunjung mengikuti bengkel Terrarium

Sementara itu, Eksekutif Pemasaran dan IT, Ingress Swede, Abdul Azim Abdul Halim berkata, tarikh 12 September adalah ulang tahun pertama Ingress Swede beroperasi di Mutiara Damansara.

Beliau berkata, antara aktiviti yang diadakan dari jam 9 pagi hingga 6 petang termasuk sesi pandu uji semua model Volvo, bengkel Terrarium, kendera saji (food trak), program pokok angkat dan refleksologi.

“Kami menyediakan makanan dan minuman percuma kepada semua pengunjung yang hadir dan mereka juga boleh menyertai aktiviti bengkel Terrarium secara percuma.

“Kami juga menyediakan sesi pandu uji kepada pelanggan yang mahu mencuba semua barisan kenderaan Volvo yang diedarkan,” katanya.

Beliau berkata, antara tawaran menarik yang disediakan kepada orang ramai yang menempah kenderaan Volvo pada hari ini ialah telefon pintar iPhone 11 percuma dan filem penapis haba 3M atau Llumar dan coating percuma.

Bagi pemilik Volvo yang membuat temujanji hari ini pula akan menikmati pemeriksaan percuma kenderaan, potongan diskaun 50 peratus untuk kos buruh, cucian kereta percuma dan diskaun 20 peratus untuk aksesori dan alat ganti terpilih.

Pengunjung melihat lebih dekat model Volvo XC60

Untuk pembelian Volvo S60 dan S90 bagi tempoh sehingga 30 September ini, pelanggan layak menikmati insurans kereta percuma, pengoptimum Polestar percuma dan percuma VSA 5+.

Abdul Azim berkata, orang ramai harus merebut peluang untuk memiliki kenderaan Volvo yang dijual pada tahun ini kerana difahamkan model keluaran 2021 iaitu pada tahun depan akan mengalami sedikit perubahan membabitkan had kelajuan maksimum.

Dalam satu pengumuman oleh Volvo Cars pada Mac 2019 berkata, Volvo akan mengehadkan kelajuan maksimum kesemua kenderaannya kepada 180 km/j (112 mph) bagi mengurangkan kecederaan akibat kemalangan jalan raya.

Mengikut pengumuman syarikat itu, had kelajuan baharu itu akan dilaksanakan bagi kesemua model Volvo yang dihasilkan pada 2021.

INGRESS SWEDE AUTOMOBILE SDN BHD

  • 10, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara
  • 47800 Petaling Jaya, Selangor
  • TEL: 03 7732 7555
  • Emel: [email protected]

Volvo XC90 T8 Inscription Plus, Boleh Pandu Dengan Sendiri – Pandu Uji

Apa yang anda mahukan apabila mempunyai kemampuan untuk membeli kenderaan mewah? Adakah rekabentuk yang menarik, ciri keselamatan, sistem audio infotaimen yang hebat ataupun enjin yang berkuasa atau boleh pandu dengan sendiri?

Kesemua ciri itu mungkin ada pada semua kenderaan buatan Sweden ini yang sudah lama berada di pasaran Malaysia sejak 2014 lagi. Ciri paling hebat ialah Pilot Assist dimana kereta ini boleh bergerak sendiri dengan dikawal sepenuhnya oleh sistem komputer dengan sedikit kawalan oleh pemandu.

Malah model berkenaan yang dimaksudkan ialah Volvo XC90 juga dilihat masih gagah di jalan raya termasuk menjadi kereta pengiring kepada pemimpin tertinggi kerajaan.

Keselamatan adalah ‘jantung’ kepada XC90 dan ia adalah hasil inovasi berdekad kumpulan jurutera Volvo. Model ini dibina menggunakan besi boron bertekanan ultra tinggi – salah satu jenis besi paling kukuh yang ada dipasaran yang menjadi perisai kepada penumpang di dalam kenderaan ini.

Prebiu.com yang pernah memandu uji model utiliti sukan (SUV) XC90 T5 pada pertengahan tahun lalu, dipelawa sekali lagi menguji model versi dipertingkatkan pada kali ini namun ia adalah model XC90 T8 Inscription Plus lebih premium.

Logo hijau pada sebelah kiri meter tanda Pilot Assist diaktifkan

Pujian pertama harus diberikan ialah bunyi enjin yang cukup senyap dan hampir tidak perasan bahawa enjin SUV ini sudah dihidupkan kecuali apabila tombol gear digerakkan kepada ‘D’.

XC90 versi dipertingkat (facelift) kali ini ditawarkan dalam pilihan rim baharu, warna luaran tambahan dan sedikit perubahan pada gril radiator, termasuk bawah bampar depan dan belakang dengan lip dan kemasan krom.

Bagaimanapun, ruang kabin kekal dengan konfigurasi standard 7-kerusi manakala aspek mekanikal tidak berubah, varian XC90 Inscription Plus dijana enjin 1,969cc T8 Twin Plug-In Hybrid berkuasa 407hp dan tork 640Nm dengan transmisi automatik 8-kelajuan-Geartronic.

Bagaimanapun, edisi facelift ini dilengkapi bateri litium-ion lebih besar 11.6 kWh (tambahan 10.4kWh) yang menawarkan pemanduan elektrik penuh sejauh 50km (ekstra 15 peratus).

Volvo XC90 ketika ini ditawarkan dalam tiga varian iaitu XC90 T5, XC90 T8 Twin Engine Inscription dan paling premium T8 Inscription Plus.

Perbezaaan T8 Inscription Plus

Ciri paling ketara membezakan ketiga-tiga varian ini ialah T8 Inscription Plus dilengkapi sistem audio paling mewah berharga kira-kira RM10,000 iaitu Bowers & Wilkins (B&W) berjenama Britain ini berkuasa 1400watt berbanding dua varian lain cuma ada 10 pembesar suara 330Watt.

Jika anda mampu apa salahnya kerana sistem audio B&W ini memang direka khas untuk kabin Volvo. Paling menonjol pembesar Twiter terletak di tengah-tengah atas papan pemuka siap dengan logo B&W bersama kemasan aluminum selain unit speaker pada bahagian pintu.

Ada 19 unit pembesar suara yang memberi kesan audio akuistik terbaik dan sistem bunyi yang terhasil cukup jelas, tajam serta jitu seolah-olah anda sedang berada dalam studio rakaman atau dewan orkestra.

Ledakan bunyi berkuasa 1400watt ini, menghasilkan bunyi yang mendalam, kaya dengan bunyi bass malah penumpang belakang juga dibekalkan dengan unit pembesar suara diatas kepala yang diletakkan dibahagian ruang belakang bonet.

Rekaan luaran

Sebagaimana model XC90 terdahulu, model yang dipertingkatkan ini kelihatan lebih elegan dan mewah dengan dilengkapi rekaan gril baharu kekemasan krom sepenuhnya serta rekaan bamper rendah.

Model yang dipandu uji berwarna Thunder Grey, Metalik ini juga dipadankan dengan kekemasan krom pada sisi pintu dan pada corong ekzos. Padanan krom yang tidak keterlaluan menjadikan SUV ini tampak tegap dan ‘macho’.

Ketika SUV ini diparkir, penulis dapat melihat sistem suspensi udaranya mengubah kedudukan secara automatik dengan kedudukan menaik, namun apabila kereta itu mahu dipandu, sistem suspensinya akan menurun secara sama rata sekaligus merendahkan tahap graviti SUV berkenaan dan memudahkan penumpang masuk. Hebat bukan!

Sistem suspensi ini dibantu oleh casis aktif Four-C yang bertindak mengubah kedudukannya mengikut keadaan pemanduan semasa. Casis ini dikawal secara elektronik sepenuhnya menggantikan peredam jenis tradisional yang membantu memberikan keseimbangan antara keselesaan dan kawalan ketika kereta ini dipandu.

Selain itu, lampu utama LED yang berfungsi automatik sepenuhnya dilengkapi sistem Lampu Tinggi Aktif yang tidak menyilaukan pengguna jalan raya lain manakala gaya lampu-T ala ‘Thor’ direka untuk membuktikan kehadiran XC90 di jalan raya sama ada siang atau malam.

Rekaan dalaman

Seperti model terdahulu, T8 Inscription Plus turut dilengkapi paparan skrin sentuh 12.3 inci; paparan informasi kepala (HUD) yang berfungsi memberikan maklumat mengenai tahap kelajuan pada cermin hadapan, navigasi, tombol gear kristal Orrefors, kunci kereta kulit Nappa, rim 20 inci dengan tayar 275/45, dan Lampu Lentur Aktif (ABL) LED dengan Lampu Suluh Tinggi Aktif (AHB) dengan pencuci lampu utama.

Selain kemasan kayu Linear Walnut pada papan pemuka, konsol gear dan panel pintu, ia turut diadunkan dengan kemasan kulit pada papan pemuka dan panel pintu, berserta karpet khas Inscription dan pakej penataan cahaya kabin peringkat tinggi.

Untuk keselesaan pemandu dan penumpang hadapan, kerusi kemasan kulit Nappa dengan ciri boleh laras elektrik disediakan termasuk 3 memori untuk pelarasan kerusi.

Ciri lain T8  ialah Bantuan Parkir Pilot, kamera pandang 360º, ventilator penyaman udara di tempat duduk baris kedua (di pilar-B) dan bumbung panorama.

6 mod pemanduan

Meskipun rekaan luarannya agak besar dan lebar, namun enjin 2.0 liter pengecas turbo mampu menghamburkan kuasa 407hp dan tork 640Nm. Model plug-in hibrid (PHEV) ini dipadankan dengan 6 mod pemanduan.

Mod pemanduan itu ialah AWD, Pure, Hybrid, Power, Off Road dan Individual. Apabila mod dipilih, sistem komputer SUV ini akan melaraskan suspensi udara dan prestasi enjin mengikut tetapan yang sudah disetkan.

Jika memilih mod Pure, ia membantu pemilik menjimatkan bateri. Bagaimanapun, anda tidak perlu bimbang jika indikator bateri tidak penuh kerana enjin akan mengambil alih pemanduan.

Dengan kapasiti bateri lebih besar, SUV ini mampu dipandu menggunakan sumber kuasa elektrik penuh sejauh 50km, berbanding 43km sebelumnya.

SUV ini bukan sahaja menjimatkan minyak tetapi mesra alam kerana mengurangkan pelepasan emisi. Ciri ini cukup sesuai untuk pemanduan harian ke tempat kerja.

Sekiranya mahu menjimatkan minyak, anda boleh memilih mod Hibrid dimana proses pengecasan turut berlaku ketika memandu menerusi sistem brek regeneratif dan punat Charge pada skrin sentuh di konsol tengah.

Petunjuk indikator pada bateri akan meningkat setiap kali brek ditekan atau pedal minyak dilepaskan dan ini jelas jika pemandu sering menggunakan brek sama ada ketika mendaki atau menurun bukit atau melayan selekoh tajam.

Kombinasi enjin 2.0 liter super-cas dan pengecas turbo dengan motor elektrik jelas menawarkan prestasi mengagumkan. Ini dapat dirasakan ketika SUV ini dipandu membelah lebuh raya dari Kuala Lumpur menuju ke Pulau Pinang.

Meskipun SUV ini adalah model PHEV, namun prestasi enjinnya cukup hebat malah tanpa disedari meter enjin mencecah 180 kilometer sejam meskipun pada mod Hibrid. Dalam kertas, kelajuan maksimum SUV ini ialah 230km/j berbanding 215km/j bagi varian T5.

Andai kata tidak cukup kuasa, boleh sahaja tekan mod Power yang mengaktifkan enjin bertukar lebih responsif dan berkuasa. Cuma mod ini akan membakar lebih banyak bahan api berbanding mod Hibrid.

Sistem keselamatan termaju

Volvo XC90 T8 Inscription Plus ini dilengkapi teknologi keselamatan aktif iaitu stereng automatik meliputi pakej City Safety dan Sistem Maklumat Titik Buta

Teknologi City Safety dengan Autobrake mampu membrek secara automatik apabila mengesan kehadiran pejalan kaki, penunggang basikal dan haiwan bersaiz besar secara tiba-tiba.

Tidak ketinggalan teknologi Oncoming Lane Mitigation dan teknologi Cross Traffic Alert dengan brek automatik.

Ciri paling menarik ialah Pilot Assist, ciri semi-autonomi yang mana sistem berkenaan mudah dioperasi dengan menekan butang pada stereng di sebelah kiri untuk mengaktifkannya.

Pilot Assist cukup sesuai digunakan ketika berada dalam kesesakan lalu lintas. Sistem ini boleh diaktifkan pada kelajuan di bawah 50 kilometer sejam dan juga lebih 140km/j. Dengan mengikut jarak yang ditetapkan dan kelajuan kenderaan di hadapan.

Pilot Assist cukup sesuai digunakan ketika berada dalam kesesakan lalu lintas kerana anda tidak perlu sentiasa memegang stereng atau menekan brek dan pedal minyak. Ini kerana segalanya dikawal sepenuhnya secara pintar oleh komputer.

Sekiranya anda melepaskan tangan dari stereng beberapa saat, sistem akan mengeluarkan notifikasi pada meter ‘stereng apply’ atau sistem akan terbatal sendiri.

Sistem ini dengan sendiri akan mengawal brek dan stereng secara elektronik. Sekiranya anda mahu menekan pedal untuk meningkatkan kelajuan, sistem ini kemudian akan kembali kepada normal.

Kelebihannya, kaki kanan dapat berehat daripada menekan pedal minyak atau brek kerana semuanya dikawal sepenuhnya oleh sistem komputer yang bertindak melakukan brek dan menekan pedal minyak dengan sendirinya.

Penulis juga mencuba sistem ini ketika memandu di lebuh raya dan mendapati ia cukup responsif dengan mengesan kedudukan kenderaan di hadapan atau bersebelahannya.

Ketika kelajuan ditetapkan pada 110 km/j, SUV ini akan bergerak mengikut kelajuan ditetapkan dan pemandu boleh meningkatkan atau menurunkan tahap kelajuan dengan hanya menekan butang pada kiri stereng.

Sistem brek Volvo juga hebat kerana ia bertindak memberikan respon brek pendek yang pantas malah jika anda sedang mengundur dan secara tiba-tiba kenderaan atau objek dibelakang dikesan, sistem brek akan diaktifkan secara automatik.

Satu lagi ciri yang boleh ditonjolkan pada SUV ini ialah apabila kereta berhenti, suspensi akan direndahkan supaya penumpang mudah keluar-masuk manakala operasi memuatkan barang dalam but juga mudah dan praktikal menerusi pengenalan butang boleh laras tinggi dipadankan.

Kesimpulan

Memandu XC90 T8 Inscription Plus sejauh lebih 600 kilometer dari KL-Penang pergi dan balik cukup selesa dan banyak dibantu oleh kerusi empuk mewah saduran kulit Nappa yang menyokong tubuh badan dengan sempurna, sekali gus mengurangkan keletihan ketika memandu jauh.

Sepanjang perjalanan, penulis memilih mod Hibrid kerana ia menjimatkan minyak namun sekali sekala memecut namun tidak menghampakan setiap kali pedal minyak ditekan.

Sistem kamera 360 darjah yang dipaparkan jelas pada skrin tengah konsol pula membantu memudahkan kereta ini diparkir ditempat sempit atau perlu melalui lorong yang sempit.

Ruang dalaman yang luas dan selesa dengan corong penyaman udara disediakan sehingga kepada kerusi baris ketiga tidak mengecewakan. Malah jika mahukan ruang bagasi lebih luas, kerusi baris ketiga boleh dilipat rata dengan mudah.

Bagaimanapun, satu ciri yang mungkin agak tidak praktikal pada SUV plug-in hibrid ini ialah proses mengecas di rumah yang perlu mengambil masa yang lama dan juga menyebabkan putaran piring meter tiba-tiba berputar lebih laju daripada kebiasaan.

Begitu juga kuasa bateri akan merosot cepat sekiranya SUV ini dikerah atau dipandu lebih laju. Namun, penulis percaya ramai yang akan mengecas bateri kereta ini dilokasi mengecas yang disediakan secara percuma seperti di pusat beli belah terpilih atau parkir Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Tiada Usaha Mengenang Jasa Pengubah Lagu Negaraku, Saiful Bahri

Oleh Adam Salleh
[email protected]

63 tahun merdeka, 63 tahunlah kita rakyat Malaysia menyanyikan lagu Negaraku. Sejak bersekolah rendah hingga bekerja Lagu Kebangsaan itu dinyanyikan kita penuh bersemangat terutama pada 31 Ogos sebagai bangsa bermaruah yang bebas daripada cengkaman penjajah.

Malangnya ramai tidak mengetahui siapakah penggubah lagu Negaraku itu ? Beliau adalah Saiful Bahri Elyas.

Nama Saiful Bahri itu begitu asing buat generasi hari ini dan tidak mustahil generasi akan datang juga jika tiada usaha kerajaan untuk mengenang kembali jasa Saiful Bahri sebagai penggubah lagu Negaraku.

Bukan saja lagu Negaraku, Saiful yang pernah berkhidmat sebagai Pengarah Muzik Filem Negara Malaysia juga mengasilkan lagu-lagu membangkitkan jiwa anak watan seperti lagu Malaysia Berjaya, Barisan Kita, Samudra Raya, Gagah Perkasa dan Muhibbah.

Lagu Barisan Kita cukup sinonim dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) malah lagu itu gemar dinyanyikan peminat sukan sewaktu pasukan negara bertarung dalam kejohanan sukan antarabangsa.

Lagu Samudra Raya ditujukan Saiful pada Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM). Untuk menyatukan masyarakat majmuk negara kita Saiful Bahri menghasilkan pula lagu Muhibbah.

Sentuhan Saiful Bahri ditagih oleh Almarhum Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah untuk mengasilkan lagu rasmi negeri itu berjudul Duli Yang Maha Mulia.

Begitu juga lagu rasmi negeri Melaka, Melaka Maju Jaya dan lagu tema Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dicipta oleh Saiful Bahri.

Jika merujuk kepada laman Youtube, lagu-lagu dinyatakan itu ada tetapi majoriti tidak mencatat nama Saiful Bahri sebagai pencipta atau penggubah. Untuk salahkan ‘youtuber’ muda itu tidak adil juga kerana nama Saiful Bahri itu sudah begitu asing pada kita.

