Pengeluar kereta Nasional PROTON telah dinamakan sebagai penerima Anugerah Kecemerlangan – Industri di upacara Anugerah Grand Prix ASEAN NCAP 2024 atas komitmen berterusan syarikat untuk memajukan keselamatan kenderaan dan usahanya untuk menambah baik ciri keselamatan di seluruh rangkaian modelnya.

“PROTON adalah jenama Malaysia pertama yang menerima Anugerah ini dan mempunyai sejarah mengutamakan keselamatan dalam semua modelnya. Ini terbukti oleh pelbagai anugerah yang diterima selama ini.

“Pengiktirafan tahun ini menyerlahkan teknologi keselamatan inovatif kami dan langkah penting yang telah dilaksanakan untuk memastikan kesejahteraan pelanggan. Kami mengucapkan terima kasih kepada ASEAN NCAP atas penghargaan ini serta membantu membangunkan teknologi keselamatan dalam industri automotif.

Mohd Haizam Ghazali, Head of R&D PROTON (middle) and TS Zulhaidi Mohd Jawi, Director of MIROS (2nd from right) with team PROTON

“Rangkaian model pintar kami memaparkan sejumlah besar teknologi keselamatan pasif dan aktif, terutamanya model terbaru kami, Proton S70 dan Proton X90 yang dilengkapi dengan ciri-ciri seperti Sistem Peringatan Memandu Keletihan (FDRS) untuk mengurangkan risiko keletihan pemandu.

“Anugerah ini mencerminkan komitmen PROTON untuk memanfaatkan teknologi termaju dan reka bentuk inovatif untuk meningkatkan keselamatan kenderaan kami dan akhirnya membantu memastikan keselamatan pemandu dan penumpang,” kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON Roslan Abdullah.

Kedua-dua SUV terlaris PROTON, iaitu Proton X50 dan Proton X70, adalah model bertaraf 5 bintang. Proton X50 2024 yang dilancarkan baru-baru ini, menampilkan enam beg udara SRS, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Bantuan Pemandu Lanjutan (ADAS) tahap kedua dan Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS).

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini