Mecapan capai sasaran RM300k untuk ECF dan melancarkan Aplikasi Mudah Alih di Jakarta bersama lebih dari 500 pembekal kecantikan.

MECAPAN mendapat dua pelabur strategik melalui ECF sekali gus mengukuhkan teknologi dan meloncatkan penembusan perniagaan mereka di Asia.

Mecapan, sebuah syarikat startup untuk aplikasi mudah alih (mobile app) perkhidmatan kecantikan telah berjaya mengumpul RM300,000 dari 20 pelabur melalui kempen dana masyarakat berasaskan ekuiti (Equity Crowdfunding atau ECF) di Ata Plus, pengendali ECF berlesen yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

From left, Carolina Rodriguez (Advisor for Mecapan), Naula Kamila (Co-Founder & Chief Executive Officer), Syifa Alsakina (Co-Founder & Chief Marketing Officer), Adrian Wisaksana (Chief Technology Officer), Galih Tau

Melalui kempen ECF ini, Mecapan juga telah berjaya memperoleh dua pelabur strategik iaitu Midana Capital dan Ant Internet yang bukan sahaja akan memperkasakan kemajuan teknologi mereka malah membolehkan mereka mempercepatkan pengembangan perniagaan mereka di rantau ini.

“Kami amat berbangga dengan pencapaian Mecapan”, kata Kyri Andreou, Pengasas
Bersama dan Pengarah Ata Plus,

“Kempen ECF Mecapan sekali lagi telah mempamerkan potensi ECF dan bagaimana ianya boleh dijadikan sebagai salah satu cara yang penting dalam membantu syarikat startup untuk menuju ke tahap yang seterusnya.

Selain daripada pendanaan, ECF boleh membantu syarikat-syarikat startup untuk melebarkan capaian rangkaian mereka dengan lebih meluas, disebabkan ciri unik ECF yang membabitkan masyarakat secara inklusif. Ini akan membuka jalan kepada lebih banyak peluang untuk syarikat-syarikat sebegini.

Ant Internet Sdn Bhd – sebuah syarikat yang berpangkalan di Malaysia, adalah sebuah
venture builder dan pakar solusi digital; dan Midana Capital Inc – sebuah syarikat modal teroka yang berpangkalan di Hong Kong; menemui Mecapan melalui kempen ECF.

Perkongsian strategik bersama dua syarikat ini akan menawarkan Mecapan satu permulaan yang mantap dalam memperkasakan keupayaan teknologi syarikat mereka dan membuka laluan yang lebih licin untuk mereka berkembang di luar Indonesia, khususnya di Malaysia dan Taiwan.

“Selepas Mecapan ditubuhkan, kami bukan sahaja mahu mendapatkan dana. Pada waktu
yang sama kami juga berharap untuk mencipta kesedaran awam tentang siapa kami dan apa yang kami tawarkan.

Kami memilih ECF kerana ianya membolehkan kami melakukan kedua-duanya sekali. Kami juga amat gembira kerana kempen ECF ini telah membuka laluan untuk kami bertemu dengan rakan-rakan baru yang mengagumkan di Ant Internet dan Midana Capital,” kata Naula Kamila, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Mecapan.

 

“Kerjasama merupakan kunci kepada kejayaan,” kata Leonardo Yee, Pengasas Bersama dan
Ketua Pegawai Eksekutif Ant Internet, “ Di Ant Internet, kami sentiasa mencari mereka-mereka yang berkongsi cara pemikiran dan visi kami untuk menggunakan teknologi digital untuk menyelesaikan masalah.

Apabila kami bertemu dengan Mecapan, kami amat tertarik dengan potensinya. Namun, faktor penentu untuk kami memeterai perkongsian ini ialah kerana kepimpinan Mecapan.

Kami tertarik dengan keupayaan dan sikap pasukan mereka untuk maju ke hadapan. Dengan kepakaran kami dalam solusi digital, kami yakin akan memberi sumbangan positif untuk meningkatkan daya saing Mecapan dalam memperkembangkan perniagaan mereka di rantau ini.

Sebuah firma modal teroka, Midana Capital Inc telah menerajui 2 pelaburan ECF di Singapura di mana kedua-duanya menunjukkan prestasi yang amat memberangsangkan dengan pertumbuhan sebanyak 1.5X.

“Mecapan merupakan pelaburan ECF kami yang kedua di Malaysia. Kami percaya kami boleh membantu Mecapan dengan perkembangan perniagaan mereka di luar dari pelaburan semata-mata, terutama sekali dengan profil pelaburan dan rangkaian kami yang sedia ada di China, Hong Kong, Taiwan, Singapura, Indonesia dan
Malaysia,” menurut Chris Tan, Pengasas Bersama dan Rakan Kongsi Umum Midana Capital.

“Syarikat-syarikat startup yang berpotensi boleh ditemui secara online dan juga offline. Ini
menunjukkan bahawa setiap seorang daripada kita mempunyai peluang untuk melabur dalam sesebuah syarikat unicorn yang seterusnya.

Kami menyarankan kepada orang ramai supaya berusaha untuk memahami mengenai pelaburan dalam ECF dengan lebih mendalam kerana ianya boleh memberi pulangan yang lumayan, “ tambah Chris.

Mecapan melancarkan aplikasi mudah alihnya (mobile app) di Jakarta pada 21 April 2018.
Aplikasi ini boleh didapati di Google App Store dan Apple App Store.