“Lagipun Gemuk is awesome. “Saya tak kisah apa orang nak cakap asalkan saya gembira….
AKTRES jelita Uqasha Senrose tidak ambil pusing dengan ejekan netizen apabila mempertikaikan berat badannya yang naik mendadak sebanyak 13 kilogram dalam masa sebulan.
Uqasha ketika ditemui berkata, dia tidak faham dengan segelintir pihak yang tidak henti mengejek bentuk badannya.


“Saya tak kisah apa orang nak cakap asalkan saya gembira. Lagipun ‘Gemuk’ is awesome. Sejujurnya saya tidak faham kenapa orang perlu mempertikaikan bentuk badan saya. Dulu bila kurus orang kata saya ada penyakit namun bila berat badan bertambah….ramai pula mengkritik di media sosial.
“Berat badan saya naik sebanyak 13 kilogram daripada 47 kg kepada 60 kg. Mungkin kenaikan berat badan ini disebabkan oleh selera makan yang tinggi sehingga saya tidak dapat mengawal berat badan,” katanya.
Terdahulu penampilan Uqasha di Anugerah Skrin 2017 dikritik apabila menampakkan dirinya yang agak berisi, namun Uqasha tidak melayan setiap komen negatif tersebut.

Sementara itu, Uqasha memaklumkan dia bakal bertunang dengan Hefny Sahad selepas lebih setahun menjalin hubungan cinta.
Bagaimanapun Uqasha belum dapat berkongsi tarikh majlis bahagianya bersama umum. Gambar dari Instagram Uqasha Senrose