Utama Blog Halaman 955

BMW 6 Series GT Yang Pertama Dilancarkan Di Malaysia

The First-Ever BMW 6 Series GT

BMW Malaysia hari ini, memperkenalkan BMW 6 Series Gran Turismo yang Pertama, tanda aras terbaharu segmen kelas kenderaan mewah melalui ciri-ciri kenderaan yang bertemakan keluasan, keselesaan dan fungsi yang tiada tandingannya.

MENERUSI varian BMW 630i GT, jentera baharu ini membawa portfolio model kenderaan BMW Group Malaysia yang dipasang di dalam negara ke aras yang baharu melalui sembilan model dan 11 varian, lantas memperlihatkan komitmen pengeluar kenderaan ini untuk memperkembangkan skala operasi dan pelaburannya di Malaysia, serta kedudukan negara Malaysia sebagai hab bagi BMW Group di rantau ini.

BMW Malaysia Introduces the First-Ever BMW 6 Series GT

Harald Hoelzl, Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia berkata, “BMW 6 Series GT menambah satu lagi dimensi dan penawaran baharu dalam portfolio produk mewah moden kami.

Jentera baharu ini menawarkan ciri-ciri kefungsian yang mengagumkan serta menampilkan format badan kenderaan baharu yang telah menempah nama di persada antarabangsa dan ia juga didatangkan dengan ciri pemanduan yang menyelesakan serta keluasan berstandard tinggi, justeru mendefinisikan karakter kenderaan ini yang tersendiri.”

Ciri-ciri unik generasi kenderaan yang terdahulu kini diperhalusi dan dibawa ke tahap yang baharu dalam BMW 6 Series GT, dengan evolusi sistematik yang ketara dilihat melalui keanggunan jentera ini yang serba sporty, selain daripada kelengkapan yang canggih, sistem bantuan dan pengawalan yang inovatif, serta kemajuan dalam aspek dinamisme dan efisiensi.

“Model baharu ini akan menyuntik nafas baharu kepada kelas kenderaan eksekutif mewah, sebagai satu-satunya kenderaan dalam segmen seumpamanya yang menawarkan keluasan seperti kenderaan Gran Turismo yang moden, keselesaan pemanduan seperti sedan kelas mewah, dan dinamisme serta tarikan estetika yang sepadan dengan coupé elegan yang bersaiz besar,” kata Hoelzl.

Konsep badan kenderaan yang berjaya merangkul anugerah berprestij – BMW Efficient Lightweight bercirikan praktikaliti moden.

BMW 6 Series GT yang Pertama telah menerima Anugerah ‘EuroCar Body’ yang berprestij pada tahun 2017 bagi reka bentuk badan serta ruang yang lebih mantap – ia dicapai melalui inovasi seperti yang diperlihatkan oleh teknologi BMW Efficient Lightweight.

Rekabentuk serba ringan menerusi penggunaan aluminium dan keluli berkuatan tinggi bagi struktur badan dan komponen casis kenderaan ini membantu menurunkan berat kenderaan tersebut untuk mencapai berat purata yang berjumlah lebih kurang 150 kilogram jika dibandingkan dengan model-model terdahulu.

Kekemasan dalaman jentera ini menawarkan ruang lebih lapang, selain posisi tempat duduk yang dinaikkan memberi kelebihan pemandangan bagi setiap penumpang.

Tiga tempat duduk yang lengkap pada bahagian belakang mempunyai ruang kaki yang luas, lantas memberi penekanan terhadap kualiti kenderaan ini yang memfokuskan keselesaan pengguna, sepertimana ruang atas (headroom) yang turut diperluaskan lagi walaupun garis bumbung kenderaan ini secara keseluruhannya disingkatkan – semua ini dapat dicapai melalui sistem tempat duduk yang optimum.

Rekaan badan kenderaan ini menawarkan ruang pembukaan belakang yang lebih besar dan lebih memudahkan, serta ia juga dapat memberikan pemandangan menyeluruh melalui tingkap belakang.

Pintu but berseksyen tunggal yang melengkapi BMW 6 Series GT boleh dibuka dan ditutup dengan kuasa elektrik, serta fungsi ‘Comfort Access’ membolehkan operasi tanpa penggunaan tangan yang sebaliknya boleh diakses melalui pergerakan kaki.

Isi padu ruang bagasi pula ditingkatkan sebanyak 100 liter kepada 610 liter berbanding model yang terdahulu: ia boleh diperbesarkan lagi untuk mencapai sukatan setinggi 1,800 liter dengan cara melipat tempat duduk menggunakan fungsi pengawal elektrikal.

BMW 6 Series GT yang Pertama tampil dengan rekaan luaran yang bersifat gah dan tersendiri, dengan lensa lampu depan LED ‘Adaptive’ yang mengunjur ke gril kidney BMW yang ikonik.

Elemen keanggunan yang melambangkan jentera BMW ini dapat dilihat secara keseluruhannya melalui ciri-ciri seperti bonet yang memanjang, posisi kabin yang miring ke belakang, jarak roda berukuran 3,070 milimeter, set tingkap pintu tidak berbingkai, garis bentuk tingkap yang melandai ke belakang, serta lengkok berkembar Hofmeister yang sebati dengan BMW.

Garis bumbung jentera ini mengunjur ke bawah melalui penggayaan coupe yang bersambung dengan seksyen belakang yang juga kini lebih rendah melalui penurunan jumlah ukuran sebanyak 64 milimeter, sementara set roda 20 inci ‘M light-alloy double-spoke 648 M’ yang hadir dalam dwiwarna (dengan set tayar bercampur) memperkayakan lagi elemen sofistikasi kenderaan ini.

Tingkap belakang yang bercerun menggayakan keperibadian coupé dan ia bersambung dengan lampu belakang LED yang berbentuk tiga dimensi serta dengan rekaan signatur BMW yang mengenakan bentuk ‘L’ untuk menghasilkan tarikan sebuah kenderaan sport yang berkelas.

Siluet yang renek juga memberikan kelebihan kepada struktur aerodinamik kenderaan ini, digabungkan dengan pengawal flap udara aktif dan komponen yang lain termasuk ‘Air Curtains’, ‘Air Breathers’ dan spoiler belakang yang boleh mengunjur secara automatik (diaktifkan apabila kenderaan ini mencecah kelajuan 110 km/j) untuk mengurangkan kadar pekali seret (Cd) daripada model terdahulu yang berjumlah 0.29 kepada kadar yang terbaharu: 0.25.

Dinamik pengendalian dan tahap keselesaan pemanduan yang ditawarkan oleh jentera BMW 6 Series GT ini memanfaatkan penambahbaikan yang dilakukan pada teknologi casis.

BMW 6 Series GT dilengkapi dengan suspensi Adaptif dengan ‘Dynamic Damper Control’ serta suspensi udara pada gandar hadapan dan belakang. Peredam yang dikawal secara elektronik turut meningkatkan lagi tahap keselesaan pemanduan dan pengendalian kenderaan ini, serta pengawal roda spesifik dapat memberikan keseimbangan bagi muatan yang tidak seragam.

Suspensi udara dwigandar membolehkan ketinggian kenderaan ini dilaraskan secara manual, ini bermakna ruang kelegaan tanah (ground clearance) boleh ditingkatkan lagi sebanyak 20 milimeter dengan hanya menekan butang untuk menyesuaikan kenderaan ini di jalan yang berliku atau jalan yang curam, atau untuk tujuan yang lain.

Kenderaan ini juga boleh direndahkan lagi sebanyak 10 milimeter – samada sekali lagi dilakukan secara manual dengan menekan butang, atau secara automatik apabila mod SPORT diaktifkan melalui suis ‘Driving Experience Control’, atau apabila kenderaan ini melebihi tahap kelajuan 120 km/j untuk mengurangkan ‘drag’.

Di bawah bonet jentera ini, enjin TwinPower Turbo yang canggih digandingkan dengan transmisi Steptronic lapan kelajuan.

Unit petrol empat silinder 2.0 liter dalam jentera BMW 6 Series GT yang Pertama menjana output maksimum yang mencecah 190 kW/258 kk (kuasa kuda) serta puncak tork setinggi 400 Nm. Peningkatan daya kuasa dan efisiensi yang lebih mantap pada enjin tersebut, berserta penambahbaikan aerodinamik mampu membawa kereta ini mencecah kelajuan 250km/j sambil mengoptimumkan penggunaan bahan bakar.

Ia boleh memecut dari kelajuan 0 hingga 100 km/j dalam masa 6.3 saat, dan mempunyai penggunaan bahan bakar gabungan sebanyak 6.6 liter bagi setiap 100 kilometer dan emisi CO2 sebanyak 152 gram bagi setiap kilometer.

Ruang kokpit memfokuskan kepada pemandu dan bersertakan susunan pelbagai unsur pengawal yang ergonomik, serta paparan dan sistem pengawal yang menawarkan versatiliti yang tiada tandingannya melibatkan fungsi-fungsi seperti operasi, navigasi, komunikasi dan maklumat hibur.

Nadi ciri kefungsian kenderaan ini ialah sistem iDrive, lengkap dengan ‘Touch Controller’ yang terletak di konsol pusat serta ‘Control Display’, yang kini hadir dengan skrin sentuh ‘freestanding’.

Paparan resolusi tinggi pula kini mempunyai skrin berpenjuru yang bersaiz 10.25 inci, manakala susun atur menu yang menggunakan penggayaan ‘tile’ serta grafik beranimasi dalam mod ‘live’ membolehkan pengoperasian yang intuitif.

BMW 6 Series GT juga menawarkan kemudahan melalui fungsi arahan suara yang diperbaik, dan ‘BMW Gesture Control’, serta Paparan ‘Head-Up’ BMW generasi baharu. Stereng ‘M Sport’, papan pemuka ‘Sensatec Leather’ dan ‘Fineline Ridge’ yang menggunakan bahan ‘Fine Wood’ dengan kemasan krom (Pearl Gloss Chrome) menyempurnakan keterampilan jentera ini yang penuh gaya, dan tidak kurang juga pengalaman pemanduan premium yang ditawarkan oleh jentera ini.

Kompartmen penumpang yang amat luas datang dengan ciri keselesaan yang dipertingkatkan melalui penebat bunyi yang optimum serta bumbung kaca Panoramik dwibahagian.

Tambahan pula, Sistem Bunyi Keliling Harman Kardon juga memanfaatkan kelebihannya melalui penawaran sensasi pendengaran yang luar biasa.

Sistem bantuan pemandu yang melengkapi BMW 6 Series GT memanfaatkan kamera stereo, termasuk radar dan sensor ultrasonik untuk memantau persekitaran kenderaan ini.

Ciri menarik seperti Amaran Pengeluaran Laluan (Lane Departure Warning), Amaran Penukaran Laluan (Lane Change Warning), Amaran Perlanggaran dan Pejalan Kaki (Collision and Pedestrian Warning) dengan Mitigasi Perlanggaran dalam Kawasan Bandar (City Collision Mitigation), Amaran Perentasan Trafik (Crossing Traffic Warning), dan Info Had Laju (Speed Limit Info).

Pemilik BMW 6 Series GT dapat menikmati kelebihan BMW ConnectedDrive, iaitu pembantu mobiliti peribadi digital yang dapat menolong pemandu menuju ke destinasi mereka dengan mudah – pemilik juga boleh mengakses kenderaan mereka tanpa perlu memasuki kenderaan mereka sendiri.

Sebagai contoh, entri kalendar dari telefon pintar boleh digunakan untuk merancang perjalanan, waktu bertolak yang sesuai juga boleh dianggarkan serta destinasi navigasi boleh dihantar ke kereta pemilik dengan lancar.

Alat pemegang telefon pintar yang baharu juga diintegrasikan pada konsol pusat, ia membolehkan pengecasan induktif tanpa wayar untuk telefon mudah alih serta bagi paparan yang tersedia, lantas mendemonstrasikan falsafah BMW Connected melalui penggunaan teknologi yang berpaksikan kemudahan.

Dari segi penawaran warna, BMW 6 Series GT yang Pertama menyediakan seleksi pilihan warna eksterior yang merangkumi warna Putih (Alpine White), Biru (Bluestone), Hitam (Carbon Black) dan Kelabu (Sophisto Grey) yang dipadankan dengan warna interior, iaitu dalam varian Hitam (Leather Dakota Black).

Khusus untuk pilihan padanan warna Hitam (Carbon Black) dan Kelabu (Sophisto Grey), pilihan tambahan ‘Leather Dakota Cognac’ juga ditawarkan. BMW 6 Series GT yang Pertama boleh didapati melalui kesemua pengedar BMW yang bertauliah di dalam negara bermula dari hari Sabtu, 8 September 2018.

ANGGARAN* harga jualan (atas jalan, tanpa insurans) bagi BMW 6 Series GT yang
Pertama ialah: RM 450,000.00*

Pengalaman Pemilikan Premium yang Menyeluruh.

Pemilik BMW 6 Series GT juga boleh menikmati Pengalaman Pemilikan Premium yang ditawarkan oleh BMW Group Malaysia, dan ia merangkumi:
•    Waranti Perbatuan tanpa Had selama 5 Tahun oleh BMW serta Program Servis Berjadual Percuma.
•    Program Waranti Tayar selama 2 Tahun/24 Bulan oleh BMW untuk penawaran servis ‘Run Flat Tyre’.
•    Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW.
•    Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ – BMW White Card.
•    Servis Atas Talian oleh BMW.

Celcom Welcomes Government’s Decision Exempting SST On Prepaid Services

Celcom Axiata Berhad welcomes the government’s decision of exempting the Sales and Service Tax (SST) on its prepaid services effective 6 September 2018.

Chief Executive Officer of Celcom Axiata Berhad, Mohamad Idham Nawawi said, mobile communications has become an integral part of daily life.

“As such, this decision will make a positive impact on many Malaysian prepaid mobile users,” he said in a statements.

Celcom has already provided tax rebates to Malaysian customers who have purchased prepaid plans from 1 September till 5 September 2018, in the form of on-net call freebies as stated on our website.

6% SST still applies for non-Malaysians and other Celcom services.
For more information please visit https://www.celcom.com.my/support/faq/general

Muhammad Nazir Basri Wins RM100,000 Cash Prize In Celcom Game Hero

Taking home the grand cash prize of RM100,000 goes to 31-year-old Muhammad Nazir Basri from Klang during Malaysia’s largest mobile game tournament, ‘Celcom Game Hero - Endless Trials’. Coming in second place to snatch the RM60,000 cash prize was returning champion, 29-year-old Mohd Farhan Hassin from Kota Bahru, Kelantan, while 27-year-old Mohd Sabree Junyul from Klang grabbed the third place prize of RM40,000 cash prize!

History has been made once again with Muhammad Nazir Basri taking home the grand cash prize of RM100,000 in Malaysia’s largest mobile game tournament, ‘Celcom Game Hero – Endless Trials’.

MASTERING multiple levels of endless trials, the 31-year-old from Klang, Selangor topped other finalists with a whopping 6290 top score in an intense one-hour live showdown.

Zuwairi Zakaria, Head of Pricing and Retail Marketing of Celcom Axiata Berhad (far left) and Dato’ Lion Peh, Chief Executive Officer of Techninier Sdn Bhd (far right) celebrate together with the top three winners of Celcom Game Hero – Endless Trials!

Claiming the second prize cash was returning champion, 29-year-old Mohd Farhan Hassin from Kota Bahru, Kelantan with 6245 points who snatched the RM60,000 cash prize, while 27-year-old Mohd Sabree Junyul from Klang with 6235 points takes the third place and RM40,000 cash prize.

Finalists in the 4th-6th place received a cash prize of RM 10, 000, and 7th-9th place finalists received RM5, 000.

Nine finalists battling it out on multiple different stages with in Endless Trials! These finalists battle through a series of puzzles and trials, all for the top score and a piece of the grand cash prize from a pool of RM300,000 cash!

The finalists took their shot in battling out each trial for their chance at the grand cash prize after being at the top of the leader board, from an overwhelming number of players nationwide, over the course of four months.

Celcom Game Hero cash prizes were presented by Zuwairi Zakaria, Head of Pricing and Retail Marketing of Celcom Axiata Berhad and Dato’ Lion Peh, Chief Executive Officer of Techninier Sdn Bhd at Menara Celcom.

The top finalists of ‘Celcom Game Hero – Endless Trials’ with cash prizes won!

Celcom’s partnership with Techninier Sdn Bhd highlights the importance of bringing new and innovative experiences for customers, and players can continue to experience the awesome moments with the latest tournament: Celcom Game Hero – Knight Clash.

Featured as a scrolling runner game, the premise is set with a valiant knight and his trusty steed, who face ferocious foes and treacherous traps in order to smash through the enemy gates and save the princess.

All focused – as a finalist faces his “Endless Trials” and a chance to grab the cash prize from a pool of RM300,000 cash!

Mobile gamers from casual players to expert gamers just need to gain a high score by collecting points and rescuing the princess, to be placed in the leader boards and be in the running for cash prizes.

For more information on Celcom Game Hero’s fifth mobile tournament – ‘Knight Clash, visit www.gamehero.my.

Newly Upgraded West Course Reopens-TPC Kuala Lumpur

TPC Kuala Lumpur West Course

TPC Kuala Lumpur’s multi-award winning 18-hole West Course upgrade has been completed and reopens on 31 August 2018.

THE 10-month intensive project was focused on providing improved playing surfaces by changing the turf on the course to more developed and enhanced grass species.

Golfers can expect another level of golfing experience with the new resurfaced turf,” said Steven Thielke, Chief Executive Officer of TPC Kuala Lumpur.

West Course hole 15

The course however will close from 17 September to 17 October 2018 to make way for the CIMB Classic happening on 11 to 14 October.

The new grasses are identical to those at TPC Sawgrass, home to The Players Championship which is the PGA TOUR’s annual flagship tournament in the United States.

Whilst TifEagle Bermuda grass has been planted on the greens to provide a consistently fast and true putting surface, Celebration Bermuda grass has been planted on all the tee boxes and fairways, as well as bunker and green surrounds.

“The new fairways will now have more run, and the new green surrounds can be mown short to provide run-off areas so as to allow for a variety of recovery shots to be played on a firmer playing surface,” Thielke explained.

In addition, modifications were made to holes 4, 7, 12, 14, 16 and 17 as well as a new 80-yard short game practice area which has also been built as part of the upgrading project along with the addition of a new practice putting green.

West Course 12th hole

This upgrading project has been headed by TPC Kuala Lumpur Head of Agronomy, Mohd Nizam Othman, Vice President of Design Services of PGA TOUR, Stephen Wenzloff, course architect from Parslow and Winter Golf Design; Jason Winter and Chief Executive Officer of TPC Kuala Lumpur; Steven Thielke.

“This project is a combination of feedback from various constituents from club members, PGA TOUR players and Rules Officials, the course architect from Parslow and Winter Golf Design, and the TPCKL Agronomy team.

All the feedback was taken into consideration to ensure the new West Course is more competitive and beneficial to all parties,” Wenzloff commented, adding that the West Course, the home of the PGA TOUR’s CIMB Classic, is in prime condition for the up-coming tournament.

West Course 16th hole

After getting a sneak preview of the new West Course, David Frost; renowned course rater from the World’s Top 100 Golf Courses stated that the hard work by the team at TPC Kuala Lumpur is nothing less than the best of the best. “There are hardly any weak holes on the course and how privileged are the Members of TPC Kuala Lumpur to be able to play regularly on a course like this,” was Frost’s most outstanding comment.

“Nizam and his team have also put in a tremendous effort to enhance the overall aesthetics that include landscaping, open water features and lake edges. This is one of our unique ways to deliver world class services and experiences to our Members at every touch point,” said Thielke.

Petron Ikuti Proses Akreditasi MoF Untuk Dilantik Sebagai Pembekal

Petron ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kewangan (MoF) atas kepercayaan dan keyakinan untuk dilantik sebagai salah satu pembekal bahan api yang diakreditasi untuk kenderaan kerajaan pada 3 Ogos 2018 yang lalu.

PETRON juga menghargai usaha mereka untuk menggalakkan persaingan sihat dalam industri petroleum.

Seperti syarikat dan pembekal bahan api yang lain, kami telah melalui proses akreditasi yang betul dan mengikut semua proses usaha wajar yang telus seperti yang telah digariskan oleh MoF.

Pada mulanya, kami memohon untuk menjadi pembekal kerajaan pada bulan Mac 2015 dan telah menerima kelulusan daripada Kementerian Kewangan pada bulan November tahun yang sama sebagai pembekal peralatan.

Kami memohon semula secara khusus untuk menjadi salah satu pembekal bahan api untuk kenderaan kerajaan pada Oktober 2016. Selepas melalui proses yang ekstensif, kami diiktiraf sebagai salah satu pembekal bahan api hanya pada bulan Ogos 2018.

Kami sentiasa komited untuk memenuhi keperluan bahan api pengguna dengan membekalkan produk premium kami.

Kami akan terus membuat pelaburan besar dalam industri hiliran minyak dan menyumbang kepada ekonomi Malaysia dengan menaiktaraf kilang penapisan kami, mengukuhkan keupayaan logistik, dan mengembangkan rangkaian stesen kami.

Kami berharap akan dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pengguna pada masa hadapan.

Perodua Alza Baharu Kini Dibuka Untuk Tempahan

Perodua Alza terbaharu – MPV 7 tempat duduk paling popular di Malaysia kini tampil dengan ciri baru dan nilai yang lebih baik

KENDERAAN Pelbagai Guna (MPV) 7 tempat duduk paling popular dan mampu milik di negara ini diperbaharui untuk tahun 2018, yang mana Perodua secara rasminya telah memperkenalkan Alza berwajah baharu ke pasaran Malaysia.

Harga bermula dari RM51,490 hingga RM62,690 (OTR tanpa insurans), Perodua Alza terbaharu didatangkan dalam varian Standard (MT), Standard (AT), SE (AT) dan Advance (AT).

Kesemua varian dikuasakan dengan enjin 1.5 liter 3SZ-VE DVVT yang disambungkan kepada transmisi manual lima kelajuan pada Standard MT dan transmisi automatik empat kelajuan pada varian yang lain.

Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd Dato’ Dr Zahari Husin berkata, Perodua Alza terbaharu kami ini masih lagi menawarkan keselesaan, praktikaliti, fleksibiliti dan ruang yang cukup untuk tujuh orang – menjadikan ianya MPV yang digemari dan menjadi pilihan rakyat Malaysia selama hampir sedekad.

“Dengan ruang simpanan yang banyak serta konfigurasi tempat duduk yang fleksibel, Alza terbaharu ini sesuai untuk aktiviti keluarga dan penggunaan harian seiring dengan kata jenamanya ‘Sehebat Anda,’” katanya, sambil menambah bahawa lebih daripada 344,200 unit Alza telah dijual sejak pengenalan model itu pada tahun 2009.

Ciri-ciri yang baharu dalam kesemua varian antaranya grafik panel instrumen dan kluster tengah yang direka semula, serta kunci kawalan jauh two-motion (tekan sekali untuk membuka pintu pemandu, tekan dua kali untuk membuka kesemua pintu).

Aliran penyaman udara ke barisan tempat duduk ketiga bertambah baik dengan adanya ciri baharu termasuk sirip tetap yang terletak di antara corong udara tengah hadapan serta penambahbaikan kepada sistem penyejatan dan saluran pertukaran haba.

 

Semua varian dilengkapi dengan lampu kabus depan, spoiler belakang, stereng kulit, filem tingkap keselamatan dan solar, sensor belakang dan aloi 15 inci dengan kemasan warna perak pada varian Standard dan titanium pada varian SE dan Advance.

Varian Standard dan SE dilengkapi dengan sistem audio baharu dengan fungsi USB dan Bluetooth, manakala varian SE dan Advance kali ini tampil dengan lebih berani dan menonjol, dengan adanya bumper depan baharu, gril depan bar berkembar baharu dan skirt sisi baharu.

Bamper belakang baharu dan garisan hiasan turut menghiasi sudut belakang kenderaan tersebut.

Ciri-ciri lain yang ada pada varian SE dan Advance adalah rekaan baharu tempat duduk kulit dan sensor sudut depan, manakala Advance secara eksklusif dilengkapi dengan monitor pasang siap di bumbung dan sistem multimedia dengan skrin sesentuh berasaskan Android dengan fungsi pintar (Smart Link), Bluetooth, navigasi dan kamera undur.

Menyedari bahawa rakyat Malaysia lebih gemar mengubahsuai kenderaan mengikut keperibadian mereka, Perodua buat kali pertamanya akan memperkenalkan pelbagai aksesori GearUp yang unik untuk Perodua Alza baharu ini termasuk aksesori luaran, pembalut tempat duduk bercorak quilt dan pelindung matahari.

 

Untuk ciri keselamatan, Perodua Alza baharu dilengkapi dengan dua beg udara hadapan, ABS dengan Pengedaran Kuasa Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (Brake Assist) dan poin ISOFIX untuk tempat duduk kanak-kanak di barisan tengah, memberikan model ini penarafan keselamatan empat bintang oleh ASEAN NCAP.

Tempahan Perodua Alza baharu kini dibuka, yang mana ia akan menemui anda di bilik pameran kami di seluruh negara secara berperingkat mulai 6hb September.

 

Rasai pengalaman dengan memandu uji kenderaan kami dan penasihat jualan kami yang sah amat berbesar hati untuk membantu dan menjawab sebarang pertanyaan anda

Perodua Alza baharu ditawarkan dengan waranti lima tahun/150,000km (yang mana terdahulu). Warna-warna yang terdapat pada Perodua Alza baharu adalah Granite Grey (warna baru dan eksklusif untuk varian SE dan Advance sahaja), Ivory White, Glittering Silver, Mystical Purple dan Electric Blue.

Harga Jualan Perodua Alza

Perodua Alza Standard (MT) RM51,490
Perodua Alza Standard (AT) RM54,290
Perodua Alza SE (AT) RM56,890
Perodua Alza Advance (AT) RM62,690

Semua harga atas jalan (OTR) tanpa insurans untuk Semenanjung Malaysia

Melawat Bekas Presiden UMNO

Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan meluangkan masa melawat bekas Presiden UMNO Tun Abdullah Ahmad Badawi dikediamannya di Sg Penchala, semalam.

Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga mantan Perdana Menteri Malaysia Ke-5 menyambut mesra kunjungan Mohamad Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Rantau, Negeri Sembilan. – Media UMNO

Adun Sungai Air Tawar Dilantik Ketua Pembangkang Selangor

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Air Tawar dari Barisan Nasional (BN), Rizam Ismail dilantik sebagai Ketua Pembangkang Selangor yang baharu berkuat kuasa semalam.

PERKARA itu diumumkan speaker dewan negeri, Ng Suee Lim sebelum memulakan Mesyuarat Kedua Persidangan Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor ke-14 di sini.

“Saya telah menerima surat daripada BN Selangor pada 27 Jun 2018 untuk mencalonkan seorang Ketua Pembangkang Selangor iaitu Adun Sungai Air Tawar.

“Dewan Negeri Selangor penggal ke-14 ini telah meneliti pelantikan ketua pembangkang adalah daripada BN dan dengan ini saya memasyhurkan Rizam Ismail, sebagai Ketua Pembangkang Selangor,” katanya.

Ng berkata semua Adun di negeri ini diharap dapat menerima pelantikan itu selain mahu ketua pembangkang baharu menjalankan tanggungjawab dengan baik.

Dewan Undangan Negeri Selangor sebelum ini tidak mempunyai ketua pembangkang susulan Adun Sungai Burong dari BN, Datuk Mohd Shamsudin Lias melepaskan jawatan itu pada 8 Dis 2014.

Mohd Shamsuddin meletakkan jawatan itu kerana enggan dilantik sebagai Pengerusi Kira-kira Wang Awam (PAC) Selangor. –Media UMNO

AirAsia Rai 20 juta Ahli BIG Loyalty

AirAsia meraikan 20 juta ahli BIG di seluruh dunia, yang menandakan kejayaan besar buat Program Kesetiaan BIG.

PROGRAM kesetiaan tersebut kini menerima 500,000 pendaftaran setiap bulan, dan lima negara yang mempunyai jumlah ahli terbesar adalah Malaysia (3.6 juta ahli), China (2.3 juta), Thailand (2.1 juta), Indonesia (1.4 juta) dan India (1.1 juta).

Sempena meraikan kejayaan ini, AirAsia BIG Loyalty menawarkan sejumlah 20 juta Mata Ganjaran BIG untuk ahli yang paling aktif bermula 1 September hingga 30 November 2018 sebagai sebahagian daripada peraduan #WeAre20MilBIG.

Ahli BIG yang mengumpul, menebus dan menukar mata ganjaran terbanyak dalam tempoh ini akan berpeluang untuk memenangi 20,000 Mata Ganjaran BIG setiap minggu, 50,000 Mata Ganjaran BIG setiap bulan dan hadiah utama berupa 200,000 Mata Ganjaran BIG pada akhir bulan ketiga.

Ahli-ahli AirAsia BIG boleh mengambil bahagian dengan mengumpul Mata Ganjaran BIG daripada penerbangan terpilih AirAsia, BigPay atau di lebih 160 rakan niaga di 6 pasaran utama di Asia Pasifik, atau dengan menukar mata ganjaran dari bank dan rakan kongsi kami yang lain.

Para ahli juga boleh menebus penerbangan AirAsia, penginapan hotel dan aktiviti pelancongan yang menarik untuk meningkatkan peluang mereka untuk menang. Maklumat lanjut mengenai peraduan ini boleh didapati di airasiabig.com.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia (Digital, Transformasi dan Perkhidmatan Korporat) Aireen Omar berkata, “Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada setiap seorang ahli kami atas sokongan berterusan mereka.

Kami tidak dapat melakar kejayaan ini tanpa anda. Kejayaan ini adalah sebahagian besar daripada rancangan digital kami untuk syarikat penerbangan ini, selain memberikan para ahli lebih banyak peluang untuk menggunakan Mata Ganjaran BIG mereka.

Seterusnya, kami berharap untuk menjadikan Mata Ganjaran BIG ini sebagai mata wang pilihan dalam ekosistem Kumpulan AirAsia dan rangkaian rakan kongsi kami di seluruh rantau ini.”

Dilancarkan pada bulan November 2011, Program Kesetiaan AirAsia BIG membolehkan ahli-ahlinya untuk menikmati tambang penerbangan terendah di seluruh rangkaian AirAsia.

Mata Ganjaran ini juga boleh digunakan untuk menebus tempat duduk menjadikannya setara dengan wang tunai untuk membayar sebahagian daripada tambang tersebut. Keistimewaan untuk para ahli juga termasuklah akses 24-jam lebih awal bagi tempahan untuk semua jualan dalam talian AirAsia dan jualan bulanan sehingga 90 peratus untuk penebusan penerbangan.

Pada tahun lepas, AirAsia BIG Loyalty telah melancarkan Program Freedom Flyer pertama di dunia yang bertujuan untuk memudahkan dan mempercepatkan pengalaman mengumpul Mata Ganjaran BIG berdasarkan kekerapan penerbangan mereka – lebih banyak tetamu terbang dengan AirAsia, lebih cepat mereka dapat mengumpul Mata Ganjaran BIG, tanpa mengira nilai yang dibelanjakan untuk tambang.

Program Kesetiaan AirAsia BIG turut memenangi pelbagai anugerah, termasuklah Penggunaan Teknologi Terbaik di Anugerah Kesetiaan 2018 untuk Program Freedom Flyer dan Anugerah Emas untuk Program Kesetiaan Terbaik (Perjalanan / Perhotelan) di Anugerah Kesetiaan dan Perhubungan 2018.

Struktur Baru SST Lebih Baik Untuk Ekosistem Automotif

Persatuan Pengedar Perodua (PDA) dan Kelab Vendor Perodua (KVP) menyambut baik Struktur Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang baharu kerana ianya dapat membantu mengurangkan harga kenderaan Perodua.

Struktur SST, yang mengenakan kadar cukai sebanyak 10% untuk jualan dan 6% untuk perkhidmatan, hanya dilaksanakan sekali sahaja di permulaan rantaian perniagaan.

Musa Zahidin Tan Sri Ahmad Zaidee, President, Perodua Vendors’ Club

 

“Terima kasih kepada pihak kerajaan kerana menerangkan kepada kami bagaimana struktur cukai baharu ini dilaksanakan. Berdasarkan struktur cukai baharu ini, kos keseluruhan kenderaan dapat dikurangkan sebanyak 1% hingga 3% (berbanding harga di bawah 6% GST),” kata Presiden Kelab Vendor Perodua, Musa Zahidin Tan Sri Ahmad Zaidee.

Semalam (3hb September 2018), Perodua mengumumkan bahawa harga kenderaannya telah dikurangkan antara 1% dan 3% untuk kebanyakan modelnya berbanding senarai harga di bawah era Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) 6%.

“Kepada Perodua, kami ingin mengucapkan terima kasih kerana telah membuat pesanan komponen dan alat ganti kenderaan yang besar, sekali gus mengekalkan ekosistem automotif Malaysia,” kata Musa.

 

Menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Perodua menjual 140,900 unit antara Januari dan Julai 2018, peningkatan sebanyak 18.8% daripada 118,600 kenderaan dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Musa berharap kerajaan akan terus bekerjasama dengan pihak berkepentingan di dalam ekosistem automotif Malaysia, bermula dari pembekal auto, pengeluar peralatan asli sehingga para pengedar sah untuk sebarang dasar yang dibuat pada masa akan datang.

Khairul Nizam Ayob, President, Perodua Dealers’ Association

Sementara itu, Presiden PDA, Khairul Nizam Ayob berkata: “Terima kasih kepada Perodua dan kerajaan kerana menyokong kami. Pengurangan harga di antara 1% dan 3% berbanding harga semasa era GST akan menjadikan industri lebih kompetitif.”

“Kami akan bekerja keras untuk memberi khidmat yang terbaik kepada para pelanggan dan kami amat berbangga menjadi sebahagian daripada keluarga Perodua,” katanya.

“Kepada para pelanggan yang dihargai, sila kunjungi pusat jualan dan pusat servis Perodua di seluruh negara untuk mengetahui lebih lanjut tentang harga baharu kenderaan kami. Penasihat jualan dan servis kami yang sah amat berbesar hati untuk melayani anda,” katanya.

Post Menarik