Lagu-lagu komersial Saiful Bahri tidak kurang “berhantu” seperti Semalam Di Malaysia, Jangan Ditanya Kemana Aku Pergi, Semalam Di Bukit Tinggi, Gunung Jerai, Hariati, Pulau Langkawi dan Lima Tahun Ku Cari.

Sekian banyak lagu-lagu ciptaan Saiful Bahri, satu hal kita terlepas pandang kerajaan tidak pernah memberi penghargaan pun pada beliau. Tiga kerajaan, Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan kini Pakatan Nasional (PN), Saiful Bahri kekal mati sebagai Saiful Bahri.

Tidak seperti Shah Rukh Khan dan Jackie Chan yang datang sejenak di sini untuk berlakon sahaja kini sudah berstatus “Datuk.”

Mengimbau kembali sejarah, Saiful Bahri lahir di Payakumbuh, Sumatera pada 19 September 1924 dan meninggal dunia di Tokyo, Jepun, pada 26 November 1976 pada usia 52 tahun.

Saiful Bahri (kanan)

Jenazah beliau dibawa ke Jakarta, Indonesia atas urusan isteri pertamanya, R.Suratmi dan dikebumikan di Tanah Kusir, Kebayoran Lama, Jakarta.

Saiful Bahri mempunyai dua isteri di Malaysia, Che Jah Mamat dari Kelantan dan Noraini Ahmad. Ketika Saiful Bahri meninggal dunia, Noraini berusia 28 tahun dan mempunyai lima anak termasuk yang bongsu masih di dalam kandungan.

Sebaik bayi itu lahir, Noraini menamakannya Saiful Bahri yang kini berusia 43 tahun. Sejajar tema Hari Kemerdekaan kita kali ini, Malaysia Prihtin, apakah kita benar-benar prihatin terhadap jasa Saiful Bahri?

*Penulis adalah mantan Pengarang Hiburan dan Berita Harian Metro. Kini bergerak bebas sebagai penganaiisis hiburan dan ‘Youtuber’ menerusi saluran Adam Salleh Channel

AirAsia Umum Penubuhan Asia Digital Engineering Sdn Bhd

AirAsia Group Berhad hari ini mengumumkan penubuhan Asia Digital Engineering Sdn Bhd, sebuah anak syarikat milik penuh yang dijangka menjadi peneraju di Asia sebagai penyedia perkhidmatan kejuruteraan untuk pesawat kumpulan AirAsia dan pesawat komersial di rantau ini.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, penubuhan Asia Digital Engineering sebagai penyedia perkhidmatan MRO serantau oleh AirAsia adalah bertepatan dengan dasar Pengangkutan Nasional, di mana kerajaan berusaha untuk membantu pertumbuhan semua perkhidmatan sokongan dalam industri penerbangan bagi meningkatkan daya saing Malaysia dalam operasi kargo udara.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes berkata, penubuhan Asia Digital Engineering ini dijangka memperluaskan kepakaran dalam bidang kejuruteraan pesawat dan menjadi peneraju di Asia sebagai penyedia perkhidmatan Penyelenggaraan, Pembaikan dan Baik Pulih (MRO) menggunakan data dan teknologi untuk semua syarikat penerbangan komersial di rantau ini, bermula dengan kumpulan AirAsia.

“Anak syarikat baharu ini menawarkan pelbagai kecekapan berdasarkan pengalaman kami selama 19 tahun dalam mengendalikan dan mengekalkan lebih daripada 250 buah pesawat Airbus A320 dan A330.

“Semua jurutera AirAsia dan aset MRO akan digabungkan untuk menyediakan perkhidmatan sokongan teknikal bagi pesawat kami, dan syarikat penerbangan komersial lain di masa hadapan,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Asia Digital Engineering Mahesh Kumar berkata, “Saya berbesar hati kerana diberi tanggungjawab oleh pihak pengurusan AirAsia untuk memimpin anak syarikat baharu ini yang telah mendapat kelulusan oleh Organisasi Penyelenggaraan Pesawat (AMO) dari Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada CAAM dan pihak berkuasa lain yang relevan kerana memberikan kepercayaan kepada kami yang terus berusaha untuk membangunkan seluruh bidang penerbangan komersial, merangkumi perkhidmatan pengangkutan udara, perkhidmatan penumpang, dan kini, perkhidmatan MRO untuk syarikat penerbangan.”

Berpangkalan di ibu pejabat global AirAsia RedQ di Sepang, anak syarikat baharu tersebut akan menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan, sokongan kejuruteraan, perkhidmatan komponen dan gudang, perkhidmatan digital dan inovasi untuk pesawat di bawah kumpulan syarikat penerbangan AirAsia dan syarikat penerbangan lain di rantau ini.

Seiring dengan perjalanan transformasi digital Industri 4.0, ADE memanfaatkan teknologi terkini dalam automasi, analisis data besar, ramalan penyelenggaraan, pembelajaran mesin dan kecerdasan buatan untuk meningkatkan produktiviti dan kecekapan dengan berkesan sambil mengekalkan tahap keselamatan, kualiti yang tinggi dan kelayakan penerbangan dengan sasaran pengurangan kos penyelenggaraan sebanyak 10 peratus.

Bangunan Hampir Siap Dan Sumbangan Barangan Masih Diperlukan

Pertubuhan Kebajikan Baitul Hasan Kuala Lumpur merayu sumbangan wakaf, sedekah, zakat, infak atau tajaan bagi kemudahan asas Pusat Pengajian Islam @ Maahad Tahfiz Baitul Hasan Kelantan.

Pengasas Baitul Hasan, Ustaz Dino Rizal Suratman berkata, maahad tahfiz itu kini hampir siap dibina dan dijangka dibuka pada tahun 2021.

Beliau berkata, pihaknya ingin membuka peluang kepada semua muslimin dan muslimat yang bermurah hati untuk melengkapkan bangunan ini dengan pelbagai kemudahan asas untuk pengajaran dan pembelajaran anak yatim, asnaf serta jemaah nanti.

“Memandangkan bangunan MTBH telah 95% siap dibina, pihak kami merayu sumbangan muslimin & muslimat bagi kemudahan asas seperti kerusi, meja, rehal, katil, almari dan sebagainya menjelang pembukaan MTBH pada tahun 2021 kelak.

“Katanya, orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh terus menyalurkan sumbangan anda ke akaun Bank Islam 14171 01 000 7586 (Pertubuhan Kebajikan Baitul Hasan Kuala Lumpur ) atau hubungi talian 017-3535 085 (Ustaz Dino) atau 017-3505 681 (Pejabat Baitul Hasan).

“Terima kasih atas sumbangan anda ..moga ia menjadi amal soleh buat kita diakhirat nanti. Kebajikan Asnaf Keutamaan Kami,” katanya.

Beliau berkata, MTBH adalah sebuah maahad tahfiz moden yang dilengkapi pejabat pentadbiran, dewan kuliah utama, kelas, pusat sumber, asrama,dewan makan dan sebagainya.

Ia akan dibuka kepada anak yatim, asnaf dan jemaah yang berminat mendalami ilmu Al-Quran khususnya hafazan secara percuma @ tajaan.

Baitul Hasan ini ditubuhkan pada 3 September 2013 dan aktif membantu golongan asnaf dan memerlukan dengan menganjurkan beberapa program berbentuk pendidikan, sumbangan kewangan dan barangan.

“NGO ini bukan saja menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan di dalam negara, malah juga di luar negara menerusi wakil yang dilantik.

“Kita bawa misi dan matlamat untuk membantu golongan asnaf, ibu tunggal, anak yatim dan orang kurang upaya (OKU) merangkumi aspek pendidikan, kemahiran, kesihatan, barang keperluan harian, motivasi dan kaunseling,” katanya.

 

Perodua Tweckbot Kembali Semula Dengan Mengikuti SOP Yang Ditetapkan

Setelah beberapa bulan dihentikan sementara berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (MCO), Perodua Tweckbot kini kembali semula dengan langkah-langkah keselamatan dan kesihatan yang lebih komprehensif untuk melindungi para pelanggan dan kakitangannya.

Perkhidmatan pemeriksaan kenderaan percuma paling lama dilaksanakan ini akan bertempat di Tesco Extra Bukit Tinggi Klang pada hari Sabtu dan Ahad ini (12hb dan
13hb September) bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

“Memandangkan Hari Malaysia bakal tiba, kami meramalkan kebanyakan rakyat Malaysia akan bercuti atau pulang ke kampung halaman. Demi keselamatan dan ketenangan minda, adalah sangat penting kenderaan Perodua mereka berada dalam keadaan yang baik,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Zainal Abidin Ahmad.

Tweckbot memeriksa lebih dari 50 poin pada kenderaan Perodua termasuk enjin, transmisi, sistem penyejukan kenderaan, brek, stereng kuasa, klac, tayar, suspensi dan elektrik.

Dato’ Zainal menekankan bahawa langkah-langkah keselamatan dan kesihatan yang menyeluruh akan dilaksanakan dan akan menjadi prosedur operasi normal baharu untuk Tweckbot selepas ini.

