Jabatan Kimia Malaysia baru-baru ini menganjurkan Program Singgah Berbuka & Singgah Sahur KIMIA Malaysia 2019 yang berlangsung di Pertubuhan Anak Yatim & Miskin Baitu Saidati Khadijah, Gombak.

PROGRAM anjuran Kelab Sukan & Kebajikan KIMIA Malaysia dengan kerjasama PUSPANITA KIMIA Malaysia & PEMURNI KIMIA Malaysia itu diadakan bagi membantu golongan anak yatim dan golongan anak asnaf serta dalam masa yang sama mengeratkan tali silaturahim sesama insan.

Antara pengisian program adalah memberikan sumbangan, berbuka puasa, bertarawih serta bersahur bersama dengan penghuni Pertubuhan Anak Yatim & Miskin Baitu Saidati Khadijah ini.

Program disempurnakan oleh Ketua Pengarah KIMIA Malaysia, Mohamed Zaini Abdul Rahman.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini