HONOR Malaysia sekali lagi hadir dengan kelainan apabila mempertaruhkan peranti terbaharu mereka dalam kelas pertengahan iaitu Siri Honor 200 dan Honor 200 Pro yang hadir dengan fungsi AI terbina menjadikan spesifikasi peranti ini berbeza dengan lain.
Paling menarik ialah kedua-dua jenis peranti ini mempunyai fungsi kamera AI Matrix yang boleh menghasilkan gambar potret dengan kualiti dan penghasilan sama bagaikan di studio.
Prebiu.com turut diberikan kesempatan untuk menguji peranti ini yang belum dilancarkan secara rasmi cukup tertarik dengan beberapa ciri baharu yang diperkenalkan khususnya ciri kamera yang berbeza berbanding peranti lain.
Tentu sekali gambar yang terhasil dengan ciri studio menjadi idaman mana-mana pengemar fotografi yang tidak mampu memiliki kamera jenis DSLR dan bergantung sepenuhnya kepada peranti seperti telefon pintar.
Begitu juga golongan remaja yang aktif dalam media sosial dan memerlukan satu peranti hebat daripada segi fotografi menjadikan Honor 200 Pro sebagai pilihan yang sesuai.
KEUPAYAAN FOTOGRAFI BERTARAF STUDIIO
Ini kerana keupayaan telefon pintar keluaran China ini sudah cukup hebat untuk menterjemahkan keupayaan sebenarnya kerana menerusi kamera utama 50MP, ia dilengkapi dengan fungsi Professional Harcourt Portrait Mode.
Apa yang membezakan peranti ini berbanding peranti lain di pasaran ialah HONOR telah menjalinkan kolaborasi dengan studio fotografi terkemuka di Paris iaitu Studio Harcourt untuk membangunkan HONOR AI Portrait Engine secara bersama yang membolehkan Siri
HONOR 200 menawarkan keupayaan fotografi potret bertaraf studio.
Studio Harcourt, yang mempunyai sejarah sepanjang sembilan dekad telah banyak merekodkan sejarah dalam mengambil gambar barisan selebriti dan golongan diraja, daripada Roger Federer hinggalah kepada Permaisuri Rania dari Jordan.
Studio ini juga amat sinonim dengan mencipta potret abadi dengan kepakaran menggabungkan cahaya dan bayang bagi menghasilkan karya agung yang memaparkan penceritaan visual yang mengagumkan.
Dengan fungsi ini, gambar yang dirakam akan dioptimasi dengan memberikan perincian yang lebih di bahagian muka, dan turut memberikan bokeh yang bersesuaian dengan pencahayaan serta tona warna wajah yang tepat.
Kerjasama dengan Harcourt ini adalah studio penggambaran potret dari Perancis, bagi menambah baik algoritma penggambaran portret yang digunakan dalam Honor AI Portrait Engine.
Untuk mendapatkan gambar hebat ini, anda hanya perlu menekan butang Harcout pada mod kamera potrait dan terus memilih Harcourt Vibrant, Colour dan Classic (gambar hitam putih). Lihatlah hasil gambar di bawah ini.
SPESIFIKASI KAMERA
Rekaan perumah sistem kamera berbentuk Oval yang digunakan adalah kamera telefoto 50MP Sony IMX 856 yang pertama kali dipadankan pada peranti kelas pertengahan ini manakala, kamera sudut lebar 12MP yang turut dilengkapi OIS dan EIS serta kamera swafoto 50MP.
Bagi Honor 200, ia menggunakan kamera utama 50MP Sony IMX 906 1/1.56-inci manakala Honor 200 Pro menggunakan kamera utama 50MP H9000 1/1.3-inci.
Perbezaan kamera ini memberikan fungsi AI Natural Tone 2.0 dan AI Motion Sensing khas untuk Honor 200 Pro.
Peranti ini juga dilengkapi ciri sistem anti-gegaran Dual OIS+EIS dan 23 tahap bokeh (F1.2 hingga F16) yang membantu merakam video yang stabil manakala ciri bokehnya kelihatan lebih hebat.
REKAAN KONTUR BADAN
Pada pandangan mata kasar penulis, kemasan pada peranti yang berukuran 163.3 x 75.2 x 8.2mm ini cukup menarik dan ringkas bersama penggunaan dua tona warna penuh secara menyeluruh seakan sebuah peranti premium untuk golongan muda yang aktif.
Honor 200 Pro dengan skrin lengkung 6.78 inci AMOLED Quad 120Hz, dijana cip Snapdragon 8s Gen 3 dengan memori sehingga 12GB RAM, storan besar sehingga 512GB dan bateri karbon-silikon berkuasa 5200 mAh dengan pengecasan pantas 100W.
Walaupun kelihatan ringkas, peranti seberat 199 gram ini mempunyai kemasan licin pada permukaan bahagian belakang sekitar perumah kamera manakala selebihnya adalah kemasan kusam yang tidak mudah meninggalkan kesan cap jari atau mudah kotor.
Susun atur butangnya adalah standard dimana, butang kuasa dan laras suara hanya diletakkan pada bahagian sisi kanan manakala terdapat satu lubang mikrofon dan slot untuk SIM pada bahagian bawah.
Peranti ini disambungkan dengan port USB-C pada bahagian bawah dengan lubang mikrofon dan juga pembesar suara. Lebih menariknya di sini, pembesar suaranya adalah stereo berkembar.
Bagaimanapun, untuk peranti terbaharu ini tiada lagi bicu audio dibekalkan malah tiada juga kepala pengecas disertakan.
HONOR 200 Pro adalah telefon pintar kelas pertengahan premium perintis yang menawarkan keupayaan fotografi potret serta ciri-ciri bertaraf flagship yang ada pada HONOR Magic6 Pro, peranti premium yang terkini.
Antara 3 ciri utama yang anda perlu tahu mengenai HONOR 200 Pro.
1. Sensor Kamera Utama H9000 berkuasa
HONOR 200 Pro menampilkan kombinasi kamera berkuasa yang berupaya menangkap gambar potret bertaraf studio. Untuk itu, susunan kamera merangkumi kamera 50MP yang dilengkapi dengan Sensor Camera Utama H9000 1/1.3 inci berkuasa yang menawarkan keupayaan pengesanan cahaya dan sokongan HDR yang hebat.
Sensor ini juga digunakan dalam HONOR Magic6 Pro. Selain itu, sensor ini turut didatangkan bersama Dual Optical Image Stabilisation (OIS) dan sistem anti-goyang Electronic Image Stabilisation (EIS), membolehkan pengguna menangkap imej yang jelas dan teliti walaupun dalam keadaan malap dan bergerak pantas seperti menangkap imej seseorang yang sedang berlari atau burung terbang.
HONOR 200 Pro juga dilengkapi Kamera Telefoto 50MP dengan sensor Sony IMX
856 yang direka khas untuk menangkap potret dan objek jauh yang dizum pada
jarak dekat dengan ketajaman dan kejelasan yang amat tepat. Pemasangan Sony
IMX 856 ini menjadikan Siri HONOR 200 telefon pintar pertama di Malaysia memiliki
sensor baharu yang berkuasa ini.
2. Bateri karbon silikon besar dengan pengecasan pantas wayarles 66W
HONOR 200 Pro menawarkan Bateri Karbon Silikon 5,200mAh, jenis bateri yang
sama digunakan dalam siri telefon flagship HONOR Magic. Ini membolehkan
HONOR 200 Pro menawarkan prestasi yang boleh dipercayai dan jangka hayat bateri lebih lama dengan penstriman muzik secara berterusan sehingga 61 jam dalam sekali cas.
Mengecas telefon mungkin sesuatu yang melecehkan tetapi HONOR 200 Pro mengintegrasikan teknologi pengecasan pantas berwayar 100W HONOR SuperCharge, membolehkan bateri penuh dalam tempoh hanya 41 minit.
Ia juga menawarkan pengecasan wayarles pantas 66W Wireless HONOR SuperCharge dengan pengecas yang sepadan. HONOR 200 Pro mudah untuk dicas semula dalam masa beberapa minit tanpa perlu risau kehabisan kuasa bateri semasa menstrim video atau bermain aplikasi permainan.
3. Cipset Qualcomm dan kesambungan 5G berkuasa tinggi
HONOR 200 Pro dikuasakan oleh prosesor mudah alih Qualcomm Snapdragon 8s Gen 3 yang terkini. Mempersembahkan kelajuan jam pantas sehingga ke 3GHz, prosesor ini membolehkan HONOR 200 Pro mengoperasikan permainan dengan grafik yang amat intensif dan memastikan tindak balas masa sebenar yang lancar semasa berinteraksi dengan aplikasi yang banyak menggunakan tenaga dan keupayaan.
Untuk kesambungan lebih lancar, HONOR 200 Pro juga menawarkan cipset HONOR C1 + RF yang dipertingkatkan bagi memastikan kesambungan yang optimum walaupun di kawasan dengan rangkaian lemah selain meningkatkan prestasi rangkaian 5G.
Perisian MagicOS 8.0 terkini untuk pengalaman pengguna lebih intuitif
Pengenalan MagicOS 8.0 kepada peranti siri HONOR 200 Pro membawakan kuasa AI kepada telefon pintar. Ciri AI yang ada pada peranti ini memberi banyak kelebihan kepada pengguna peranti ini berbanding peranti sedia ada di pasaran apatah lagi ditawarkan pada harga kelas pertengahan.
Menampilkan AI bertaraf platform dan antaramuka pengguna berdasarkan tujuan (IUI) yang pertama dalam industri, MagicOS 8.0 boleh menterjemah tujuan pengguna serta menawarkan pengalaman yang diperibadikan dan selamat dengan aplikasi pilihan melalui hanya satu leretan pada paparan.
Peranti ini menawarkan beberapa ciri pintar seperti Magic Portal yang membolehkan pengguna menukar dan mengakses perkhidmatan antara aplikasi dengan hanya drag dan drop sahaja.
Ciri AI pada peranti ini memboleh aplikasi itu digabungkan dengan Magic Capsule, ia boleh menawarkan pengalaman yang lancar merentasi peranti berbeza termasuk tablet, komputer riba dan banyak lagi.
Magic Portal
Ciri Magic Portal pada HONOR 200 Pro menampilkan AI yang memahami mesej dan tingkah laku pengguna. Ciri ini memudahkan tugas yang rumit menjadi satu langkah sahaja. Sebagai contoh, Magic Portal segera mengenali alamat dalam mesej teks dan mengarahkan pengguna ke Google Map untuk navigasi mudah.
Magic Portal merupakan ciri yang dikuasakan oleh AI bagi memahami mesej dan tingkah laku pengguna. Ciri ini mengubah tugas kompleks menjadi ringkas dengan hanya satu langkah.
Sebagai contoh, Magic Portal membolehkan ada meleretkan apa sahaja imej atau teks yang dipaparkan pada skrin ke dalam portal ini dan menggunakannya pada aplikasi yang dipra-tetap. Jika imej tersebut tidak boleh dipilih anda juga boleh lakukan screenshot.
Antara senario kegunaan ini adalah, AI Magic Portal segera mengecam alamat dalam mesej teks dan membawa pengguna terus ke Google Maps untuk navigasi mudah. Bagi media sosial seperti TikTok, Instagram, X dan Facebook, Magic Portal juga memudahkan akses dan perkongsian imej merentasi platform.
AI Nature Tone 2.0
HONOR 200 Pro menampilkan paparan Pro yang memiliki teknologi perlindungan mata termaju yang mengutamakan keselesaan & kesihatan anda.
Salah satu daripada ciri ini adalah AI Nature Tone 2.0 yang memastikan skrin sentiasa mengimbas keadaan persekitaran seterusnya menetapkan tona warna yang sesuai untuk pengalaman skrin yang konsisten dan selesa.
Sama ada dalam keadaan cahaya di kawasan luaran atau dalaman yang berbeza, melihat paparan telefon pintar dengan jelas boleh menjadi sukar. Siri HONOR 200 menangani masalah ini dengan AI Natural Tone 2.0. Ciri ini menyesuaikan suhu warna paparan berdasarkan cahaya persekitaran, memberikan pengalaman melihat paparan secara alami dan konsisten setiap masa.
Kesemua ini akan berlaku secara automatik melalui ciri AI Nature 2.0 yang tersedia pada HONOR 200 Pro.
AI Blur Private Info
AI Blur Private Info secara asasnya memastikan anda tidak berkongsi sebarang maklumat sensitif seperti nama, kata laluan, nombor kenalan dengan menggaburkan maklumat peribadi secara automatik melalui menu Share.
Anda hanya perlu menekan ikon Blur Private Info dan AI akan mengimbas imej tersebut sebelum menggaburkan maklumat peribadi yang ada. Anda juga boleh menggaburkan sesuatu bahagian pada gambar tersebut secara manual sebelum dikongsikan.
Ciri ini mengaburkan maklumat sensitif seperti nama, kata laluan, dan maklumat perhubungan secara terus daripada menu Share sebelum imej dihantar.
Magic Capsule
Mengakses kepada ciri-ciri telefon yang biasa digunakan sering memerlukan beberapa sentuh untuk mengakses menu tambahan atau notifikasi.
Magic Capsule membolehkan pengguna hanya menekan pada notifikasi dan terus mendapat akses kepada maklumat relevan serta fungsi penting bagi tindakan segera tanpa perlu melayari pelbagai menu seperti pemasa, penggera, rakaman layar, panggilan telefon dan banyak lagi.
Ciri ini membolehkan pengguna mengakses maklumat penting tanpa perlu melayari beberapa aplikasi, sekali gus meningkatkan produktiviti dan kecekapan.
AI Air Gesture
Pernahkah anda menghadapi masalah menggunakan peranti ketika makan dengan tangan yang menyebabkan kesan minyak pada skrin telefon?
Bagaimanapun dengan ciri AI Air Gesture, pengguna boleh menala aplikasi pilihan ke atas dan ke bawah, menangkap layar, menukar kamera depan dan belakang, atau juga mengambil gambar menggunakan ciri ini tanpa perlu menyentuh paparan tersebut. Hebatkan Segala-galanya PRO!
KESIMPULAN
Setelah lebih dua minggu mengujinya, apa yang boleh dikatakan mengenai peranti ini ialah HONOR 200 Pro adalah sebuah peranti hebat dan memiliki kelebihan sebuah peranti yang profesional setanding dengan jenama terkenal di pasaran sekarang.
Gabungan rekaan tubuh yang cantik dan unik bersama prestasi sistem kamera yang baik memberikan kelebihan kepada sesiapa yang ingin mencari peranti baharu untuk digayakan bersama rakan-rakan atau untuk kegunaan harian.
Gambar yang terhasil khususnya fungsi Professional Harcourt Portrait Mode menjadi satu kelebihan besar kepada peranti kelas pertengahan ini sekali gus mampu memberikan kenangan terindah dan boleh dikongsi dengan mudah menerusi aplikasi Honor Share.
Kapasiti baterinya juga besar dan boleh bertahan lama tanpa perlu bimbang untuk mengecas ketika anda sibuk berada di mana-mana malah peranti ini juga tahan lasak dengan jaminan penggantian skrin hadapan dan belakang selama 365 hari.
Sebanyak dua warna menarik ditawarkan untuk HONOR 200 Pro iaitu Moonlight White dan Ocean Cyan.
Saksikan gambar-gambar menarik yang berjaya dirakam menggunakan peranti HONOR 200 Pro di bawah ini.
Spesifikasi HONOR 200 Pro:
- Skrin: 6.78″ AMOLED Skrin Kuad Lengkung
- Bahan Skrin Kaca: Aluminosilicate glass
- Resolusi: 1.5K 2700 x 1224
- Cipset: Snapdragon 8S Gen 3
- Sistem: Magic OS 8.0, Android 14
- Saiz: Tinggi 163.3 x 75.2 x 8.2 mm
- Memori: 12 GB
- Storan: 512GB
- Bateri: 5200mAh Silikon-Karbon, Pengecasan Pantas 100W dan 66W (wayarles)
- Berat: 199 gram
- GPU: Adreno 735
- CPU: Octa-core
- Kamera belakang: 50MP Ultra Lebar Kamera (f/1.9), 50MP Utama telefoto (f/2.4), Optikal Zoom 2.5X, Digital Zoom 50X, 12MP Ultra Lebar & Makro (f/2.2)
- Kamera depan: 50MP Ultra Lebar
- Ciri Keselamatan: Pengimbas cap jari, pengecaman muka, nombor pin
- Warna: Moonlight White & Ocean Cyan
- Harga: RM2,699