3M Malaysia, syarikat sains global yang terkenal dengan solusi automotifnya yang canggih, telah mengambil peluang untuk melancarkan rangkaian produk penjagaan kereta DIY.

PRODUK itu akan membolehkan para penggemar kereta, dan individu-individu yang suka melakukan kerja-kerja pembaikan dan penarafan dengan sendiri untuk memelihara keadaan kenderaan mereka secara ekonomik dengan menggunakan produk-produk gred profesional.

(L-R) Parameswaran Nair, Managing Director of 3M Malaysia together with Christophe Lejeune, CEO of Lazada posing for a photo during the launch of the 3M Malaysia DIY care care range and automotive store on Lazada

Dalam usaha 3M Malaysia untuk menjadikan produk-produknya lebih mudah untuk diakses oleh para pengguna di dalam negara, syarikat ini telah merungkaikan pelancaran Kedai Flagship Automotif 3M yang rasmi dan yang pertama di Lazada.

Kedai ini yang beroperasi melalui laman e-dagang tersebut akan menampilkan rangkaian produk penjagaan kereta yang terdahulu serta yang terkini untuk melengkapi para pengguna dengan kelebihan produk-produk ini yang mudah untuk digunakan dan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka.

Parameswaran Nair, Pengarah Urusan 3M Malaysia berkata, “3M, sejak sekian yang lama telah memacu inovasi dan sains dalam bidang automotif, kami berbesar hati untuk memperkenalkan rangkaian produk penjagaan kereta kami yang membawa pembangunan saintifik yang diusahakan berdekad lamanya ke tangan anda.

Parameswaran Nair, Managing Director of 3M Malaysia

“Kit penjagaan kereta DIY kami mudah untuk digunakan dan dapat memberikan hasil yang memberangsangkan tanpa menelan kos yang tinggi. Kami juga berasa teruja untuk melancarkan Kedai Flagship Automotif 3M yang pertama dengan Lazada untuk menyebarluaskan lagi rangkaian produk kami secara digital ke tangan para pengguna.”

Christophe Lejeune, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia berkata, “Kami berbesar hati untuk menerima penyertaan 3M Malaysia di LazMall dengan kedai flagship mereka yang berpaksikan produk-produk automotif, juga atas dasar dorongan kami sendiri untuk memperkayakan pengalaman para pengguna kami dengan mempelbagaikan penawaran perkhidmatan dan portfolio produk-produk kami.

Melalui pengenalan LazMall yang dirungkaikan baru-baru ini, kami dapat menawarkan destinasi membeli-belah dan perkhidmatan yang terbaharu kepada para pengguna kami melalui jenama-jenama tempatan dan antarabangsa di platform Lazada.”

Christophe Lejeune, CEO of Lazada

LazMall ialah pusat membeli-belah yang terbesar di Asia Tenggara, ia menampilkan seleksi jenama-jenama tempatan dan antarabangsa yang terkemuka dan dipercayai, serta jenama-jenama dalam talian yang terbaik dan pengedar-pengedar bertauliah.

Dengan mengunjungi LazMall, anda dapat menikmati pengalaman membeli-belah dalam talian yang tiada tandingannya – ia menyinambungkan pengalaman membeli-belah di kedai-kedai kegemaran anda serta jenama-jenama dalam talian melalui satu platform.

LazMall membolehkan para pelanggan membeli-belah dengan mudah dari seluruh Malaysia dan menjamin mereka akan menerima produk-produk yang tulen serta menawarkan pilihan penghantaran hari berikutnya, dengan pemulangan mudah sehingga 15 hari.

Zoe Ng, Assistant Marketing Manager, Automotive Aftermarket Division, 3M Malaysia showing a demo of how the simple it is to use the 3M Malaysia DIY car care range to improve the brightness of plastic headlights

Warga Malaysia gemar membeli-belah dalam talian, dan Kedai Flagship Automotif 3M yang rasmi di Lazada bermatlamat untuk membekalkan pilihan pembelian yang sesuai dan memudahkan bagi para pengguna.

Kedai dalam talian tersebut akan menyediakan rangkaian produk automotif yang premium dan tulen seperti 3M™ Complete Fuel System Cleaner, 3M™ Glass Cleaner, 3M™ Leather & Vinyl Restorer dan 3M™ Tire Restorer pada harga yang berpatutan.

“Di 3M Malaysia, kami berbangga atas usaha kami untuk sentiasa meneroka haluan yang inovatif seperti kerjasama digital yang dijalinkan ini untuk memastikan kami dapat menyalurkan kemudahan dan produk kami melalui titik sentuh yang mudah dicapai oleh para pelanggan, serta kami berharap pelancaran kedai dalam talian ini juga akan meningkatkan kesedaran mengenai rangkaian produk penjagaan kereta kami dalam kalangan warga Malaysia,” katanya.

Dengan pelancaran ini, 3M Malaysia juga menawarkan diskaun yang menarik bagi para pembeli di Lazada. Bermula dari 19 September sehingga 19 Oktober 2018, empat pakej produk penjagaan kereta yang istimewa juga akan ditawarkan dengan diskaun yang bernilai RM30.

Zoe Ng, Assistant Marketing Manager, Automotive Aftermarket Division, 3M Malaysia showing a demo of the 3M Rubbing Compound that helps to remove light to medium scratches

Keempat-empat pakej produk ini diperkenalkan untuk membantu menyelesaikan atau menghindari masalah-masalah lazim yang sering dihadapi oleh pengguna kereta.

Bagi mereka yang ingin menghilangkan kesan calar boleh memilih untuk membeli pakej calaran ringan dan sederhana pada harga RM99. Pakej ini merangkumi 3M™Rubbing Compound, 3M™ One-Step Cleaner Wax dan 3M™ Microfiber Auto-Detailing Cloth.

Pakej yang kedua pula dirumus khas untuk memulihkan semula lampu depan yang kabur. Pada harga RM154.30, pakej ini merangkumi 3M™ Headlight Restoration Kit, 3M™ Headlight Clear Coat dan 3M™ Microfiber Auto-Detailing Cloth.

Pakej yang ketiga menampilkan rangkaian produk yang dapat membantu pemilik kenderaan untuk menghilangkan kesan calar yang ringan serta cat yang dipindahkan ke kereta mereka ekoran kemalangan yang kecil.

Pakej ini mengandungi 3M™ Scratch and Scuff Remover, 3M™ One-Step Cleaner Wax dan 3M™ Microfiber Auto-Detailing Cloth pada harga RM145.20.

Untuk mencegah kesan tera air (watermarks), pakej yang terakhir menyertakan 3M™ Glass Cleaner, 3M™ Glass Coat Windshield dan 3M™ Microfiber Auto-Detailing Cloth. Pakej ini berharga RM63.90.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini