Bersedia untuk peluang berinteraksi bersama dinocorn sempena roadshow tiga hari Maxis
Home Fibre yang akan berlangsung di Desa Park City hujung minggu ini dari 2 hingga 4
Februari 2024.
Jom bertemu dengan dinocorn bersaiz jumbo dengan ketinggian dalam sekitar tiga tingkat,
yang telah membuat penampilan sulungnya dalam Perarakan Merdeka 2023 sebagai
sebahagian daripada kontinjen Maxis, dan dapatkan peluang unik untuk bergambar dengan
maskot comel tersebut.
Hanya semasa roadshow ini, pelanggan Maxis Home Fibre baharu yang menggabungkan pelan mereka dengan Maxis Pascabayar boleh menikmati 3 bulan perkhidmatan fiber percuma dengan pelan 300Mbps, atau 6 bulan perkhidmatan fiber percuma dengan pelan 500Mbps, 1Gbps, dan 2Gbps.
Keluarga-keluarga boleh meluangkan masa bersama-sama dengan pelbagai aktiviti seronok, seperti melawat tempat bergambar yang menarik, menonton persembahan dinocorn dan menyertai sesi-sesi interaktif yang menjanjikan pengembaraan yang tidak dapat dilupakan di taman Desa Park City.
Maxis Home Fibre kini menawarkan pelan antara 100Mbps sehingga 2Gbps, memastikan pelanggan menikmati pengalaman internet kediaman yang lebih baik pada harga yang
berpatutan.
Pelan 2Gbps disertai dengan penghala WiFi 6E yang canggih untuk WiFi sepantas kilat, manakala semua pelan lain disertai dengan penghala yang diperakui WiFi 6 untuk meningkatkan kelajuan sambungan.
Kunjungi roadshow Maxis Home Fibre untuk mengetahui lebih lanjut mengenai promosi terkini atau rujuk maxis.com.my/fibre untuk butiran lanjut.
SEAKAN tidak percaya apabila kali pertama melihat peranti terbaharu keluaran HONOR ini apabila diperkenalkan kepada media sebelum majlis pelancaran rasminya baru-baru ini.
Apa yang cukup luar biasa ialah HONOR Magic V2 ini adalah telefon boleh lipat paling nipis dan paling ringan di dunia dengan berat keseluruhan hanyalah 231 gram.
Ini terbukti ketika demontrasi dilakukan dengan meletakkan peranti ini diatas sekeping kertas A4 dalam sebuah akuarium dan peranti ini terapung dalam beberapa saat tanpa tenggelam. Hebat bukan!
Sebenarnya bukan mudah untuk menghasilkan peranti hebat ini kerana bagi mencapai rekabentuk yang sangat ringan ia membabitkan gabungan sebanyak 210 teknologi baharu misalnya teknologi bateri ultra nipis, teknologi penyejukan ultra nipis, skrin ultra nipis, unit speaker ultra nipis dan beberapa lagi ciri ultra nipis.
REKAAN PALING NIPIS, RINGAN DI DUNIA
Ketika peranti ini dilipat, ia hanya setebal 9.9mm manakala apabila dibuka pula senipis 4.7mm bersamaan dengan 3 keping kad kredit yang disusun bersama.
Buat pertama kali dalam sejarah pembuatan peranti apabila HONOR menggunakan aloi titanium untuk menghasilkan engsel dan kaca nanohablur generasi kedua untuk skrin yang tahan lasak jika tiba-tiba peranti ini terjatuh. Aloi titanium biasanya digunakan sebagai bahan utama untuk menghasilkan produk untuk aeroangkasa.
Engsel HONOR Magic V2 dapat menahan lebih 400,000 lipatan, manakala kaca nanohablur mempunyai rintangan jatuh 10 kali ganda berbanding kaca standard biasa. Selain itu, engsel tersebut dibina menggunakan struktur gear sifar yang unik bagi memudahkan pengguna menonton video dan menangkap gambar tanpa menggunakan tangan.
Ciri tersebut dipanggil ‘hover’ dan amat membantu apabila mengambil gambar berkumpulan, swafoto dan gambar aksi.
SKRIN
Skrin peranti ini diperbuat daripada kaca nano kristal poly-melengkung generasi kedua yang menjadikan ketahanan sebanyak 30 peratus kekuatan berbanding skrin generasi pertama Nano Kristal Kaca.
Peranti ini hadir menerusi skrin luaran 6.43″ OLED dengan resolusi 2376 x 1060 piksel manakala skrin luaran 7.92″ OLED 2344 x 2156 piksel dan 1.07 bilion warna turut menyokong kadar segar semula 120Hz, boleh memainkan kandungan HDR10+ di Netflix dan Prime Video.
Atas kertas, peranti ini juga memiliki ciri untuk keselesaan mata iaitu pengiktirafan Cahaya Biru Rendah TUV Rheinland, menyokong suhu warna dan mod malam Circadian serta ciri Dynamic Dimming.
Melihat kepada paparan warna, skrin HONOR Magic V2 cukup cantik dan jelas dengan tahap kecerahan amat memuaskan sekali gus meletakkan peranti ini sebaris dengan peranti kelas premium lain.
Malah ketika menggunakan peranti ini di bawah cahaya matahari terik juga tidak akan menimbulkan masalah dan kawalan manual tahap kecerahan boleh mencapai sehingga 2500 nits.
REKAAN LUARAN
Peranti ini mempunyai tubuh senipis 9.9mm apabila dilipat dan 4.7mm pula sewaktu dibuka. Namun meningkat sedikit kepada 10.1mm dan 4.8mm untuk variasi kaca memandangkan peranti mempunyai dua variasi yang ditawarkan.
HONOR Magic V2 hadir dengan rekaan yang nipis dengan saiz dimensi 156.7 mm (panjang) X 145.4mm (lebar) X 4.8mm (depth) dan berat hanya 231gram termasuk bateri.
Peranti ini juga hadir dengan rekaan skrin melengkung yang tampil lebih eksklusif dan premium manakala butang bezel tidak terlalu tebal dan ringkas. Peranti ini juga cukup selesa digenggam dan disimpan kemas dalam kocek seluar atau dompet wanita.
Apa yang menarik ialah permukaan badan peranti pada panel belakang itu pula kusam sekali gus mengurangkan kesan cap jari dan habuk namun selesa digengam.
Di atas peranti pula terdapat lubang mikrofon dan kekisi speaker satu lagi lubang sama di bahagian bawah bersama-sama dengan kekisi speaker, slot kad SIM dan port USB-C. Sisi kanan peranti dilengkapi dengan butang kuasa dan butang laras suara di sisi kiri.
Ia dibina semula sepenuhnya menggunakan bahan titanium yang dikatakan boleh berfungsi dengan baik sehingga 400,000 kali lipatan. Pengalaman membuka dan menutup peranti juga terasa baik tanpa bunyi dan dikatakan memiliki ketahanan yang lebih lama.
HONOR Magic V2 menawarkan tiga pilihan warna premium di Malaysia iaitu hitam Black, ungu Purple dan Black (PU).
KAMERA
HONOR Magic V2 dilengkapi dengan tri-kamera di belakang yang menggabungkan sensor 50MP lebar (f/1.9), 50MP lensa ultra-lebar (f/2.0) dan 20MP lensa telefoto (f/2.4) dengan sokongan OIS terbina.
Sementara itu diikuti pula dengan kamera swafoto sebesar 16MP (lebar) dengan bukaan apertur f/2.2) juga digunakan pada kedua-dua belah skrin luar dan dalam. Peranti juga membenarkan rakaman video maksimum 4K (3840×2160 pixels) dibuat pada kedua-dua belah kamera. Kebolehan zum pula boleh meningkat kepada 40X zum digital.
Ketika zum kamera ini diuji pada tahap maksimum 40X dengan mengambil gambar bulan penuh, walaupun gambar dihasilkan tidak begitu jelas namun dapat melihat tompokan bulan berkenaan. Lihat hasil dibawah.
Aplikasi kamera turut dilengkapi dengan banyak ciri AI baharu seperti AI Vlog Assistant, AI Video Quality Enhancement, menyokong mod HDR tersendiri, ciri gambar mod resolusi tinggi dan banyak lagi ciri menarik termasuk pengurangan bunyi bising video.
Menggunakan mod malam juga menghasilkan gambar yang cantik dengan tahap kecerahan warna lebih jitu meskipun zum digital digunakan. Lihatlah hasil gambar bulan penuh yang berjaya dirakam menggunakan mod malam dan zum 40 kali.
Ketika menggunakan mod swafoto, anda hanya perlu senyum dan kamera ini dengan pantas akan merakam foto anda bersama rakan-rakan. Menarik bukan!
Terdapat juga beberapa fungsi terbina di dalam aplikasi kamera seperti Night, Portrait, Photo, Video, Movie dan sebagainya. Dalam masa sama peranti juga menyokong AI dan HDR terbina bagi membolehkan gambar diambil dengan imbangan cahaya baik. Seperti biasa pilihan tangkapan gambar pula boleh diambil pada nisbah 1:1, 4:3 dan penuh.
HONOR mempertingkatkan ciri AI Recognition bagi menambah baik pengecaman imej untuk pengalaman fotografi yang lebih lancar dan pintar. Penambah baik ini juga termasuk ciri HONOR Motion Sensing Capture yang berfungsi untuk menangkap pergerakan.
BATERi
Peranti ini dibekalkan dengan bateri Karbon Silikon sebesar 5000mAh yang ringan dan nipis dengan sokongan pengecasan pantas 66W HONOR SuperCharge dalam tempoh beberapa minit. Penggunaan teknologi baharu bateri ini menjadikan peranti ini lebih nipis dan ringan berbanding pesaingnya.
Menariknya, HONOR adalah perintis menggunakan bateri karbon silikon ultranipis dalam telefon boleh lipat. Bateri seperti ini kali pertama digunakan dalam kenderaan elektrik seperti Tesla.
Pengecasan adalah melalui kabel USB-A ke USB-C yang mana kedua-dua kabel dan palam pengecas disediakan di dalam kotak.
Tidak ketinggalan, untuk keselesaan mata pengguna, paparan luar dan dalam HONOR Magic V2 dilengkapi kadar penyegaran tinggi 120Hz dan teknologi Pemalapan PWM 3840, paling tinggi dalam industri untuk pengalaman melayari dan hiburan lancar.
Paparan dalam besar 7.92 memberi rasa seolah menggunakan tablet, memberi fungsi dua dalam satu, sesuai untuk ahli perniagaan atau individu yang sentiasa perlu melakukan beberapa tugas berbeza dalam satu masa. Ia menyokong HDR 10+, gamut warna 100% DCI-P3 dan 1.07 bilion warna untuk menghasilkan visual dengan warna sebenar.
PERISIAN
HONOR Magic V2 dikuasakan dengan cipset Snapdragon 8 Gen 2 dan menggunakan sistem operasi MagicOS 7.2 berasaskan Android 13 untuk prestasi lebih lancar meskipun digunakan secara aktif.
Privasi data pengguna kini lebih terjamin dengan adanya Chipset Keselamatan Diskret yang menyimpan kata laluan, biometrik dan data pengecaman muka dengan cekap. Fungsi ini melindungi maklumat sensitif pengguna daripada diketahui pihak lain.
Seterusnya, Panggilan Privasi AI 2.0 berupaya menghalang orang sekeliling daripada mendengar perbualan dalam telefon pengguna dengan melaraskan bunyi panggilan mengikut keadaan persekitaran sama ada di kawasan sesak atau sunyi seperti di dalam lif.
FUNGSI SEPERTI SEBUAH TABLET
Pengguna boleh melakukan pelbagai perkara serentak dengan ciri berbilang tugas seperti bermain permainan mudah alih, menstrim, menyiapkan tugasan atau melayari media sosial.
Peranti ini boleh menggunakan sehingga 4 tetingkap berbilang boleh dibuka pada satu masa dengan skrin pisah dalam mod menegak atau melintang. Sebagai tambahan, skrin pisah memberikan pengalaman permainan dwi skrin yang unik dengan kapasiti storan 16+512GB.
HONOR menjadi jenama pertama menawarkan perlindungan skrin selama 365 Hari untuk telefon boleh lipat. Perlindungan Skrin HONOR 365 Hari meliputi kerosakan skrin dalam dan luar disebabkan terlanggar atau terjatuh.
KESIMPULAN
HONOR Magic V2 umpama sebuah peranti yang penuh dengan magis kerana selain peranti boleh lipat paling nipis dan ringan di dunia, sebenarnya ia memiliki pelbagai kelebihan berbanding peranti sedia ada di pasaran ketika ini.
Malah, kekemasan kotak hitam empat segi besar yang dibekalkan dengan setiap pembelian peranti ini kelihatan begitu eksklusif dengan paparan tulisan HONOR dalam warna emas. Turut dibekalkan sarung peranti yang hadir bersama warna yang sama beserta dengan palam dan wayar pengecas yang disusun kemas dalam kotak khas ini.
Pada harga RM6,999, peranti ini sesuai digunakan bagi mereka yang terbabit dalam pelbagai sektor dan industri misalnya multimedia, Ketua Pegawai Eksekutif syarikat mahupun mereka yang aktif dalam sosial media.
Ini kerana, peranti ini mudah dibawa ke mana-mana tanpa membebankan kocek seluar selain daya tahan bateri yang lebih lama dan pencegasan pantas 66W yang hanya mengambil masa beberapa minit untuk pengecasan penuh.
Minetech Resources Berhad (Minetech), pakar kejuruteraan awam, pengeluar produk bitumen serta pemain baru dalam ruang tenaga suria, dengan mengumumkan Minetech Construction Sdn Bhd (MCSB), telah berjaya melanjutkan kontrak dengan Able Return Sdn. Bhd. dan Damar Consolidated Exploration Sdn. Bhd. untuk kerja penyingkiran sisa, penghantaran bijih, dan kerja-kerja berkaitan untuk Projek Lombong Emas Selinsing.
Tempoh pembaharuan ini dilanjutkan untuk tempoh 36 bulan tambahan, bermula dari 1 Januari 2024 hingga 31 Disember 2026, dengan kontrak dianggarkan bernilai RM230.0 juta.
Terletak di Central Gold Belt Malaysia, Lombong Emas Selinsing menjangkau 150.3km², merangkumi hartanah Selinsing, Terumbu Kerbau, Tanah Felda, Peranggih dan Famehub, yang terletak 158km di utara Kuala Lumpur.
Untuk makluman, lombong itu mempunyai kilang pemprosesan emas dan infrastruktur penting, mudah diakses dari semua hartanah.
Pengerusi Minetech Resources Bhd., Abang Abdillah Izzarim berkata, kontrak dengan Able Return Sdn Bhd dan Damar Consolidated Exploration Sdn Bhd ini merupakan satu pencapaian penting bagi Minetech.
“Ia bukan sahaja mengesahkan kedudukan utama kami dalam industri tetapi juga sejajar dengan visi strategik kami untuk pertumbuhan dan kecemerlangan. Kami komited untuk memanfaatkan kepakaran dan keupayaan kami untuk terus menyumbang kepada kejayaan Projek Lombong Emas Selinsing, memastikan penciptaan nilai untuk semua pihak berkepentingan yang terlibat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut beliau berkata, adalah penting untuk ambil perhatian bahawa operasi Lombong Emas Selinsing dan kontrak lanjutan sejajar dengan komitmen Minetech terhadap prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).
Penjajaran ini menekankan dedikasi syarikat terhadap amalan perlombongan mampan, penglibatan komuniti, dan piawaian tadbir urus yang bukan sahaja memastikan pematuhan tetapi juga bertujuan untuk memberi kesan positif kepada alam sekitar, tambahnya.
Pada 31 Januari 2024, 5:30 petang harga saham Minetech ditutup pada RM0.145, menandakan modal pasaran sebanyak RM258.7 juta.
On January 17, the SAP Centre in San Jose buzzed with activity as Samsung Electronics unveiled its latest Galaxy S24 series — attracting media, influencers and industry insiders from around the globe.
Banners announcing “Galaxy AI is coming” hung from the arena’s walls, sparking curiosity about a new era of Galaxy, while a photo wall near the entrance pulled in a steady stream of visitors.
At the same time, a nearby experience zone was packed with journalists and influencers ready to explore the Galaxy S24 series.
Check out the photos below for a never-before-seen look at Galaxy Unpacked 2024.
Aplikasi tempahan perjalanan terbaik Asia, AirAsia MOVE (dahulunya airasia Superapp) telah bekerjasama dengan Coras, platform pengedaran tiket global yang terkemuka untuk memperkenalkan MOVETIX, platform tiket serba baharu dan inovatif yang menawarkan lebih 10,000 acara dan aktiviti global yang dilengkapi dengan penerbangan, hotel, perkhidmatan e-hailing melalui satu aplikasi mudah.
MOVETIX diterajui oleh Hassan Choudhury, seorang profesional berpengalaman dalam industri hiburan yang akan meneruskan peranannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif RedRecords, sebuah usaha sama antara AirAsia dan Universal Music.
Platform MOVETIX di aplikasi AirAsia MOVE (dahulunya airasia Superapp) dikuasakan oleh Coras, yang mempunyai rangkaian rakan kongsinya termasuk Ryanair, Pegasus, Frontier dan banyak lagi. Klik di sini untuk butiran lanjut.
Untuk memulakan pelancaran ini, StarHub dan World Football Legends telah mengumumkan MOVETIX sebagai rakan kongsi tiket rasmi Festival Bola Sepak StarHub yang akan datang pada 20 – 21 April 2024 di Our Tampines Hub, Singapura.
Festival dua hari itu turut menampilkan perlawanan yang menampilkan legenda Liga Perdana Inggeris dan legenda Singapura seperti David James, Dwight Yorke, Teddy Sheringham dan banyak lagi.
Sebagai rakan kongsi tiket rasmi untuk acara tersebut, mereka yang berminat boleh membeli tiket mereka pada harga SGD60 setiap satu untuk tiket dewasa, SGD30 untuk warga emas (umur 60 tahun ke atas) dan kanak-kanak (bawah umur 12 tahun), dan pakej keluarga dengan harga SGD150, yang meliputi kemasukan untuk dua kanak-kanak dan dua dewasa secara eksklusif di airasia Superapp dari 30 Januari 2024 hingga 4 Februari 2024.
Sebahagian daripada jualan tiket akan disumbangkan kepada Persatuan Disleksia dan HCA Hospice Care, yang menyumbang kepada kerja komuniti mereka yang tidak ternilai.
RHB Islamic Bank Berhad (RHB Islamic Bank) melalui Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif RHB Islamic Bank Berhad, Dato’ Adissadikin Ali telah mengadakan kunjungan hormat terhadap Pengerusi MARA, Datuk Wira Dr. Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki di pejabat beliau.
Kunjungan hormat ini adalah bersempena dengan kerjasama yang dijalin diantara RHB Islamic Bank dengan Yayasan Pelajaran MARA (YPM) di bawah Program “B40 Education Empowerment Programme” (BEEP).
Perjumpaan ini menyaksikan penyerahan replika cek berjumlah RM1 juta oleh Dato’ Adissadikin Ali untuk Program “B40 Education Empowerment Programme 2023 – 2025” kepada Ketua Pegawai Eksekutif YPM, Faisalludin Mohamat Yusuff dan disaksikan oleh Dr. Asyraf Wajdi.
Di bawah Program BEEP, RHB Islamic Bank menyasarkan untuk menaja sehingga RM1 juta dari dana zakat wakalah bagi program-program YPM untuk tempoh tiga tahun untuk tahun 2023-2025.
Program Kerjasama RHB Islamic Bank dan YPM ini merupakan inisiatif Rakan Strategik dan YPM dalam memberi ruang dan peluang kepada pelajar dari segmen B40 untuk mendapatkan akses bimbingan secara percuma serta pendedahan akademik melalui beberapa program yang disediakan di beberapa lokasi terpilih di seluruh negara.
Kerjasama ini juga akan memanfaatkan seramai lebih daripada 2,500 pelajar dari segmen B40 bagi membantu para pelajar dalam bidang pelajaran untuk mencapai kecemerlangan menerusi program-program yang dilaksanakan dibawah Program BEEP hasil kerjasama YPM dan RHB Islamic Bank.
Dato’ Adissadikin Ali, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif RHB Islamic berkata, “Program-program kendalian Yayasan Pelajaran MARA (YPM) ini adalah satu usaha murni dan berimpak tinggi.
Oleh sebab itu, kami di RHB Islamic Bank mengalu-alukan hubungan strategik bersama YPM dalam usaha memperhebat aspek pendidikan dan pelajaran untuk manfaat para pelajar dari segmen B40 dan asnaf.”
Samsung has unveiled the Galaxy S24 Series, the Samsung’s first AI-powered smartphone, and its newest offerings are to change the way you experience the world.
Live Translate, which breaks language barriers, Photo Editor powered by Galaxy AI that enable simple edits, and Circle to Search with Google, which discovers new ways of search, are all in the Galaxy S24 Series to change and ease your life.
Now, get ready to unleash your inner early-adopter spirit for the new Galaxy AI phone because 7
#TeamGalaxy: Nabila Razali (@nabila.razali) 1 , Danny Ah Boy (@danny_ahboy) 2 , Chang Yong (@changyongggg) 3 , Deadpudds (@deadpudds) 4 , Dolla (@dolla.official) 5 , Chubb-e(@donutfingerlinking) 6 and Yaya Zahir (@yayazahir) 7 are opening up for the ultimate giveaway you won’t want to miss!
From now till 31 January, you can stand a chance to win the Galaxy S24 Series. That’s right, the lucky winners will get their hands on incredible prizes, thanks to these fantastic influencers. All you have to do is leave a comment on the influencers' giveaway posts.
How to win?
(For detailed terms and conditions please refer to the respective Influencers’ giveaway posts)
1. Follow (@Influencer) & @samsungmalaysia
2. Follow the instructions on the post. Share your favourite Galaxy AI features in the comment section and tell us why
3. Remember to hashtag #GalaxyAI #GalaxyS24
4. Set your profile to public and share the post
That’s all! So, what are you waiting for? Head over to the giveaway posts on the influencer’s page and leave a comment now! The Galaxy S24 Series is on its way to you. Stand a chance to win one of the Galaxy S24 Series now!
Jenama teknologi global HONOR, mengumumkan bakal menyertai Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) 2024 yang akan berlangsung di Barcelona, Sepanyol bulan depan.
Di pameran tersebut, HONOR juga akan melancarkan dua rangkaian flagship di peringkat global, iaitu HONOR Magic V2 RSR dan HONOR Magic6 Series pada 25 Februari 2024, jam 9 malam waktu tempatan.
Pameran ini akan strim secara langsung di Facebook HONOR Malaysia dan laman web rasmi HONOR. Jangan melepaskan peluang menyaksikan inovasi dan teknologi canggih yang mengujakan ini.
HONOR Di Tangga Pertama Dalam Pasaran Android China pada 2023
Dalam perkembangan lain, HONOR berada di kedudukan teratas dalam pasaran penghantaran Android di China pada suku keempat dan keseluruhan tahun 2023, lapor International Data Corporation (IDC).
Menurut IDC, selepas mengharungi pemulihan pantas pada 2022, HONOR terus mengekalkan pertumbuhan kukuh pada 2023 dan kejayaan ini disebabkan penambahbaikan dalam saluran perkongsian dan strategi produk yang komprehensif.
HONOR menembusi pasaran mewah dengan kejayaan rangkaian telefon boleh lipat dan juga menarik minat peringkat permulaan ke pertengahan menerusi pelbagai model yang popular.
Pelancaran peringkat global HONOR Magic V2 RSR dan HONOR Magic6 Series boleh ditonton di https://www.hihonor.com/my/events/honor-mwc/
Untuk maklumat lanjut mengenai produk HONOR dan info terkini, layari
https://bit.ly/HONORMagicV2PR
Saudia, the national flag carrier of Saudi Arabia, ranked 9th among global airlines in the On-Time Performance for the year 2023, according to the annual report by the independent aviation monitoring website Cirium.
This follows outstanding performances throughout the year 2023, in which Saudia has secured a place in the top 10 for six consecutive months.Saudia’s exceptional performance in global OTP rankings is driven by the Saudi Aviation Strategy objectives which aims to turn Saudi Arabia into a leader in the global industry by enhancing the customer experience.
The strategy aligns with Saudia’s expansion goals as the airline works towards bringing around 330 million visitors to the Kingdom by 2030. By continuously ranking as one of the top performing airlines, Saudia is working towards its goals of becoming an industry-
leading airline and bring the world to Saudi Arabia.
The transformation program, encompassing plans and initiatives across all sectors of Saudia Group, has played a significant role in improving operational efficiency and securing this global position.
The integration of digital systems has been a key driver in enhancing this outstanding
performance, coupled with the strategic development of King Abdulaziz International Airport, positioning it as a pivotal hub.
Furthermore, it reflects the dedicated efforts of the Saudia Flight Operations Center, housing the largest Integrated Operations Control Center (IOCC) in the Middle
East, enabling the airline to achieve global records in flight punctuality.
Saudia has invested significantly in upgrading its aircraft and currently operates one of the
youngest fleet. The airline serves an extensive global route network covering around 100
destinations across four continents, including all 28 domestic airports in Saudi Arabia. The
addition of new aircraft to its fleet has significantly contributed to this major achievement, reflecting the Saudia’s commitment to actively contribute to the goals outlined in Saudi Vision 2030.
Varia Berhad (Varia), pemain berpengalaman dalam bidang pembinaan, dan pembangunan hartanah, dengan bangganya mengumumkan pencapaian penting yang dicapai oleh anak syarikat milik penuh Kumpulan, Mewah Kota Sdn. Bhd. (Mewah Kota).
Anak syarikat itu telah dianugerahkan Letter of Award (LOA) daripada Kator Construction Sdn. Bhd. (Pembinaan Kator) untuk melaksanakan Projek Tebatan Banjir Sungai Klang yang berada di Seksyen 25 Shah Alam, menandakan kemajuan ketara dalam portfolio projek Varia.
Projek itu, bernilai RM94.86 juta, akan dimulakan pada 1 Februari 2024 dengan garis masa penyiapan berlanjutan hingga 31 Januari 2029. Penglibatan lima tahun ini menggariskan keupayaan teguh Varia dan pandangan jauh strategik dalam menguruskan projek infrastruktur yang luas yang memenuhi keperluan masyarakat dan menyumbang kepada agenda pembangunan infrastruktur negara.
Datuk Benson Lau, Pengarah Urusan Varia, berkata, “Penganugerahan Projek Tebatan Banjir Sungai Klang kepada Mewah Kota, menandakan babak penting dalam perjalanan kami ke arah pembangunan mampan.
Projek ini bukan sahaja mempamerkan komitmen kami terhadap kecemerlangan teknikal tetapi juga mencerminkan dedikasi kami yang mendalam terhadap prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).
Dengan menangani risiko banjir kritikal di Shah Alam, kami bukan sekadar meningkatkan infrastruktur; kami juga melindungi komuniti dan memupuk penjagaan alam sekitar. Inisiatif ini adalah manifestasi jelas etos Varia untuk mengaitkan objektif pertumbuhan kami dengan kesejahteraan masyarakat dan planet ini.”
LOA ini mencerminkan komitmen berterusan Varia terhadap kecemerlangan dan peranan Kumpulan sebagai pemain utama dalam landskap pembangunan Malaysia. Dengan tumpuan kepada pertumbuhan mampan dan kebajikan masyarakat, Varia terus mencari peluang yang sejajar dengan objektif dan nilai strategik Kumpulan.
Pada 29 Januari 2024 5 petang harga saham Varia ialah RM0.93 dengan modal pasaran RM387.8 juta.