KURANG dua jam dari sekarang pelakon Mawar Rashid bakal bertukar status menjadi isteri kepada duda seorang anak iaitu Raden Ahmad Faizal atau Raf Yaakub yang juga adik kepada Datuk Fazley Yaakub.
Sebelum berlangsungnya majlis akad nikah mereka yang bakal diadakan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, pasangan ini terlebih dahulu melakukan upacara bersiram dan malam berinai.
Kedua-dua majlis itu diadakan semalam di lokasi sama dengan majlis pernikahan mereka nanti.Pada acara bersiram, Mawar dan Raf mengenakan pakaian berwarna putih dan merah jambu. Acara ini turut dihadiri kedua ibu mereka.
Pada majlis malam berinai pula, pasangan ini sedondon mengenakan busana berkonsepkan Thai Style rekaan Ardaputra. Malah tetamu yang hadir juga turut mengenakan tema sama.
Turut hadir kenalan selebriti antaranya, Emma Maembong, Elvina Mohamad, Eina Azman, Ruhainies, Syamim Farid dan ramai lagi.
Sebelumnya, pasangan ini sempat merakamkan gambar pra perkahwinan mereka di Bali, Indonesia. Difahamkan, majlis yang bakal berlangsung petang ini bertemakan Jawa Tradisional.
Mawar dalam kenyataan berkata, dia berasa teruja kerana kedua-dua mereka mempunyai latar belakang keluarga yang berdarah campuran. Ibu Mawar berdarah campuran Melayu-Thailand manakala ibu Raf dari Indonesia.
Apa pun, kami di Prebiu.com mengucapkan tahniah kepada Mawar dan Raf. Semoga majlis yang dirancang petang ini berjalan lancar. Foto Ihsan Instagram Mawar Rashid & Raf Yaakob