Ingress Auto Puchong, pengedar sah BMW di Malaysia kini sedang mengadakan Sambutan Ulang Tahun Ke-5 dengan mengadakan pelbagai aktiviti menarik kepada pelanggan bermula hari ini hingga esok.
PENGURUS Pemasaran dan Korporat Ingress Auto Puchong, Eugene Lim berkata, pihaknya turut melanjutkan kempen yang menawarkan telefon pintar terbaru iPhone yang sepatutnya berakhir November lalu untuk tempoh dua hari ini sahaja.
Beliau berkata, mana-mana pelanggan yang membeli model terpilih BMW layak mendapat telefon pintar terbaru iPhone Xs Max + Apple Watch Series 4 bernilai keseluruhan RM7,148.
“Selain tawaran pembiayaan yang menarik, pelanggan yang datang ke Ingress Auto Puchong hari ini dan esok juga disajikan dengan pelbagai aktiviti seperti aktiviti seni untuk kanak-kanak, gerai foto, kendera saji (food truck) dan bertih jagung (popcorn) yang disediakan secara percuma.
“Ini adalah sambutan kali pertama Ulang Tahun ke-5 diadakan sejak kami mula beroperasi pada 2013 dan kami berharap para pelanggan tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke cawangan kami di Puchong ini bermula dari jam 11 pagi hingga 5 petang,” katanya.
Eugene berkata, pihaknya juga merancang mengadakan aktiviti sambutan sempena musim perayaan pada tahun depan dan pelbagai lagi aktiviti bercorak pemanduan kepada pelanggan pada masa depan.
Katanya, program bercorak pemanduan memberi peluang kepada pelanggan merasai pengalaman memandu uji barisan model BMW yang disediakan.
Ingress Auto adalah wakil pengedar kenderaan BMW milik Bumiputera sepenuhnya di negara ini. Untuk maklumat lanjut boleh melayari laman web www.ingressauto.com.my dan laman sosial fb facebook.com/ingressauto.
Ingress Auto Puchong No. 3, Lebuh Puteri, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor
Purchasers flock to the launch of new residential units at Cantara Residences in Ara Damansara
MORE than 200 purchasers turned up as early as 7am for the launch of new serviced apartment units at the Cantara Residences sales gallery in Ara Damansara last Saturday (1 December 2018), eager to get their hands on the newly launched units located in one of the best township locations.
Sime Darby Property offered a total of 188 new residential units for sale of the freehold integrated development. The newly launched units are priced from RM542,600, ranging from two to four rooms with built up sizes from 646 sq ft to 1,184 sq ft.
Sime Darby Property Chief Marketing and Sales Officer Gerard Yuen said, “We are encouraged with the good turnout last weekend, for the new units available for sale at Cantara Residences.
Within one hour, 80% of the units were snapped up by purchasers, showing great demand for Sime Darby Property products in the property market. We thank our customers for their support, as well as their confidence in our products and developments.”
Cantara Residences is made up of 888 serviced apartment units and 13 commercial units with an iconic link bridge connecting its four residential towers. The development has outstanding facilities and is expected to be completed by 2020.
The development is connected via a covered walkway to an LRT station and road access is convenient via five major highways namely Federal Highway, New Klang Valley Expressway (NKVE), Lebuhraya-Damansara Puchong (LDP), Sprint Highway and Guthrie Corridor Expressway (GCE).
Cantara Residences is also within a short distance to established schools and colleges, Subang Skypark airport, reputable medical centres, popular shopping malls and top-notch recreational facilities.
Projek Solar Berskala Besar (LSS) milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Mukim Tanjung 12, Sepang, Selangor telah bermula dan menyumbang tenaga boleh baharu (RE) ke grid nasional pada tengah malam 23 November lalu.
LSS terbesar pertama negara, di kawasan seluas 98 hektar itu menjana elektrik menggunakan 230,000 panel solar.
Penjananya, dengan kapasiti 50MWac meningkatkan kapasiti RE TNB ke grid nasional kepada 73.2 MW sejajar agenda kerajaan memperkasakan penjanaan tenaga yang lebih mesra alam.
Projek di bawah Rancangan Malaysia ke-11 yang dimenangi secara bidaan kompetitif bernilai lebih RM300 juta itu, dibangunkan oleh TNB Sepang Solar Sdn Bhd (TSSSB), sebuah anak syarikat milik penuh TNB mulai tahun lalu.
Untuk rekod, LSS tersebut mencapai tarikh awal operasi (IOD) dengan penjanaan awal sebanyak 2.4 MW, Oktober lalu.
Mula tugas LSS berkenaan menyumbang kepada usaha kerajaan menuju sasaran penjanaan 20 peratus daripada sumber RE menjelang 2030.
TNB yang komited mendukung usaha tersebut mensasarkan sumbangannya terhadap kapasiti penjanaan daripada RE sebanyak 1,700 MW menjelang 2025.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Hong Leong Bank Domenic Fuda (dua dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tony Fernandes (tiga dari kiri) melancarkan Kad Kredit AirAsia Hong Leong Bank
AirAsia kekal mengungguli kerjasama kad kredit perjalanan dengan pelancaran Kad Kredit AirAsia Hong Leong Bank bersama Hong Leong Bank Berhad (HLB), sebagai satu tiket eksklusif kepada penerbangan percuma.
PELANCARAN itu adalah sebahagian daripada pengenalan Kad Kredit AirAsia di peringkat serantau, sebuah kad kredit mesti ada bagi para pengembara kasual dan penumpang penerbangan kerap untuk mendapatkan Mata Ganjaran BIG dengan lebih pantas, justeru membolehkan penebusan penerbangan dan sebagainya dibuat bersama AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik di dunia.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Hong Leong Bank Domenic Fuda (dua dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tony Fernandes (tiga dari kiri) melancarkan Kad Kredit AirAsia Hong Leong Bank
Kad Kredit Gold AirAsia Hong Leong Bank dan Kad Kredit Platinum AirAsia Hong Leong Bank adalah kad kredit perjalanan terunggul yang membolehkan para pemegang kad mendapat penerbangan percuma dan sebagainya secara mudah.
Dengan setiap perbelanjaan yang dibuat, pemegang kad akan mendapat Mata Ganjaran BIG bonus secara automatik.
Sebagai permulaan kepada penerbangan percuma yang pantas, para pemegang kad akan menikmati bonus alu-aluan serta bonus sukuan sehingga 25,000 Mata Ganjaran BIG – satu berita gembira buat para pemegang kad yang menggunakan Kad Kredit AirAsia Hong Leong Bank secara aktif untuk menebus penerbangan.
Pemegang Kad Kredit Platinum AirAsia Hong Leong Bank
Belanja minimum RM2,500 dalam tempoh 60 hari pertama selepas permohonan diluluskan = 5,000 Mata Ganjaran BIG Alu-aluan.
Belanja minimum RM5,000 untuk setiap sukuan kalendar = 5,000 Mata Ganjaran BIG tambahan setiap sukuan.
Pemegang Kad Kredit Gold AirAsia Hong Leong Bank
Belanja minimum RM1,500 dalam tempoh 60 hari pertama selepas permohonan diluluskan = 3,000 Mata Ganjaran BIG Alu-aluan.
Belanja minimum RM3,000 untuk setiap sukuan kalendar = 3,000 Mata Ganjaran BIG tambahan setiap sukuan.
Para pemegang kad juga boleh mengumpul Mata Ganjaran BIG lebih pantas dengan kombinasi perbelanjaan rendah tetapi mendapat kadar tinggi – 6 Mata Ganjaran BIG untuk setiap RM1 yang dibelanjakan ke atas penerbangan AirAsia, serta 1 Mata Ganjaran BIG untuk setiap RM2 yang dibelanjakan di luar negara atau RM3 di dalam negara menerusi Kad Kredit Platinum AirAsia Hong Leong Bank atau RM5 di dalam negara bagi Kad Kredit Gold AirAsia Hong Leong Bank.
Selain itu, para pemegang Kad Kredit Platinum AirAsia Hong Leong Bank akan turut menikmati keistimewaan eksklusif penerbangan seperti pelan WiFi pengenalan percuma dalam penerbangan, daftar masuk dan menaiki pesawat berkeutamaan, bagasi Xpress serta naiktaraf segera ke status Keahlian BIG Platinum untuk mempercepatkan pendapatan Mata Ganjaran BIG bagi tempahan penerbangan berkelayakan.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tony Fernandes berkata, “Pelancaran kad kredit AirAsia Hong Leong pada hari ini adalah sebahagian daripada perancangan kami untuk mengubah Kesetiaan BIG daripada sebuah program kesetiaan kepada BIG Life, sebuah perniagaan berasaskan perjalanan dan gaya hidup.
Kad-kad ini bukan sahaja membolehkan para ahli BIG mendapat Mata Ganjaran BIG dengan lebih pantas dan meningkatkan pengalaman perjalanan mereka, malah ia juga menjadikan Mata Ganjaran BIG lebih mudah untuk didapati, satu langkah utama dalam meluaskan kegunaan Mata Ganjaran BIG sebagai matawang digital yang bernilai bukan sahaja untuk penerbangan malah untuk kegunaan harian.
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Hong Leong Bank, Domenic Fuda yakin bahawa Kad Kredit AirAsia Hong Leong Bank akan menjadi kad kredit perjalanan terunggul di Malaysia kerana ia menepati dua tabiat pengguna paling relevan di Malaysia apabila berpergian: kekerapan dan kesedaran kos.
Beliau berkata, “Data menunjukkan bahawa rakyat Malaysia kini merupakan salah satu di antara 5 penumpang penerbangan tertinggi di peringkat global, dengan jumlah purata 5.5 penerbangan setahun; 83 peratus daripada mereka mendaftar masuk penerbangan di atas talian atau menerusi telefon mudah alih untuk lebih kemudahan.
Para pengembara Malaysia juga turut dikenali sebagai pengembara dengan kesedaran kos tertinggi di Asia dengan 97 peratus meletakkan harga sebagai faktor paling penting apabila menempah perjalanan.”
“Sebagai sebuah Bank yang sentiasa mengusahakan cara terbaru untuk memuaskan para pelanggan kami, kami tahu bahawa kami perlu memperkenalkan produk yang mesra pengguna, bernilai tinggi dan menawarkan pengalaman sempurna.
“Ianya haruslah bersifat intuitif dan berintegrasi dengan aktiviti seharian para pelanggan serta tidak memerlukan antaramuka berasingan.
“Kami amat teruja bahawa Kad Kredit AirAsia Hong Leong Bank memberikan para pelanggan kami nilai yang nyata menerusi setiap penggunaan, membolehkan mereka menikmati lebih banyak pengalaman pengembaraan yang mengasyikkan dan penuh kenangan kerana setiap perbelanjaan secara automatik akan memberikan mereka Mata Ganjaran untuk penerbangan percuma dengan mudah,” katanya.
Di Filipina, Kad Kredit AirAsia adalah kad kredit penjenamaan bersama pertama untuk AirAsia di negara tersebut. Kad kredit ini akan turut diperkenalkan ke Indonesia tidak lama lagi.
Mendaftarlah untuk Kad Kredit AirAsia di airasiacards.com bagi memulakan pengembaraan anda dengan penerbangan percuma dan nikmati pelbagai keistimewaan eksklusif yang akan mengangkat pengalaman pengembaraan anda ke tahap yang tertinggi.
Maxis dan Sacofa memeterai perjanjian dengan menandatangani Letter of Understanding (LoU) untuk Sacofa menawarkan perkhidmatan rangkaian Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) kepada Maxis.
PERKONGSIAN ini akan dirasmikan dengan perjanjian akses yang akan ditandatangani pada awal tahun 2019.
(L-R) Shanti Jusnita Johari, Maxis Head of Core Convergence, Enterprise, Gokhan Ogut, Maxis Chief Operating Officer, The Right Honourable Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg, Chief Minister of Sarawak, Datuk Syed Ahmad Alwee Alsree, Deputy Chairman of Sacofa, Mohamed Zaid Zaini, Sacofa Managing Director, Sudarnoto Osman, Sacofa CEO
Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg, Ketua Menteri Sarawak hadir untuk menyaksikan majlis tandatangan LoU. Turut hadir ialah Datuk Syed Ahmad Alwee, Timbalan Pengerusi Sacofa.
Di bawah LoU, Maxis akan mempunyai akses penuh kepada perkhidmatan jaringan HSBB Sacofa di Sarawak yang akan membolehkan Maxis menawarkan pelan fiber yang sedia ada kepada lebih banyak rumah dan perniagaan.
Menjelang kempen Fibrenation yang kini berlangsung, Maxis adalah telco pertama yang memperkenalkan pelan jalur lebar paling murah dan berpatutan di pasaran berikutan peruntukan peraturan baru.
Pelan fiber baru pengguna dan perniagaan boleh didapati dalam kelajuan mencapai 100Mbps. Bagi pengguna, pelan 100Mbps adalah RM129 sebulan, dan 30Mbps adalah RM89 sebulan.
Sementara itu, para pelanggan perniagaan boleh mengambil pelan 100Mbps untuk hanya RM139 sebulan dan 30Mbps untuk RM99 sebulan, termasuk pilihan perkhidmatan gred perniagaan yang membawa kemanfaatan ‘Sentiasa Terhubung’ dan ‘ketenangan fikiran’.
Pelan pengguna dan perniagaan kedua-duanya kini berharga 65% lebih rendah daripada pelan yang serupa sebelum ini.
LoU ini akan membolehkan Maxis memperluaskan lagi pelan jalur lebar berharga kompetitf di Sarawak melalui platform FTTX Sacofa yang dikenali sebagai, Sacofa Open Fiber Infra Access (SOFIA), satu penyelesaian turnkey yang membolehkan Penyedia Perkhidmatan Internet berhubung terus ke rangkaian optik fiber Sacofa dan menawarkan pelan jalur lebar berkelajuan tinggi kepada pengguna pada kadar yang kompetitif.
Dilancarkan pada 27 Januari 2018 di Kuching, SOFIA adalah penggerak yang membebaskan pasaran dan mewujudkan persaingan yang sihat untuk penyedia perkhidmatan, dan dijangka menurunkan harga jalur lebar dan meningkatkan kelajuan pakej jalur lebar mereka.
“Sebagai penyedia infrastruktur terkemuka di Sarawak dengan tapak kaki fiber yang luas, kami komited untuk bekerjasama dengan telco bagi membolehkan mereka mengembangkan liputan mereka di seluruh negeri.
“Peranan kami sebagai penyedia infrastruktur adalah untuk menyediakan platform yang menggalakkan untuk membolehkan penyedia perkhidmatan menawarkan kelajuan jalur lebar yang lebih tinggi pada harga yang menarik,” kata Pengarah Urusan Sacofa, Mohamed Zaid Mohamed Zaini.
“Kami gembira dengan perkongsian bersama Sacofa, kerana ia akan membolehkan kami memperluaskan pelan jalur lebar fiber kami kepada lebih ramai rakyat Sarawak.
“Sejak pelancaran pelan kami pada bulan Ogos tahun ini, kami menerima sambutan menggalakkan yang berterusan daripada para pengguna dan perniagaan. Ternyatalah bahawa akses Internet berkelajuan tinggi amat penting kepada rakyat Sarawak, memandangkan purata pengunaan data lebih daripada 12GB setiap bulan, antara yang tertinggi di Malaysia,” katanya.
Dengan akses kepada rangkaian HSBB yang lebih luas, iaitu melebihi 194,000 pas rumah dalam tempoh tiga tahun akan datang daripada perkongsian ini, lebih ramai rakyat Sarawak boleh menikmati pengalaman Internet yang terunggul di rumah, manakala perniagaan di sini boleh mencapai potensi penuh mereka dengan sambungan ‘Sentiasa Terhubung’ untuk kesinambungan perniagaan yang lengkap,” kata Ketua Pegawai Operasi Maxis, Gokhan Ogut.
Pengguna di Melaka yang telah menerima notis pemasangan meter pintar digalakkan membuat temu janji awal bagi memudahkan petugas TNB memasuki premis dan menyempurnakan tugas menukar meter kepada meter pintar.
NOTIS memaklumkan pemasangan meter dihantar melalui pos atau serahan tangan selewat-lewatnya dalam tempoh 30 hari sebelum meter pintar dipasang.
Pengguna dinasihatkan menghubungi TNB di talian 1-300-88-5454 semasa waktu pejabat (8.00 pagi – 5.15 petang) atau mengunjungi Kedai Tenaga pada waktu operasi.
Individu dewasa perlu berada di premis semasa meter dipasang. Jika tiada, temu janji akan dijadualkan semula.
TNB telah pun menukar kira-kira 100,000 daripada 340,000 meter dengan meter pintar di Melaka. Pemasangan meter pintar akan diperluaskan secara berperingkat-peringkat ke negeri lain mulai tahun depan sehingga selesai di seluruh negara pada 2022.
Pemasangan meter pintar merupakan sebahagian usaha TNB memperkasa pengguna dan meningkat kepuasan pelanggan menerusi penggunaan teknologi terkini.
Kelebihan utama meter pintar adalah daripada segi ketepatan maklumat pengebilan serta membolehkan pengguna mendapat maklumat bagi tujuan pengurusan perbelanjaan tenaga isi rumah.
AirAsia telah dinobatkan sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka Dunia buat tahun keenam berturut-turut di Pusingan Akhir World Travel Awards (WTA) 2018.
AIRASIA mengungguli kategori tersebut setelah menerima undian tertinggi daripada para pelancong dan pemain industri profesional dari seluruh dunia, menewaskan Southwest Airlines, JetBlue, Ryanair, easyJet, Jetstar Airways, Norwegian Air, West Air, flydubai, Air Arabia, flynas dan fastjet.
Ketua Kru Kabin Kumpulan AirAsia Suhaila Hassan (tengah kiri) dan Ketua Komunikasi Kumpulan AirAsia Audrey Progastama Petriny (tengah) menerima anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka dan Kru Kabin Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terkemuka daripada Presiden dan Pengasas World Travel Awards Graham Cooke (tengah kanan), bersama-sama kru kabin AirAsia
Syarikat penerbangan tersebut juga memenangi anugerah Kru Kabin Syarikat Penerbangan Tambah Rendah Terkemuka Dunia buat kali kedua berturut-turut, mengatasi Southwest Airlines, JetBlue, Ryanair, easyJet, Jetstar Airways, Norwegian Air, West Air, flydubai, Air Arabia, flynas, fastjet, Kulula dan Mango.
Ketua Kru Kabin Kumpulan AirAsia Suhaila Hassan dan Ketua Komunikasi Kumpulan AirAsia Audrey Progastama Petriny menerima anugerah tersebut bagi pihak syarikat di sebuah majlis di Pátio da Galé di sini semalam.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia (Syarikat Penerbangan) Bo Lingam berkata, “Terima kasih kepada semua yang mengundi kami.
Sejak tahun lepas, kami telah berusaha keras untuk meningkatkan pengalaman para tetamu kami untuk menjadikan perjalanan lebih mudah dan menyeronokkan serta menawarkan perkhidmatan yang lebih peribadi, dan kami amat berbesar hati untuk melihat usaha kami dihargai.
“Selain inisiatif digital, seperti sistem pengecaman wajah Fast Airport Clearance Experience System (FACES) dan Program Freedom Flyer, kami juga mempunyai pasukan Kebahagiaan Pelanggan untuk meningkatkan keupayaan dalam perkhidmatan pelanggan kepada para tetamu kami, yang menginginkan perkhidmatan sokongan pelanggan yang cepat serta responsif dengan hanya menekan satu butang di mana sahaja, dan kami berusaha untuk menjadikannya satu kenyataan.
“Para tetamu tetap menjadi keutamaan kami walaupun kami kini berevolusi dari sebuah syarikat penerbangan ke sebuah syarikat teknologi perjalanan. Mereka adalah teras bagi segala yang kami lakukan, dan kami percaya pelbagai tawaran perjalanan dan gaya hidup yang kini sedang diusahakan seperti e-dagang, teknologi kewangan (fintech), dan logistik – akan meningkatkan pengalaman AirAsia secara keseluruhan kepada mereka.”
Ketua Kru Kabin Kumpulan AirAsia Suhaila Hassan berkata, “Saya telah bersama AirAsia selama 22 tahun.
Saya menyertainya sebagai salah seorang kru kabin yang pertama, sebelum Tony dan Datuk Kamarudin membeli syarikat penerbangan itu. Di awal perkhidmatan, kami merupakan sebuah syarikat yang kecil, dengan hanya 30 orang kru kabin dan dua buah pesawat yang mengendalikan laluan domestik di Malaysia.
Sejak itu, syarikat ini telah berkembang, dan begitu juga dengan keluarga kami. Kami kini mempunyai lebih daripada 5,900 kru kabin dari seluruh dunia, termasuk Australia, Brazil, Zambia dan Amerika Syarikat.
“Perjalanan syarikat ini benar-benar mengagumkan, tetapi apa yang luar biasa adalah apabila rakan-rakan Allstar saya masih mengekalkan semangat yang sama untuk memberikan perkhidmatan terbaik seperti dahulu, dan kami amat teruja serta merasa rendah diri kerana para tetamu dan rakan-rakan kami turut berkongsi perasaan yang sama. Terima kasih semua.”
World Travel Awards merupakan salah satu anugerah yang paling berprestij, komprehensif dan diingini oleh industri global dan pelancongan. Ditubuhkan pada tahun 1993 untuk mengiktiraf, memberi ganjaran dan meraikan kecemerlangan dalam semua sektor industri perjalanan, pelancongan dan hospitaliti, jenama World Travel Awards kini diiktiraf di peringkat global sebagai anugerah utama bagi kecemerlangan industri.
For customers who are eyeing a brand new Honda this season, fabulous news awaits! Honda Malaysia has announced its 3XTRAORDINARY Savings campaign where customers can enjoy Low Interest Rate* or Cash Option*, Year-End Bonus* and Extra Cash Rebate* which starts from 1 December 2018 until 31 December 2018*.
CUSTOMERS can enjoy extra cash rebates plus an exclusive gift* when they drive home a new Honda model, in time to usher in the new year!
The rebates ranging from RM2,500 to RM50,000* are available for various Honda models, namely Jazz, BR-V, City, Civic, CR-V, Accord, Odyssey and Civic Type R.
To enjoy the great rebates, the vehicle must be registered between 1 December 2018 and 31 December 2018* and purchased from any of the 97 authorised Honda dealers nationwide.
At the same time, Honda Malaysia is also rewarding existing Honda Insurance Plus (HIP) customers with a gift** when they renew their HIP insurance during this campaign period.
The 3XTRAORDINARY Savings campaign was conceived this time around as a celebration and recognition of the trust that Malaysian customers have placed in the Honda brand.
Honda Malaysia has maintained its position as the No.1 in Non-National Segment and No.2 in overall Total Industry Volume (TIV) thus far since January, thanks to its stellar sales performance.
Among the best-selling Honda models, the City tops the chart with more than 30,200 units sold and contributed 32% to Honda Malaysia’s total sales from January to November 2018.
With this outstanding performance, City sealed its popularity by leading the B-segment sedan as of November 2018. The Civic and CR-V were also highly popular with Malaysians, contributing 16% and 13% respectively to the company’s total sales units as of November 2018.
At the beginning of the year, Honda Malaysia launched the Odyssey with Honda SENSING,
completing the line-up of SUV, sedan and MPV equipped with this Next Generation Advanced Safety Technology.
Now available in the CR-V, Accord and Odyssey; the Honda SENSING underlines Honda’s continuous efforts to introduce advanced technologies that make mobility better and lives more comfortable and safer.
For more information on the 3XTRAORDINARY Savings campaign or to book a test drive,
customers can visit any of the 97 authorised Honda dealerships nationwide or call Honda’s Toll Free number at 1-800-88-2020 or log onto www.honda.com.my for more information.
* Terms and conditions apply
**Only for customers who renew their HIP insurance at a Honda Authorised Dealer during the campaign period. Gifts are valid while stocks last. Other terms and conditions apply.
Naza Kia Malaysia, the official distributor of Kia vehicles in Malaysia, is ending the year with their “Year End Surprise” campaign starting from 1st December to 31st December 2018 with up to RM15,000 savings up for grabs!
HEADLINING the campaign offers is a 5-year warranty with unlimited mileage and also up to 5 years free maintenance service.
Drive home a brand new Kia with great savings now! The all-time favourite Kia Cerato now
comes with huge savings of RM15,000 and also comes with a FREE 1-year insurance.
Save RM10,000 for the New Kia Optima large family sedan or get the compact and fun Kia Picanto that now comes with 2 years of FREE maintenance service for added peace of mind.
Not forgetting the New Kia Rio with RM5,000 savings, this new hatchback comes packed with new advanced features such as the 6-speed Automatic Transmission and also is the first in its segment to comes standard with a Blind Spot Monitoring System, giving the driver a better alerted drive.
Looking for a bigger SUV? Get the New Kia Sorento that comes with a powerful turbo diesel
engine and an 8-speed transmission, or the New Kia Sportage that comes with a newly
designed LED headlamp that is both practical and striking.
These offers are only applicable for all bookings within the campaign period and with limited
units available. So don’t miss out on these amazing deals, visit the nearest Kia showroom
today! Terms and conditions apply.
BIMB Holdings Berhad (BHB) mengumumkan perlantikan Mohd Muazzam Mohamed sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bagi kedua-dua BIMB Holdings Berhad dan anak syarikat milik penuhnya, Bank Islam Malaysia Berhad berkuat kuasa serta-merta.
MOHD Muazzam yang juga seorang Akauntan Berkanun, menyertai Bank pada 11 Mei 2015 sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO).
Beliau dilantik sebagai Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif berikutan perletakan jawatan Khairul Kamarudin pada 20 Julai 2018 yang lalu.
Beliau membawa bersama pengalaman selama 22 tahun dalam bidang audit, kewangan dan perundingan. Sejak menyertai Bank, beliau telah memainkan peranan utama dalam halatuju strategik Bank, pengurusan modal dan lembaran imbangan, kewangan korporat, kredit, perletakan pasaran, perancangan & kawalan kewangan dan pentadbiran am.
Beliau adalah ahli dalam pelbagai jawatankuasa eksekutif di Bank Islam dan mempengerusikan beberapa jawatankuasa pemandu projek. Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah di beberapa syarikat dalam Kumpulan BHB dan Bank Islam.
Mohd Muazzam merupakan Akauntan Bertauliah [Institut Akauntan Malaysia], Akauntan Awam Bertauliah [Institut Akauntan Awam Malaysia], Juruaudit Sistem Maklumat Bertauliah [ISACA] dan Akauntan Kewangan Awam Bertauliah [Institut Kewangan Awam dan Perakaunan Berkanun].
Beliau juga pernah menjadi Rakan Kongsi KPMG dan Pengarah Eksekutif bagi Konsultansi Pengurusan KPMG dari tahun 1997 hingga 2015.