HeiTech Padu Berhad (HeiTech), penyedia perkhidmatan ICT global menerusi pasukan sukarelawannya HeiTech Cares menganjurkan Program Syoknya Raya bersama anak-anak Asnaf dari Rumah Nur Sakinah dengan membawa mereka membeli kelengkapan raya di Mydin Mall, Subang Jaya.

NAIB Presiden Eksekutif Pengurusan Risiko dan Perkhidmatan Korporat HeiTech, Salmi Nadia Mohd Hilmey berkata, Program Syoknya Raya diadakan bertujuan memberi keceriaan kepada anak-anak Asnaf untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang bakal tiba.

Sumbangan disampaikan oleh Salmi Nadia Mohd Hilmey, Naib Presiden Eksekutif HeiTech (dua dari kiri) kepada Syafiqah Azmi, Penyelaras Rumah Nur Sakinah. Hadir sama Rosman Mustafa Kamar, Ketua Komunikasi Korporat HeiTech dan Izzuddin Azahari, Presiden Kelab Kakitangan HeiTech

“Sudah menjadi tanggungjawab kita untuk ambil peduli dan menghulurkan tangan membantu mereka yang kurang bernasib baik dengan cara yang difikirkan sesuai. Kami terharu apabila melihat senyuman yang terukir di wajah anak-anak kecil ini apabila mendapat baju dan seluar baru untuk dipakai pada Hari Raya nanti,” katanya.

Program pada kali ini melibatkan penyertaan seramai 28 sukarelawan HeiTech Cares dan 30 orang anak-anak Asnaf yang berumur 6 tahun ke bawah dari Rumah Nur Sakinah. Jelas terpancar kegembiraan di wajah mereka apabila dibawa membeli-belah kelengkapan raya seperti baju, seluar, dan kasut selain turut menerima duit raya daripada HeiTech.

Naib Presiden Eksekutif HeiTech, Salmi Nadia Mohd Hilmey menyampaikan duit raya kepada anak Asnaf Rumah Nur Sakinah

Selain itu, HeiTech turut menyampaikan sumbangan wang tunai dan juadah berbuka puasa kepada Rumah Nur Sakinah. Sumbangan disampaikan oleh Naib Presiden Eksekutif Pengurusan Risiko dan Perkhidmatan Korporat HeiTech, Salmi Nadia Mohd Hilmey kepada Shafiyah Azmi, penyelaras Rumah Nur Sakinah.

Program Syoknya Raya merupakan antara aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang dijalankan di bawah HeiTech Cares bertujuan memupuk semangat kesukarelawanan di kalangan warga kerja HeiTech di samping memberi peluang kepada mereka untuk membantu golongan kurang bernasib baik lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini