Volkswagen memulakan tahun 2019 dan meraikan sambutan Tahun Baru Cina dengan menjemput tuah dan kemakmuran.

SEMPENA Tahun Baru Cina kali ini, Volkswagen akan menawarkan penjimatan hebat dan rebat yang boleh membuatkan sesiapa sahaja jadi teruja.

Huruf Cina “Fuu” bermaksud tuah dan sebab itulah ia digantung secara terbalik untuk memberikan tuah yang akan datang melimpah ruah.

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) memulakan sambutan Tahun Baru Cina dengan penjimatan hebat ke atas semua model sedia ada. Di bawah ialah model dan penjimatan yang dinyatakan, tertakluk kepada terma dan syarat, sehingga stok masih ada.

Di Volkswagen, pelanggan menjadi keutamaan dan kami ingin mengingatkan mereka agar sentiasa menjaga keselamatan sepanjang musim perayaan ini.

Bagi mereka yang ingin menukar tayar, sila dapatkan tawaran tayar yang bermula serendah RM184 bersama pemasangan, penjajaran dan imbangan secara percuma, bergantung
kepada jumlah tayar yang dibeli.

Untuk memberi ketenangan minda, promosi bateri turut ditawarkan di mana semua pemilik kenderaan Volkswagen boleh mengunjungi pengedar sah dan memeriksa bateri secara percuma.

Mereka yang perlu menukar bateri akan menerima diskaun sebanyak 20% untuk
bateri baharu bermula Rm365 seunit, bergantung kepada model.

Tawaran bateri ini bermula dari 15 Januari hingga 28 Februari. Semua model Volkswagen hadir dengan penyelenggaraan percuma selama 3 tahun, jaminan pengilang dan bantuan tepi jalan selama 5 tahun.

Maklumat lanjut, sila kunjungi pengedar sah Volkswagen atau layari laman web: www.volkswagen.com.my

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini