Utama Blog Halaman 1023

Battery Malfunction Is Top Cause Of Vehicle Breakdown In Malaysia

Bosch urges drivers to know what causes battery malfunction to aid healthy car maintenance

  • Cause of premature lead-acid car battery failure is due to water loss, arising from lack of maintenance or evaporation from high under-hood heat, especially in hot tropical Malaysia
  • Short city-driving trips and power-hungry electronic devices such as dashboard cameras can affect the battery’s longevity
  • Bosch Maintenance-free batteries are equipped with a flame-arrestor safety feature that helps prevent external sparks or flames igniting from battery gases

IN Malaysia, seven in ten vehicle breakdowns were caused by battery malfunctions, followed by engine and wiring issues at 20 and five percent respectively. This is according to a survey of 350 Malaysian drivers aged between 18 to 55 that was recently conducted by Bosch, a leading supplier of automotive components for the aftermarket.

The survey aims to deliver insights into car battery management habits among Malaysian drivers, which also revealed that around 75 percent of Malaysian drivers are using maintenance-free batteries while the remainder are using conventional lead-acid batteries.

“A car breakdown brings about much inconvenience to its driver, and even safety risks if the vehicle is in the middle of traffic. At Bosch, we urge all drivers to perform regular battery checks regardless of battery type, be it by themselves or by their mechanics with an electronic battery tester,” said Pang Yoon Kong, country manager of Bosch Automotive Aftermarket in Malaysia.

“Furthermore, anyone working with batteries needs to take extra care not to have any sources of ignition nearby because gases escaping from lead-acid batteries are flammable.”

“As for owners of conventional lead-acid batteries, they need to be additionally conscientious with their battery maintenance. Approximately 50 percent of premature lead-acid car battery failure is caused by water loss, mostly due to the lack of maintenance or evaporation from high under-hood heat, especially in hot tropical climates such as Malaysia’s,” added Pang.

“To prolong a lead-acid battery’s lifespan requires constant, regular maintenance on the driver’s part , which goes beyond topping up of distilled water when the battery fluid level falls. For instance, one criterion for battery longevity is to maintain a full charge, which would be difficult to achieve if the vehicle is making short city-driving trips while being equipped with power-hungry electronic devices, including navigation systems, dashboard cameras, and mobile phones which is common nowadays.”

Typically, maintenance-free batteries have higher cranking power and charge capacities, recharge faster, and last longer than comparable conventional lead-acid batteries, aside from not requiring any maintenance to function. Most are also equipped with indicators to determine whether the battery is at optimum charge or not, and also when it needs to be replaced.

In addition, Bosch maintenance-free batteries are equipped with a flame-arrestor feature that enhances safety by preventing external sparks or flames from igniting battery gases. “We believe these to be the reasons why most Malaysian drivers are using maintenance-free batteries for hassle-free convenience and safety,” said Pang.

Bosch batteries are available at authorized dealers nationwide: https://az.bosch-automotive.com/en_MY/dealer-locater_my

KFC Chizza – Ayam Goreng Terhebat Bertemu Piza Terhebat

KFC menampilkan ayam goreng terhebat bersama piza  menerusi KFC Chizza.

KFC Malaysia sekali lagi mencetus fenomena menerusi inovasi unik –membawakan produk yang amat dinanti-nantikan dengan menampilkan ayam goreng terhebat bersama piza terhebat menerusi KFC Chizza.

Digelar sebagai “Piza Sedap Hingga Menjilat Jari”, KFC Chizza merupakan sebuah kombinasi sempurna di antara apa yang digemari ramai dengan menghidangkan filet ayam Hot & Spicy bersama isi piza.

Ramuan seperti ketulan nanas, bawang, herba serta keju mozarela ditabur di atas sos piza tomato yang diratakan di atas kerak piza paling sempurna, iaitu filet ayam KFC Hot & Spicy. Sebuah ciptaan ‘piza’ unik menjanjikan tiada lagi sisa kerak piza akan ditinggalkan.

“Kami sentiasa berusaha untuk membawakan sesuatu yang menarik dan menjadi kegilaan para pelanggan. KFC Chizza masih mengekalkan ciri utama hidangan kami iaitu ayam goreng tetapi disuntik dengan sedikit kelainan menjadikan ianya suatu produk yang harus dicuba oleh semua penggemar KFC dan piza diluar sana,” kata Ling Mee Jiuan, Naib Presiden Kanan KFC Malaysia.

“Piza sedap hingga menjilat jari ini pasti menawan citarasa.  Ianya merupakan gabungan apa yang terbaik dari dua hidangan popular. Jika menyebut tentang piza, kita semua gemarkan isinya. Sebagai pelengkap, kami tampilkan filet ayam Hot & Spicy kegemaran ramai sebagai kerak piza istimewa dan anda semua harus mencubanya!” tambahnya.

KFC Chizza boleh didapati secara a la carte bermula hanya dari RM 7.90. Ia juga boleh didapati di dalam kombo yang didatangkan bersama KFC Crispier Fries dan minuman ringan berkarbonat. Pelanggan juga boleh menikmati Chizza Box untuk pilihan yang lebih mengenyangkan, bersama seketul ayam goreng KFC Original atau Hot & Spicy, Crispier Fries dan air minuman ringan berkarbonat.

Boleh didapati di semua restoran KFC seluruh negara bermula dari 21 November 2017, sementara stok masih ada! Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.kfc.com.my

Kenal Pasti Langkah Sesuai Kurangkan Kesan Kenaikan Harga Minyak

KERAJAAN akan kenal pasti langkah bersesuaian bagi mengurangkan kesan kenaikan harga minyak sekiranya harga runcit petrol RON95 dan diesel melebihi RM2.50 seliter secara berterusan selama tiga bulan.

Kementerian Kewangan berkata, langkah yang diambil akan memastikan rakyat tidak terbeban dengan kenaikan harga minyak dunia dan kadar inflasi terkawal dalam jangka masa sederhana dan panjang.

“Pada masa ini, kerajaan telah melaksanakan langkah rasionalisasi subsidi produk petroleum mengikut trend kenaikan atau penurunan harga minyak mentah dunia.

“Langkah ini telah berjaya mengurangkan ketirisan dan memastikan pemberian subsidi yang bersasar,” kata kementerian dalam kenyataan, semalam.

Kementerian itu berkata, kerajaan masih memberi subsidi kepada sektor pengangkutan awam dan nelayan, di samping gas masak (LPG).

Menurut Kementerian Kewangan, penetapan harga runcit RON95 dan diesel dilaksanakan dengan mengambil kira harga pasaran minyak mentah dunia dan kadar tukaran wang asing secara mingguan iaitu purata perubahan kos produk petroleum minggu sebelumnya akan menentukan harga bagi minggu berikutnya.

“Kerajaan prihatin dan memahami kesan kenaikan harga minyak di pasaran dunia yang kini mencecah lebih AS$60 (RM249.60) setong,” menurut kenyataan itu.

Sekiranya harga minyak mentah dunia naik, maka harga runcit produk petroleum turut naik. Sebaliknya harga runcit produk petroleum akan berkurang jika harga minyak mentah dunia turun.

Toyota Vios Jadi Ganjaran di TGR Racing Festival Hujung Minggu Ini

Toyota GAZOO Racing (TGR) Racing Festival akan berlangsung hujung minggu ini di Malaysian Agro Exposition Park Serdang (MAEPS)

TOYOTA GAZOO Racing (TGR) Racing Festival yang akan berlangsung hujung minggu ini di Malaysian Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) tidak hanya menjanjikan sebuah acara menarik penuh aksi bagi penggemar sukan perlumbaan serta peminat tegar selebriti, tetapi turut menjadi sebuah acara yang sangat berbaloi dikunjungi dengan pelbagai hadiah untuk dimenangi, termasuk sebuah Vios Sports Edition bagi pengunjung yang bertuah.

Untuk layak memenangi kereta berkenaan, mereka perlu hadir ke TGR Racing Festival, mengisi borang dan jawab beberapa soalan mudah. Borang dengan jawapan yang betul akan layak untuk berpeluang membawa balik Vios Sports Edition yang diberi penggayaan sama seperti jentera lumba Vios Challenge.

Hujung minggu ini akan sarat dengan aksi perlumbaan kereta, pertunjukkan drift, penampilan selebriti, permainan pentas dan banyak lagi aktiviti untuk seisi keluarga. Peminat makanan juga akan disajikan dengan pelbagai makanan tempatan dan antarabangsa dari sejumlah food truck yang akan berjualan di lokasi; dari kopi ke coconut shake; dari nasi kukus hinggalah kepada nasi goreng kimchi.

Kemuncak acara hujung minggu ini tentunya perlumbaan Vios Challenge, terutama bagi kategori Super Sporting, di mana kebanyakan daripada pemandu perlumbaan profesional di Malaysia akan berentap merebut kejuaraan sulungnya. Di MAEPS, mereka akan mencabar takhta yang disandang oleh Raja Drift Malaysia, Tengku Djan dan memastikan agar beliau tidak akan menyapu bersih semua pusingan seperti yang dilakukannya pada perlumbaan pembukaan Ogos lalu di Batu Kawan.

Litar yang lebih lebar, laluan lurus yang lebih panjang serta perubahan permukaan, litar hujung minggu ini berkemungkinan memberi kelebihan kepada pencabar berani, Mark Darwin dari pasukan Dreamchaser dan juga William Ho, dua pelumba yang dahagakan kejuaraan dan mengikut rapat untuk menafikan Tengku Djan daripada terus menggungguli di depan.

Turut serta menggalas cabaran ialah pelumba veteran Keifli Othman yang tidak sempat beraksi di Batu Kawan sebelum ini. Beliau tampak bersungguh untuk memberikan saingan terhebat kepada pelumba lain dan akan memanfaatkan gaya pemanduan agresifnya di dalam dua perlumbaan yang bakal berlangsung hujung minggu ini.

Di dalam kategori Sporting juga, pemandu berbakat, Geraldine Read akan membuat penampilan sulung, memandu bersama pasukan Excel Racing. Satu-satunya pelumba wanita di dalam segmen perlumbaan, beliau memandu Vios bagi perlumbaan sokongan Formula 1 baru-baru ini, dan meluangkan masa menguji serta membuat talaan terhadap keretanya untuk perlumbaan akan datang.

Satu lagi perlumbaan yang ditunggu-tunggu ialah kategori Promotional di mana pelumba selebriti seperti Fattah Amin, Shukri Yahaya, Diana Danielle, Janna Nick, Geraldine Gan, Danny Koo, Venice Min dan Shawn Lee akan bersaing untuk muncul juara. Shawn menggungguli kedua-dua perlumbaan di Batu Kawan, namun Shukri Yahaya dan selebriti lain berazam untuk meningkatkan prestasi masing-masing bagi perlumbaan di MAEPS nanti.

Selain daripada lapan pelumba selebriti yang turut akan membuat penampilan di pentas utama untuk bertemu peminat, Media Prima juga akan membawakan bas jelajah dan selebriti Drama Sangat seperti Bell Ngasri, Chacha Maembong, Izzue Islam, Johan Ashaari, Nad Zainal, Puteri Aishah, Raja Afiq dan Zoey Rahman. Semua selebriti ini akan turut memberikan banyak hadiah dan cenderahati ketika sesi bersama peminat mereka.

Saksikan juga pertunjukkan drift serta kemahiran memandu yang tinggi oleh juara dunia dari Jepun, Masato Kawabata dan Hideyuki Fujino. Pasangan ini akan membuat penampilan dengan tajaan Toyo Tires, akan mempersembahkan aksi drift selama 30 minit setiap hari, dengan memandu jentera drift mereka, Toyota 86.

Promosi Toyota RM1 Juta Bonanza yang menawarkan sehingga RM1 juta yang masih lagi berlangsung bagi mereka yang membeli kenderaan baru Toyota sebelum akhir tahun ini. TGR Racing Festival menjadi peluang terbaik untuk mendapatkan model kenderaan Toyota idaman anda kerana selain pemeran, sesi pandu uji bagi hampir semua model-model terbaru Toyota turut diadakan. Juga, jangan lupa untuk mendekati model C-HR yang akan turut dipamerkan.

Di festival ini juga pengunjung berpeluang untuk merasai kehebatan Toyota Hilux dalam laluan berhalangan yang disediakan khas. Alami sendiri cengkaman menakjubkan dari sistem 4×4 termaju dalam kelasnya di atas binaan ramp besi.

Masuk adalah percuma dan aktiviti akan bermula dari jam 10 pagi hingga 8 malam. Untuk mendapatkan maklumat terkini, lokasi tempat letak kereta dan segalanya tentang Vios Challenge, layari laman Toyota GAZOO Racing Malaysia, serta ikuti laman Instagram dan Facebook.

Jualan Proton Meningkat 13 Peratus Untuk Oktober 2017

Proton mencatatkan lonjakan 13% untuk rekod jualannya pada Oktober 2017 dengan 5,083 unit berbanding 4,498 unit kereta pada September 2017.

PRESTASI jualan ini memperlihatkan kenaikan 6% untuk bulan Januari – Oktober 2017 dengan jumlah keseluruhan jualan sebanyak 61,380 unit berbanding 57,734 unit pada tempoh yang sama tahun lepas.

Model Saga dan Persona, menjadi pilihan utama dengan terus menguasai trend jualan apabila kedua-duanya menyumbangkan 70% kepada keseluruhan jualan kereta Proton, dengan 26,343 unit Saga dan 16,833 unit Persona terjual.

Terkenal sebagai Kereta dengan Nilai Terbaik*, Saga terus kekal sebagai model pilihan utama di kalangan pemilik Proton. Dari harga serendah RM35,590.29** untuk varian Standard 1.3L sehingga RM44,342.25** bagi varian Premium CVT 1.3L, Saga baharu ini menawarkan pemanduan yang hebat, lebih lancar, penggunaan bahan api yang lebih menjimatkan dan mempunyai ciri-ciri moden yang memberikan lebih keselesaan seperti tiga Port USB untuk pengecasan telefon bimbit dan set set audio yang hebat.

Proton Saga

Daripada segi keselamatan pula, Saga telah dinaiktaraf kepada 4 Bintang oleh ASEAN NCAP dengan varian varian Premium yang memiliki ciri-ciri seperti ESC, ABS, EBD, kawalan cengkaman, bantuan brek, sistem kawalan cerun, beg udara, ISOFIX dan tambatan atas (top-tether), dengan sensor di seluruh bahagian kereta.

Persona, yang menerima anugerah sebagai Kereta Kompak Terbaik*** selepas ianya dilancarkan telah memperlihatkan kenaikan 57.5% tahun sehingga kini, dengan jumlah jualan sebanyak 16,833 unit berbanding 10,687 unit pada tempoh yang yang sama tahun lepas.

Perubahan yang dilakukan pada Persona generasi baharu ini telah menarik perhatian para peminat peminat Proton kerana kereta ini bukan sahaja mempunyai reka bentuk yang baharu, malahan mempunyai ruang but sebesar sebesar 510 liter, menjadikannya pilihan di kalangan pelbagai jenis pelanggan.

Persona memberikan kepelbagaian personaliti personaliti di mana ianya sesuai untuk pelajar kolej, suri rumah, eksekutif muda, keluarga kecil mahupun bagi mereka yang yang berjiwa aktif. Dengan harga bermula dari RM44,831.09**, pemilik Persona dapat memiliki kereta yang bertaraf 5 Bintang Bintang oleh ASEAN NCAP, dengan sensor di seluruh bahagian kereta, ESC, ABS dengan EBD, Bantuan Brek, Sistem Kawalan Cengkaman dan bantuan kawalan cerun sebagai ciri-ciri standard bagi semua varian.

Kereta Proton baru-baru ini muncul sebagai Juara Keseluruhan di Sepang 1000km Race 2017.
Kereta Proton juga menjadi pilihan utama di kalangan pemandu perlumbaan kereta. Diketahui umum memiliki ciri-ciri pemanduan dan pengendalian yang sangat baik, kereta Proton juga merupakan sebuah jenama yang tahan lasak dan boleh boleh dipercayai kerana mampu melalui keadaan melampau di perlumbaan yang memerlukan ketahanan selama 9 jam.

* anugerah oleh MAI Car of the Year 2016
** harga tidak termasuk insurans dan cukai jalan
*** anugerah diterima pada Anugerah Pilihan Pengarang Carsifu 2016

FIA WEC 6H of Bahrain | Ferrari 1-2, Pier Guidi and Calado World Champions

World Endurance Championship, 6 Hours of Bahrain Ferrari one-two, Pier Guidi and Calado World Champions

  • In GTE-Pro parade finish of the 488 GTEs with Rigon and Bird winners ahead of their teammates who seal the World Drivers’ Championship
  • In the GTE-Am, podium finishes for the 488 GTEs: Clearwater Racing 2nd with Mok Griffin and Sawa; Spirit of Race 3rd with Castellacci-Molina-Flohr

SAKHIR – Thirty-three year-old Italian Alessandro Pier Guidi and his 28 year-old British crewmate James Calado are the first winners of the GT FIA World Endurance Drivers’ Championship title as part of the FIA World Endurance Championship (WEC).

The pair won in the best possible way, dominating the final race of the season, the 6 Hours of Bahrain, along with their AF Corse teammates, Sam Bird and Davide Rigon. The drivers of the Ferrari 488 GTEs finished in parade, with car no.71, starting from pole and key to the season’s triumphs, first over the line. Third and fourth place went to the nearest rivals of the 51 crew, the Ford no. 67 of Andy Priaulx and Harry Tincknell and Porsche no. 91 of Frederic Makowiecki and Richard Lietz.

GTE-Pro. Pier Guidi and Calado and the whole Ferrari AF Corse team handled the race tactics to perfection. After a cautious start car no. 51 climbed the rankings and went ahead near the halfway mark, taking advantage of a Full Course Yellow phase that penalised car no. 71 that had pitted with the green flag.

From then on James and Alessandro managed their speed carefully so as to protect the tyres, but still successfully held onto their lead over their rivals in the final stage. However, Sam Bird in car no. 71 was faster towards the end so it was decided that no. 51 would stage a spectacular parade finish with Bird and Rigon who fully deserved the victory and for this reason were first on the finish line.

This is Alessandro Pier Guidi’s first year as an official Ferrari driver, while James Calado is in his fourth season with the Maranello brand, having started racing in car no. 71 as David Rigon’s teammate in 2014. The world champions secured the title at the end of an almost perfect season that, after a bad result in the Le Mans 24 Hours, saw them climb up the standings with wins, first at the Nurburgring and then at Austin and at Fuji.

This is Ferrari’s 22nd victory in the WEC, the 27th including those obtained in the Intercontinental Le Mans Cup 2010 and 2011.

GTE-Am. Two 488 GTEs were on the podium in the GTE-Am class. After a long struggle with the Aston Martin title winner driven by Dalla Lana-Lamy-Lauda, no. 61 of Clearwater Racing came second with Keita Sawa, Matt Griffin and Weng Sun Mok, ahead of car no. 54 of Spirit of Race with Francesco Castellacci, Thomas Flohr and Miguel Molina. The overall victory went to Buemi-Nakajima-Davidson of Toyota.

Media release from Ferrari spa Direzione Commerciale e Marketing Attività Sportive GT Via Abetone Inferiore, 4 I-41053 Maranello (MO).

Tawaran Telefon RM1 Bagi MaxisONE Share Plan 48

Maxis memperkenalkan tawaran akhir tahun – tawaran telefon RM1 bagi MaxisONE Share Plan 48 & promo jalur lebar Home Fibre dari RM119 sebulan

PELANGGAN kini dapat menikmati telefon pintar terbaik pada hanya RM1 dengan MaxisONE Share Plan 48, sebahagian daripada tawaran akhir tahun Maxis. Kedua-dua pelanggan MaxisONE Share yang baharu dan sedia ada hanya perlu membayar RM1 untuk peranti terpilih seperti Huawei Mate 10 Pro dan mereka akan terus menikmati data 10GB tambahan serta panggilan dan SMS tanpa had yang ditawarkan bersama akaun MaxisONE Share. Pelanggan boleh membuat tempahan Huawei Mate 10 Pro sekarang sehingga 19 November di www.maxis.com.my/maxisdeals.

Untuk masa yang terhad, promo akhir tahun Maxis juga termasuk pelan MaxisONE Home Fibre Broadband yang lebih mampu dimiliki:

  • Pelan Home Fibre Broadband 10Mbps yang kini berharga RM119 sebulan (dari RM139 sebulan), dan ditawarkan dengan panggilan tanpa had kepada semua talian mudah alih dan tetap
  • Pelan Home Fibre Broadband 30Mbps yang kini berharga RM139 sebulan (dari RM179 sebulan), yang ditawarkan dengan panggilan tanpa had & telefon percuma, akses ifix tanpa had dan konsultasi Maxperts percuma dengan pemasangan Wi-Fi

Bukan itu sahaja, semasa promosi ini, pelanggan MaxisONE Prime boleh mendapatkan peningkatan secara automatik dari 30Mbps ke 50Mbps secara percuma.

“Tawaran telefon pintar RM1 kami lebih baik daripada sebelumnya, kerana kami telah memperluaskannya kepada pelanggan MaxisONE Share, yang kini juga boleh mendapatkan pelbagai telefon terbaik di pasaran. Lebih-lebih lagi, kami kini menawarkan harga promo bagi jalur lebar kediaman 10Mbps & 30Mbps kami, masing-masing pada hanya RM119 dan RM139 sebulan, menjadikannya pelan jalur lebar rumah yang lebih mampu dimiliki,” kata Arjun Varma, Ketua Pascabayar Maxis.

Untuk menyemak ketersediaan fiber Maxis, sila lawati kami di https://bit.ly/2bybiux. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai promosi Akhir Tahun Maxis, sila layari www.maxis.com.my

Volkswagen Beri Inspirasi Menerusi Beetle Yang Ikonik

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) memulakan kempen seni bersama sembilan orang artis Malaysia untuk meraikan Beetle yang ikonik.

DIKENALI sebagai kempen #BeetleInspired, kolaborasi ini melibatkan kreativiti artis-artis tersebut dalam menginterpretasikan Beetle menerusi medium masing-masing. Pelbagai karya seni telah dihasilkan – bermula daripada graffiti, lukisan, kaligrafi, contengan, ilustrasi, pin dan pelbagai bentuk seni lain yang menyerlahkan bakat seni terbaik tempatan.

Sembilan orang artis yang mengambil bahagian dalam kempen #BeetleInspired itu ialah Afiq Afify, Dudude Doodle, Eleanor Lim, Kupeh Rodriguez, Kenji Chai, Pestle & Mortar, Pantun Pins, Shani Ahmed dan Zami Musa.

Artis di seluruh dunia telah menggunakan Beetle sebagai kanvas mereka sejak berdekad-dekad lamanya, dan kita tahu kenapa. Direka oleh Ferdinand Porsche pada tahun 1938, reka bentuk Beetle telah mengalami evolusi. Pada masa sama masih mengekalkan karekter dan reka bentuk tersendiri yang cukup dikenali serta disukai di seluruh dunia.

Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter berkata, “Kami berbesar hati kerana dapat menyediakan platform ini kepada para artis tempatan untuk menunjukkan bakat masing-masing.

“Melihat semua hasil kerja yang diinspirasikan oleh Beetle ini memang mengagumkan. Kami harap akan dapat terus memberi inspirasi kepada orang ramai menerusi kereta dan reka bentuk kami,” katanya.

VPCM juga menganjurkan peraduan #BeetleInspired secara dalam talian bermula sekarang hingga 4 Disember bagi sesiapa yang berminat untuk menghasilkan hasil karya Beetle mereka sendiri.

Para peserta hanya perlu memuat turun satu template kosong Beetle, kemudian hasilkan rekaan berdasarkan kepada inspirasi masing-masing melalui tema peraduan iaitu “Love” (cinta) atau “Fun” (keseronokan).

Para pemenang akan diumumkan pada Disember. Mereka bakal memenangi barangan edisi terhad daripada artis-artis kempen #BeetleInspired seperti kemeja Pestle & Mortar serta pin Beetle yang comel daripada Pantun.

Untuk melihat hasil kerja Beetle daripada semua artis yang terlibat, sila layari Facebook dan Instagram Volkswagen Malaysia. Orang ramai yang ingin mengambil bahagian dalam peraduan #BeetleInspired sila layari laman web: https://www.instagram.com/volkswagenmalaysia/

KULMarathon 2017 Anjuran Malaysia Airports Meriah

Sempena ulang tahun ke-25, KULMarathon 2017 disertai lebih 3,000 orang

Malaysia Airports, salah satu kumpulan operator lapangan terbang terbesar dunia dalam pengendalian jumlah penumpang menganjurkan larian KULMarathon 2017 buat pertama kali sempena ulang tahun ke-25.

Lebih 3,000 peserta menyertai larian yang terbahagi kepada empat kategori iaitu 42 kilometer (km), 25 km, 10 km dan 3 km di sepanjang laluan sekitar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pengurus Besar Kanan Malaysia Airports dan Ketua KLIA, Zainol Mohd Isa berkata, pihaknya merancang untuk menjadikan larian marathon ini sebagai acara tahunan setiap bulan November yang bakal menarik peminat marathon dari dalam dan luar negara.

Beliau berkata, laluan yang digunakan melalui beberapa lokasi penting termasuk mercu tanda pembangunan sekitar KLIA seperti Mitsui Outlet Park dan projek terbaru KLIA Aeropolis DFTZ Park.

Sementara itu, Pengarah Urusan Malaysia Airports, Datuk Badlisham Ghazali berkata, KLIA sudah menjadi hub penyambungan yang penting di rantau ini apabila 70 peratus penumpang adalah penumpang antarabangsa.

“Saya berharap penganjuran marathon ini menyokong penuh kepada usaha mentransformasi KLIA sebagai destinasi penting dan bukan sekadar sebuah lapangan terbang sahaja,” katanya yang hadir menyampaikan hadiah kepada pemenang larian KULMarathon di sini, hari ini.

Hadir sama menyampaikan hadiah ialah Pengerusi Malaysia Airports, Tan Sri Syed Anwar Jamalullail dan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Seri Saripuddin Kassim.

Larian marathon bermula dengan kategori 42 km pada jam 3 pagi diikuti 25 km pada jam 4.30 pagi, 10 km pada jam 6.30 pagi dan 3 km pada jam 7 pagi. Masa yang diberikan untuk larian sejauh 42 km ialah 7 jam manakala 25 km (4jam), 10 km (2 jam 30 minit) dan 3 km selama 1 jam.

Mari sama-sama kita saksikan gambar-gambar menarik yang sempat dirakam Prebiu.com pada larian KULMarathon 2017 yang berlangsung cukup meriah pagi ini.

 

 

Izara Aishah Sah Milik Adib Khalid Dengan Sekali Lafaz

TAHNIAH diucapkan kepada aktres Izara Aishah, 25, yang selamat melangsungkan majlis pernikahan jejaka pilihan hatinya, Adib Khalid semalam.

Adib Khalid yang juga anak tiri kepada penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyerahkan mas kahwin RM700 berserta lima dulang hantaran. Sementara Izara membalas dengan tujuh dulang.

Pasangan yang sama cantik sama padan dengan mengenakan busana rona putih hasil rekaan Datuk Rizalman Ibrahim itu sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz tepat jam 9 malam.

Pasangan itu dinikahkan oleh Pendaftar Perkahwinan Perceraian dan Rujuk Orang Islam Negeri Selangor, Ustaz Mohd Jazlan Ali.

Majlis itu dihadiri lebih 500 tetamu terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, rakan artis dan sahabat handai.

Terdahulu pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 7 Julai lalu selepas bercinta selama tiga tahun. Pasangan ini turut diraikan dalam majlis resepsi sebelah pihak perempuan selepas acara akad nikah.

Majlis yang mendapat sentuhan daripada perancang perkahwinan GlamWeddings itu turut diserikan dengan persembahan nyanyian daripada penyanyi popular tanah air Marsha Milan dan Kilafairy.

Antara rakan artis yang hadir seperti Scha Alyahya, Awal Ashaari, Osman Ali, Ghaz Abu Bakar, Azira Shafinaz dan ramai lagi.

Tahniah daripada team Prebiu.com ucapkan kepada pasangan pengantin. Moga bahagia hingga ke anak cucu. Saksikan gambar-gambar menarik sekitar majlis pernikahan yang diadakan semalam.

Post Menarik