Bekas anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak kira pangkat diseru menyertai Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi tujuan menjaga kebajikan mereka.
KETUA NGO Antarabangsa yang juga Pengerusi Yayasan Kebajikan dan Pendidikan Asia Tenggara (SEAWEED), Komander (B) Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican berkata, penyertaan mereka bukan sekadar menjaga kebajikan tetapi mampu memperkukuhkan persatuan ini.
Datuk Dr Mustapha Ahmad Marican (kiri) bersama Yang Dipertua PVATM Negeri Sabah Hj Marshid Hj Mohd Salleh
Beliau berkata, sebagai bekas pejuang kita harus mengekalkan imej, perpaduan dan nama baik ATM.
“Sebagai contoh, kepada pegawai dan anggota yang masih berkhidmat untuk menyokong Persatuan Veteran ATM serta pada masa sama saya menyeru semua bekas ATM berdaftar dengan persatuan ini kerana banyak manfaat yang perolehi.
“Ini peluang untuk kita semua dan anak-anak kita juga boleh memperolehi pelbagai peluang seperti maklumat melanjutkan pelajaran, pekerjaan dan lain lain,” katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis mesra bersama Ahli Jawatankuasa Bekas Veteran dan ahli di ibupejabat Veteran di Kota Kinabalu, Sabah. Turut hadir Yang Dipertua Veteran ATM Negeri Sabah, Marshid Mohd Salleh.
Mustapha (dua dari kiri) menyerahkan kain Mafla NGO Antarabangsa kepada Marshid sambil diperhatikan Jaafar Tallah, Awi Kamsari dan Pauline Dane Pengerusi Srikandi Negeri serta Losminol Dorod (kiri sekali)
Seramai 150 ahli turut hadir meraikan perjumpaan bersejarah di ibupejabat Persatuan Bekas Veteran ATM di Kota Kinabalu.
Mustapha turut mengingatkan semua veteran mengenai konsep perpaduan sesama ahli dan mengariskan beberapa pandangan serta nasihat kepada semua rakan-rakan seperjuangan.
Beliau yang pernah bertugas di Sabah pada era 80-an berkata, ketika itu rakan-rakan seperjuangan termasuk Marshid begitu kuat daripada segi perpaduan meliputi pelbagai agensi kerajaan seperti tentera darat, udara dan polis.
Antara cadangan kepada persatuan ini
1. Persatuan ini mesti berkecuali dari mana-mana politik bagi memperkukuhkan perpaduan sesama veteran
2. Veteran mesti menjalinkan hubungan baik dengan kerajaan Negeri dan Pusat. Ini bagi memudahkan penyaluran bantuan kepada persatuan
3. Pengguna kumpulan whatsapp di wujudkan bagi memudahkan perhubungan bagi menyampaikan maklumat penting tetapi jangan salah guna untuk tujuan fitnah atau menjatuhkan seseorang
4. Usia kita semua bukan muda kerana ada antara kita telah meninggalkan perkhidmatan lebih 10 tahun dan keadaan tidak sama seperti sekarang
“Oleh itu mereka yang belum mendaftar marilah kita sama-sama mendaftar sebagai Ahli Veteran sebagai tanda sokongan kita kepada persatuan.
“Berilah idea yang baik dan bantulah agar persatuan menjadi ikon kepada persatuan-persatuan lain dan demi menjaga kebajikan kepada rakan-rakan kita yang tidak berupaya atau berada dalam kesusahan, ingatlah cogankata “Bersatu kita teguh dan bercerai kita roboh”.
Mustapha juga mengingatkan pesara ATM yang masih belum mendaftar perlulah tampil menyokong usaha persatuan ini kerana kerajaan sentiasa prihatin kepada bekas Tentera.
“Saya difahamkan dari ibupejabat Veteran, bekas ATM di Sabah ramai tetapi yang mendaftar terlalu kecil. Jadi saya menyeru rakan-rakan pesara mendaftar kerana ramai juga bekas Tentera dari Semenanjung yang tinggal di Sabah dan Sarawak.
“Ini untuk masa depan isteri dan anak-anak apabila kita sudah tiada dan persatuan boleh memainkan peranan penting menjaga segi kebajikan ahli serta keluarga.
Sementara itu, Marshid berkata, setakat ini ada 19 cawangan Persatuan Veteran ATM di Sabah dengan keahlian seramai 13,000 pesara tentera dan berharap Persatuan Veteran ATM boleh menjadi satu persatuan yang kuat dan aktif.
“Saya bersama Dr Mustapha pernah berkhidmat dalam pasukan yang sama era 80an di KD Sri Tawau dan berpisah hampir 30 tahun namun hari ini saya berasa bangga kerana pencapaian beliau sebagai Ketua NG0 Antarabangsa,” katanya.
Lapangan Terbang Antarabangsa Senai mencatatkan sebuah lagi rekod baru pada 2018 mengendalikan 3.52 juta penumpang, iaitu peningkatan sebanyak 13% daripada bilangan penumpang yang dicatatkan pada 2017.
PERTUMBUHAN ini didorong terutamanya oleh penumpang domestik dengan peningkatan sebanyak 9% atau 234,650 penumpang, daripada 2.68 juta pada tahun 2017 kepada 2.91 juta pada tahun 2018 manakala trafik penumpang antarabangsa meningkat 37% atau 163,127 daripada 0.44 juta pada tahun 2017 kepada 0.60 juta pada 2018.
Pergerakan penerbangan komersial mencatatkan 8% lebih tinggi dengan jumlah sebanyak 32,574 pendaratan dan perlepasan.
Md Derick Basir, Ketua Pegawai Eksekutif Senai Airport Terminal Services Sdn Bhd (SATSSB), ahli Kumpulan MMC berkata, “2018 adalah tahun tersibuk bagi Lapangan Terbang Antarabangsa Senai setakat ini dan kami menjangkakan pertumbuhan lebih lanjut pada tahun 2019.”
“Pertumbuhan jumlah penumpang didorong oleh kegiatan aktiviti ekonomi yang aktif di
rantau selatan tanah air, meningkatkan permintaan perniagaan dan perjalanan korporat,
turut serta dari sektor pelancongan.”
Secara khususnya, peningkatan jumlah lalu lintas penumpang pada tahun 2018 disumbang oleh pengenalan laluan baru termasuk Seoul oleh Jin Air, Sanya dan Haikou oleh Malindo Air, serta Alor Setar dan Ipoh oleh AirAsia selain peningkatan frekuensi penerbangan sektor sedia ada seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Langkawi dan Bangkok.
“Kami bekerjasama dengan agresif bersama pemain industri termasuk badan-badan pelancongan dan syarikat-syarikat penerbangan untuk mempromosikan Johor sebagai
destinasi, dengan matlamat bagi menggalakkan lebih banyak permintaan penumpang
penerbangan.”
“Bagi tahun 2019 Lapangan Terbang Antarabangsa Senai menetapkan sasaran untuk
mengendalikan 3.76 juta penumpang.”
“Ia bakal menjadi tahun yang sibuk dan memberangsangkan di mana kami juga telah
memperkembangkan portfolio untuk menguruskan operasi Lapangan Terbang Kertih di
Terengganu,” kata Md Derick.
Baru-baru ini, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai telah dianugerahkan ‘Lapangan Terbang Serantau Asia Pasifik Tahun 2018’ di bawah kategori penumpang kurang daripada 10 juta oleh CAPA di atas peranan utamanya dalam penggunaan teknologi biometrik dan sokongan terhadap model LCC.
Tawaran beli – belah di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai turut bertambah baik
dengan pembukaan outlet jenama – jenama antarabangsa seperti Pizza Hut, Gong Cha,
WH Smith, O’Briens Irish Sandwich Bar, Juice Boost dan Burger King.
Kehadiran outlet outlet baru menawarkan lebih banyak nilai dan pilihan bagi pengguna lapangan terbang, sejajar dengan pertumbuhan pergerakan penumpang.
“Kini, ia bukan hanya sekadar ‘lapangan terbang’ bagi penumpang penerbangan, tetapi
juga telah menjadi ‘tempat’ bagi warga kerja di komuniti sekitar untuk mengadakan
temujanji perbincangan perniagaan.” katanya.
Rolls-Royce Cullinan, SUV Roll-Royce pertama yang diberikan nama sempena berlian terbesar yang pernah ditemui
ROLLS-Royce Motor Cars Kuala Lumpur memperkenalkan SUV paling mewah di Malaysia, Cullinan pada harga bermula dari RM1.8 juta.
Walau di atas jalan raya Kuala Lumpur ataupun di atas jalan desa Malaysia Timur, Cullinan menjanjikan pengembaraan baharu yang teramat mewah kepada pelanggan yang menggemari cabaran lasak.
David Kim, Pengurus Jualan Rantau Asia Pasifik untuk Rolls-Royce Motor Cars berkata, “Cullinan ialah model Rolls-Royce terbaharu yang paling dinanti-nantikan, terutama sekali di Malaysia, yang sesuai untuk pemanduan di jalan raya yang luas mahupun di jalan raya lasak (off-road terrain).
Pelanggan Rolls-Royce kini dapat membeli SUV mewah di Malaysia yang menawarkan penjelajahan ke mana-mana sahaja dalam penuh kemewahan sempurna dan bergaya.
Seperti model-model Rolls-Royce baharu yang lain, Cullinan dibina dengan kerangka unik ‘Architecture of Luxury’, yang mampu meningkatkan tahap prestasi, keselesaan dan penghalusan luar biasa dalam segmen SUV.”
Anas Zawawi Khalid, Pengarah Rolls-Royce Motor Cars Kuala Lumpur, berkata, “Kami sungguh teruja dengan ketibaan Cullinan. Banyak pelanggan kami menanti-nantikan kehadiran SUV paling mewah ini kerana keserbagunaannya, tahap mewah lampau dan keselesaan yang tiada tandingan, serta prestasinya di dalam jalan raya dan jalan raya lasak.
Kenderaan yang unggul ini berjaya menarik minat golongan pelanggan baharu yang lebih muda dan berkerjaya tinggi, serta menggemari cabaran dan kebebasan tanpa batasan dalam pengembaraan mereka.”
Kuasa dan penampilan
Cullinan berbadan tinggi mencecah 1,836mm, ketinggian yang dikukuhkan dengan nisbah kaca terhadap logam di bahagian sisi.
Roda 22-inci memberikan keseimbangan, manakala profil sisinya kelihatan seperti diasingkan oleh kepingan logam yang autentik dan ketara, seperti lembing Saxon, menuju ke arah bawah permukaan pintu lantas menyerlahkan lagi keindahannya pada bahagian sisi kereta.
Tema rekaan lampu belakang juga diringkaskan dengan dua unit menegak yang memancarkan cahaya dan dihiasi jalur aksesori yang nipis di tengah-tengahnya secara minimal.
Ciri fungsi yang terakhir ialah paip eksos logam dan plat kelincir yang terdedah, kedua-duanya melambangkan kuasa dan kebolehan Cullinan.
Rekaan Praktikal
Terdapat dua pilihan rekaan dalaman untuk model Cullinan. Dengan ruangan tempat duduk untuk tiga orang di belakang, versi lima-tempat duduk sesuai kepada mereka yang berkeluarga.
Keseluruhan tempat duduk belakang dapat dilipat secara elektronik, menghasilkan ruang muatan mendatar atau dalam muatan dalam pembahagian 2/3 dan 1/3, mengukuhkan lagi ciri praktikalnya.
Penumpang belakang masih boleh membawa muatan panjang, atau menggunakan tempat duduk belakang berkarpet sebagai meja apabila perlu, untuk meletak barangan peribadi berharga mereka.
Kompartmen belakang atau but memuatkan ruang sebesar 560 liter, atau 600 liter apabila rak ditanggalkan.
Apabila tempat duduk belakang dilipat, Cullinan dapat membawa muatan sepanjang 2245mm dan kapasiti muatan seberat 1930 liter – salah satu yang terbesar dalam segmen SUV mewah.
Dikonfigurasi Demi Kemewahan
Cullinan versi empat-tempat duduk yang dipamerkan di Kuala Lumpur, juga dikenali sebagai konfigurasi Tempat Duduk Individu (Individual Seat), memberikan tahap kemewahan tertinggi dalam segmen SUV.
Dua tempat duduk belakang diasingkan dengan Konsol Tengah Belakang Tetap (Fixed Rear Centre Console) yang digabungkan bersama kabinet minuman dengan gelas dan gelalang dekanter Rolls-Royce, gelas tinggi champagne dan kotak penyejuk.
Tempat duduk ini dilengkapi dengan sistem ventilasi dan fungsi urut, dan boleh digerakkan dalam beberapa satah demi keselesaan penumpang terutamanya semasa perjalanan yang jauh.
Seiring dengan keutamaan tema fesyen dalam kabin, bahagian fasia atas dibalut dengan kulit hitam ‘Box Grain’ kontemporari yang baharu – tahan lama dan kalis air serupa dengan kulit yang digunakan untuk membuat bagasi dan tas tangan mewah Itali.
Cullinan yang lebih kasual dan dinamik, grafik bentuk ladam ringkas lagi moden digunakan untuk menegaskan sokongan bantalan tempat duduk. Tempat duduk baharu ini membuktikan penguasaan kraf kulit Rolls-Royce yang tinggi kerana keseluruhan panel penyandar dibuat daripada sehelai kulit tunggal untuk mewujudkan permukaan tiga-dimensi.
Dalam konfigurasi Tempat Duduk Individu ini, sesekat kaca unik di belakang tempat duduk mengasingkan kabin penumpang dengan kompartmen belakang, merekodkan aras hingar yang terendah dalam sesebuah kabin SUV, manakala melindungi penumpang Cullinan daripada perubahan suhu walaupun kompartmen bagasi terbuka.
Teknologi terkini
Cullinan ialah SUV berteknologi paling maju di dunia. Selepas diaktifkan dengan kunci Bespoke, Cullinan merendahkan badan kereta sebanyak 40mm untuk kemasukan – melalui pintu koc yang unik – ke dalam kabinnya dengan mudah.
Penumpang memasuki kenderaan melalui pembukaan pintu yang luas, pintunya
berhendal sensitif sentuh menutup secara elektronik.
Di dalam kabin, penumpang Cullinan menikmati pemandangan melalui bumbung kaca panorama yang terkemuka dalam industri. Sistem audio Bespoke bergred studio dengan 18-pembesar suara, 18-saluran, sistem hiburan video berskrin sentuh serta meja piknik pengenalan Rolls-Royce meningkatkan lagi tahap kemewahannya.
Penumpang Cullinan boleh mengecas peralatan elektronik mereka melalui port USB di dalam kabin; sementara telefon dapat dicas secara wayarles di hadapan kabin.
Untuk pemandu, konsol pusat dengan alat kawalan Spirit of Ecstasy yang ikonik, butang “Off-Road”, butang Kawalan Turun Bukit (Hill Descent Control) dan kawalan pelarasan ketinggian Suspensi Udara (Air Suspension height adjustment controls).
Ciri keselamatan Cullinan tiada taranya: Penglihatan Malam (Night Vision) dan Bantuan Penglihatan (Vision Assist) termasuk amaran Hidupan Liar & Pejalan Kaki siang dan malam (daytime and night-time Wildlife & Pedestrian warning); Pembantu Kewaspadaan (Alertness Assistant), satu sistem 4-kamera dengan Pandangan Panorama (4-camera system with Panoramic View), penglihatan keliling termasuk pandangan helikopter,.
Kawalan Luncur Aktif (Active Cruise Control), amaran perlanggaran, amaran lalu lintas, pelepasan lorong dan amaran berubah lorong; paparan dongah industri beresolusi tinggi 7×3, kawasan khas (hotspot) WiFi, dan sistem navigasi yang terkini.
Kejuruteraan Sempurna
Di bawah Cullinan ialah suatu kerangka seluruh aluminium Rolls-Royce unik yang dipanggil ‘Architecture of Luxury’, memberikan kekerasan badan kereta yang luar biasa untuk prestasi terbaik di terain yang kasar, sementara mengekalkan keselesaan “Magic Carpet Ride” yang terkenal untuk Rolls-Royce.
SUV mewah yang terbaik di dunia ini turut dilengkapkan dengan suspensi udara empat-penjuru pelarasan automatik (self-levelling four-corner air suspension), sistem pacuan semua-roda yang sofistikated, sistem kemudi semua-roda, kerja semula menyeluruh enjin Rolls-Royce V12 turbo kembar 6.75 liter yang baharu (mencapai tahap tork 850Nm pada revolusi serendah 1,600rpm) dan transmisi lapan-kelajuan.
Apabila dipandu di luar jalan raya, suspensi udara terkawal elektronik menggunakan sistem pemampatan udara untuk menolak mana-mana roda ke bawah secara aktif apabila tarikan berkurangan – untuk memastikan setiap roda sentiasa menyentuh tanah dan tork maksima diagihkan kepada semua roda.
Alami pemanduan Effortless, Everywhere melalui satu cara sahaja, iaitu dengan menekan butang ‘Everywhere’, yang menawarkan empat program berlainan dalam mod pemanduan luar jalan raya.
Cullinan mempunyai kedalaman randuk (wading depth) yang paling dalam berbanding dengan SUV premium mewah (super-luxury) yang lain iaitu 540mm, dengan ketinggian kenderaan yang paling tinggi.
Ketelitian Rolls-Royce dapat disaksikan dengan adanya rekaan pintu koc depan dan belakang yang terletak di bawah ambang pintu Cullinan, untuk memastikan segala kotoran berada di luar pintu sahaja dan bukannya pada hujung kaki seluar penumpang.
Bespoke – Satu hidup, pelbagai gaya
Memandu ke lokasi terpencil hanyalah bahagian permulaan pengembaraan Rolls-Royce Cullinan.
Keseronokan lanjut sedang menunggu dalam Modul Rekreasi Rolls-Royce (Rolls-Royce Recreation Module).
Sebagai contoh: Setelah memilih suatu pengembaraan, pemilik memuatkan Modul Perlumbaan Dron (Drone Racing Module) ke dalam Cullinan, memilih modul ini daripada rak yang mengandungi beberapa jenis Modul Rekreasi yang telah dipilih khas oleh pemilik mengikut minat masing-masing daripada Rolls-Royce.
Memancing, fotografi, daki tembok, luncur salji, luncur payung terjun (parascending), luncur air (kite boarding), terjun tapak, luncur gunung berapi (volcano boarding), duduk berehat untuk menikmati pemandangan persekitaran, atau apa-apa jua aktiviti, Koleksi Rolls-Royce Bespoke menjadikannya kenyataan.
Ditempah daripada wakil jualan berdaftar kami dan dipasang ke dalam kompartmen belakang Cullinan dan disambungkan ke dalam sistem, setiap Modul Rekreasi mengandungi sebuah laci bermotor yang menempatkan peralatan dan perlengkapan khas mengikut pilihan setiap pemilik Cullinan.
In the past five years, global battery-only electric vehicle (EV) sales have increased 23-fold, with 37 percent of South East Asian consumers now considering EVs for their next vehicle purchase.
TO actively support this growing demand for information on EVs, Nissan launched its first education video series to bust myths and bring more awareness around electric vehicles.
Nissan Pioneers First-ever Digital EV Education Series
“Across the region, we consistently hear that people love the idea of EVs but many may not fully understand how EVs fit into their lifestyles or the usage basics.
As the world’s first automotive manufacturer to produce a mass-market 100-percent electric vehicle, with more than 70-years expertise in this form of automotive technology, we wanted to help promote awareness around this topic,” said Yutaka Sanada, regional senior vice president for Nissan Asia & Oceania.
“To provide some insight, Nissan is packaging and sharing our practical knowledge on electric mobility with customers, through the voices of real people as they experience the technology first-hand.”
The four-part video series covers charging, range, driving and ownership, thereby tackling the most common questions surrounding EVs and myths around them.
Leading the discussion, Tim Jarvis, Australian explorer and environmental scientist, and Naya Ehrlich-Adam, founder of sustainable food business Broccoli Revolution in Bangkok, team up to discuss questions about EVs based on their personal experiences and preferences.
Kicking off the series is the topic of charging. In a 2018 Frost and Sullivan survey commissioned by Nissan2, an average of 59 percent of South East Asian respondents listed charging options (the ability to charge at work, a charging point at home and the option to fast charge) as a motivating factor for purchasing an EV.
Charging convenience was identified as the second most important factor for purchasing an EV after safety standards. While there is significant potential demand for EVs, a lack of knowledge on available charging options stands as a major barrier for many.
Charging tips
In the first video on EV charging, Nissan shares data and tips on how EV owners can charge their vehicles, using the three main charging options for the Nissan LEAF as an example: standard outlet charging, wall box charging and quick charging.
•Similar to plugging a smartphone to charge, 80-90 percent of Nissan LEAF owners choose to charge their cars at home with the universal cable that comes with their car, mostly overnight.
•LEAF owners have the option of equipping their homes, offices or any useful place with a wall box, which provides a full charge within 5-7 hours – faster than standard socket charging.
•It takes just 40 to 60 minutes to replenish battery levels to 80 percent via quick charging stations, often located in convenient areas such as shopping malls.
The video also clarifies potential safety concerns of some, highlighting charging EVs can be safely be performed in the rain – a situation often faced in the rainy season across Asia and Oceania.
“This first-ever series is launched at a key time as the EV conversation grows and policymakers across the region race to accelerate the adoption of EVs,” added Vincent Wijnen, senior vice president for Nissan Asia & Oceania.
3 Ways to Charge an EV
“While the infrastructure develops, we aim to shed light for buyers on the truth behind EVs and debunk misconceptions on owning and driving such vehicles, such as the Nissan LEAF.
Like any new technology, people crave information about how it works, in real terms. And it was important to share such tips in a relatable manner that buyers can understand, supported by Nissan expertise.”
To view the first chapter of Nissan’s education video series on electric vehicles, demystifying the topic of charging, visit here.
AirAsia melancarkan laman web dan aplikasi mudah alih berwajah baharu, termasuklah chatbot yang dikenali sebagai AVA (AirAsia Virtual Allstar) yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI).
APLIKASI wajah baharu itu direka untuk kemudahan para tetamu dan bertujuan untuk memberikan pengalaman penggunaan yang lebih lancar kepada pengguna airasia.com serta pengguna aplikasi mudah alih yang mencecah 3.3 juta pengguna aktif bulanan, untuk menempah penerbangan dan mendapatkan tawaran membeli-belah dalam talian serta sokongan pelanggan.
(Tiga dari kiri) Ketua Inovasi dan Transformasi Produk AirAsia Kenneth Andersson, Ketua Jurutera Perisian Kumpulan AirAsia Elias Vafiadis, Ketua Pegawai Bahagian Kebahagiaan Pelanggan AirAsia Adam Geneave, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia (Digital, Transformasi dan Perkhidmatan Korporat) Aireen Omar dan Ketua Pegawai Produk AirAsia Nikunj Shanti
Ciri-ciri baharu termasuklah:
Halaman utama baharu Halaman utama komprehensif yang baharu direka untuk memberikan pengalaman penggunaan yang lebih mudah dan cepat, termasuklah notis penerbangan akan datang, pintasan carian dan carian baharu, pautan kepada tawaran hotel, perjalanan, barangan bebas cukai dan aktiviti menarik, destinasi yang disyorkan dan pautan BigPay, aplikasi kewangan AirAsia.
Chatbot AVA AVA, chatbot yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI) kini boleh didapati melalui ciri sembang langsung baharu untuk membalas pertanyaan para tetamu dengan serta-merta. AVA boleh membalas dalam lapan bahasa – Bahasa Inggeris, Malaysia, Thai, Indonesia, Vietnam, Korea, Cina Ringkas dan Cina Tradisional. AVA dibina oleh pasukan Kejuruteraan Perisian dan Teknologi AirAsia (AASET) serta pasukan Kebahagiaan Pelanggan menggunakan teknologi dari Ada, sebuah syarikat berpangkalan di Toronto yang pakar dalam menyediakan pengalaman pelanggan yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI).
Carian penerbangan baharu menggunakan lokasi Pengguna iOS kini boleh memilih untuk menggunakan peta interaktif yang menunjukkan semua destinasi AirAsia dalam satu halaman. Ciri ini adalah antara yang pertama dalam aplikasi syarikat penerbangan.
Pilihan Gabungan Stesen Juga antara ciri yang pertama dalam aplikasi syarikat penerbangan, pengguna iOS kini boleh memilih stesen pelepasan dan ketibaan yang terdekat serta memilih bilangan hentian dan tempoh penerbangan.
Pembantu suara Selain itu, pengguna iOS kini boleh menyemak status penerbangan akan datang melalui Siri. Untuk menggunakan ciri ini, klik pada pautan “Add to Siri” di bawah Jadual Penerbangan atau Tempahan Saya.
Pendaftaran FACES Para tetamu kini boleh mendaftar untuk perkhidmatan Fast Airport Clearance Experience System (FACES) di aplikasi mudah alih mereka untuk melepasi sekuriti dan menaiki penerbangan mereka dengan lancar. Hanya klik pada pautan “Akaun Saya” dan “My FACES” untuk mendaftar dengan video wajah anda selama 5 saat.
Ciri-ciri lain Di samping itu, para tetamu juga boleh mencari tambang terendah menggunakan Kalendar Tambang Rendah, mengumpul Mata Ganjaran BIG dan membuat pembayaran menggunakannya selain menikmati diskaun segera untuk ahli apabila mereka mendaftar masuk.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia (Digital, Transformasi dan Perkhidmatan Korporat) Aireen Omar berkata, “Kami amat teruja untuk meraikan tahun baharu ini dengan laman web dan aplikasi baharu yang dikuasakan oleh kecerdasan buatan (AI) serta menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih baik, pantas, intuitif.
“Kami sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengalaman para tetamu kami, dan kami akan menambah ciri pada aplikasi mudah alih pada masa yang akan datang supaya ia bukan sahaja menjadi platform tempahan penerbangan, tetapi teman perjalanan anda. Kami menggalakkan pengguna baharu untuk memuat turun aplikasi percuma ini dari App Store atau Google Play untuk mula menggunakan ciri-ciri ini.”
Para pengguna aplikasi mudah alih AirAsia juga boleh menikmati diskaun sebanyak 19 peratus untuk tempahan melalui aplikasi tersebut bermula 28 Januari hingga 3 Februari 2019 untuk tempoh perjalanan antara 1 Ogos dan 30 November 2019* dengan menggunakan kod promosi MOBILE19.
Keep it clean for a Worry-Free Ride with with three (3) simple steps via Precision Clean™ technology, Caltex can restore your engine performance
PROVIDING a clean solution for motorcycle riders who desire the benefits of Techron® Concentrate Plus in a convenient small pack, Chevron Malaysia Limited, which markets the Caltex® brand, has launched the Techron® Concentrate Plus for Motorcycles, a fuel system cleaner for motorcycles.
75mL TCP MCO
This premium fuel additive made for motorcycles is the newest addition to the Techron®
family, with two predecessors Techron® Concentrate Plus for gasoline engines and the
Techron® Diesel Concentrate launched back in 2014 and March 2018 respectively.
The Techron® Concentrate Plus for Motorcycles deep cleans the gasoline fuel system in
one tankful using the ground-breaking Precision Clean™ technology. This fuel additive
works at molecular levels to soften the deposits found in critical parts of the motorcycle fuel system and suspend them in fuel.
These deposits are then carried through to the combustion chamber to be burnt and ejected in the exhaust.
Backed with 30 years of research and development, one 75ml bottle of advanced fuel
additive can help restore lost engine power, maximise fuel economy, protect against
corrosion, reduce harmful emissions and rough idle, deposits control and engine
protection and clean the entire fuel system.
Sheryl Law, Marketing Manager AP at Chevron Lubricants said, “Caltex® is constantly at
the forefront of innovation, rising up to the challenge to deliver top-notch quality products
for engine protection.
Driving performance and fuel economy are compromised when grimy deposits build up in an engine’s fuel system. With the latest addition to Caltex’s Techron® family, Techron® Concentrate Plus for Motorcycles, riders can be rest assured that their motorcycle engines are fully protected.”
Restore your engine performance in three (3) simple steps!
1. Pull over to your nearest Caltex service station and get yourself a Techron®
Concentrate Plus for Motorcycle (be sure your gas tank is near empty at this point!).
2. Pour the entire (75-ml) content of ONE bottle of Techron® Concentrate Plus for
Motorcycle into the empty tank.
3. Fill up your tank with your favourite petrol until it’s full. The cleaning starts as you ride
away!
“Techron® Concentrate Plus for Motorcycles was developed specifically for motorcyclists
who seek the need to clean deposits in the motorcycle fuel system which was built over
time as a result of using low quality fuels.
With Techron’s high-performance fuel, we are giving motorcyclists the opportunity to have a cleaner and worry-free ride,” added Law.
Rider Tips: For best results, use Techron® Concentrate Plus for Motorcycles every 3,000
km. Start cleaning by simply pouring the entire bottle into a near empty fuel tank and top up with up to 6 litres of gasoline fuel.
For a worry-free ride, get the 75ml Techron® Concentrate Plus for Motorcycles at the
nearest Caltex station near you or participating motorcycle workshops for only RM9.90 per
bottle.
BMW tampil dengan model eksklusif dari litar ke jalan raya dengan hanya 300 unit bagi setiap edisi jentera BMW 330e Edisi M Performance dan BMW X5 xDrive 40e Edisi M Performance.
BMW Malaysia memperkenalkan model BMW 330e Edisi M Performance serta BMW X5 xDrive40e Edisi M Performance, setiap kenderaan ini dilengkapi dengan Aksesori BMW M Performance (BMW M Performance Accessories) untuk menawarkan peminat tegar sukan permotoran BMW, pengalaman pemanduan yang unggul.
Hanya 300 unit ditawarkan bagi setiap jentera Edisi BMW M Performance yang eksklusif ini.
Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia berkata, “Kami sentiasa mencari jalan untuk meningkatkan tahap eksklusif kenderaan premium kami sambil memelihara dinamik dan prestasi pemanduan jentera berjenama BMW yang tiada tolak bandingannya.
“Kedua-dua model ini yang digemari oleh peminat kenderaan telah dipilih melalui proses yang teliti dan ia didatangkan dengan komponen-komponen BMW M Performance yang tercipta hasil daripada inspirasi sukan permotoran.
“Kami rasa berbangga untuk menzahirkan pengalaman sukan permotoran yang unik ini di atas jalan raya bagi pelanggan-pelanggan kami. Menerusi ciri-ciri dinamik yang sempurna dan visual yang menawan, pemilik kenderaan ini boleh mengalami keterujaan pemanduan daripada dua dunia yang berbeza dan merasai sendiri DNA sukan permotoran BMW dihidupkan di atas jalan raya,” katanya.
Dengan kit aerodinamik M Performance yang diguna pakai dalam model-model Hibrid Elektrik ‘Plug-in’ yang terlaris, Edisi BMW M Performance yang terdiri daripada jentera BMW 330e dan BMW X5 xDrive40e telah ditransformasikan dengan kelebihan atletik, digandingkan dengan dinamik pemanduan BMW yang terbaik serta prestasi dan efisiensi yang cemerlang.
BMW 330e Edisi M Performance
BMW 3 Series Hybrid yang ditambah baik juga didatangkan dengan Teknologi eDrive dan kini tampil dengan aerodinamik serta estetika yang lebih sporty, ia merangkumi komponen M Performance seperti skirt sisi, kerajang ambang sisi (side sill foils) dan gril hadapan dalam warna glos hitam, serta pelitup cermin sisi ‘M Performance Carbon’ yang ringan.
Jentera ini juga dilengkapi dengan pemasangan kit di bahagian hadapan dalam warna ‘Matt Black’, spoiler belakang dan peresap (diffuser) belakang, di samping lampu belakang M Performance yang gelap dan agresif untuk menyimpulkan keterampilan jentera ini yang serba dinamik.
Interior jentera ini pula menampilkan pedal dan tempat letak kaki M Performance yang diperbuat daripada keluli tahan karat.
Penawaran warna eksterior bagi BMW 330e Edisi M Performance merangkumi warna Oren (Sunset Orange), Hitam (Black Sapphire), Biru (Estoril Blue) atau Putih (Alpine White); sementara ruang interior dipadankan dengan material Kulit ‘Black Dakota’.
Harga jualan (atas jalan, tanpa insurans) bagi BMW 330e Edisi M Performance ialah RM258,800. Dengan ‘Easy Drive Programme’ yang ditawarkan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, BMW 330e Edisi M Performance juga boleh dimiliki dengan pelan ansuran bulanan yang bermula daripada RM3,278 (berdasarkan anggaran ke atas pinjaman sebanyak 80% yang bertempoh empat tahun, dengan jumlah perbatuan dihadkan pada 20,000km setiap tahun).
BMW X5 xDrive40e Edisi M Performance
BMW X5 xDrive40e Edisi M Performance yang eksklusif juga didatangkan dengan komponen M Performance seperti skirt sisi, kerajang ambang sisi, dan gril hadapan berwarna glos hitam, serta pelitup karbon M Performance Carbon bagi kedua-dua cermin sisi.
Bahagian hadapan kenderaan ini dilengkapi dengan kit yang diperbuat daripada karbon, manakala spoiler dalam warna glos hitam dan peresap karbon dipasang pada bahagian belakang.
Pedal yang diperbuat daripada keluli tahan karat juga menambah elemen sukan permotoran yang ditonjolkan dalam ruangan interior.
Jentera BMW X5 xDrive40e Edisi M Performance boleh didapati dalam warna Hitam (Carbon Black), Putih (Mineral White) atau Kelabu (Space Grey). Semua penawaran warna eksterior digandingkan dengan material Kulit ‘Black Dakota’, sementara warna ‘Carbon Black’ menawarkan pilihan tambahan dalam variasi Kulit ‘Terra Dakota’.
Harga jualan (atas jalan, tanpa insurans) bagi BMW X5 xDrive40e Edisi M Performance ialah RM 390,800.00. Dengan ‘Easy Drive Programme’ yang ditawarkan oleh BMW Group Financial Services Malaysia, BMW X5 xDrive40e Edisi M Performance juga boleh dimiliki dengan pelan ansuran bulanan yang bermula daripada RM 4,878 (berdasarkan anggaran ke atas pinjaman sebanyak 80% yang bertempoh empat tahun, dengan jumlah perbatuan dihadkan pada 20,000km setiap tahun).
Pengalaman Pemilikan Premium yang Menyeluruh
Pemilik Edisi BMW M Performance juga boleh menikmati pengalaman Pemilikan Premium yang ditawarkan oleh BMW Group Malaysia, dan ia merangkumi:
Waranti Perbatuan tanpa Had Bertempoh 5 Tahun oleh BMW serta
Program Servis Berjadual Percuma
Program Waranti Tayar Bertempoh 2 Tahun/ 24 Bulan oleh BMW untuk
penawaran servis ‘Run Flat Tyre’
Bantuan Tepi Jalan dan Hotline Kemalangan oleh BMW
Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ – BMW White Card
Servis Dalam Talian oleh BMW
Pelanggan boleh membuat kunjungan untuk melihat, mengemukakan pertanyaan
atau membuat tempahan ke atas jentera Edisi BMW M Performance yang terhad
ini di mana-mana premis pengedaran BMW yang terdekat.
CNY@BMW
Raikan Tahun Baru Cina di BMW dengan tawaran yang menarik seperti promosi, rebat dan solusi pembiayaan bermula daripada 0.88% bagi pelbagai rangkaian model
BMW yang boleh didapati di semua wakil pengedar BMW yang bertauliah.
Pemilik BMW 530e, BMW 740Le dan BMW X5 xDrive40e yang baharu akan menerima
‘BMW i Wallbox Plus’ dan ‘BMW i AC Fast Charging Cable’ secara percuma*, menerusi Promosi ‘BMW i Wallbox’.
Dengan mana-mana pembelian kenderaan Hibrid ‘Plug-In’ BMW, pemilik baharu juga boleh menikmati Promosi ‘BMW ChargeNow´ yang kini menawarkan ‘BMW i AC Fast Charging Cable’ serta kad ‘BMW ChargeNow’ secara percuma.
Menerusi kolaborasi yang dijalin dengan GreenTech Malaysia, kad BMW ChargeNow menawarkan pemilik akses yang komplimentari tanpa had ke atas perkhidmatan mobiliti ChargeNow menerusi platform ChargEV sepanjang satu tahun.
Kempen CNY@BMW akan berakhir pada 31 Mac 2019.
*Promosi ini tidak meliputi kos pemasangan ‘BMW i Wallbox’.
BMW 318i Luxury, BMW 530i M Sport, BMW 630i GT dan BMW X1 sDrive 20i
Sport.
Bersempenakan Tahun Baru Cina, BMW Malaysia juga mengambil peluang untuk
mengumumkan harga baharu BMW 318i Luxury, BMW 530i M Sport, BMW 630i
GT dan BMW X1 sDrive 20i Sport. BMW X1 sDrive 20i juga menerima roda baru
yang direka bentuk dalam bentuk 18 inci Y Spoke Style 566 Alloy Wheels serta Trim
Luar dan Rel Bumbung dalam Alumin Berpilin.
Harga jualan baru (atas jalan, tanpa insurans) untuk kenderaan BMW adalah
seperti di bawah.
BMW 318i Luxury RM198,800 BMW 530i M Sport RM372,800 BMW 630i GT RM430,800 BMW X1 sDrive 20i Sport RM220,800
* Terima kasih kepada Ingress Auto Puchong yang membenarkan Prebiu.com mengambil gambar model BMW 330e Edisi M Performance dengan lebih dekat.
A 10.1-inch 1080P Full HD Vivid Display Tablet with Simple and Smooth Appearance
HUAWEI recently announced the arrival of HUAWEI MediaPad T5 that will be made available on 28 January 2019.
The powerful 8-core high speed processor smoothly runs multiple apps simultaneously and the expandable microSD (storage up to 256GB) allows you to enjoy your favorite film anytime anywhere.
What’s more, the High-Definition Screen Display enables a broader vision for wide-screen visual experience.
Luke Au GTM Director, Consumer Business Group, HUAWEI Technologies (Malaysia) Sdn Bhd said, “HUAWEI MediaPad T5 is specifically created to provide better entertainment, better design, better performance, and better quality for the consumers.
Coming with a large 10.1 inch Full HD vibrant display, HUAWEI MediaPad T5 is offering something uniquely for every consumer.”
Immersive Audiovisual Experience
The tablet boasts a Full HD IPS screen supporting 1920 x 1200 pixels to treat your eyes with true-to-life and colorful images. The 76.4% screen-to-body ratio, 16:10 aspect ratio, and the landscape mode design make the tablet suitable for playing 1080p videos.
In addition, the dual-speaker layout is located at the bottom of the HUAWEI logo side and equipped with virtual left and right channel sound output for a professional stereo sound effect.
The high-quality power amplifier system brings louder and clearer sound with more flexible low-frequency, as well as reducing distortion.
Light and Thin Body Gives a Simple and Smooth Appearance
Our high curvature arc design is applied on the side of the device to enhance the user’s holding experience. The detailed anti-fall design for the tempered glass on the front cover and the subtle corner curves make the whole device seems more sleek-looking as well as more delightful to hold.
Moreover, the weight is only 460g, and the 10.1-inch product has two colors: Champagne Gold and Black, both are stylish colors and pleasing to the eye.
Strong Performance
The HUAWEI MediaPad T5 is powered by a powerful 8-core processor for peak performance allowing you to run several apps at the same time, and the expandable microSD storage lets you enjoying the favourite film while traveling or on the road.
Furthermore, this tablet is equipped with intelligent file management system, and you can get rid of system cache and debris. Last but not least, HUAWEI MediaPad T5 can connect with HUAWEI phone, Windows PC and Mac. Do enjoy the seamless sharing experience in a wireless way.
Children’s Corner
We do care about how children use our tablet and reckon parents’ concern on how tablet screens may affect their children’s eyesight.
With Children’s Corner preinstalled on the HUAWEI MediaPad T5, you can set limits to your child’s usage and customize the content available.
Besides the parental control feature, HUAWEI MediaPad T5 offers enhanced eye-comfort modes for your kids’ eyesight health: Posture Guidance (provides reminder for your child don’t read the tablet when lying down), Blue Ray Filter and Usage Time Control.
Pricing and Availability
Retailing at the attractive price of RM999, HUAWEI MediaPad T5 can be purchased in Malaysia starting 28 January 2019 at all HUAWEI Experience Stores, display zones, authorized dealers and major telco companies.
You will also get a FREE flip case worth RM119 with every purchase of the HUAWEI
MediaPad T5.
Lombok bakal menyaksikan peningkatan ketibaan pelancong selaras dengan perancangan AirAsia untuk membangun hab baharu di daerah Nusa Tenggara Barat itu.
PENGUMUMAN itu dibuat selepas beberapa siri perbincangan pemulihan pasca gempa bumi dan dilihat sebagai pemangkin yang baik untuk para pelancong dan industri pelancongan, secara langsung membantu merealisasi agenda Kerajaan Indonesia untuk melestarikan industri pelancongan dalam membangun ‘10 Bali Baharu’.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tony Fernandes berkata, “AirAsia akan mempercepatkan usaha pemulihan pasca gempa bumi dalam usaha menyokong komuniti di Nusa Tenggara Barat dan masyarakat Lombok.
“Tahun lepas merupakan tahun yang sangat berduka cita dan mencabar bagi masyarakat Lombok, termasuk industri pelancongan yang terkesan akibat dari bencana gempa bumi yang berlaku. Mengumumkan yang bantuan sedang dalam perjalanan adalah satu berita yang sangat baik.
“Dalam beberapa bulan akan datang, kami akan bekerja bersama pihak lapangan terbang dan pihak berkuasa kerajaan tempatan untuk menjadikan Lombok sebagai hab terbaru kami di Indonesia dan menjadikan komitmen ini satu realiti.
AirAsia Indonesia dijangka bakal memperuntukkan dua pesawat Airbus A320 yang akan berpangkalan di Lombok, dengan cadangan untuk menggandakan kekerapan ke Kuala Lumpur serta melancarkan laluan baharu ke ke Perth, Yogyakarta dan Bali dalam pertengahan.
Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Indonesia Dendy Kurniawan berkata, “Lombok adalah destinasi pelancongan utama di rantau ini dan AirAsia bersedia untuk memberitahu dunia yang mereka bersedia untuk menerima para pelancong.
“Sebagai destinasi percutian indah, Lombok mempunyai pelbagai potensi. Kami tahu dengan sumber yang kami ada dan kerjasama dengan industri pelancongan dari segi inisiatif pemasaran dan perhubungan awam, kami boleh mengembangkan pasaran dan mendorong permintaan buat Lombok.”
Sebagai sebahagian komitmen AirAsia bagi masyarakat tempatan Nusa Tenggara Barat, syarikat penerbangan ini juga dalam perbincangan dengan komuniti Lombok bagi membangun inisiatif pelancongan berlestari.
AirAsia memulakan perkhidmatan antarabangsa dari Kuala Lumpur ke Lombok pada Oktober 2012, dan pada masa ini mengoperasi 7 penerbangan pergi balik seminggu antara Lombok dan ibu kota Malaysia itu.
Mission Winnow Ducati team riders Andrea Dovizioso and Danilo Petrucci who are scheduled to compete in the 2019 MotoGP World Championship will be heading over to Sepang in two weeks’ time to resume testing action with the Desmosedici GP19 from 6 th – 9 th February.
EVERYTHING is now ready for an exciting new season, with the first of 19 races scheduled for 10 th March in Qatar.
The Mission Winnow Ducati team was recently presented at the iconic Cube, Philip Morris
International’s Research and Development centre in Neuchâtel, Switzerland, where
Dovizioso and Petrucci unveiled the brand-new Desmosedici GP19 machine – in its
captivating red livery – in front of an audience of international media, guests, sponsors and
partners.
Miroslaw Zielinski, PMI President Science and Innovation, welcomed the audience: “Mission
Winnow is about driving change by constantly searching for better ways of doing things.
Ducati is one of the most inspiring and resilient brands in MotoGP, with a 70-year history in
racing. The team’s determination to do better every race, to think unconventionally and to
continuously push the boundaries of technology perfectly exemplify Mission Winnow.”
Claudio Domenicali, Ducati Motor Holding CEO, added: “Racing has always been part of
Ducati’s DNA. The solutions and expertise gathered on track represent an asset that is
directly tied to our product line, and the MotoGP project is crucial for us to produce models
that are more performing, exciting and safe to ride for all our passionate fans.
Looking back at the results achieved in 2018 on track, we can be proud because our Desmosedici GP proved to be one of the most competitive bikes, but we cannot settle and we want to make another, decisive step forward.
I believe our know-how and the spirit that characterises the people of Ducati Corse are an extra value compared with our rivals.
I want to take this occasion to thank all the partners that are supporting us in this new challenge in MotoGP –including Audi Sport, which starting from this season will be main sponsor – and to send my best wishes to the whole Mission Winnow Ducati team for an unforgettable season.”
Especially for those excited about the upcoming MotoGP 2019 season and would love to
own a Ducati bike of their own, Ducati Malaysia is offering exclusive deals for selected
Ducati models for one weekend only (26 th to 27 th January 2019).
The Ducati models featured in the “CNY Balik Kampung Special” campaign include the Panigale V4S, Multistrada 1200 Enduro, Scrambler 1100 Sport, Hypermotard 939 and 959 Panigale Corse.
This is your chance to own a powerful Ducati bike that is perfect for maneuvering through the ‘balik kampung’ traffic while enjoying rebates of up to RM8,000 or receive authentic Ducati riding gear!