Anak muda dari Kuala Lumpur ini memiliki Diploma Kejuruteraan Marin Elektrik dan Elektronik dan pernah bekerja selama 6 bulan di Labuan, Sabah sebelum menyertai program Yayasan Peneraju.

Lahir dalam keluarga yang bekerja sendiri, apabila ayahnya bekerja sendiri sebagai juruelektrik manakala ibunya suri rumah sepenuh masa menyebabkan Fajrul tidak berputus asa untuk mencari peluang lain.

Muhammad Fajrul Omar Muhamad Ridzuan

Bertitik tolak dari itu, beliau kini mengasaskan perniagaan syarikat scuba sendiri dan juga menjadi tenaga pengajar, BlackPearl DiveTeam yang menawarkan Kursus Lesen Scuba dari peringkat awal sehingga ke peringkat Professional.

Sejurus tamat program Yayasan Peneraju, beliau mampu memperoleh pendapatan mencecah RM5,000 – RM10,000 sebulan.

Bagaimanapun, selepas 3 tahun beroperasi, Fajrul melebarkan sayap perniagaannnya dengan membuka satu lagi cawangan, Underwater Construction iaitu Blackpearl Subsea Services yang menawarkan kerja-kerja dibawah air kepada syarikat perkapalan dan juga minyak & gas seperti Underwater Inspection, Underwater Cleaning, Propeller Polishing, Underwater Welding dan sebagainya.

Fajrul (kiri) bersama artis Faizal Ismail dan Fara Fauzana

Bergelar Pengarah Urusan BlackPearl DiveTeam pada usia 23 tahun (Peneraju Skil PADI Open Water Scuba Instructor), sejak itu telah melatih dan menggaji anak-anak muda untuk mengikut jejak beliau.

Usaha murni Fajrul ini boleh diibarat seperti mewujudkan Yayasan Peneraju Mini khusus buat mereka yang mempunyai minat mendalam untuk menjadi seorang Instruktor atau penyelam skuba.

“Kita hendaklah sentiasa bersedia dan juga fokus apa yang kita buat sebab kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang,” kata Fajrul yang turut menawarkan program zero-to-hero sendiri.

Muhammad Fajrul Omar Muhamad Ridzuan

Yayasan Peneraju ditubuhkan bermatlamat memupuk dan membangunkan bakat Bumiputera ke potensi tertinggi melalui tiga teras iaitu program pembiayaan pendidikan dan latihan: Peneraju Tunas, Peneraju Skil dan Peneraju Profesional.

Setakat ini, Yayasan Peneraju telah merealisasi aspirasi lebih 30,000 penerima faedah melalui 261 program pembiayaannya dengan peruntukan sebanyak RM679.8 juta yang diterima sepanjang tempoh lapan tahun penubuhannya.

Yayasan Peneraju menyatakan komitmen untuk terus melahirkan bakat Bumiputera yang kompetitif dan bertaraf dunia khususnya dibidang ekonomi digital, kewangan Islam dan teknologi IR4.0.