TopKhat yang ditubuhkan pada 2011 bukan jenama asing bagi mereka yang meminati keindahan seni kaligrafi Islam.

TOPKHAT menjadi perhatian menerusi rekaan moden dan kontemporari, turut tidak ketinggalan memastikan khazanah seni tertua milik orang Islam ini dapat dinikmati pelbagai golongan dengan harga yang berpatutan.

Tahu akan keperluan masyarakat Islam kini yang tidak sekadar melihat seni sebagai sesuatu yang terpencil, seni khat juga menjadi pilihan semasa bagi mereka yang mahukan hiasan rekaan dinding rumah mahupun pejabat yang lebih menarik.

Aaron Aziz (kanan) melancarkan kempen Journey To Insyirah bersama TopKhat

Mempunyai pelbagai pilihan, setiap rekaan TopKhat juga datang dengan nilai eksklusif tersendiri memandangkan setiap produk yang dihasilkan di TopKhat dihasilkan mereka yang mempunyai minat yang tinggi terhadap seni khat ini.

Justeru itu melalui kerjasama dengan pelakon terkenal Datuk Aaron Aziz, TopKhat kini mengeluarkan siri khas dalam memberi lebih pilihan kepada peminat seni khat di luar sana.

Pengenalan lukisan khat Edisi Aaron Aziz Series Ruqyah Edition ini, dilihat sebagai satu kerjasama yang baik untuk kedua-dua pihak. Paling istimewa, pembabitan Aaron juga tidak hanya tertakluk sebagai inspirasi bagi rekaan khat ini.

Menerusi kerjasama ini juga, Aaron akan turut memperkenalkan  kempen Journey To Insyirah.

Menerusi kempen ini. setiap penjualan Aaron Aziz Series Ruqyah Edition, sebanyak 20 peratus keuntungan akan disumbangkan kepada rumah kebajikan terpilih.

Berkongsi kisah disebalik kerjasama ini, Aaron menjelaskan minat yang mendalam terhadap seni khat membuka ruang kepada kerjasama ini diadakan.

“Perkenalan dengan pihak TopKhat dalam satu kerjasama sebelum ini membuka ruang untuk kami berkolaborasi dalam kempen ini.

“Melihatkan hasil seni khat yang dihasilkan membuatkan saya tertarik dan memikirkan bentuk kerjasama sesuai. Saya berasakan kempen yang diwujudkan ini lebih dekat dengan jiwa saya.

“Bukan saja bermanfaat untuk pembeli, tetapi mampu memberi kegembiraan kepada orang lain. Saya percaya, kempen ini boleh berjaya dengan usaha dan kerjasama semua,” katanya.

Mempunyai lima rekaan berbeza yang dinamakan Abu Bakr As-Siddiq, Umar Al-Khattab, Uthman Ibn Affan Ali Bin Abi Talib dan Khalid Ibn Al-Walid. Kesemua rekaan ini juga akan disertakan dengan pilihan enam ayat Ruqyah iaitu, Al-Fatihah, Al Baqarah (ayat 1-5), Al Baqarah (ayat 102), Ayat Kursi, Al Baqarah (ayat 285-286) dan Al Hasyr (ayat 21-24).

Sementara itu setiap rekaan hadir dalam enam ukuran yang berbeza dengan harga bermula dari RM99 hingga RM999.

Bagi mereka yang berminat, tempahan boleh dilakukan melalui laman web www. TOPKHAT.COM. Manakala bagi yang berminat untuk melihat sendiri kualiti setiap produk TopKhat juga boleh melawat galeri Topkhat yang terletak di Vista Alam, Shah Alam dan Brunei.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini