SIAPA sangka baru seminggu dimuat naik di laman YouTube, video lirik lagu ciptaan dan nyanyian pelawak Achey berjudul Yang Terindah berjaya mencecah sejuta tontonan.

Lebih menarik, video lirik terbabit turut menjadi trending di YouTube dan berada di tangga ke-10.

Nyanyian pelawak Achey berjudul Yang Terindah berjaya mencecah sejuta tontonan

Achey berkata, dia tidak menyangka percubaan pertamanya dalam bidang nyanyian membuahkan hasil apabila mendapat maklum balas positif daripada peminat.

“Saya terkejut dengan sambutan luar biasa peminat. Ini adalah permulaan yang baik untuk saya terus aktif dan mencuba nasib dalam bidang seni nyanyian.

“Jujur saya sendiri terkejut apabila dimaklumkan mengenai jumlah tontonan lagu ini yang mencecah sejuta dalam tempoh singkat. Ini kerana, bidang nyanyian masih terlalu baru namun menjadi halwa telinga pendengar,” katanya.

Menurut Achey, lagu Yang Terindah mengangkat kisah perkahwinannya yang kini memasuki usia enam tahun dan ia didedikasikan khas buat isteri tercinta, Nur Hasanah Yahya. Gambar dari Instagram Achey

Achey bersama isteri tercinta Nur Hasanah Yahya

 

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini