“Yakin dengan janji Allah SWT dan kita rasa sentiasa bersyukur”, itulah kata-kata yang menjadi pegangan anak ke-6 daripada 9 beradik dari Perak ini.

Fathin Nur Amirrah Mohd Nor, pada ketika itu umurnya berusia 20 tahun menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia apabila namanya menjadi sebutan apabila mendapat tempat pertama di Malaysia dan ketiga terbaik di dunia untuk keputusan kertas P5 ACCA.

Fathin Nur Amirrah Mohd Nor

Menceritakan semula kisah kejayaannya, pada Disember 2016, beliau telah menduduki dua kertas peperiksaan yang mana satu daripada kertas peperiksaan itu telah berjaya mendapat gelaran dunia iaitu tempat pertama di Malaysia dan tempat ketiga di dunia.

Beliau berkata, perjalanan untuk mencapai cita-cita yang sebenarnya masih jauh lagi, anugerah yang diperolehi ini adalah satu batu loncatan untuk mencapai cita-cita sebenarnya.

Fathin Nur Amirrah Mohd Nor

Ayahnya seorang pesara manakala ibunya seorang suri rumah, beranggapan kejayaan yang dicapai selama ini adalah hasil kerja keras dan tanpa berputus asa menuntut ilmu sehinggalah tamat pengajian CAT pada 2015 di bawah tajaan Yayasan Peneraju dan tamat program Yayasan Peneraju pada 2019.

Fathin Nur Amirrah Mohd Nor

Yayasan Peneraju ditubuhkan bermatlamat memupuk dan membangunkan bakat Bumiputera ke potensi tertinggi melalui tiga teras iaitu program pembiayaan pendidikan dan latihan: Peneraju Tunas, Peneraju Skil dan Peneraju Profesional.

Setakat ini, Yayasan Peneraju telah merealisasi aspirasi lebih 30,000 penerima faedah melalui 261 program pembiayaannya dengan peruntukan sebanyak RM679.8 juta yang diterima sepanjang tempoh lapan tahun penubuhannya.

Yayasan Peneraju menyatakan komitmen untuk terus melahirkan bakat Bumiputera yang kompetitif dan bertaraf dunia khususnya dibidang ekonomi digital, kewangan Islam dan teknologi IR4.0.