PENERBIT filem Raja Azmi Raja Sulaiman berdepan detik-detik cemas apabila seekor ular tedung memasuki kawasan kediamannya di Ulu Klang pada awal pagi tadi (Khamis).
Raja Azmi atau mesra disapa Kak Mi bagaimanapun bersyukur apabila tetamu tidak diundang itu telah berjaya ditangkap dengan bantuan Angkatan Pertahanan Awam (JPAM).

Kak Mi menerusi laman Instagram berkata, meskipun ular tersebut kecil, tapi bisa ular terbabit boleh membawa maut.
“Syukur… Tetamu yang tak undang telah berjaya ditangkap oleh Angkatan Pertahanan Awam (JPAM). Walaupun kecil tapi merbahaya. Katanya berbisa dan boleh bawa maut pada yang dipatuk,” tulisnya.

Rata-rata netizen bersyukur apabila ular terbabit berjaya ditangkap namun ada yang risau jika ada ular yang lebih besar di kawasan itu. Gambar dari Instagram Raja Azmi
feilongterritory: Kak mie… kalau ada anak pasti ada mak dia. bapak dia.. sepupu sebelah mak dia.. kena hati hati.
Aydaawall: Bila tengok anak ular jadi risau kan kakmi.. takut ada ibu dia.. hati-hati kakmi… sentiasa alert.. sama dengan rumah eda. macam musim setiap bulan mesti masuk.
Cikyat: Alhamdulillah… Kak Mi, jaga-jaga…