Semua pelanggan Tweckbot diminta untuk menjalani pemeriksaan suhu dan perlu mematuhi protokol pengesalan kenalan seperti yang diarahkan oleh kerajaan.

Stesen Tweckbot akan disesuaikan dengan susun atur yang lebih luas untuk ruang
menunggu, khidmat nasihat dan pemeriksaan kenderaan bagi meminimumkan pergerakan, dan keseluruhan stesen akan dikosongkan serta disanitasi dua kali sehari.

“Juruteknik kami akan memakai pelindung muka setiap masa dan setiap kenderaan akan disanitasi sebelum dan selepas pemeriksaan. Penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup mulut juga adalah pada setiap masa,” katanya lagi.

Beliau menambah bahawa dalam melindungi orang ramai, jumlah kenderaan yang diperiksa adalah terhad kepada slot berdasarkan “first-come, first-served”.

Tweckbot juga akan berada di Tesco Puncak Alam dari 19hb-20hb September dan Tesco Extra Ampang dari 26hb-27hb September, dari jam 9 pagi hingga 5 petang, tawaran khusus untuk pemilik kenderaan Perodua yang ingin melakukan pemeriksaan selepas pemanduan yang panjang.

Pelanggan yang memeriksa kenderaan mereka dengan Tweckbot akan menerima baucar diskaun 20% yang boleh ditebus untuk pembelian alat ganti dan aksesori terpilih di mana-mana pusat servis Perodua yang sah*. (*Tertakluk kepada terma dan syarat)

“Perodua mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia. Kekal bersatu untuk terus memerangi COVID-19 ini. Kita masih belum menang tetapi kita harus tempuh bersama-sama dan selagi kita mengutamakan keselamatan, kita akan berjaya mengharunginya,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Invest Selangor Launches Selangor Business Hub To Help SMEs Adapt To New Norms

A virtual networking platform for businesses in the state to engage and network with
stakeholders, especially from the region.

Invest Selangor today launched another digitalization initiative, the Selangor Business Hub (SBH), in its effort to provide a virtual networking platform for businesses in the state
and curb the economic contraction due to the current COVID-19 pandemic.

The Selangor Business Hub is expected to provide another channel of communication for businesses to engage and network with stakeholders, especially from the region, despite the movement restrictions due to the pandemic.

Selangor State Executive Councillor, Dato’ Teng Chang Khim said the initiative shows that Selangor will always be forward-thinking to ensure the SMEs will adapt to the new norms of doing business.

“Selangor is not hibernating and waiting for the crisis to be over. We plan to move up the value chain, to lead in finding a way out of the pandemic by using digitalisation as a tool.

“Be rest assured that more initiatives dedicated to this cause will be introduced for the benefits of businesses in Selangor.

“Currently, 300 merchants have registered to participate in the forthcoming Virtual SIE 2020, one of the components of SBH, in mid-October. We are expecting around 3,000 registrations within a year after today’s launch,” he added.

The SBH comprises three key components which includes the Invest Selangor Investment Promotional Programmes, a portal that hosts all virtual conferences and webinars organised by Invest Selangor and virtual meetings with potential partners or investors across the region.

The second component, the Virtual Selangor International Business Summit, is an alternative online format of the annual Selangor International Business Summit (SIBS) and consists of Selangor International Expo (SIE), Selangor ASEAN Business Conference (SABC) and Selangor Smart City and Digital Economy Convention (SDEC).

The third component, the Selangor Information Technology and E-Commerce Council (SITEC) Virtual Hub, is an information and webinar hub for programmes conducted by SITEC, to expand the reach to the international audience.

The initiative augurs well to enable Selangor to achieve its vision to become a premier regional smart state in ASEAN by 2025.

“The restricted movement has ‘forced’ Malaysian companies, including Invest Selangor, to look at and operate differently from the office SOP. It’s business as usual but in new norms.

“We have to accept the reality that the pandemic has created a domino effect on the ASEAN’s economy and also the rest of the world.

“Nonetheless, the Selangor State Government has continued to facilitate and assist companies in Selangor in these times of uncertainty to keep their presence in the state and restore their confidence,” he added.

Earlier in his speech, Chief Executive Officer of Invest Selangor Berhad, Dato’ Hasan Azhari bin Hj Idris said, that SBH could also expedite the migration of activities that are normally undertaken physically into a virtual format.

“We will constantly refine our goals and strategies in Invest Selangor to be in line with the state government’s efforts in realising our Smart Selangor vision, as well as in becoming the Smart Gateway to ASEAN,” he added.

Brunei Muncul Pasaran Eksport Pertama Proton X70

SUV terlaris di Malaysia, Proton X70 2020 telah dilancarkan di Brunei pada Ahad 6 September lalu.

Pada tahun 2019, Negara Brunei menjadi pasaran eksport pertama untuk menerima Proton X70 dan kini, ia sekali lagi menjadi pasaran eksport pertama untuk model 2020 yang dibina di Tanjung Malim.

Bersamaan dengan model pendahulu, Proton X70 2020 mempunyai tiga variasi (Standard, Executive dan Premium X) untuk pasaran Brunei dan akan dijual dengan jaminan selama lima tahun tanpa had jarak tempuh.

Semenjak pelancarannya pada Februari 2020, Proton X70 2020 merupakan pilihan paling popular di kalangan pembeli SUV di Malaysia. Pada akhir Ogos 2020, sebanyak 12,732 unit telah dijual bersamaan dengan 25.9% pegangan pasaran SUV di seluruh Malaysia.

Model pendahulu Proton X70 termasuk dalam tiga tempat teratas bagi segmennya di Brunei, walaupun ia dijual selama setahun sahaja. Negara Brunei tidak terlepas dari jangkitan wabak COVID-19 tetapi jumlah penjualan industri automotif pada akhir bulan Julai telah berjaya mencatatkan jualan sebanyak 7,609 unit, menunjukkan trend jualan yang setanding dengan jumlah jualan tahun lepas.

“Proton teruja dengan model X70 2020 buatan Malaysia telah dilancarkan di pasaran eksport pertama kerana jualan eksport memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan jumlah jualan keseluruhan syarikat.

“Kami yakin bahawa kombinasi ciri-ciri inovatif serta peralatan keselamatan yang menyeluruh pada X70 baharu ini akan berjaya menarik perhatian pembeli kereta bukan saja di Brunei, malah di mana-mana pasaran di seluruh dunia,” kata Roslan Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar.

Honda Malaysia Delivers 40 Units Of Civic To Malaysian Army

Honda Malaysia delivered 40 units of the Civic 1.8S to the Malaysian Army for the purpose of law enforcement and policing duties by the Royal Military Police Corps.

This 10th Generation Civic delivery marks the inaugural presentation of a Honda model by Honda Malaysia to the Malaysian Army. 

Managing Director and Chief Executive Officer of Honda Malaysia, Toichi Ishiyama commented, “Previously, the Royal Malaysia Police (RMP) had also chosen the best-selling
C-segment as their new mobile patrol vehicles and we are currently delivering more than 1,000 units of the Civic 1.8S to them to be used for their enforcement duties.

Honda Malaysia is proud that the Civic has once again been selected as our frontliners’ vehicle of choice. The Civic will be used by the Royal Military Police Corps for enforcement duties and it is our hope that the ideal model selected will complement and assist the Royal Military Police Corps in their daily commute for their assigned tasks.”

The Civic is a hugely popular vehicle of choice among Malaysians. Since its launch in February 2020, the locally assembled Civic has sold more than 5,600* units and maintained its position as No.1 in the C-segment with a 78% market share as of July 2020.

The Civic is currently the 2nd best-selling Honda model in Malaysia well-known for its performance, sporty design and advanced features. The 10th Generation facelifted Civic is equipped with Honda’s Next Generation Advanced Safety Technology features namely the Honda LaneWatch** and Honda SENSING***, offering D-segment features in a C-segment model.

The Civic that was presented to the Malaysian Army is powered by a 1.8L i-VTEC engine delivering maximum power output of 141PS and maximum torque of 174Nm. In terms of drivability, the Civic provides excellent stability and agile handling feel as a result of its low and wide body presence. Additionally, the Civic is also certified with Energy Efficient Vehicle (EEV).

The 10th Generation facelifted Civic exudes a premium and sporty appearance with its redefined exterior design and enhanced styling. To further complement the overall package of the Civic, advanced features of Remote Engine Start, Walk Away Auto Lock, 7” Advanced Display Audio and Electric Parking Brake (EPB) sets a higher benchmark in its segment.

Safety is always Honda’s top priority for all its models. The Civic has been awarded with            five-star safety rating by ASEAN NCAP and is equipped with top class safety features such as Six Airbags, Vehicle Stability Assist (VSA), Agile Handle Assist (AHA), Hill Start Assist (HSA), Emergency Stop Signal (ESS), Anti-lock Braking System (ABS), Brake Assist (BA) and Auto Brake Hold (ABH). Other new safety features are the Front Sensors and Auto Front Wiper. 

For more information on the Civic and other Honda cars, customers are invited to visit any of the 101 Honda Malaysia authorized dealerships nationwide, call Honda’s Toll Free number at 1-800-88-2020 or log on to www.honda.com.my

*As of August 2020

**1.5TC and 1.5TC-P variants only

***1.5TC-P variant only 

Post Menarik