Sempena menyambut ketibaan tahun baru, Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd. (ETCM) memberi peluang kepada pelanggan Nissan untuk memiliki sebuah kondominium 2+1 bilik baharu dengan dua tempat letak kereta dalam peraduan ‘Beli Kereta Menang Rumah’*.

PERADUAN ini merupakan satu kolaborasi unik di antara ETCM dan JKG Land Berhad, di mana pelanggan Nissan berpeluang memenangi sebuah kondominium bernilai RM665,000* di The ERA, Duta North Kuala Lumpur, bagi sesiapa yang membeli dan mendaftarkan sebuah kenderaan Nissan mulai 1 Disember 2018 hingga 31 Disember 2019.

Bagi menambah keterujaan Tahun Baharu, ETCM juga menawarkan rebat menarik sehingga RM12,000* untuk model-model terpilih Nissan.

Bagi meraikan Tahun Baru Cina, ETCM juga menambah warna merah (Imperial Red) baharu dalam model popular Nissan Serena 2.0L S-Hybrid Premium Highway Star, ia hadir dengan tema dua tona bersama reka bentuk bumbung terapung, spoiler belakang dan cermin sisi berwarna hitam.

Serena 2.0L S-Hybrid menawarkan penjimatan bahan api yang terbaik dalam kelasnya iaitu 14.2 km/L (NEDC R101). Ia juga hadir bersama pelbagai ciri inovatif seperti Pintu Gelongsor Kembar Berkuasa Dengan Pengesan Kaki (Hands-Free Dual Power Sliding Door), Pintu Belakang Dwi-Bukaan (Dual Back Door), 7 Saluran USB, Intelligent Around View Monitor (I-AVM) bersama Intelligent Moving Object Detection (I-MOD) dan ketersambungan telefon pintar melalui Apple CarPlay™.

Bukan itu sahaja, ETCM sekali lagi memperkenalkan Nissan X-Trail X-Tremer dalam warna merah (Passion Red), serta dua pilihan warna tambahan iaitu putih (Brilliant White) baharu dan perak (Tungsten Silver) baharu bersama komponen-komponen yang digelapkan termasuklah bumbung dengan siluet hitam, rel bumbung, spoiler belakang, cermin sisi dan rim aloi lima jejari bersaiz 17” hitam berkilat.

X-Trail X-Tremer juga dilengkapi dengan kemasan X-Face pada bahagian hadapan, pelindung bampar belakang krom dan tempat duduk kulit Nappa mewah berwarna hitam.

Nissan Serena 2.0L S-Hybrid berwarna Imperial Red baharu dan X-Trail X-Tremer akan membuat penampilan di Karnival Pandu Uji Nissan 2019 pada dua hujung minggu dari 5 hingga 6 Januari dan 11 hingga 13 Januari masing-masing yang diadakan di bilik pameran ETCM terpilih, bermula pada jam 10 pagi hingga 8 malam.

Orang ramai dijemput untuk mengunjungi karnival untuk menikmati tawaran hebat dan pelbagai aktiviti-aktiviti Tahun Baru Cina yang menarik.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini