Perkhidmatan internet jalur lebar fiber yang ditawarkan oleh Celcom Axiata Berhad bagi penduduk dan pemilik perniagaan di negeri Sabah – Celcom Home Fibre™ dan Celcom Business Fibre™ – kini telah ditambahbaik untuk memberikan lebih daripada dua kali ganda kelajuan dengan harga berpatutan.
SEMPENA sambutan Hari Malaysia, bermula daripada 16 September 2018, pelan Celcom Home Fibre™ dan Celcom Business Fibre™ akan didatangkan bersama kelajuan sehingga 100Mbps dan harga yang dikurangkan sebanyak 50 peratus.
Ini adalah sejajar dengan hasrat kerajaan bagi menyediakan akses jalur lebar berkelajuan tinggi dengan harga yang mampu dimiliki.
Pakej Celcom Home Fibre™ yang baru menawarkan pelanggan dengan internet fiber tanpa had dengan kelajuan sehingga 100Mbps pada harga RM120 setiap bulan, manakala harga yang lebih rendah bagi 40Mbps pada RM80 sebulan. Celcom Home Fibre™ juga didatangkan bersama penghala tanpa wayar percuma dan pemasangan percuma.
Kesemua pelanggan Celcom Home Fibre™ yang sedia ada akan dinaiktaraf kepada 100Mbps secara berperingkat sehingga akhir September 2018.
Pelanggan yang melanggan pelan Home Fibre™120 akan menikmati 10 kali ganda kelajuan internet tanpa sebarang bayaran tambahan. Manakala pelanggan Home Fibre™ 150 dan 180 pada kelajuan 20Mbps dan 40Mbps masing-masing akan menikmati kelajuan internet 100Mbps secara automatik dengan harga lebih rendah iaitu pada RM120 sebulan.
Bagi pemilik perniagaan pula, Celcom Business Fibre™ Gold Supreme menawarkan internet fiber berkelajuan tinggi tanpa had dengan kelajuan sehingga 100Mbps hanya pada RM130 sebulan, manakala Celcom Business Fibre™ Gold menawarkan internet fiber berkelajuan tinggi tanpa had dengan kelajuan sehingga 40Mbps pada RM90 sebulan.
Celcom Business Fibre™ juga didatangkan dengan pemasangan percuma, telefon dect percuma, dan penghala tanpa wayar percuma.
Kesemua pelanggan Celcom Business Fibre™ sedia ada akan dinaiktaraf secara berperingkat kepada 100Mbps sehingga penghujung September 2018 untuk menikmati internet berkelajuan tinggi dengan hanya RM130 sebulan.
Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad, Mohamad Idham Nawawi berkata, dengan perkembangan teknologi digital yang begitu pantas hari ini, setiap rakyat Malaysia seharusnya berpeluang untuk memiliki kemahiran digital dan akses kepada internet berkelajuan tinggi tanpa dibebani secara kewangan.
“Celcom ingin menjadikan perkhidmatan jalur lebar lebih mampu dimiliki dengan merendahkan sehingga separuh harga Celcom Home Fibre™ dan Celcom Business Fibre™, dan menawarkan kelajuan internet yang berganda.
“Kami akan terus berusaha untuk memperluas teknologi fiber dan akses internet jalur lebar kami bagi perusahaan dan komuniti di kawasan bandar dan luar bandar, serta menyokong agenda kerajaan dalam penembusan jalur lebar ke seluruh negara,” katanya.
Bagi pertanyaan mengenai Celcom Home Fibre™ atau Celcom Business Fibre™, pelanggan boleh terus menghubungi Perunding Khidmat Pelanggan kami di 1-300-11-3282 atau lawati Celcom bluecube berdekatan bagi memeriksa kawasan liputan bagi internet fiber. Untuk maklumat lanjut, layari www.celcom.com.my