Utama Blog Halaman 1067

Cuti Sekolah Dah Dekat… Cuba Ikuti Tip Ini

Sebelum bercuti rancang dahulu tempahan bilik hotel menggunakan aplikasi atau laman web

PENGINAPAN adalah belanja kedua terbesar selepas tiket penerbangan saat bercuti terutama bercuti bersama keluarga atau jika berada di sesuatu tempat dalam tempoh yang lama. Justeru, jika bijak ‘memburu’ penginapan murah pastinya anda akan mendapatkan penjimatan yang besar.

Penggunaan internet juga nyata memudahkan lagi pencarian bilik yang murah dan selesa. Berikut beberapa tip mencari bilik penginapan murah yang di seantero dunia.

1. Laman web hotel pencarian bilik

Dengan adanya pelbagai laman web pencarian bilik, seperti Agoda, Booking.com, Trivago, Expedia, Tripadvisor, hotelscombined, traveloka dan hotels.com anda berpeluang memperoleh penginapan yang diinginkan dengan harga yang murah.

Menerusi laman web ini juga, anda dapat melihat perbandingan harga bilik yang berbeza. Justeru, anda boleh memilih sebaiknya. Menariknya, dari harga yang murah, akan ada juga promosi lain yang disediakan yang pastinya memberikan pulangan yang hebat.

2. Cari di laman rasmi hotel

Tidak dinafikan penempahan secara terus di kaunter hotel sangat mahal. Jadi, jangan terus berjalan masuk ke hotel dan membuat tempahan.

Buatlah tempahan awal menerusi laman rasmi hotel yang ingin diinapi. Namun, sebelum itu, gunakan laman web yang membandingkan harga bilik.

Kemudian senaraikan hotel yang memberikan harga yang rendah dan barulah masuk ke dalam laman web rasmi mereka untuk mendapatkan harga dan tawaran terhebat.

3. Hotel murah dengan lokasi yang strategik

Bagi penjimatan berganda, cari bilik murah yang berdekatan dengan stesen pengangkutan awam dan lokasi yang ingin dilawati. Secara tidak langsung, anda dapat menjimatkan kos pengangkutan.

Pergerakan anda sekeluarga juga lebih mudah dan tidak perlu runsing untuk memikirkan hal pengangkutan atau kelewatan ke lokasi menarik.

4. Tempah hotel bersama penerbangan

Rata-rata laman web pencarian hotel turut menawarkan pembelian tiket penerbangan dalam saluran yang sama. Justeru, dengan tempahan hotel bersama tiket penerbangan, anda boleh jimat banyak.

Sesetengah laman web juga menawarkan potongan atau tawaran hebat bagi mereka yang membuat tempahan penerbangan sekali dengan penginapan.

Jadi, jangan lepaskan peluang ini.

5. Menginap di hostel

Hostel sering dipandang sebagai penginapan yang sesak dan tidak sesuai dijadikan penginapan saat bercuti bersama keluarga. Namun, kini, bilik hostel yang ditawarkan ada kalanya jauh lebih selesa dari bilik hotel terutama hostel-hostel moden.

Ramai yang tidak suka menginap di hostel kerana berpendapat akan tidur bercampur dengan orang yang tidak dikenali.

Namun, ramai tidak mengetahui terdapat juga bilik-bilik persendirian untuk pelancong yang datang berdua atau bersama keluarga dan pastinya, harganya jauh lebih murah berbanding menginap di hotel.

Hostel juga kebanyakannya berdekatan dengan tempat tarikan pelancongan dan pengangkutan awam yang pastinya akan memudahkan pergerakan anda.

Penerbit Filem, Raja Azmi Cemas Ular Tedung Masuk Rumah

Raja Azmi (tengah) melihat ular tedung yang berjaya ditangkap anggota JPAM

PENERBIT filem Raja Azmi Raja Sulaiman berdepan detik-detik cemas apabila seekor ular tedung memasuki kawasan kediamannya di Ulu Klang pada awal pagi tadi (Khamis).

Raja Azmi atau mesra disapa Kak Mi bagaimanapun bersyukur apabila tetamu tidak diundang itu telah berjaya ditangkap dengan bantuan Angkatan Pertahanan Awam (JPAM).

Ular tedung yang berjaya ditangkap anggota JPAM

Kak Mi menerusi laman Instagram berkata, meskipun ular tersebut kecil, tapi bisa ular terbabit boleh membawa maut.

“Syukur… Tetamu yang tak undang telah berjaya ditangkap oleh Angkatan Pertahanan Awam (JPAM). Walaupun kecil tapi merbahaya. Katanya berbisa dan boleh bawa maut pada yang dipatuk,” tulisnya.

Raja Azmi (tengah) melihat ular tedung yang berjaya ditangkap anggota JPAM

Rata-rata netizen bersyukur apabila ular terbabit berjaya ditangkap namun ada yang risau jika ada ular yang lebih besar di kawasan itu. Gambar dari Instagram Raja Azmi

feilongterritory: Kak mie… kalau ada anak pasti ada mak dia. bapak dia.. sepupu sebelah mak dia.. kena hati hati.

Aydaawall: Bila tengok anak ular jadi risau kan kakmi.. takut ada ibu dia.. hati-hati kakmi… sentiasa alert.. sama dengan rumah eda. macam musim setiap bulan mesti masuk.

Cikyat: Alhamdulillah… Kak Mi, jaga-jaga…

Wisma 5 Tingkat Nur Sajat Siap Disember Ini

Jutawan Nur Sajat bina wisma setinggi 5 tingkat

USAHA keras tanpa kenal erti penat dan jemu pasti akan membuahkan hasil dalam setiap pekerjaan yang hendak dilakukan.

Itulah prinsip yang dipegang usahawan popular, Nur Sajat apabila dia kini bakal mempunyai Wisma Nur Sajat setinggi 5 tingkat yang dijangka siap Disember ini.

Meskipun menjadi bahan kutukan netizen dan dituduh menukar jantina serta bersuara lantang di media sosial, Sajat tidak pernah patah semangat sebaliknya tekun mengusahakan perniagaan yang semakin mendapat perhatian meluas.

Siapa sangka, wanita yang terkenal dengan perniagaan bekung ini mampu tersenyum lebar apabila segala yang diusahakan membolehkan dia mempunyai wisma perniagaan sendiri.

Dalam masa sama, Sajat juga semakin rancak dengan penjualan emas, Nur Sajat Gold. Gambar dari Instagram Nur Sajat

Wisma Nur Sajat dalam pembinaan

 

All-New Toyota Harrier To Be Unveiled At Malaysia Autoshow 2017

Ordertaking starts 9 November 2017 at all Toyota showrooms

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT), a joint-venture company between UMW Corporation and Toyota Motor Corporation, will be displaying eight Toyota models at the Malaysia Autoshow 2017 which will be held at MAEPS (Malaysia Agro Exposition Park Serdang) near Seri Kembangan, Selangor, from November 9 to 12 2017.

The highlight will be the unveiling of the all-new Toyota Harrier which will be officially sold in Malaysia from 2018, accompanied by two Toyota C-HR which will also go on sale in 2018.

The Toyota Harrier is a model familiar to Malaysians but until recently, the model line was mainly for the Japanese domestic market. Vehicles sold in other countries were mainly imported privately through independent dealers. However, with the third generation which was introduced in 2015, Toyota has begun to offer it in selected markets through its official distributors such as UMW Toyota Motor.

The Harrier which will be imported from Japan and distributed by UMWT from 2018 is the latest version with new styling and upgraded features that were made since it was launched. Only UMWT’s sales network will offer the version which has a 2.0-litre turbocharged petrol engine with D-4ST and VVT-iW technology. Two versions – Harrier 2.0T Luxury and Harrier 2.0T Premium – will be available and will come with Toyota’s advanced Toyota Safety Sense (TSS) Package for enhanced occupant protection and driving safety.

As with all Toyota models sold in Malaysia by UMWT and its authorised dealers, the Harrier will have nationwide aftersales support including ready parts availability and more importantly, it will have a 5-year warranty with unlimited mileage. Owners can have peace of mind knowing that their vehicle will be maintained by technicians who have received special training for the Harrier.

The sales launch for the new Harrier will be announced at a later date but with effect from November 9, 2017, all showrooms of UMWT and its authorised dealers throughout Malaysia will accept orders. The confirmed price of the Harrier is starting from RM238,000 (On-The-Road price without insurance for private registration).

Also on display will be the new Toyota Innova 2.0X, Toyota Vios SE and one of the cars used in the Vios Challenge One-Make race series which will have its second round on November 25 and 26, 2017 that will be held at MAEPS to bring the exciting action to the Klang Valley.

The theme of the Toyota booth is All About the Drive, reflecting Toyota’s goal of moving people, literally and figuratively. The models displayed and made available in Malaysia are the result of understanding customer needs and how best to meet them.

Besides these exciting indoor displays, visitors are able to experience the latest versions of the Toyota Hilux and Toyota Fortuner at the Toyota Off Road area situated not far from the main exhibition area. The superior capabilities of the Hilux and Fortuner will be demonstrated on the specially prepared course. Driver assistance systems such as Active Traction Control (A-TRC), Hill-start Assist Control (HAC) and Downhill Assist Control (DAC) will be shown in action. At the same time, the improved comfort in today’s Toyota pick-ups and SUVs will also be evident on a high-speed run over rough terrain.

The two units of Toyota C-HR on display are the units that have similar specifications to the one that will be sold in Malaysia from 2018.

As for the Innova, the version displayed will be the Innova 2.0X, a new variant which was introduced last month. This is the flagship of the Innova range and more premium image with advanced features. It retains the spacious and flexible cabin space which the model has always been noted for with more crossover styling in keeping with the latest trends.

TGR Vios Challenge celebrities Shukri Yahaya and Shawn Lee will be also present at the Toyota booth during the official launch day of the auto show, on the 9th November 2017.

Throughout the four days of the 2017 Malaysia Autoshow, there will be various activities at the Toyota booth with chances for the public to win exclusive Toyota merchandise and other goodies. Information on financing packages and special offers such as the ‘Toyota RM1,000,000 Bonanza’ will also be available for those who are planning on getting a new Toyota model.

Toyota Harrier Akhirnya Dijual Oleh UMW Toyota Motor

Bakal Dilancarkan di Malaysia Autoshow 2017. Tempahan dibuka bermula hari ini di semua bilik pameran Toyota

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT), syarikat usaha sama antara UMW Corporation dan Toyota Motor Corporation, akan mempamerkan lapan model Toyota di Malaysia Autoshow 2017 yang akan diadakan di MAEPS (Taman Ekspo Agro Malaysia Serdang),Seri Kembangan, Selangor, dari 9 hingga 12 November 2017.

Acara kemuncak akan menyaksikan pelancaran Toyota Harrier serba baharu yang akan dijual secara rasmi di Malaysia bermula tahun 2018, disusuli dua model Toyota C-HR yang juga akan dijual pada tahun sama.

Toyota Harrier merupakan model yang sangat terkenal di Malaysia tetapi kebanyakannya merupakan model yang khusus untuk pasaran domestik Jepun. Kenderaan itu dijual di negara lain kebanyakannya diimport secara persendirian menerusi penjual bebas.

Bagaimanapun, dengan generasi ketiga yang diperkenalkan pada 2015, Toyota telah mula menawarkannya di pasaran terpilih menerusi pengedar sah seperti UMW Toyota Motor.

Harrier yang diimport dari Jepun dan akan diedarkan oleh UMWT mulai 2018 merupakan versi terkini dengan pengayaan baharu dan ciri-ciri yang dipertingkatkan sejak pelancarannya. Hanya rangkaian jualan UMWT  akan menawarkan versi enjin petrol turbocaj 2.0 liter dengan D=4ST dan teknologi VVT-iW.

Dua versi – Harrier 2.0T Luxury dan Harrier 2.0T Premium – akan ditawarkan dan akan didatangkan dengan Pakej Toyota Safety Sense (TSS) yang maju bagi perlindungan penumpang yang dipertingkatkan serta keselamatan pemanduan.

Sebagaimana kesemua model Toyota yang dijual di Malaysia oleh UMWT dan pengedar-pengedar sahnya, Harrier akan menerima sokongan selepas jualan di seluruh negara termasuk alat ganti dan yang paling penting, ia akan mempunyai waranti selama lima tahun dengan tiada had perbatuan. Para pemilik boleh memiliki ketenangan minda dengan mengetahui kenderaan mereka akan disenggara oleh juruteknik yang diberi latihan khusus untuk Harrier ini.

Pelancaran jualan Harrier serba baharu akan diumumkan pada tarikh yang lain. Harga Harrier adalah bermula dari RM238,000 (Harga Atas Jalan tanpa insurans bagi pendaftaran persendirian).

Ruang Dalaman Toyota Harrier

Turut dipamerkan ialah Toyota Innova 2.0X, Toyota Vios SE baharu dan satu daripada kereta yang akan digunakan di dalam siri perlumbaan Vios Challenge One-Make yang akan memasuki pusingan kedua pada 25 dan 26 November 2017, bertempat di MAEPS bagi membawa aksi mengujakan ke Lembah Klang.

Tema ruang pameran Toyota ialah All About the Drive, menggambarkan matlamat Toyota dalam mengangkut orang ramai, secara langsung dan secara perlambangan. Model-model yang dipamerkan dan boleh didapati di Malaysia adalah hasil kefahaman syarikat terhadap kehendak pelanggan dan cara terbaik bagi memenuhi keperluan mereka.

Para pengunjung juga boleh menikmati pengalaman versi terkini Toyota Hilux dan Toyota Fortuner di kawasan Toyota Off Road terletak tidak jauh dari tapak pameran utama. Keupayaan hebat Hilux dan Fortuner akan di demonstrasikan pada tapak yang disediakan khusus. Sistem bantuan pemandu seperti Active Traction Control (A-TRC), Hill-start Assist Control (HAC) dan Downhill Assist Control (DAC) akan dipertontonkan.

Pada masa yang sama, keselesaan yang dipertingkatkan pada pikap dan SUV Toyota hari ini akan terbukti semasa pecutan tinggi di atas permukaan kasar.

Dua unit Toyota C-HR yang dipamerkan merupakan model yang spesifikasinya serupa dengan yang akan dijual di Malaysia bermula 2018.

Bagi Innova pula, versi yang dipamerkan ialah Innova 2.0X, varian baharu yang diperkenalkan pada bulan lepas. Ini merupakan model utama dalam keluarga Innova dan memaparkan imej lebih premium dengan ciri-ciri maju. Ia mengekalkan ruang kabin yang luas dan fleksibel yang merupakan ciri-ciri utama Innova sangat dikenali dengan penggayaan crossover bagi seiring dengan trend semasa.

Selebriti  TGR Vios Challenge, Shukri Yahaya dan Shawn Lee juga akan hadir di ruang pameran Toyota semasa hari pelancaran rasmi pameran auto tersebut, iaitu 9 November 2017.

Sepanjang empat hari 2017 Malaysia Autoshow, terdapat pelbagai aktiviti disediakan di ruang pameran Toyota dengan orang ramai berpeluang memenangi barangan eksklusif Toyota dan barangan-barangan lain. Maklumat mengenai pakej pembiayaan dan tawaran istimewa seperti ‘Toyota RM1,000,000 Bonanza’ juga ditawarkan bagi mereka yang merancang untuk membeli model terbaharu Toyota.

Zizan Razak Melentokkan Kepala Ke Bahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak

Foto aksi terbabit dimuat naik ketika Zizan menerima Anugerah Ikon Media Sosial 2017

PELAWAK popular Zizan Razak meluahkan rasa teruja apabila Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak memuat naik fotonya melentokkan kepala ke bahu tokoh ternama negara itu di laman sosial Instagram, semalam.

Foto terbabit dimuat naik ketika Zizan menerima Anugerah Ikon Media Sosial 2017 daripada Najib pada Minggu Media Sosial Malaysia 2017, semalam (Rabu).

 

Zizan Razak

Zizan turut meninggalkan komen pada gambar terbabit yang menggambarkan rasa terujanya apabila pemimpin nombor satu negara itu memuat naik gambar bersamanya.

“Omaigoddddd… manjanyaaaaaa hehehe.. terima kasih DS,” tulisnya.

Zizan yang ketika ini mempunyai 4.4 juta pengikut di IG turut berterima kasih kepada semua yang telah menyokongnya selama ini.

Sementara itu, PM turut dianugerahkan Anugerah Kepimpinan Global pada majlis anjuran Dewan Sosial Media Malaysia itu.

Anugerah tersebut disampaikan Pengasas dan Presiden Dewan Sosial Media Malaysia, Shahul Dawood Hameed sebagai penghargaan kepada beliau yang menggerakkan industri digital Malaysia dengan pelbagai inisiatif serta kerjasama di peringkat global.

Beliau menerima anugerah itu daripada Pengasas dan Presiden Malaysia Social Media Chambers, Shahul Hameed Shaik Dawood.

Ketika ini, Najib mempunyai 337,000 pengikut di Instagram, 3.8 juta pengikut di Twitter dan 3.3 juta pengikut di Facebook yang menjadikan beliau antara pengguna nombor satu media sosial bersama-sama 20 juta rakyat Malaysia yang aktif di platform berkenaan.

Najib mula menggunakan Twitter pada September 2008 semasa beliau menjadi timbalan perdana menteri dan pada awalnya menyiarkan beberapa dokumen rasmi beliau dan banyak membuat ulasan berkaitan isu tempatan, semasa dan antarabangsa.

Perdana menteri turut menggunakan Facebook untuk berhubung dengan masyarakat Cina dengan mewujudkan laman peminat bahasa Cina dan menggelar dirinya sebagai ‘Ah Jib Gor’ atau Abang Najib.

Najib menyertai Instagram pada 28 Mac, 2013 dengan catatan; “Akhirnya saya menyertai Instagram. Cara baik untuk menunjukkan gambar-gambar di belakang tabir daripada aktiviti harian saya”. Gambar dari Instagram zizanrazak869

 

Uqasha Senrose Tak Kisah Dikata Gemuk

“Lagipun Gemuk is awesome. “Saya tak kisah apa orang nak cakap asalkan saya gembira….

AKTRES jelita Uqasha Senrose tidak ambil pusing dengan ejekan netizen apabila mempertikaikan berat badannya yang naik mendadak sebanyak 13 kilogram dalam masa sebulan.

Uqasha ketika ditemui berkata, dia tidak faham dengan segelintir pihak yang tidak henti mengejek bentuk badannya.

Aktres jelita Uqasha Senrose
Aktres jelita Uqasha Senrose

“Saya tak kisah apa orang nak cakap asalkan saya gembira. Lagipun ‘Gemuk’ is awesome. Sejujurnya saya tidak faham kenapa orang perlu mempertikaikan bentuk badan saya. Dulu bila kurus orang kata saya ada penyakit namun bila berat badan bertambah….ramai pula mengkritik di media sosial.

“Berat badan saya naik sebanyak 13 kilogram daripada 47 kg kepada 60 kg. Mungkin kenaikan berat badan ini disebabkan oleh selera makan yang tinggi sehingga saya tidak dapat mengawal berat badan,” katanya.

Terdahulu penampilan Uqasha di Anugerah Skrin 2017 dikritik apabila menampakkan dirinya yang agak berisi, namun Uqasha tidak melayan setiap komen negatif tersebut.

Aktres jelita Uqasha Senrose

Sementara itu, Uqasha memaklumkan dia bakal bertunang dengan Hefny Sahad selepas lebih setahun menjalin hubungan cinta.

Bagaimanapun Uqasha belum dapat berkongsi tarikh majlis bahagianya bersama umum. Gambar dari Instagram Uqasha Senrose

Lagu Nyanyian Achey Cecah Sejuta Tontonan di YouTube

Nyanyian pelawak Achey berjudul Yang Terindah berjaya mencecah sejuta tontonan

SIAPA sangka baru seminggu dimuat naik di laman YouTube, video lirik lagu ciptaan dan nyanyian pelawak Achey berjudul Yang Terindah berjaya mencecah sejuta tontonan.

Lebih menarik, video lirik terbabit turut menjadi trending di YouTube dan berada di tangga ke-10.

Nyanyian pelawak Achey berjudul Yang Terindah berjaya mencecah sejuta tontonan

Achey berkata, dia tidak menyangka percubaan pertamanya dalam bidang nyanyian membuahkan hasil apabila mendapat maklum balas positif daripada peminat.

“Saya terkejut dengan sambutan luar biasa peminat. Ini adalah permulaan yang baik untuk saya terus aktif dan mencuba nasib dalam bidang seni nyanyian.

“Jujur saya sendiri terkejut apabila dimaklumkan mengenai jumlah tontonan lagu ini yang mencecah sejuta dalam tempoh singkat. Ini kerana, bidang nyanyian masih terlalu baru namun menjadi halwa telinga pendengar,” katanya.

Menurut Achey, lagu Yang Terindah mengangkat kisah perkahwinannya yang kini memasuki usia enam tahun dan ia didedikasikan khas buat isteri tercinta, Nur Hasanah Yahya. Gambar dari Instagram Achey

Achey bersama isteri tercinta Nur Hasanah Yahya

 

Mawar Rashid Bakal Bergelar Isteri Petang Ini

Mawar Rashid bersama pasangannya Raden Ahmad Faizal

KURANG dua jam dari sekarang pelakon Mawar Rashid bakal bertukar status menjadi isteri kepada duda seorang anak iaitu Raden Ahmad Faizal atau Raf Yaakub yang juga adik kepada Datuk Fazley Yaakub.

Sebelum berlangsungnya majlis akad nikah mereka yang bakal diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, pasangan ini terlebih dahulu melakukan upacara bersiram dan malam berinai.

Mawar Rashid bersama pasangannya Raden Ahmad Faizal

Kedua-dua majlis itu diadakan semalam di lokasi sama dengan majlis pernikahan mereka nanti.Pada acara bersiram, Mawar dan Raf mengenakan pakaian berwarna putih dan merah jambu. Acara ini turut dihadiri kedua ibu mereka.

Mawar Rashid pada majlis bersiram

Pada majlis malam berinai pula, pasangan ini sedondon mengenakan busana berkonsepkan Thai Style rekaan Ardaputra. Malah tetamu yang hadir juga turut mengenakan tema sama.

Turut hadir kenalan selebriti antaranya, Emma Maembong, Elvina Mohamad, Eina Azman, Ruhainies, Syamim Farid dan ramai lagi.

Sebelumnya, pasangan ini sempat merakamkan gambar pra perkahwinan mereka di Bali, Indonesia. Difahamkan, majlis yang bakal berlangsung petang ini bertemakan Jawa Tradisional.

Mawar dalam kenyataan berkata, dia berasa teruja kerana kedua-dua mereka mempunyai latar belakang keluarga yang berdarah campuran. Ibu Mawar berdarah campuran Melayu-Thailand manakala ibu Raf dari Indonesia.

Mawar Rashid bergambar kenangan bersama rakan-rakan

Apa pun, kami di Prebiu.com mengucapkan tahniah kepada Mawar dan Raf. Semoga majlis yang dirancang petang ini berjalan lancar. Foto Ihsan Instagram Mawar Rashid & Raf Yaakob

Nikmati Facebook Percuma Pantas 999GB Setiap Hari Dengan Hotlink!

Nikmati Facebook sepuasnya dengan Hotlink!

Sekarang, pelanggan Hotlink boleh menikmati Facebook percuma pantas 999GB setiap hari selama setahun, sehingga 31 Disember 2018. Tawaran ini dibuka kepada pengguna baharu yang melanggan Hotlink FAST atau SUPER mulai sekarang hingga 31 Disember 2017.

Pelanggan Hotlink boleh menikmati Facebook
percuma pantas 999GB setiap hari selama setahun, sehingga 31 Disember 2018.

“Lebih daripada 18 juta rakyat Malaysia kini menggunakan Facebook[1], dan sebahagian besar daripada mereka menghabiskan masa melayari kandungan atau menyaksikan video. Dengan tawaran Facebook percuma pantas Hotlink, kami memberi pelanggan pengalaman Facebook yang amat pantas di telefon mudah alih mereka – yang disokong oleh rangkaian No. 1 4G di negara ini – supaya mereka boleh layari Internet dan strim video tanpa sebarang gangguan,” kata Navin Manian, Ketua Prabayar Maxis.

Nikmati 999GB Facebook percuma setiap hari dengan pas-pas berikut:

BULANAN MINGGUAN HARIAN
RM35 untuk 5GB RM10 untuk 1GB RM3 untuk 1GB
RM45 untuk 8GB
RM60 untuk 8GB
RM70 untuk 10GB

 

Dapatkan maklumat lanjut mengenai Facebook percuma Hotlink di www.hotlink.com.my/freefastfacebook

Post Menarik