Lebih 38,000 Perodua Myvi baharu diserahkan daripada 70,000 tempahan diterima

PERODUA Myvi baharu sekali lagi mencatat kejayaan dengan jualan keseluruhan 38,000 unit setakat minggu ketiga April 2018.

“Pencapaian ini amat bermakna bagi kami kerana Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah mengumumkan bahawa Perodua telah mencapai penguasaan pasaran 41.5% pada bulan Mac lalu,” kata Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Dato’ Dr Zahari Husin.

Perodua Pilihanku 2018

“Kami amat gembira dan bersyukur kerana telah mencapai keputusan ini pada penghujung April lalu. Pada perkiraan kami, Myvi telah memperoleh 70,000 tempahan dari 8 November 2017 sehingga 30 April 2018 dan kami amat terharu dengan sambutan yang diterima,” kata Dato’ Dr Zahari.

Menurut angka MAA, bermula Januari sehingga Mac, Perodua menjual 55,568 kenderaan berbanding 135,140 unit jumlah keseluruhan industri (TIV), membawa lebih 41% bahagian pasaran untuk suku pertama tahun 2018.

Pencapaian ini merupakan peningkatan lebih daripada 10.5% berbanding 50,260 unit yang didaftarkan pada suku pertama tahun 2017, menjadikannya rekod suku pertama bagi Perodua dari segi jualan.

Bezza GXtra_Side Exterior

Jualan 55,560 unit tersebut terdiri daripada 24,473 (Myvi), 14,962 (Axia), 10,101 (Bezza) dan 6,032 (Alza). Sebanyak 18% daripada semua kenderaan baharu yang didaftarkan di Malaysia pada suku pertama 2018 adalah model Myvi.

“Kami amat berterima kasih kepada para pelanggan kami secara khususnya dan seluruh rakyat Malaysia secara amnya atas sokongan berterusan yang telah diberikan kepada Perodua,” kata Dato’ Dr Zahari.

Mengenai penghantaran, Dato’ Dr Zahari berkata Perodua sedang berusaha meningkatkan kecekapan operasinya bagi memastikan penghantaran dapat dibuat dalam masa yang terdekat.

Perodua Myvi 1.5 AV Grey

Beliau berkata tempoh menunggu semasa untuk varian Myvi 1.5L adalah di bawah tiga bulan. Walau bagaimanapun bagi varian 1.3L, ianya boleh dihantar dengan segera buat masa ini.

Myvi generasi ketiga adalah model paling canggih dalam sejarah 25 tahun Perodua, yang menampilkan inovasi Malaysia seperti pembaca kad tol bina dalam dan penghawa dingin digital dengan memori.

Myvi juga mempunyai penarafan keselamatan penuh ASEAN NCAP 5 bintang berdasarkan protokol terkini dan merupakan kereta yang paling mampu milik di Malaysia dengan fungsi keselamatan aktif iaitu sistem Advanced Safety Assist (ASA).

Kempen Perodua Pilihanku kini bermula – sertailah Hari Pelanggan pada hujung minggu ini (5hb-6hb Mei) di semua bilik pameran dan pusat servis Perodua di seluruh negara.

Pemeriksaan kenderaan percuma dan penebusan tunai sehingga RM1,800 untuk model dan varian terpilih menanti pengunjung.

“Rebut peluang ini untuk melihat dengan lebih dekat varian Bezza terbaharu kami iaitu Bezza GXtra yang baru dilancarkan minggu lepas,” katanya.