Utama Blog Halaman 1024

Izara Aishah Sah Milik Adib Khalid Dengan Sekali Lafaz

TAHNIAH diucapkan kepada aktres Izara Aishah, 25, yang selamat melangsungkan majlis pernikahan jejaka pilihan hatinya, Adib Khalid semalam.

Adib Khalid yang juga anak tiri kepada penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyerahkan mas kahwin RM700 berserta lima dulang hantaran. Sementara Izara membalas dengan tujuh dulang.

Pasangan yang sama cantik sama padan dengan mengenakan busana rona putih hasil rekaan Datuk Rizalman Ibrahim itu sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz tepat jam 9 malam.

Pasangan itu dinikahkan oleh Pendaftar Perkahwinan Perceraian dan Rujuk Orang Islam Negeri Selangor, Ustaz Mohd Jazlan Ali.

Majlis itu dihadiri lebih 500 tetamu terdiri daripada keluarga kedua belah pihak, rakan artis dan sahabat handai.

Terdahulu pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 7 Julai lalu selepas bercinta selama tiga tahun. Pasangan ini turut diraikan dalam majlis resepsi sebelah pihak perempuan selepas acara akad nikah.

Majlis yang mendapat sentuhan daripada perancang perkahwinan GlamWeddings itu turut diserikan dengan persembahan nyanyian daripada penyanyi popular tanah air Marsha Milan dan Kilafairy.

Antara rakan artis yang hadir seperti Scha Alyahya, Awal Ashaari, Osman Ali, Ghaz Abu Bakar, Azira Shafinaz dan ramai lagi.

Tahniah daripada team Prebiu.com ucapkan kepada pasangan pengantin. Moga bahagia hingga ke anak cucu. Saksikan gambar-gambar menarik sekitar majlis pernikahan yang diadakan semalam.

Tan Sri Abdul Wahid Omar Pemilik Pertama Myvi Baru 2018

Tan Sri Abdul Wahid Omar (tengah) bersama isteri menerima model Myvi baru yang disampaikan oleh Pengurus Besar Kanan Perodua Sales Sdn Bhd, Muhammad Fateh Teh Abdullah

Perodua Myvi terbaru 2018 sudah menerima tempahan lebih 6,000 unit pada hari pertama pelancaran

PERODUA Myvi baru yang dilancarkan pada 16 November lalu membuat penghantaran pertamanya, semalam kepada pemilik pertama yang juga Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tan Sri Abdul Wahid Omar.

“Sebagai Pengerusi Kumpulan PNB, saya sungguh bertuah menjadi pelanggan pertama yang menempah dan pemilik pertama menerima model terbaru Myvi ini pagi, semalam,” kata Tan Sri Abdul Wahid.

Model terbaru Myvi menerima tempahan 6,000 unit sehingga jam 8 malam pada 17 November dan turut membuat penghantaran pertama seawal jam 8 pagi pada hari sama. Model pilihan rakyat Malaysia itu mula membuka tempahan pada 9 November lalu.

Sementara itu, Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh berkata, pihaknya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia, kerajaan dan pemegang saham kerana menyokong penuh sehingga Myvi ini dikeluarkan.

Dalam pada itu, tiga pemenang hadiah utama “Peraduan Menang & SMS Ulang Tahun Myvi ke-12” turut menjadi antara pemilik pertama selepas Perodua menyerahkan kunci model Myvi 1.5 Advance, semalam.

Tiga pemenang hadiah peraduan ‘Myvi 12 Iconic Years Anniversary SMS & Win Contest’ Dari kiri ke kanan Mohd Nazmil Mohd Nasir, 33, Ong Kok Seng, 60, dan Chin Mei Ling, 26.

Pemenang bertuah itu ialah Chin Mei Ling, 26, Mohd Nazmil Mohd Nasir, 33, dan Ong Kok Seng, 60. Harga jualan sebelum insurans Myvi 1.5 Advance ialah RM55,300.

Model generasi pertama Perodua Myvi diperkenalkan pada 2005 dan lebih sejuta unit sudah dikeluarkan antara 2005 dan 2017, menjadikannya model Perodua paling popular dalam sejarah. Perodua setakat ini sudah menghasilkan lebih daripada 3.2 juta kenderaan sejak Ogos 1994.

Tan Sri Abdul Wahid Omar (tengah) bersama isteri menerima model Myvi baru yang disampaikan oleh Pengurus Besar Kanan Perodua Sales Sdn Bhd, Muhammad Fateh Teh Abdullah

Tan Sri Abdul Wahid Omar Become First Onwer The All-New Perodua Myvi

Tan Sri Abdul Wahid Omar (tengah) bersama isteri menerima model Myvi baru yang disampaikan oleh Pengurus Besar Kanan Perodua Sales Sdn Bhd, Muhammad Fateh Teh Abdullah

All-New Perodua Myvi makes first delivery, bookings up to 6,000 on first day after launch

THE All-New Perodua Myvi, which made its debut on 16 November, had its first delivery on Friday to its first customer, Permodalan Nasional Berhad (PNB) Group Chairman, Tan Sri Abdul Wahid Omar.

“As the Group Chairman of PNB I’m truly honoured to be the first customer to make the booking and to receive the first delivery of the All-New Perodua Myvi yesterday morning,” Tan Sri Abdul Wahid said.

Receiving total bookings of 6,000 units as of 8.00 pm on 17 November, the All-New Perodua Myvi began deliveries as early as 8.00 am on the same day. The most preferred compact car company in Malaysia opened the order books for the All-New Perodua Myvi on 9 November.

“It is beautifully designed by our very own Malaysian designers and engineers at Perodua and has all the advanced features you would expect only in premium cars. And a 5-star ASEAN NCAP safety rating too!” Tan Sri Abdul Wahid said.

The 5-star ASEAN NCAP rating was officially awarded to the All-New Perodua Myvi on 16 November.

“PNB is indeed proud of our investee company Perodua’s achievements. They truly deserve the national car company’s status. Congratulations to the team at Perodua!” he said.

“We wish to thank all Malaysians, the government and all other stakeholders, for their strong endorsement of our beloved Myvi,” Perodua President and Chief Executive Officer Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh said.

The three grand prize winners of the ‘Myvi 12 Iconic Years Anniversary SMS & Win Contest’ were also among the first owners when Perodua gave each of them the keys to an All-New Myvi 1.5 Advance yesterday.

The three ‘Myvi 12 Iconic Years Anniversary SMS & Win Contest’ grand prize winners. Each drove home an All-New Perodua Myvi 1.5 Advance, which retails at RM55,300. Standing from left to right are Mr Mohd Nazmil bin Mohd Nasir, 33, Mr Ong Kok Seng, 60, and Ms Chin Mei Ling, 26.

The lucky winners are Ms Chin Mei Ling, 26, Mr Mohd Nazmil bin Mohd Nasir, 33, and Mr Ong Kok Seng, 60. The All-New Myvi 1.5 Advance retails for RM55,300, on-the-road before insurance.

“We remain committed to maximise delivery of the car to ensure that the All-New Perodua Myvi is delivered speedily to their respective owners. We welcome all to visit our sales showrooms nationwide to find out more about the All-New Perodua Myvi and to test drive the car,” Datuk (Dr) Aminar said.

The first-generation Perodua Myvi was introduced in 2005 and over a million units were produced between 2005 and 2017, making it the most popular Perodua model in history. Perodua has produced more than 3.2 million vehicles since August 1994.

Pengacara MeleTOP, Neelofa Hadiri Victoria’s Secret Fashion Show 2017 di China

BERTUAH betul pengacara jelita Neelofa apabila dia akan diterbangkan ke Shanghai, China untuk turut serta dalam acara fesyen terkemuka dunia, Victoria’s Secret Fashion Show 2017.

Pelakon drama popular Red Velvet itu beruntung kerana dapat melihat pertunjukan fesyen dari jenama pakaian dalam yang gah serta mewah ini.

Kehadiran Neelofa nanti akan dibawakan khas oleh telefon pintar OPPO yang secara rasminya diumumkan sebagai rakan telefon pintar rasmi untuk Victoria’s Secret Fashion Show 2017 dan memilih membawa duta produk OPPO F5 6GB (edisi merah), Neelofa untuk turut serta.

Menerusi laman Instagram Neelofa, pengasas Naelofar Hijab ini turut berkongsi keterujaannya dengan memuat naik sebuah entri memaparkan jemputan elektronik ke Victoria’s Secret Fashion Show 2017.

Dalam masa sama pelakon popular tempatan ini sempat memperkenalkan inovasi terbaru F5 6GB (edisi merah) kepada peminat-peminatnya.

But Kasut Timberland Ala Tentera Kini Tiba

Timberland X WTAPS kembali dengan “Gentleman Military Boot” 6 inci. Untuk kali pertama dalam tempoh 9 tahun, Timberland dan WTAPS berkolaborasi menerusi Timberland X Wtaps. But 6 inci ikonik ini dilancarkan sebagai sebahagian daripada koleksi Musim Luruh / Sejuk WTAPS dan amat dinanti-nantikan oleh peminat kedua-dua jenama seluruh dunia.

Timberland dan WTAPS juga membawa berita baik kepada peminat jenama ini di Malaysia dengan penawaran but ala tentera ini boleh didapati di kedai Timberland terpilih di Malaysia juga.

Dikenali di seluruh dunia untuk kualiti but yang tiada tandingan, but Timberland X WTAPS ini diperbuat daripada kulit nubuck premium dan kalis air dengan ciri-ciri quad-stitch.

Lebih lagi, WTAPS menambah elemen cap ala tentera mereka pada but 6 inci warna kelabu serta ciri-ciri teliti seperti corak kekisi (grid) yang diukir pada panel suku.

Penampilan ala tentera yang ‘rugged’ ini disempurnakan dengan ‘dog tag’ yang direka sebagai pasangan label WTAPS yang ditenun di atas lidah but ini.

Menambahkan keunikannya, tersembunyi pada kolar but ini koordinat GPS ketua pejabat WTAPS “35d40.33NL 139d42.42EL”.

But Timberland X WTAPS ini adalah padanan yang secocok untuk mereka yang gemarkan pakaian ala tentera kontemporari WTAPS dan but ini dipunyai oleh setiap lelaki yang mengutamakan gaya mereka.

Bagi yang suka melancong, memakai but ini bukan saja memberikan gaya tetapi memberikan keselesaan sepanjang bercuti terutama saat perlu berjalan jauh serta ketika hujan.

But Premium Timberland x WTAPS boleh didapati pada pada 25 November di Timberland Mid Valley dan Timberland Pavilion atau lokasi WTAPS tertentu dengan kuantiti yang sangat terhad.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan but yang menarik ini.

Setem Edisi Khas Bertemakan Destinasi Pelancongan

ANDA seorang peminat atau pengumpul tegar setem, jangan lepaskan peluang mendapatkan koleksi terbaru Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) dengan edisi kedua setem bertemakan “Destinasi Pelancongan” yang menampilkan destinasi-destinasi pelancongan popular di Pahang, Perak dan Terengganu, pada 21 November ini.

Antara destinasi popular yang dicetak pada helaian setem ialah Istana Abu Bakar (Pahang), Bukit Fraser (Pahang), Menara Condong Teluk Intan (Perak), Pulau Pangkor (Perak), Masjid Kristal (Terengganu), Muzium Negeri Terengganu dan beberapa destinasi pelancongan popular di setiap negeri.

Untuk edisi kali ini, hanya terdapat 280,000 keping bagi setiap setem se-tenant dikeluarkan dan tidak ada cetakan semula akan dilakukan.

Selain daripada tiga setem se-tenant, produk filateli lain iaitu Sampul Surat Hari Pertama 32,000 keping dan folder 1,800 keping turut dikeluarkan dengan masing-masing dijual pada harga 55 sen dan RM6.35.

Di samping itu, tanda pembatalan siri setem atau cop pula menampilkan tiga peralatan pelancongan yang penting iaitu kamera, gogal dan teropong.

Justeru, bagi anda yang minat mengumpul setem atau ingin memiliki edisi khas sempena Tahun Melawat Pahang, Perak dan Terengganu 2017, jangan lepaskan peluang memperoleh koleksi menarik ini pada hari Selasa depan di mana-mana cawangan pejabat pos Malaysia.

Inilah Myvi 2018! Bilik Pameran Perodua Diserbu

SEJAK Perodua mengumumkan untuk melancarkan model Myvi terbaru, cerita mengenai kereta ini menjadi trending di alam siber sehinggakan ada yang sanggup menjadikannya dalam bentuk video yang kemudiannya dimuatnaik ke YouTube.

Maka tidak hairanlah selepas majlis pelancarannya selesai orang ramai terus menyerbu cawangan-cawangan Perodua seluruh negara untuk melihat lebih dekat model kereta terbaru itu.

Jom kita lihat model terbaru Myvi ini pada majlis pelancarannya yang disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), semalam. Difahamkan sebelum majlis pelancaran rasmi, model itu sudah menerima tempahan sebanyak 5,000 unit.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata paling popular ialah model 1.5 liter yang menyumbang sebanyak 78% tempahan dan warna Kelabu Granite pula menjadi pilihan utama.

Perodua Myvi serba baru ini juga sudah menerima pengiktirafan 5 bintang untuk Program Penilaian Kereta Baru ASEAN (ASEAN NCAP).

Perodua Myvi 2018 Serba Baru ini dibangunkan selama dua tahun dengan penglibatan 60 pereka tempatan daripada mereka yang mendapat pendidikan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Islam Antarabanngsa (UIA).

Dikuasakan dengan enjin 1.3 dan 1.5 liter, dilengkapi Dual VVT-i serta pilihan transmisi kotak gear lima kelajuan manual (MT) untuk 1.3 atau empat kelajuan automatik (AT) bagi semua varian.

Enam warna ditawarkan iaitu Putih Ivory, Perak Glittering, Ungu Mystical, Merah Lava, Hijau Peppermint (1.3 sahaja) dan Kelabu Granite (1.5 sahaja).

Untuk Semenanjung Malaysia ia dijual pada harga jualan:

  • RM44,300 (1.3 Standard G (MT)
  • RM46,300 (1.3 Standard G (AT)
  • RM48,300 (1.3 Premium X (AT)
  • RM51,800 (1.5 High (AT)
  • RM55,300 (1.5 Advance (AT)
Jom tengok sekitar pelancaran Perodua Myvi Serba Baru 2018.
Perodua Myvi 2018
Perodua Myvi 2018
Majlis Pelancaran Perodua Myvi 2018

Pelakon Jelita Izara Aishah Bakal Bernikah Malam Ini

SUDAH menjadi trend dikalangan rakyat Malaysia apabila mengadakan acara Malam Berinai sempena majlis pernikahan yang bakal berlangsung.

Tidak terkecuali di kalangan selebriti yang turut memilih pelbagai tema bagi menyemarakkan lagi hari bersejarah mereka.

Malam tadi, berlangsungnya majlis berinai pelakon jelita Izara Aishah yang bertemakan Bollywood. Mungkin ramai yang tidak tahu, Izara adalah peminat filem Bollywood. Jadi tidak mustahil jika dia memilih tema itu.

Malah, pilihan Izara tidak silap apabila dia kelihatan sangat cantik persis jelitawan Bollywood.

Menerusi gambar dimuat naik pereka fesyen busana itu, Shanell Harun, Izara menggayakan sari moden berwarna merah lengkap dengan aksesori.

Satu perkataan menggambarkan penampilan Izara semalam adalah So Pretty.

Izara dan tunangnya, Adib Khalid yang juga anak tiri penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza bakal melangsungkan pernikahan pada malam ini. Disusuli majlis resepsi sebelah pihak perempuan.

Tahniah diucapkan daripada Prebiu.com semoga majlis yang dirancang berjalan lancar. Gambar dari Instagram Shanell Harun dan Siti Nurhaliza

UFC Pilih AirAsia Sebagai “Syarikat Penerbangan Rasmi” Pertama

UFC, syarikat seni bela diri campuran terulung di dunia, mengumumkan kerjasama jangka panjang merentasi pelbagai wilayah bersama AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik Asia, sebagai ‘Syarikat Penerbangan Rasmi’ pertama jenama global tersebut.

Kerjasama yang merangkumi rantau Asia dan Australia ini, bermula pada Sabtu, 4 November, sempena acara UFC® 217: BISPING lwn. ST-PIERRE, secara langsung dari Madison Square Garden di New York.

“Kerjasama ini menunjukkan bahawa UFC dan sukan seni bela diri campuran telah berkembang dengan pesat di Asia dan di seluruh dunia,” kata Kevin Chang, Naib Presiden UFC Asia Pasifik. “AirAsia merupakan jenama yang inovatif dan terus berkembang, jadi kami berterima kasih di atas sokongan mereka dan kami berharap dapat mencipta kandungan berjenama untuk semua peminat sukan ini dan para tetamu AirAsia.”

“Dalam erti kata lain, perkembangan pesat UFC sebagai fenomena global selari dengan perjalanan AirAsia.” kata Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia. “UFC telah berkembang daripada acara sulung mereka di Denver hingga ke seluruh Amerika Syarikat dan seterusnya ke Asia-Pasifik dan seluruh dunia, sementara AirAsia pula telah berkembang daripada sebuah syarikat penerbangan domestik hingga menjadi sebuah syarikat penerbangan tambang rendah terbesar di Asia yang kini turut terbang ke Amerika Syarikat.

Walau berlainan arah, tetapi impian kami tetap sama – jadi kami amat teruja untuk bekerjasama dengan sebuah jenama yang berkongsi impian dan visi kami.”

AirAsia bakal memulakan acara antarabangsanya semasa acara bersejarah UFC yang pertama di China iaitu UFC FIGHT NIGHT®: SILVA lwn. GASTELUM pada hari Sabtu, 25 November di Arena Mercedes-Benz di Shanghai. Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, AirAsia memperoleh hak untuk memaparkan jenamanya di dalam gelanggang Octagon® UFC yang terkenal di dunia di Shanghai dan beberapa acara UFC antarabangsa terpilih pada tahun 2018.

Melalui kerjasama ini, AirAsia juga akan menjadi penaja utama bagi UFC Fan Experience yang terpilih di seluruh rantau ini dan mempromosikan kempen undian nasional yang mana dua peminat akan memenangi pas UFC VIP Experience bagi acara pada tahun 2018. Jenama syarikat penerbangan itu juga akan diintegrasikan menerusi pelbagai platform sosial dan digital UFC, serta menerusi siaran langsung perlawanan dan UFC.com.

UFC dan AirAsia juga akan menjadi penaja bersama untuk kandungan yang dipaparkan di platform Weibo dan WeChat di China. Selain daripada integrasi semasa acara antarabangsa UFC, kerjasama ini juga menawarkan kandungan berjenama bersama kepada peminat sukan ini di Asia melalui platform media AirAsia dan UFC.

Inisiatif ini juga memaparkan sesi latihan bulanan yang bersama atlet UFC dan ahli kakitangan Institut Prestasi UFC. UFC dan AirAsia juga akan melakar sejarah dengan memilih seorang penerima program biasiswa UFC buat julung kalinya.

Sebagai sebahagian daripada program ini, seorang atlet dari Asia akan dianugerahkan biasiswa penuh termasuklah perjalanan ke Amerika Syarikat dan latihan di Institut Prestasi UFC di Las Vegas, Nevada.

Untuk maklumat lanjut berkenaan AirAsia, sila layari airasia.com atau ikuti AirAsia di Facebook(facebook.com/AirAsia) dan youtube (AirAsia), Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Instagram (@airasia), Weibo (@亚航之家) atau WeChat dan Zhhiu (@亚洲航空).
Untuk maklumat lanjut berkenaan UFC, sila layari UFC.com. Ikuti kami di Weibo, WeChat, Youku, QQ, Facebook (UFC Asia), Twitter dan Instagram (aufc).

Kenderaan Antikeganasan SandCat Stormer Pemanduan Sebelah Kanan Dilancar

SandCat Stormer equipped with SCAT - Riot Control System

Julung Kali versi RHD (Pemanduan Sebelah Kanan)

SEMPENA berlangsungnya pameran MILIPOL akan datang di Paris, Plasan akan membawakan variasi baru SandCat Stormer untuk polis dan unit memerangi keganasan. Sebagai tindak balas kepada keganasan domestik dan keganasan yang dilihat semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Plasan melancarkan kenderaan antikeganasan dan kawalan rusuhan yang unggul – dan buat Pertama Kalinya Versi RHD (Pemanduan Sebelah Kanan) ditawarkan untuk negara-negara RHD.

SandCat Stormer RHD baru dilengkapi dengan sistem SCAT serba baru bagi membanteras keganasan konflik keamatan rendah dengan pelbagai cara yang tidak membawa maut, memberikan kawalan kumpulan yang tepat dan seimbang, mencegah kecederaan awam dan tidak membawa risiko kepada pengendali sistem.

SCAT ialah RCWS yang dipasang pada bumbung dengan Pengimejan siang & malam, sistem perintah dan kawalan, penyuluh silau, pelancar bom tangan asap/gas 40mm berbilang tembakan, Alat Akustik Jarak Jauh dan pilihan senapang.

SandCat menawarkan pengoptimuman unik antara perlindungan, muatan dan kos dengan menggunakan bahan-bahan komposit untuk menewaskan ancaman yang dulunya hanya ditemui di zon perang, tetapi kini dapat dilihat dalam serangan di jalan-jalan bandar.

Ini termasuk perlindungan dari senjata seperti B6/B7 + AK47 7.62×39 AP + Dragunov 7.62×54 AP, lantai yang dilindungi daripada dua bom tangan DM51, dan banyak lagi.

SandCat Stormer Plasan ialah kenderaan berperisai taktikal paling ringan yang menyediakan tahap perlindungan yang tinggi seumpamanya. Ia direka untuk berkhidmat dalam pelbagai profil bermisi yang memerlukan kenderaan yang amat mudah dikendalikan dan terlindung, seperti penguatkuasaan undang-undang bandar, penjagaan keamanan, keselamatan tanah air dan rondaan sempadan.

Ia mempunyai kos pemilikan rendah dengan menggunakan casis komersial Ford F550 Super Duty yang handal dengan enjin berkuasa dan pacuan empat roda, dan berada dalam lingkungan GVW diperakui oleh Ford.

Kabin berperisai dapat menampung sehingga 10 penumpang dengan selesa dan memberi tumpuan teliti terhadap reka bentuk serta ergonomik bagi membolehkan pasukan memenuhi misi mereka dengan selamat. https://www.plasan.com. Sumber: Plasan Sasa

Post Menarik