Foto aksi terbabit dimuat naik ketika Zizan menerima Anugerah Ikon Media Sosial 2017
PELAWAK popular Zizan Razak meluahkan rasa teruja apabila Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak memuat naik fotonya melentokkan kepala ke bahu tokoh ternama negara itu di laman sosial Instagram, semalam.
Foto terbabit dimuat naik ketika Zizan menerima Anugerah Ikon Media Sosial 2017 daripada Najib pada Minggu Media Sosial Malaysia 2017, semalam (Rabu).

Zizan turut meninggalkan komen pada gambar terbabit yang menggambarkan rasa terujanya apabila pemimpin nombor satu negara itu memuat naik gambar bersamanya.
“Omaigoddddd… manjanyaaaaaa hehehe.. terima kasih DS,” tulisnya.
Zizan yang ketika ini mempunyai 4.4 juta pengikut di IG turut berterima kasih kepada semua yang telah menyokongnya selama ini.
Sementara itu, PM turut dianugerahkan Anugerah Kepimpinan Global pada majlis anjuran Dewan Sosial Media Malaysia itu.
Anugerah tersebut disampaikan Pengasas dan Presiden Dewan Sosial Media Malaysia, Shahul Dawood Hameed sebagai penghargaan kepada beliau yang menggerakkan industri digital Malaysia dengan pelbagai inisiatif serta kerjasama di peringkat global.
Beliau menerima anugerah itu daripada Pengasas dan Presiden Malaysia Social Media Chambers, Shahul Hameed Shaik Dawood.
Ketika ini, Najib mempunyai 337,000 pengikut di Instagram, 3.8 juta pengikut di Twitter dan 3.3 juta pengikut di Facebook yang menjadikan beliau antara pengguna nombor satu media sosial bersama-sama 20 juta rakyat Malaysia yang aktif di platform berkenaan.
Najib mula menggunakan Twitter pada September 2008 semasa beliau menjadi timbalan perdana menteri dan pada awalnya menyiarkan beberapa dokumen rasmi beliau dan banyak membuat ulasan berkaitan isu tempatan, semasa dan antarabangsa.
Perdana menteri turut menggunakan Facebook untuk berhubung dengan masyarakat Cina dengan mewujudkan laman peminat bahasa Cina dan menggelar dirinya sebagai ‘Ah Jib Gor’ atau Abang Najib.
Najib menyertai Instagram pada 28 Mac, 2013 dengan catatan; “Akhirnya saya menyertai Instagram. Cara baik untuk menunjukkan gambar-gambar di belakang tabir daripada aktiviti harian saya”. Gambar dari Instagram zizanrazak869