Sambutan Ramadan tahun ini menjadi lebih bermakna kepada kira-kira 250 anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari, Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Asnaf Baitul Nurrawdah, Rumah Nur Sakinah, Pertubuhan Kebajikan dan Penjagaan Nur Hidayah and Rumah Titian Kasih Al Inayah.
SYARIKAT farmaseutikal terkemuka Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga) meraikan kemeriahan Ramadan bersama mereka pada sebuah majlis iftar yang bertempat di Shah Alam.
Majlis iftar ini merupakan acara tahunan yang dijalankan oleh Pharmaniaga bertujuan untuk menggalakkan para kakitangan syarikat berbuka puasa bersama-sama dengan anak-anak yatim sekaligus mendekatkan jurang di antara mereka dengan anak-anak tersebut.
Di samping itu, majlis ini turut menjadi platform untuk berkongsi kegembiraan dan keceriaan bersama mereka yang kurang bernasib baik dalam menyambut kehadiran Syawal yang akan tiba.
“Tahun ini, kami meraikan anak-anak yatim dari lima buah rumah kebajikan di sekitar Lembah Klang, di mana rumah-rumah kebajikan ini bukan sahaja didiami oleh anak-anak yatim, malah golongan asnaf dan juga fakir miskin,” kata Dato’ Farshila Emran, Pengarah Urusan Pharmaniaga.
“Program ini adalah program tradisi setiap tahun Pharmaniaga di mana kami meraikan anak-anak yatim untuk berbuka puasa dan memberi mereka sumbangan sebagai persediaan untuk menyambut Aidilfitri,” katanya.
Anak-anak yatim ini bersama-sama dengan guru pengiring telah diraikan dengan pelbagai juadah berbuka puasa dan turut menerima sumbangan duit raya, beg sekolah, set baju sukan dan Vitamin C Citrex sebagai hadiah sumbangan dan tanda ingatan daripada pihak syarikat.
Menariknya, tahun ini sambutan diadakan dengan kolaborasi bersama Citrex, jenama di bawah Pharmaniaga yang mengeluarkan pelbagai suplemen kesihatan yang berkualiti tinggi untuk penjagaan kesihatan diri.
Produk suplemen kesihatan ini juga dapat membantu orang dewasa dan juga kanak-kanak untuk kekal sihat dan cergas secara keseluruhan.
Bersempena Ramadan, Pharmaniaga melancarkan Kempen Ramadan yang akan berlangsung daripada bulan Mei sehingga Jun 2019. Kempen ini memberikan fokus kepada produk-produk Citrex, Actimol, pemanis stevia SweetRoyale, Perozin, Baby Nadif dan OneQ dengan menganjurkan pelbagai promosi dan peraduan.
Pek Promosi Ramadan Citrex juga kini boleh didapati di semua outlet RoyalePharma dan juga melalui platform atas talian sementara peraduan terbuka kepada umum. Antara hadiah menarik yang boleh dimenangi adalah jam tangan Apple, Sony PlayStation 4 Pro, Apple iPad, set alat memasak Tefal dan duit raya.
Kunjungi www.royalepharma.com dan Facebook RoyalePharma untuk maklumat lanjut.