Salam Web dan Yayasan Addin menjalin kerjasama bagi mengintegrasikan kurikulum yang menggabungkan agama dan akademik secara serentak.

MELALUI kerjasama itu, Salam Web akan menjadi platform utama saluran komunikasi semasa aktiviti-aktiviti dan program-proram Yayasan Addin Perak.

Kerjasama ini menandakan bukti kedua-dua pihak berkepentinganan untuk memperkasakan belia hari ini dengan pengetahuan yang berasaskan ekonomi dan pembangunan mampan negara.

Oleh kerana perkampungan internet yang luas dan tanpa sempadan terus menyumbang peluang-peluang dan cabaran-cabaran baharu dan tidak diketahui, Salam Web sedar bahawa tidak ada individu atau pertubuhan, tidak kira betapa besar atau dikurniakan dengan kewangan yang baik, dapat menangani cabaran masa depan dengan sendirinya.

Meneruskan usaha mereka dalam mewujudkan perkongsian dengan Universiti-universiti tempatan, Salam Web telah memperkasakan komitmen mereka dengan berkerjasama dengan Maahad Tahfiz al-Quran wal Qiraat Addin (Yayasan Addin).

Kerjasama ini akan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka lebih lanjut apa yang dimaksudkan dengan platform digital yang boleh dipercayai dan beretika melalui pelbagai program kesedaran oleh Salam Web yang akan menjelajah ke 20 buah sekolah di Perak Darul Ridzuan dan tiga buah sekolah di Selangor Darul Ehsan.

Salam Web telah mempromosikan integrasi penyelesaian digital secara berterusan untuk diselaraskan dengan nilai-nilai Islam.

Sebagai rangkaian perkhidmatan Internet berasaskan Islam, Salam Web telah menghasilkan ekosistem digital untuk umat Islam dan orang ramai di seluruh dunia untuk meneroka, menghubung dan menyumbang secara percuma di persekitaran dalam talian yang selamat yang diterajui oleh keinginan sejagat untuk pengalaman dalam talian yang sahih dan positif.

Setelah kejayaan SalamWeb Browser yang berjaya memperolehi maklum balas positif daripada pengguna pada bulan Januari dan dengan penambahan terbaharu kepada keluarga SalamToday, Salam Web sedar bahawa peluang untuk memanfaatkan penyelesaian digital mereka sangat bersesuaian bagi mewujudkan budaya digital positif dalam komuniti.

KOMEN ANDA

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini