Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) memperkenalkan satu lagi model GP Edition menerusi model NVX 155.
YAMAHA NVX 155 GP Edition itu mula berada di kedai pengedar sah motosikal Yamaha bermula 21 September ini pada harga cadangan pengeluar RM10,606.
Melihat kepada harga yang dikeluarkan oleh HLYM itu selepas pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) bermula September ini, harga NVX GP Edition ini adalah lebih RM700 berbanding model biasa yang diletakkan pada harga RM9,906.
Keistimewaan model GP Edition ini dapat dilihat menerusi penampilan sticker menggunakan grafik seperti jentera M1 yang digunakan oleh Valentino Rossi dan Maverick Vinales dalam perlumbaan MotoGP.
Selain itu, pembeli model ini juga akan menerima jaket edisi khas NVX GP Edition dan sijil pemilikan.